Jangan Ambil Mudah

January 30, 2010

Assalamualaikum w.b.t

Okey aku perlu tulis mengenai ini. Ramai orang ambil mudah hal ini. Aku sendiri tak faham. Adakah mereka tak tahu ataupun berpura-pura tak tahu? Atau tahu tapi buat-buat tak tahu? ( eh macam sama je ). Yang pastinya ramai orang tahu. Tapi mengambil jalan mudah akan hal ini. Apakah ia? Aku cuba beri contohnya dahulu ya.

" Wey Mamat, apa ni pakai seluar pendek? Tak tutup aurat tu ". Kata Budin pada Mamat.

" Ala, lelaki sama lelaki, takkan s*** kot " balas sinis Mamat.

" Wey wey, bukan masalah lelaki sesama lelaki ke apa, almasalah problemnya aurat tetap aurat. Hukum tetap hukum " . Budin cuba memperbetulkan statementnya tadi.

" Arghh, kau peduli apa itu urusan aku dengan ALLAH ". ( Teringat cerita Mamat dan rakan-rakannya )

Dialog di atas pun anda dah faham kan? Tak perlu aku terangkan lebih lanjut. Ramai orang salah faham. Lelaki dengan lelaki auratnya tiada batasan. Kononnya la. Dan yang paling ramai faham tapi berpura-pura tak faham. Ini yang paling ramai. Sila baca penerangan di bawah sehingga habis untuk mencari kebenaran.




Artikel ini dipetik oleh Ustaz Ahmad Baei Jaafar


Aurat lelaki seperti yang dinyatakan sebelum ini agak longgar kerana selain waktu bersendiri dan bersama isteri, aurat lelaki hanya antara pusat dengan lutut sahaja. Maknanya kalau seseorang itu hendak solat, auratnya ialah cukup antara pusat dengan lutut, begitu juga kalau dia berada di khalayak ramai.

Berdasarkan itu, ramailah orang lelaki mengambil mudah dengan menyatakan harus kita berada dalam sesuatu majlis dengan hanya memakai seluar pendek sampai paras ke lutut. Sebab itulah barangkali kita sering melihat orang lelaki suka memakai seluar pendek ketika membasuh kereta di luar rumah.

Benar, jika mengikut hukum asal tidak salah memakai seluar pendek yang sampai ke paras lutut kerana itulah sahaja aurat bagi lelaki. Tetapi jangan lupa bahawa hukum itu perlu juga mengambil kira waktu berjalan dan duduk. Apakah ketika itu aurat lelaki masih terpelihara?

Bayangkan seorang lelaki yang hanya memakai kain sarung yang menutup pusatnya dan lutut. Solatnya sah kerana aurat bagi lelaki dalam solat ialah antara pusat dengan lutut. Tetapi bagaimana kalau dia rukuk, sujud, dan duduk antara dua sujud? Tidaklah lututnya ternampak? Sahkah solatnya ketika itu? Jawapannya ialah tidak sah.

Bagaimanapun kalau dia membasuh kereta dengan pakaian yang sama, sesekali dia akan tunduk juga. Adakah ketika itu terbuka auratnya iaitu lutut? Kalaupun dia memakai seluar pendek yang labuh hingga ke paras lutut, waktu dia mencangkung akan ternampak lututnya. Tidak berdosakan dia ketika itu? Jawabnya tentu berdosa. Ya, kalau dalam solat tidak sah maka pada ketika lain dia berdosa.

Bagi masyarakat kampung pula, mereka suka pakai kain pelekat yang digulung sampai ke paras lutut. Malah kadang-kadang ternampak pusatnya sewaktu terlondeh. Waktu berborak dengan kawan-kawan di serambi pasti tersingkap juga auratnya.

Bagaimana kalau dia melakukan solat dengan kain itu walaupun dilabuhkan di bawah lutut? Waktu rukuk dan sujud setidak-tidaknya akan ternampak pahanya oleh orang yang di belakangnya. Sahkah solatnya?

Begitu juga kalau si ayah memakai kain pelikat di dalam rumah bersama anak-anak, lalu pada waktu duduk terselak bahagian lututnya. Agaknya berdoa atau tidak ketika itu? Jawapannya sudah tentu berdosa kerana aurat ketika bersama mahram ialah antara pusat dengan lutut.

