Saturday, April 1, 2017

Nak Tanya Pendapat Korang Ni


Ini kali ke patploh pat kali aku masuk sini. Taip padam, taip padam. Macam apa entah. Hoi mana hilang semangat menulis aku ni??? 😞

Kemonnn!

Aku tak nak jadikan alasan "busy" tu sebagai sebab utama aku tak update blog. Ya tau tau. Alasan tu tersangatlah klise. Tapi hanya alasan itulah paling sepadan dengan apa yang aku sedang alami. Busy ni kadangkala best juga. Bukan apa, hang boleh siapkan banyak kerja dalam satu jam, dalam masa satu hari. Walhal kerja yang sepatutnya disiapkan dalam masa 5 minit ditangguh sehingga menjadi begitu lama. Nampak tak dekat sini? Tapi kadangkala, busy ni memang boleh jadi gila. Serabut semua ada. Haishhh, kalau dah nama masalah, memang tak pernah settle pun kan?

Okay tinggal sekejap permasalahan itu. Sekarang ni nak tanya sikit pendapat korang, pembaca blog ini (masih ada lagi ka orang baca blog ni? 😂). Soalannya adalah:

1) Macam mana nak bagi konsisten menulis balik? 
2) Korang rasa aku perlu menulis tentang apa? 
3) Perlu tak tukar template blog ni?

Cukuplah 3 soalan ni dulu. Please ya bagi cadangan. Sejujurnya aku terlalu rindu hendak menulis seperti dulu. So segala cadangan korang aku terima dengan teruja dan happy gila. 😊

3.13 pagi.

Nampak tak time macam ni baru aku sempat menulis. 

Okay selamat malam guys. Moga esok hari membawa sinar.

😴