Posts

Showing posts from November, 2012

Budi Bahasa Yang Baik Mencerminkan Siapa Kita Sebenarnya

Assalamualaikum w.b.t
Ini entri spontan. Baru sahaja kejadian yang tidak diingini ini berlaku. Penting. Sebab ianya melibatkan maruah diri. Ceh konon maruah diri. Okey tak tak, bukan melibatkan maruah diri, tapi melibatkan budi bahasa budaya kita.
Tadi gua dapatlah sebuah panggilan dari operator TM. Lelaki. Perbualan ini sempat dirakamkan oleh medula oblongta gua dan ditransferkan dari jari jemari seterusnya disalurkan ke sini.
Operator:Hello, assalamualaikum. Boleh bercakap dengan Encik Hami Asraff?
Aku: Waalaikumussalam. Ya saya bercakap. 
Operator:Boleh luangkan sedikit masa untuk bercakap?
Aku:InsyaAllah boleh.
Operator:Saya dari Telekom Malaysia. Encik Hami ada pakai streamyx kan dekat Kedah?
Aku: Ya saya.
Operator: Difahamkan Encik Hami pakai pakej terendah, jadi kami ingin menawarkan pakej baru kami di mana Encik perlu membayar sebanyak sekian sekian. Pakej ini Encik boleh menggunakan perkhidmatan internet di rumah dan di luar.
(Beliau menerangkan 2 minit tentang ini)
Aku:Tapi saya ta…

Boikot Produk Israel

Image
Hipokrit!
Itu antara perkataan yang dilaungkan apabila bercakap mengenai boikot. Boikot apa pulak ni? Boikot barangan Israel? Eleh, bukan dulu dulu dah boikot ke? Lepas tu dua tiga bulan, semuanya hilang. Semua cari balik, makan balik Mekdi. Ye kan? Jadi hang toksah dok boikot sangatlah!
Antara perkataan yang dizahirkan dengan tulisan. Sejak isu Gaza dibom oleh rejim Zionis semua isu dinaikkan semula. Ramai yang menghulurkan bantuan di samping doa yang berterusan. Alhamdulillah, masyarakat Malaysia masih terkenal dengan sifat perikemanusiaan. Tidak kira bangsa dan agama. Suatu nilai yang perlu kita teruskan untuk menjadi manusia yang hebat di sisi Allah.
Salah satu tindakan orang macam kita adalah boikot barangan dari Israel. Ya itu salah satu usaha penduduk Islam di seluruh dunia untuk melumpuhkan ekonomi Israel. Tetapi biasalah orang-orang dekat Malaysia ni ada saja tak kenannya. Tak cari pasal mana best. Kena timbulkan isu baru sensasi. Baru boleh sakitkan hati insan lain.
Sehingg…

Berubah Itu Mungkin Mudah. Istiqamah Itu Yang Payah.

Image
Assalamualaikum w.b.t
Seperti biasa tajuk entri perlu skema dan klise selklisenya. Baru ada ummpph bak kata peminat teh boh lipton. Mai secawan...
Dalam menongkah arus hidup yang bersimpang siur, penuh pancaroba dunia, manusia seringkali dihambat dengan hasutan dunia yang tidak jemu menggoda. Apabila dunia menggoda, manusia ternoda. Siapa yang bertanggungjawab jalankan tugas ini? Tak lain tak bukan mereka inilah: 
NAFSU dan SYAITAN. Mereka kawan baik. Teman sepermainan. Bermain guli bersama-sama. Bergelak ketawa bersama-sama. Menjerumuskan manusia ke lembah hina sama-sama. Utuhnya persahabatan depa dua ni habaq hang. Apabila nafsu dan syaitan bergabung, ianya akan menghasilkan seekor makhluk yang sejahat Majin Buu. (Hampa jangan kata tak kenal Majin Buu. Yang tak kenal pi Yahoo please!).
Majin Buu merangka strategi. Majin Buu mula menguasai dunia. Buat masa ini, Majin Buu juara antara semua lawannya. Tidak terkalah. Jadi beliau mencari lawan yang tidak terkalah. Sehinggalah suatu har…

Makin Makan Garam, Makin Tak Faham

Image
Assalamualaikum w.b.t
Masin itu garam, garam itu masin. Biar mulut manis, jangan mulut masin. Pepatah spontan selalunya sangat tidak bertepatan. Bunyi sangat tidak menusuk ke jantung, hanya singgah ke limpa sahaja. Ya begitulah gamaknya apabila terlebih makan garam.
"Aku dah lama makan garam dari hang!"
Ayat di atas menunjukkan beliau dah lama sangat makan garam. Jadi rasa masin dan hidup telah sebati. Tetapi setelah ditranslatekan ke bahasa yang lebih unggul dia akan berbunyi lebih kurang macam ni la:
"Aku dah banyak pengalaman dari hang. Jadi aku lebih tau."
Oh ya. Dah kenapa dengan tiba-tiba semua ini diusulkan? Begitulah aku. Membangkitkan isu yang tak dilapuk dek hujan tak lekang dek panas adalah sesuatu yang sangat favourite. Ala, kalau tak ada isu, maka tiadalah cerita yang sensasi, tiadalah gosip hiburan terkini, tiadalah Melodi. Eh?
Baik. Seperti biasa. Aku selalu bagi contoh untuk mudah difahami dan diselami. Baru manusia yang membaca dapat kunyah dan ha…