Kalau berdasarkan keterangan di atas haram hukumnya, bagaimana keadaan anak-anak muda yang suka memakai seluar pendek di dalam rumah, bersukan, main bola dan sebagainya? Seluar pendek yang dipakai mereka adalah di atas lutut, maka dalam keadaan itu bukan sahaja mendedahkan lututnya malah mendedahkan pahanya.

Nampaknya lelaki secara berleluasa mendedahkan aurat mereka tatkala bersukan. Apakah atas alasan bersukan aurat boleh didedahkan? Ya, kalau berhadapan dengan Allah sewaktu bersolat pun salah, betapa ketika berhadapan dengan orang ramai. Pada zaman ini, bukan sahaja orang yang dalam stadium yang melihatnya tetapi seluruh dunia melihatnya. Bayangkan berapa besar dosanya ketika itu.

Pakaian sukan tajaan Barat memang begitu. Hal ini kerana dalam teori sains, mereka memakai pakaian longgar dan menutup tubuh boleh melambatkan pergerakan. Tetapi teori itu ternyata tidak tepat apabila pelari pecut wanita Islam ( dari Bahrain-kalau tak salah penulis ) dapat mengalahkan pelari lain yang hanya sekadar memakai cawat dalam sukan bertaraf dunia baru-baru ini.

Selain itu, kalau benar teori itu, mengapa perlu pakaian itu diperkenalkan kepada pemain boling. Sukan itu tidak memerlukan pergerakan pantas. Barat menipu kita dan kita hanya menurut sahaja tanpa mahu membantah. Kita akur dengan peraturan itu demi sukan padahal kita belum berani berbincang secara serius untuk mohon pengecualian bagi atlet Muslim.

Bayangkan sudah berapa lama umat Islam melakukan dosa mendedahkan aurat dalam bidang sukan. Jika dalam hal ini kita sudah berdosa dengan Allah, bagaimana usaha kita untuk membentuk perpaduan melalui sukan yang sering diuar-uarkan. Mahukah Allah merestuinya?





Pada pandangan penulis, cara berpakaian dalam sukan itulah menjadi sebab mengapa kurang penyertaan orang Islam dalam sukan. Sebenarnya mereka masih berminat untutk bersukan tetapi mereka tiada pilihan untuk bersukan. Akhirnya sukan dikuasai oleh orang bukan Islam.

Dalam hal ini, alangkah baiknya bagi negeri-negeri yang diperintah oleh PR itu menjadi model menganjurkan sekan yang mempunyai konsep pakaian sukan Islam. Jika mereka berjaya, pasti dunia akan melihat dan lambat laun mereka akan mencontohinya.

Penerangan di atas sudah sukup untuk menjawab segala persoalan. Itu baru bercakap perihal aurat lelaki. Belum sentuh aurat wanita. Dan masing-masing sudah tahu jawapannya.

Marilah kita terus muhasabahkan diri. Tak kesian ke tengok anak bangsa kita yang beragama Islam terus hanyut dan leka. Kalau kita tak mula siapa lagi. Mari berfikir sejenak akan hal ini. Apa pun aku menegur diri ini terlebih dahulu. Dan silalah tegur dan sangkallah kenyataan ini jika ia bercanggah dari pendapat. Yang penting sama-sama kita belajar dan terus belajar mencari hakikat kebenaran. Yang baik dari ALLAH jua dan yang kurang dari aku sendiri. Wallahu'alam.

Wassalam ~







You Might Also Like

56 Comments

  1. " Biarlah berseluar/berkain labuh mahupun berbaju lusuh, asalkan menutup aurat dan mematuhi hukum2Nya"


    p/s: saya geli pada lelaki yang berseluar pendek dan suka berlenging(tak pakai baju).. mencemarkan panoramat mata T___T

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...ada juga insan yg mgambil berat akan hal ini. terima kasih sbb mgepos slot ini...

    "sy suka saja tgk lelaki bsluar pendek paras lutut dgn tshirt blengan panjang bukan lngan pendek. looks cool n macho..tapi itu dulu. sekarang tidak lagi."

    not too much nk komen sal ini sbb dh sedia maklum secara detail oleh ustaz Ahmad Baie Jaafar ttg hukum n adab bpakaian ini...
    maka korg take d 'advise tu demi mjaga iman & untuk pelihara diri sendiri.

    ramai sy tgk kat laman sosial mcm tagged,ms n else kaum adam nie snap pic badan n whole nk tunjuk2 kat khayalak ramai..untuk apa ea?
    makin x selesa untuk bhubung adalah. hu~hu
    apapun jaga lah adab n ksopanan masing2 tmasuk gak kaum hawa..

    bila baca "astahgfirullah smpi cm tu sekali"...n apath ag kita sebagai kaum hawa. lagi byk benda yg kite perlu jaga dsetiap sudut.

    buat wanita : korg rasa tutup aurat itu x dapat perhatian lelaki n d hina sbb tutup sana sini korg jgn lah berasa sedih.. kita ptot rasa bsyukur ssgt sbb Allah pelihara kita. indah d mata Allah..
    (its reality)
    take care martabat kita as women.

    okaylah....lencong kat lain dah nie.. thanks bg ruang bceloteh..
    wassalam....

