Sesi Monolog Dalaman

Saturday, December 22, 2012

Teknologi Merenggangkan Ukhwah Di Dunia Nyata Manusia?


Assalamualaikum w.b.t

Di Chicken Rice Shop The Mines. Perut lapar. Orang ramai. Nasi habis. Kena tunggu setengah jam untuk menanak nasi. Dek kerana aku tidak membaham sebutir nasi pun ke dalam perut lagi hari ini, jadi aku sanggup menunggu. Sanggup! Sebijik nasi ibarat setitis peluh petani. *imagine Raja Farah yang sebut ni

Benda ni aku perasan lama dah. Tunggu nak luahkan segala-galanya di sini sahaja. Ya semuanya berkaitan dengan kehidupan manusia yang menongkah arus bersama kepesatan teknologi dunia. Teknologi buat manusia terus berlari laju. Eh silap. Manusia tak perlu berlari ke sana ke sini. Manusia hanya perlu melepak di depan TV, sambil jari jemari menari di papan kekunci gadjet masing-masing. Ah, gadjet pulak mesti yang paling latest sekali. Semuanya di hujung jari kelingking.

Tak payah pi tengok contoh jauh-jauh. Ni apa yang aku sedang buat ini membukti segala-galanya. Bila lepak reramai dengan rerakan di kedai makan, pakat semua keluarkan gadjet canggih mereka. Jumpa di depan, tetapi asyik sibuk nak main Facebooknya, Twitternya, Instagramnya, Petakempatnya dan Friendsternya (kat sini boleh letak emoticon sengih sampai ke telinga).

Jadi adakah teknologi membawa kepada merenggangkan ukhwah di dunia nyata? Jawapan aku adalah YA. Tapi.....

*meneguk air strawberi*

Bukanlah semua. Tetapi terjadi di kalangan kita. Jika ukhwah tetap rapat di dunia maya dan nyata, alhamdulillah. Teruskanlah. Jika tidak kena fikirkan jalan penyelesaiannya. Sebab benda ni aku alami sendiri which is ada orang lalu sebelah, tapi dia ushar ushar sahaja, lantas membuat sesi teguran di Facebook/Twitter. Nampak tak permainannya kat situ?

Ramai aku jumpa mereka sangat ramah di dunia maya. Tetapi bila bertemu, oh pendiam rupanya. Okey. Aku pulak sebaliknya. Ada orang kata aku kurang friendly di dunia maya, tapi insyaAllah aku peramah di dunia nyata.

Ok nasi chicken gua dah sampai. Gua melantak dulu. Moga teknologi terus merapat ukhwah kita di dunia maya dan nyata.

Caucincalok!


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone



Wednesday, December 12, 2012

Wordless Wednesday #12: She Is Everything For Me





On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.


Monday, December 10, 2012

Testing


Assalamualaikum w.b.t

Ini adalah entri percubaan. Sebenarnya baru belajaq nak post entri via handphone cap ayam katik. Ni yang dok terai ni.

Tahu gua memang dah lama tak update blog. InsyaAllah akan menyusul kemudian. Now gua nak pi pekena roti canai.

Sayonara!


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone