Sunday, April 22, 2018

MRTT vs MLTT – Perbandingan Lengkap


MRTT bermaksud Mortgage Reducing Term Takaful (atau dalam istilah insurans konvensional disebut MRTA), manakala MLTT pula merujuk kepada Mortgage Level Term Takaful.

Dalam konteks perancangan kewangan Islam, kita digesa untuk menyokong produk-produk patuh syariah, jadi MRTT dan MLTT adalah yang releven untuk tujuan ini.

Ia ditawarkan oleh kebayakan syarikat-syarikat takaful yang ada di Malaysia.


Jadual perbandingan antara MRTT dan MLTT




Ini ialah jadual perbandingan di antara MRTT vs MLTT. Setiap produk ada kelebihan dan kelemahan masing-masing. Kita dapat apa yang kita bayar, tanpa mengatakan bahawa MRTT lebih baik dari MLTT atau sebaliknya.

Dari segi harga, MRTT jauh lebih rendah berbanding MLTT. Cuma MRTT perlu dibayar sekaligus manakala MLTT boleh dibayar secara ansuran. Apapun bagi MRTT kadang-kala ada pilihan yang ditawarkan oleh pihak bank untuk dimasukkan ke dalam bayaran ansuran pembiayaan perumahan yang dibuat.

Pembayaran caruman sumbangan untuk MRTT 100% dibayar untuk perlindungan, sebab itu ia lebih murah. Manakala pula bagi MLTT, ada sedikit nilai tunai.

Selain harga, perbezaan ketara bagi MRTT vs MLTT ialah;


  • MRTT memberi perlindungan kepada baki hutang dan ia akan berkurangan dari tahun ke tahun. 
  • Manakala MLTT pula memberi perlindungan kepada keseluruhan jumlah hutang yang awal dan ia setara dari awal polisi hingga tamat polisi.


Infografik perbandingan MRTT vs MLTT dari sudut perlindungan kewangan



Coverage bagi MRTT adalah berdasarkan baki pembiayaan atau pinjaman perumahan yakni akan berkurangan setiap tahun, manakala coverage bagi MLTT pula adalah setara dari awal polisi hingga tamat.


Perbandingan MRTT dan MLTT; dalam situasi berlaku kematian atau lumpuh kepada penghutang atau pemilik rumah


Jadi apa bila berlaku tuntutan dalam kes kematian atau lumpuh, polisi MRTT akan membayar baki hutang kepada pihak bank, manakala polisi MLTT pula membayar keseluruhan pampasan kepada penama dan tanggungjawab penama untuk selesaikan hutang si mati kepada bank. 

Jika pemilik rumah mengambil MRTT, proses pembayaran tuntutan tersebut hanya melibatkan dua pihak, yakni bank dan syarikat takaful sahaja, dan kemudian ahli akan memperoleh rumah terbabit.

Manakala bagi kes MLTT pula, pihak penama atau ahli waris akan terlibat untuk menerima pampasan dari pihak syarikat. Selepas menerima pempasan tersebut, maka pihak waris bertanggungjawab untuk menyelesaikan baki hutang kepada pihak bank. 

Dalam kes ini, terserah kepada ahli waris untuk membayar sekaligus baki hutang atau secara ansuran. Lebihan wang pampasan adalah milik ahli waris, tertakluk kepada faraidh.


Perbandingan MRTT dan MLTT, kesan dan akibat apabila pemilik rumah membuat refinancing atau menjual rumah



Bagi setiap polisi MRTT, penama atau pemegang amanah polisi ialah bank, manakala bagi polisi MLTT pula, pemilik polisi boleh meletakkan sesiapa sahaja seperti pasangan, isteri, suami, adik beradik, anak-anak dan sebagainya. Polisi MLTT juga kita boleh letakakan syarikat amanah seperti As-Salihin Trustee sebagai penama atau pemegang amanah. 

 Setiap satu polisi MRTT yang diambil hanya untuk satu pembiayaan atau pinjaman perumahan yang kita lakukan. Jadi sekiranya kita lakukan refinancing atau jual rumah tersebut sebelum tamat tempoh maka polisi MRTT tersebut akan terbatal. 

 Perkara ini tidak terjadi jika kita mengambil MLTT kerana setiap polisi MLTT boleh digunapakai untuk beberapa tujuan pembiayaan dan tidak terkesan sekiranya pemilik membuat refinancing atau menjual rumah tersebut sebelu tamat tempoh.


Contoh kes perbandingan bayaran bagi MRTT dan MLTT

Ini adalah sampel kes, perbandingan “apple to apple” di antara MRTT dengan MLTT dari sudut bayaran dan nilai tunai bagi setiap polisi.

Bagi polisi MRTT sudah tentu tiada langsung nilai tunai yang diperolehi manakala bagi MLTT Â pula mempunyai nilai tunai. Ia tidak dijamin di dalam polisi tetapi mempunyai unjuran dengan jangkaan keuntungan pelaburan pihak syarikat takaful.

Jadual ini berdasarkan beberapa quotation MRTT dan MLTT dari bebrapa syarikat takaful di Malaysia, dan jumlahnya mungkin lebih rendah atau lebih tinggi bergantung kepada polisi syarikat.