    ReplyDelete
  3. macam mana ya bagi saya yg minat tengok bola nih... macam mana. macam mana?

    ReplyDelete
  4. btol2...tp kdg2 aku pon ter gk pakai camtu...

    ReplyDelete
  5. N.A.B.H.M.M --> yang itu paling penting. buatlah sesuka hati anda selagi tak bercanggah dengan syariat Islam.

    ReplyDelete
  6. nurkasih --> thanks for your comment. kalau kat laman sosial memang banyak sangat gambar-gambar yang macam ni. siapa pernah ambil peduli? tiada siapa peduli langsung. malahan agak seronok meletakkannya untuk tatapan ramai. 'menambah' dosa sedia ada. tidak menunding jari kepada sesiapa. tapi semua orang sedar hakikat ini.

    ReplyDelete
  7. nursarah --> persoalan yang anda sendiri tahu jawapannya. sila rujuk kepada ustaz or ustazah untuk keterangan lebih lanjut.

    ReplyDelete
  8. JMR --> insyaALLAH bro, kita sama-sama boleh berubah kay. chaiyok2!

    ReplyDelete
  9. salam..

    good entri!hal2 yg kita tak sedar mcm ni sebenarnya bakal m'bawa hati2 lain syok kt kita..cth,laki suka laki..gay..ada tau..sbb t'tarik dengan tubuh yg terdedah tu..

    ~satu lg, pasal boxer ni..maaf la nk cakap..pakai untuk sendirian tak apa tp tak perlu pakai kt luar..aurat tu pun dah terdedah bila org lihat..

    ~peringatan untk sy juga walau sy ni perempuan..

    ReplyDelete
  10. congrats 4 diz post,, xsume laki brani ngaku salah kaum laki sniri.. good point ! (hope diri yg xsempurna ini someday will tutup aurat perfectly) cyaiyok2 !! :D

    ReplyDelete
  11. aku suka lelaki pakai short..
    tataw sebab apa..
    masya-Allah..
    T_T

    ReplyDelete
  12. bagus ..entry anda ini.. ada jugak lelaki yang mengambil berat akan hal ini..sekarang ni,tak ramai orang nak ambil kisah bab-bab pemakaian ni..kalau semua kaum adam macam anda membuka mata tentang aurat..saya sokong..
    tambah lagi sekarang ni ramai yang suka memakai seluar pendek saja.. selesa katanya..dan trend sekarang ni pulak pakai seluar tapi.. nak juga bagi nampak seluar dalam..Uuuhhh geli..
    Perempuan pun tak kurang...pakai tudung tapi baju/seluar ketat.. teruk sungguh fesyen sekarang ni..

    ReplyDelete
  13. Tutuplah aurat anda, sebelum aurat anda ditutupkan..huhuhu..

    *nie peringatan for me, myself and others yg turut serta membaca komen nie @_@

    ReplyDelete
  14. ustaz aku cakap boleh je laki berseluar pendek.

    ReplyDelete
  15. post ini sgt bagus!selalu duk baca kondem cara pkaian n aurat wanita shj.nice2..keep up da gud work :D

    ReplyDelete
  16. nice info..
    tp da berbuih maa
    ckp dgn org ni..
    mungkin ilmu xckup agik nak tegur org..
    adeh ~

    ReplyDelete
  17. sama-samalah kita saling menjaga aurat bagi menjaga pandangan
    huhuhu

    ReplyDelete
  18. tak ramai lelaki yang berfikiran macam kamu... tapi aku sangat bersyukur kerna kamu wujud.. kerna kamu merupakan insan yang baik hati dan prihatin.. untung siapa dapat kamu

    ReplyDelete
  19. Brilliant Marjan@اداويه --> waalaikumussalam. memperingati sesama kita. apa yang terlintas di fikiran dan melaui penglihatan.

    ReplyDelete
  20. M[i]$Z[a]C[k] --> insyaALLAH sama-sama kita memperbaiki diri. tak ada istilah kondem di sini.

    ReplyDelete
  21. [z@ck] --> err, no komen about that. (",)

    ReplyDelete
  22. KASIH --> itulah silapnya kita. mendahului fesyen dan mengetepikan hukum hakam agama. tak ramai orang ambil kisah akan hal ini. sebab? fesyen. nak uptodate. di akhirat kelak tak terjawab kot. wallahu'alam.

    ReplyDelete
  23. momoko-chan87 --> insyaALLAH marilah kita mengingat sesama kita. tegur antara satu sama lain.

    ReplyDelete
  24. nursarah --> penerangan Ustaz Ahmad Baei Jaafar sudah jelas. sila baca artikel di atas sekali lagi.

    ReplyDelete
  25. ~kuyam~ --> wanita pun tidak ketinggalan jua. malahan lagi berwaspada lagi pada lelaki. insyaALLAH marilah kita muhasabah diri.

    ReplyDelete
  26. fiiQ --> Islam ada menetapkan garis panduan macam mana cara menegur lebih efektif. insayaALLAH.

    ReplyDelete
  27. pudding pie --> insyaALLAH berpesan-pesan pada kebaikan.

    ReplyDelete
  28. Moon Death Spell --> eh bukan begitu. masih ramai lagi insan di luar sana yang peka dan prihatin tentang ini. cuma mungkin tidak diberi kesempatan untuk itu. err, untung? saya punya banyak kelemahan. marilah sama-sama kita muhasabah diri. insyaALLAH.

    ReplyDelete
  29. haaa....ni bru btul...sy mmg xslesa klu tgh syok2 b'angn,lalu plak llki yg pkai nyh pape ni..pmpn pn sm r..;p
    ri 2 kt msjd shah alam sy nk g solat,tgk de cple ni yg llki pkai dai..nk solat cmne ek???emmmm....

    ReplyDelete
  30. aaah sume org taw pasal benda ni..
    tp still kureng amek taw..
    even pura2 xtaw ape hukumnye..lagi leh kate..

    "alaa aku lepak dpan je kot...nk tutup sume kaki aku wat pe..pompuan nk tgk..bkan salah aku..aku xsuruh pon dorg tgk.."

    ade yg ckap cmtu taw...cam mncabar gak r.heh rase nk sekeh je pale dorg.

    aku pon xtaw nk nshat abng2 aku camne..dorg maen futsal..confirm2 pkai suar pendek..

    sesungguhnya ISLAM ni agama yg mudah...tdak pernah membebankan..ada hikmah segala peraturan yg ditetapkan ALLAH...


    insyaALLAH...semoga kite sume dirahmati dan diberikan petunjuk hidayah dariNYA..

    ReplyDelete
  31. jgn diambil mudah tentang aurat. benda yg kecil2 ni lah akan menjadi besar.

    kisah benar, sorg kawan saya diambil gmbr oleh housematenya dgn hanya sehelai boxer saja. bila gmbr dipublishkan kepada org ramai, dia sendiri jgk yg malu..

    salah sape? diri sendiri atau kawan?

    ReplyDelete
  32. ^^ saLam Hami..

    bru dpt singgah cni..alhamdulillah..

    tentang n3 kali ini bgus skali untk perkongsian. orang dah tahu tntg ni sbnrnye..tp x salah untuk kta mengingatkan berulang kali.. biar ingt lagi n mleKat pada hati..^^

    bukan pmpuan saje y bmasalh dlm mjaga aurat. lelaki juga sma. tp, lelaki kurg 'menonjol' kesalahan dlm menutup aurat ni krn aurat y perlu ditutup itu hanya sedikit.. dek krn sedikit itulah juga lelaki meringan-ringanKan dan amik mudah. padaHal hanya ringan pada pandangan kita sbg manusia, tp berat pada pndangan Allah.

    pasal bsuKan tuh. mmg btol la pakaian suKan org malaysia ni terpengaruh ngn 'GaYa BaraT'. Nak selesa semasa bersukanlah kononnye.. tp itu hanya mitos tuk 'mencantikkan' larangan2 ALLaH spy umat Islam tertariK untuk melakuKannya dan lupa kepada Hukum Hakam ALLaH..

    ^^SemoGa kiTa tergolong daLam goloNgan Hamba ALLaH yg Patuh kepada PerinTah-Nya dan MenjauHi LaraNgan-Nya..