Rumusan perbandingan MRTT dan MLTT


Secara umumnya,

MRTT sesuai untuk;


  • Rumah untuk KEDIAMAN 
  • Pembelian JANGKA PANJANG 
  • TIDAK bercadang untuk melakukan RE-FINANCING 
  • Umur 35 tahun ke atas 
manakala

MLTT sesuai untuk;
  • Rumah untuk perlaburan
  • Pembelian JANGKA PENDEK
  • Bercadang melakukan RE-FINANCING 
  • Umur bawah 35 tahun

Sumber artikel oleh: rahsiatakaful.com



TEMUI SAYA DI SINI:

Hami Asraff Bin Ab. Halim 
Executive Wealth Planner
Prudential BSN Takaful
+6019-4522171 (WhatsApp/SMS/Call) 
Email: hamiasraff (at) gmail (dot) com 


Saturday, March 3, 2018

Bangun


Terbaring.
Terkulai.
Terbeku.
Tidak mahu gerak ke mana-mana.
Tidak mahu berganjak ke mana-mana.
Tidak mahu buat apa-apa.
Tidak mahu lakukan apa sahaja.
Parah.
Ya memang parah.
Penyakit yang sukar diubati.
Kalau dibiarkan kian parah diubati.
Bagaimana mahu tangani semua ini?
Tiada cara lain.
Kau harus bangun.
Ya bangun.
Bangun sekarang.
Itu sahaja.
Kau hang perlu bangun.
BANGUN!
BANGUN!
Dan...
BANGUN!

Friday, January 12, 2018

Tipu


Kadang kita boleh menipu ibubapa.
Kadang kita boleh menipu pasangan.
Kadang kita boleh menipu adik-beradik.
Kadang kita boleh menipu kawan-kawan.
Kadang kita boleh menipu bos.
Kadang kita boleh menipu member sepejabat.
Kadang kita semua manusia di sekeliling kita.
Tapi yang pastinya kita tidak boleh menipu tuan empunya diri.
Dan paling kita tidak boleh menipu, pemilik segala alam ini, Ilahi.

Monday, January 8, 2018

Ukhwah


Ukhwah itu tidak perlu kesempurnaan.
Ukhwah itu hanya perlu keikhlasan.
Ukhwah itu tidak perlu kebendaan.
Ukhwah itu hanya perlu kesetiaan.

Friday, January 5, 2018

Procrastination


Sebuah penyakit yang merbahaya baq ang.
Serius.
Dan penyakit ini aku dah ada sejak sekian lama.
Sadis.
Dan aku sangat yakin ramai umat manusia ada penyakit ini.
Sama ada dia sedar atau buat-buat tak sedar.
Bawa-bawa berubahlah.
Dah tahun baru kot.
Satu ja cara nak atasi penyakit ni.
Hang teringat ja sesuatu benda tu, kena buat segera.
No more tangguh-tangguh.
Say no to procrastination!
Yeah!

Thursday, January 4, 2018

Goal


Settle APW untuk tahun ni.
Apa itu APW?
Agency Training Workshop.
Memang saban tahun kalau masuk je tahun baru kami akan buat APW ni.
Tapi tahun ni berbeza sikit.
APW kali ni kami aku buat di District 21.
Alaa di IOI City Mall tu.
Tujuan APW?
Untuk pledge apa yang kami inginkan tahun ni.
Set a new goal.
Set a new target.
Brainstorming.
Hat mana yang tak kena, akan perbaiki.
Kat mana kelemahan sebelum ni, akan cuba atasi.
Yeah, itulah matlamat APW tahun ni.
Moga semua goal tahun ni terlaksana.
Amin.

Wednesday, January 3, 2018

Kura-Kura


Hari ni masuk office untuk tahun 2018.
Tahun baru.
Bersemangat waja.
Harap semangat ini kekal hingga penghujungnya.
Bos Yom cerita tentang kura-kura.
Dia tanya, siapa kura-kura, siapa arnab.
Aku rasa semua segenap umat manusia tahu tentang cerita Arnab dan Kura-Kura ni.
Kalau dia tak tahu tu nampak sangat muda belia remaja.
Okey, aku memang kura-kura.
Untuk semua benda kot.
Tapi tu la kadang aku ni kura-kura yang berhenti berehat lama tak hingat.
Kalah si arnab.
Hahaha.
Moga tahun ni menjadi kura-kura yang konsisten dan persisten.

Tuesday, January 2, 2018

TV


Lepas kahwin memang jarang amat tengok TV.
Mana nak tengoknya TV pun takdak lagi.
Hahaha mari gelak berjemaah.
Aku ni penggemar tengok TV.
Tapi time duduk rumah sewa lama bukanlah tengok TV sangat pun.
Jadi perlu dak beli TV ni? 
Kah.
Okay nak cerita benda lain.
Tadi tertengok JomMovie kat rumah mak mertua ni haa.
Macam best.
Sebab aku suka program berkonsep movie bagai ni.
Suka depa kritik tentang sesuatu movie tu.
Nak jadi pengkritik movie jugak boleh?

Monday, January 1, 2018

Terasa


Nak bercakap tentang terasa, ah tak payah cakaplah. 
Memang hampa selalu terasa kan?
But depend.
Hang kena ada sebab valid untuk terasa.
Terasa dengan laki.
Terasa dengan bini.
Terasa dengan member.
Terasa dengan family.
Terasa dengan officemate.
Terasa dengan bos.
Kalau nak elobrate aku rasa ramai.
Cuma satu sajalah.
Kalau nak terasa bab-bab kecik ni, lupakanlah.
Banyak lagi masalah dunia lain hang nak kena pikiaq.
Ye dok?
Lebih baik layan lagu ‘Terasa Ada’.
Eh?

Agenda


Secara tak sengaja tersinggah di sini.
Sekadar ushar-ushar.
Menjenguk.
Tidak bertujuan untuk buat apa-apa.
Hanya sekadar persinggahan biasa.
Tiada perancangan apa pun.
Log in.
Fuh fuh!
Sapu sawang melekat di jendela.
Sengaja gatal tangan ubah dinding kertasnya.
Tak cantik mana pun.
Tahu.
Itu sahaja.
Tajuk memang sengaja mencetuskan propaganda.
Ya sengaja.
Selamat tahun baharu.
Dua ribu lapan belas.