    ReplyDelete
  33. hehhe...nk tekan nak komen..tp ayat "protes cakap aku"..huu!

    saje nak tinggalkan pendapat..

    setuju sangat. sebab tu x suke tgk lelaki x pakai baju. dan x suke tgk bola. (sbb x minat bola jugak)..huu!

    ReplyDelete
  34. hmmm..~~
    sokong abg hami..
    but..hmmmmm..

    ReplyDelete
  35. entry ini adalah diilhamkan daripada picture profile aku kat facebook yang memakai short kat swimming pool yg hang teguq kelmarin tu kan?

    terima kasih mengingatkan.

    ReplyDelete
  36. entry ini adalah diilhamkan daripada picture profile aku kat facebook yang memakai short kat swimming pool yg hang teguq kelmarin tu kan?

    terima kasih mengingatkan.

    ReplyDelete
  37. uish
    bagus entry nih
    aku plak jenis suka pakai seluar pendek
    hurm
    entahlah

    ReplyDelete
  38. bagus ni.
    jarang ada orang tekankan aurat lelaki.

    ReplyDelete
  39. entri teguran yg bgs
    hanya tegur aurat wanita sampaikan lelaki terlupa akan aurat mereka sendiri..
    moga semua renungkan bersama
    saling tegur bersama-sama

    ReplyDelete
  40. salam ziarah sahabat...

    kadang2 manusia ni lagi keras dari batu,bagi ana dorg bukannye x tau..tapi sebab keras kepala punya pasal..hukum yg memang qat'ie dalam quran pun nak dilanggarnye..

    contoh dari barat kita selalu memandang besar dan mengkaguminya, tapi kita x sedar contoh2 tu la yang mengundang kemurkaan Allah..

    harap diri ana sendiri dan kita semua yang membaca entri Sdr Hami ni sentiasa ditarbiyyah dan terus ditarbiyyah dengan suasana Islam..inshaAllah

    ReplyDelete
  41. aurat lelaki pusat hingga lutut... bukan aurat dgn lutut... ada perbezaan di situ...takut salah faham di situ... klu pusat dgn lutut, tutup 2 tu jer la... yg tgh2 antara pusat dan lutut boleh dipertonton org ramai... bersama2 kita saling menasihati...

    ReplyDelete
  42. Penawar --> Hemm, pasal dye dan solat lain entri pula ye.

    ReplyDelete
  43. eKyN --> InsyaALLAH mari kita trus ingat-mengingati sesama kita. Thanks sudi beri pendapat.

    ReplyDelete
  44. neem --> Jawapan untuk soalan anda. Salah diri sendiri.

    ReplyDelete
  45. ~UmmU SoLehah~ --> Waalaikumussalam. Terima kasih atas pandangan. Sama-samalah kita berpesan-pesan pada kebaikan. (",)

    ReplyDelete
  46. adLedash --> Dah tukar kepada 'BERI BUAH FIKIRAN' (",)

    ReplyDelete
  47. AkU --> Terima kasih atas sokongan anda. (",)

    ReplyDelete
  48. Faizal Murad --> Mungkin juga. InsyaALLAH sama kita ingat-mengingati. Tak ada niat nak kondem sesapa di sini.

    ReplyDelete
  49. Faizal Murad --> Mungkin juga. InsyaALLAH sama kita ingat-mengingati. Tak ada niat nak kondem sesapa di sini.

    ReplyDelete
  50. hans --> Yang tu kena pikiaq cari solution dia la.

    ReplyDelete
  51. Miss Marquis --> Thanks. Mengingat diri ini juga.

    ReplyDelete
  52. amirah --> InsyaALLAH. Wanita pun kena sedar akan hakikat ini kerana wanita lagi perlu berwaspada tentang aurat. Semua orang sedia maklum. Berpesan-pesan pada kebaikan.

    ReplyDelete
  53. Mi vida --> Itulah puncanya. Keras kepala. Tuhan tak akan ubah nasib seseorang hambaNYA itu jika dia tak cuba mengubahnya. Wallahu'alam.

    ReplyDelete
  54. zackque --> Hahaha ~ 10 markah untuk anda!

    ReplyDelete
  55. mmg btol pon...
    yg lama sentiase dilupekn...
    bak kata org melayu
    "1 pergi 10mari"
    .......x dihargai lngsung......

    ReplyDelete
  56. laki vs perempuan

    pakai seluar pendek
    vs tidak pakai tudung

    aku bila pulak nak berhenti pakai seluar lutuh nih?

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe