Sesi Monolog Dalaman

Tuesday, August 25, 2009

Kita Kepunyaan Yang Maha Esa




Janganlah engkau angkuh melaungkan...
Si dia kepunyaan mu...
Atau kau kepunyaan si dia...
Kerana hakikatnya...
Kita tak pernah memiliki sesiapa...
Walau sekeping hati seorang insan...
Tidakkah kau sedar...
Hukum alam menyatakan...
Mencintai tidak semestinya memiliki...
Manusia pandai berpura...
Berlakon di pentas dunia...
Dan bertopeng menutup rahsia...
Tetapi hati...
Tidak pernah berdusta pada empunya...
Tentang perasaan yang bergolak di dalamnya...
Tidakkah kau sedar...
Mungkin si dia melafazkan...
Ungkapan cinta padamu...
Tetapi hati dan perasaannya...
Tidak pernah berniat begitu...
Dia hanya berselindung...
Di sebalik sejuta alasan..
Dan kau...
Begitu jujur dan setia mencintainya...
Sehingga terlupa...
Hukum alam menyatakan...
Mencintai tidak bermakna memiliki...
Sesungguhnya...
"Aku tidak pernah memiliki dirimu..."
Mengertilah...
Kita sebenarnya kepunyaan...
Yang Maha Esa...
Tiada sesiapa berhak memiliki diri kita...
Kecuali Dia...
Dia mengasihi hambaNya...
Dia memiliki hambaNya...
Dan ke pangkuan Dia kita akan di kembali...

Monday, August 24, 2009

Jangan Menyerah


I LOVE THIS SONG VERY MUCH!





Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi

Kita pasti pernah
Dapatkan cobaan yang berat
Seakan hidup ini
Tak ada artinya lagi

Syukuri apa yang ada
Hidup adalah anugerah
Tetap jalani hidup ini
Melakukan yang terbaik

Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi

Tuhan pasti kan menunjukkan
Kebesaran dan kuasanya
Bagi hambanya yang sabar
Dan tak kenal Putus asa



Sunday, August 23, 2009

Bulan Yang Dinanti



Salam Ramadhan semua.

Entri ini sepatutnya ditulis pada 22/08/09 bersamaan 1 Ramadhan 1430 Hijrah. Tapi kerana kesibukan yang tidak dapat dielakkan, maka dipublish hari ini.

Semalam, 1 Ramadhan. Bulan yang ditunggu-tunggu oleh seluruh muslimin dan muslimat. Syaaban pergi, Ramadhan pula diganti.

Permulaan yang baik dalam bulan Ramadhan ini. Semalam juga Ramadhan aku disambut dengan 2 test iaitu pada pukul 9.00 pagi dan 11.00 pagi. Honestly kurang boleh buat test semalam. Tapi tawakal je la. Dah la dalam dewan annexe tu sejuk sampai ke rulang sum sum. Kalau aku duduk sejam lagi rasanya beku kot.

Balik rumah dalam hujan. Abih basah kuyup. Hemm, petang ni dah plan nak buka puasa kat surau al-Islah. Tetiba dapat call dari seorang mamat yang paling aku kenali. " Jom pi bazar ramadhan..". Adus rosak program. Tapi tak apa la, banyak hari lagi puasa. So kami pun pegi bazaar ramadhan kat seksyen 17. Ramai gak orang.. Standet.. Kalau kat seksyen 2 tu lagi ramai bangat..

Buka puasa kat rumah dan dipendekkan cerita aku pergi solat terawih kat surau dekat rumah aku ni je.

Nak kupas sedikit la pasal ramadhan ni. Bulan ni la bulan keampunan, bulan rahmat. Ambillah peluang ini untuk kita membaiki diri. Membaiki diri ke arah baik dan lebih baik. Perbanyakkan la amal ibadat. Jadikan ia satu titik perubahan untuk kita. Kerana kita masih belum tentu akan bertemu di ramadhan yang akan datang.. Jangan lepas peluang ini!

Thursday, August 20, 2009

ماري بلاجر بهاس جاوي


السلام عليكم.
اڬق لاما جوڬ ترفيكير ايديا اين. دولو كالاو بلاجر بهاس جاوي دكت سكوله رنده ساج.

هابيس سكوله رنده، مك هابيس جوڬ لا بهاس جاوي دڤلاجري. الڠكه روڬي دان سايڠ كالاو كيت تيدق مورايسي ءهرتاء يڠ برنيلاي اين.

دولو اوتوسن مليسيا اد مڠلواركن اخبار جاوي. ساتو ڤمبهارون يڠ چوبا دكتڠهكن.

سبنرڽ بلاجر بهاس جاوي اين سسواتو يڠ بوليه دبڠڬاكن، بوكن سسواتو يڠ مروڬيكن. مالهن داڤت ممڤركاسكن ڤڠواسأن كيت دالم بهاس جاوي. ان شاءالله..

سموڬ كيت حياتي حقيقة اين. ڬينراسي سكارڠ ميمڠ همڤير تيدق مڠنالي اڤ ايت بهاس جاوي. كالاو بوكن كيت تق ڤلوڤوري سياڤا لاڬي؟

تڤوك دادا، تاڽ هاتي، تاڽ ايمان...

والله اعلم..


p/s : atas permintaan ramai, aku terpaksa metranslate bahasa jawi ni. ada yg mintak ke? hehe!

assalamualaikum.

agak lama juga terfikir idea ini. dulu kalau belajar bahasa jawi dekat sekolah rendah saja.

habis sekolah rendah, maka habis juga la bahasa jawi dipelajari. alangkah rugi dan sayang kalau kita tidak mewarisi 'harta' yang bernilai ini.

dulu utusan malaysia ada mengeluarkan akhbar jawi. satu pembaharuan yang cuba diketengahkan.

sebenarnya belajar bahasa jawi ini sesuatu yang boleh dibanggakan, bukan sesuatu yang merugikan. malahan dapat memperkasakan penguasaan kita dalam bahasa jawi. insyaAllah..

semoga kita hayati hakikat ini. generasi sekarang memang hampir tidak mengenali apa itu bahasa jawi. kalau kita tidak pelajari, siapa lagi?

tepuk dada, tanya hati, tanya iman.



wallahu'alam..

Wednesday, August 19, 2009

Masalah Problem

Assalamualaikum W.B.T. Bersua kembali...

Last 2+dis week hidupku agak berantakan.. Macam2 masalah yang timbul. Yang terpaksa aku hadapi. It is life.. Normal la kan.. Masalah yang paling kerap dialami last week ialah moto burukku itu membuat hal.. Nak cerita ni. Minggu lepas je 3 kali motoku pancit. Uwaaa sedih2..!!

Dah la time tu hujan renyai2 disusuli kilat sabung menyabung ( macam dalam filem la pulok ). Kalau dah nama pancit tu alamat melayang la duitku. Huhu.. So for the first time tu aku pergi tukar tiub cam biasa la. Nak di jadikan ceritera cinta bocor lagi. Pergi lagi kedai apek tu ( mula2 ingat apek tu nak sabotaj aku.. Tak baek buruk sangka! ). Sama gak hasilnya! Lantas tanpa cakap banyak aku terus menukar tayar terus.. Hah ambek nak bocor sangat.. Pakai tiubless lagi.. Pancit gak tak tau la..

Dan hari ni... Jeng... Jeng... Jeng... ( bagi suspen sket crita ni ) selepas aku pergi maybank membayar bil p1 w1max ( last day kena bayar ), aku mengalami kegelongan ( * gelong = goyang ) pada tayar motoku. Adoii apa pulak kali ni? So aku rasa aku perlu membuat perhitungan dengan apek tu.. Tak leh jadi nih!

"Aiyaa.. Lu lagi ar.. Apa pasai"... "Tak tau la apek..tayar *gelong lar".. So di shortkan setori ni de apek pon menyetelkan masalah problem aku.. Bearing hancuss.. Maka duit pun melayang lagi.. Uwaaa... Tak pa la.. Moto aku jugak kan..

Camtu la cerita aku yang tak berapa best.. Hehehe.. Tapi masalah problem aku lebih berkisar pasal kewangan la.. Nak wat camna kan? Redha je la.. Masalah laen standet la as a student. Semua yang pernah bergelar student konpem rasa apa yang aku rasa sekarang ni.. Chewahh..

Minggu ni la paling banyak test. Semalam dah setel satu test. Tinggal 2 test iaitu hari sabtu ni. Kena pulun betoi2 kali nie..

Sori la kalo tak best cerita gua ni.. Hahahaha... The moral story here is manusia tak pernah lekang dengan masalah. Baik kaya mahupun miskin, baik berada mahupun papa kedana..
Yang paling penting macam mana kita menyetelkan masalah itu dengan cara yang paling rasional dan berhikmah.. Masalah itulah yang membuatkan kita lebih berani untuk terus melangkah..InsyaAllah jangan pernah putus asa dengan rahmat Allah. Dia pasti membantu..

Sunday, August 16, 2009

Bunga & Rama-Rama

Assalamualaikum W.B.T

Aku nak kongsi sebuah cerita di bawah ni. Mungkin ada yang pernah terbaca. Tapi kisah ni la yang menjadi pedoman untuk diri ini. Sama-sama kita renungkan dan ambil iktibar.. InsyaAllah...



Seorang lelaki berdoa kepada Allah agar diberikan bunga dan rama-rama namun Allah memberikannya kaktus dan ulat.





Lelaki ini sedih, tidak faham mengapa pemberian-Nya berbeza daripada permintaannya.Kemudian dia berfikir: Allah mempunyai terlalu ramai umat untuk diuruskan.Dan dia memutuskan untuk tidak mempersoalkannya.


Selepas satu tempoh, lelaki ini memikirkan semula permohonan doanya yang telah lama dilupakannya. Lelaki ini amat terperanjat apabila melihat dari pokok kaktus yang hodoh dan berduri itu tumbuh pula bunga yang cantik.Dan daripada ulat yang terselindung, telah bertukar menjadi rama-rama yang cantik.




Kenapa perkara sebegini terjadi ??? Dan ini adalah jawapannya untuk kita hayatinya..


Allah sentiasa melakukan semua perkara dengan betul.Cara Allah sentiasanya cara terbaik,Walaupun kelihatan semuanya salah.Jika anda memohon sesuatu dan menerima yang lain dari Allah, PERCAYALAH Pastinya Allah sentiasa mengurniakan apa yang dipinta pada masa yang sesuai.




Salah Akukah?


Adakah aku tersilap langkah?
Aku dah mencuba dan terus mencuba.
Tapi aku tak berani ambil risiko.
Padahnya telah ku terima.
Di saat kuperlukan, di situ aku kehilangan.
Allah menguji hambanNYA ini lagi.
Aku redha, aku pasrah.
Hanya itu sahaja yang mampu aku lakukan.
Tapi kenapa seringkali aku diuji sebegini?
Ujian dari Allah datang dari pelbagai bentuk.
Dan ini ujian untuk aku.
Aku yakin ada hikmah di sebalik semua ini.
Tapi apa?
Aku kena yakin.
Aku kena sabar.
Aku mesti percaya semua ini datang dari Allah.
Ya Allah, aku jahil Ya Allah.
Ampunkan dosa2 ku Ya Allah.
Tapi kali ini aku merasai 'kehilangan' yang amat sangat.
Tapi aku rasa aku tidak bersalah dalam hal ini.
Tapi kenapa aku rasa aku bersalah sangat?
Aku perlukan penjelasan.
Aku perlukan jawapan.
Dan aku perlukan kebenaran.
Di saat ini hanya satu aku perlukan.
Aku perlukan KETENANGAN.
Ya Allah, berikanlah ketenangan ini padaku.

Saturday, August 15, 2009

Nur Kasih 2

Assalamualaikum semua..

Aku baru balik kelas on je laptop nak download Nur Kasih episod 12. Huih semangat2.. Tapi internet lembab daa.. Hampes! So aku tengok kat tv3.com.my je la. Sambil2 tu aku buka la youtube. Aku taip la nur kasih episod 12. Keluar banyak gak, tapi tak ada lagi yang episod 12. Dalam banyak-banyak video tu aku tertarik pada satu video yang bertajuk ' Tiz Zaqyah Razak '. Huih Nur Amina tu. Tak boleh jadi, kena tengok ni. So aku bukak & download. Bawah ni aku sertakan video tersebut. Tengok dulu baru komen.

p/s : nampaknya ada masalah dengan video tersebut. So aku sertakan url dia di bawah ni.

http://www.youtube.com/watch?v=PbIAVOgjLGg

Astaghfirullahalazim.. Aku mengucap panjang. Dan terlebih dahulu dengan bakal apa yang aku komen di bawah ni jangan disalah ertikan. Aku memang minat sangat-sangat cerita ni. Watak Nur Amina la yang paling buat aku terus melekat untuk tahu kesinambungan cerita ini.

Tapi apa yang aku cuba nak sampaikan ialah ( rasanya korang pun dah dapat agak ). Bukan nak menunding jari or melabelkan apa-apa. Cuma apa yang ingin aku katakan ialah pelakon is same. I mean she or he need to act like what the director desired. Mereka cuma melakonkan watak tersebut dengan berkesan untuk tatapan ramai. Tapi secara tak langsung rasa agak sedih dengan apa yang mereka ingin sampaikan.

So again, nama pun pelakon kan.. Aku tak nak komen panjang2 sebab takut menyentuh sensitiviti masyarakat kita sekarang ni. Cuma aku pernah terbaca di akhbar pasal Tiz Zaqyah Razak yang beliau ada mengatakan ingin lari dari imej bertudung. Alangkah ruginya rasa. Macam sedutan dalam video tersebut " Setiap orang ada perangai masing2, kita tak dapat duga, bukan salah dia, mungkin faktor sekeliling, keluarga tak beri bimbingan yang baik, kita hanya dapat berdoa yang terbaik untuknya "

Semoga Allah memberi jalan dan pertunjuk yang baik utuk kita semua. Ambil la yang positif untuk jadikan pengajaran, dan negatif untuk sebaliknya. Yang terbaik hanya dari Allah SWT. Yang buruk dari hamba kerdil ini sendiri..

Wallahualam..

Tuesday, August 11, 2009

Tiket Balik Raya


Hari ni kelas berlangsung seperti biasa. Pagi tadi siap ada
quiz lagi. Dua jam buat quiz ja. Huhuhu. Balik kelas waktu makan tengah hari my housemate ada la sembang-sembang pasal tiket balik raya. Depa cakap tiket balik kedah ada yang dah habis. Tak boleh jadi ni! So aku ingat lepas kelas pukul 4 nanti nak pergi ushar la tiket.

Aku sampai kelas agak awal tadi. Tunggu dalam 20 minit lecture tak masuk-masuk pun. Tetiba seorang rakan memberitahu kelas batal! Yeaa.. Tak dak kelas.. Tapi.. Sambung rakan kelasku tadi, ada asignment! Asigment pun asignment la.. So boleh la aku meneruskan agenda aku pergi beli tiket balik kampung ni.. Lalalala...

Sampai kat parking moto terjumpa rakan blogku iaitu Faizzudin ( glamer la hang lepas ni, masuk dalam cerita ni.. Hehe). Dia nak 'mencuri' parkingku. Ye la aku dah nak balik kan.. suddenly dia cakap " Jom minum dulu ". Jawabku " Hang belanja..". Balasnya " Orait! ". So aku pun melepakkan diri sambil minum dengan dia sebentar..

Tengok2 aku dah sampai stesen bas.. Waa cepat gila.. " Kak, tiket balik Alor Setar ada?" aku bertanya. " Malam ni ke? " Kakak itu menanya balik. " Tak2, tiket balik raya ". Jawabku. "Ada, bila tu?. "16 september mlm". Tanyanya dan jawabku :-) . Dia pun menghulurkan tiket tersebut dan aku membalas huluran itu dengan not RM50.

Ni la tiket balik kampung aku.. Ada 34 hari lagi ( dari tarikh aku beli ni ).. Tapi semangat beb! Hehe..

Masa balik tu kat trafic light aku berenti macam biasa la sebab lampu merah. Ada seorang mamat yang menunggang motosikal ex5 dengan lajunya merempuh trafic light dan nyaris-nyaris nak langgar kereta di depan. Kalau langgar tu akulah saksi pertama. Aduih rempitan la katakan..

K la dah sampai rumah nak rehat coz malam ni kena buat assingment and pre-lab for tomorrow.. Cau sin chi..

Masih Boikotkah??


Assalamualaikum W.B.T

Terlebih dahulu aku ingin memperingati diri ini dan juga semua umat yang bergelar Muslim. Sama-sama kita membaiki kelemahan diri ini.. InsyaAllah..

Dulu ingat lagi time Israel menyerang Palestin yang menimbulkan kemarahan umat Islam seluruh dunia. Dunia Islam lantas mengambil penyelesaian dengan memboikot barangan Israel laknatullah dan seketunya Amerika. Memang marah, benci, dan kita mengutuk sekeras-kerasnya mereka dengan harapan kita dapat membantu nasib rakan-rakan seperjuangan kita di sana.

Masa berlalu.. Boikot hanya tinggal nama. Barangkali! Untuk sesiapa yang terus memboikot alhamdulillah.. Dulu juga masih ingat memang ramai kawan-kawan kita termasuk diri ini sendiri memboikot barangan mereka.. Kalau nak beli barang tu macam-macam yang akan keluar.. "Eh tu barang US wey, mana boleh beli.." ada lagi "Tak mau la makan McD & KFC.. Israel & US tu.." n so on..

Tapi sekarang?? Mana laungan kebencian itu pergi? Mana semangat hendak menentang keadilan? Di mana nilai kemanusiaan yang kita sering ucapkan? Di mana?? Kalau teruskan boikot, alhamdulillah..

Tepuk dada, tanya hati, tanya iman.. Marilah kita sama-sama fikir sejenak hakikat ini.. Mereka sekarang sedang mentertawa kita. Mereka sekarang sedang mempersendakan kita. Mereka sekarang senang lenang tanpa sebarang tentangan..

"Berjuanglah dengan Agama Allah, kerana itulah jalan menuju ke syurga"

Wallahu'alam..

Sunday, August 9, 2009

Intel Dalam Kenangan

Assalamualaikum semua...

Actually dah lama dah terpikir nak tulis pasal ni. Cuma tak berkesempatan... Hemm, i wanna story about my previous work experience..

Tanggal 1 Julai 2007, aku ditawarkan bekerja di sebuah syarikat yang tak asing lagi (ramai orang pernah dengar
company ni) iaitu Intel Technology Sdn. Bhd that located at Bayan Lepas, Penang. My position at there is MTE. MTE is stand for Manufactoring Technical Engineer. (dah dapat title Engineer dah. Ok la tu. Hehe). Or in other word technician la.. Ye la diploma kan..

So, the first day pergi kerja tu tertanya-tanya jugak apa kerja yang harus aku lakukan. Sampai kat sana, ada 8 orang lain including me waiting for someone. Aku pun memulakan sesi perkenalan tak rasmi. Oh diaorang pun pekerja baru gak
like me.


Dalam 15 minit menunggu datang la a chinese guy yang merangkap our boss. Kitaorang di bawa masuk ke production line. Before that, kami dibekalkan dengan smock. Smock ni ialah pakaian yang mesti dipakai kalau nak masuk dalam production line. Mostly semua kilang yang melibatkan production need to wear it.



Ni la smock yang dimaksudkan tu..




We're dividing by two group, 4-4. My 3 friends and i ditempat kat line that are called CPV (Chipset Platform Validation). And the rest at CMT (Chipset Modulater Tester). Tapi sebelum tu kami dibawa round tengok2 apa yang ada dalam production line tu.


Dalam minggu pertama dan kedua kami belum start sepenuhnya our job because we're not training yet. Kalau tak training, kami tak boleh pegang mesin lagi.


Dipendekkan cerita, aku pun memulakan tugas yang baru bagi aku. Aku kena menjaga sebuah mesin
that are called handler (ada nama handler ni, tapi tak ingat). Mesin ni ialah mesin testing. Ia akan test chipset2 ni whether it good or not. If good, it will proceed to the next level. If not, it will test again and vise versa.

Semua arahan dari bos aku by emel. So,
everyday first datang kerja kena check emel dulu.
Begitu juga kalau time habis kerja. Kena hantar report to our boss everyday.



Ni la tempat nak check emel & hantar report.

Kerja aku macam tu la everyday. Aku kerja in shift. Kalau masuk pukul 7 pagi sampai 7 malam and vice versa. Kerja 3 hari, cuti 4 hari dan kalau kerja 4 hari cuti 3 hari. That's mean dalam sebulan aku kerja 14 hari je.

Hemmm, macam tu la rutin harian aku sampai tak sedar masa berlalu. Ala setahun kejap je kan? Actually ada la banyak lagi kerja-kerja aku. Tapi aku tak ceritakan secara detail la kat sini. So minggu-minggu terakhir ni kena la tangkap gambar dengan rakan-rakan di tempat kerja kan? Ye la nak buat kenangan...

Aku bersama brader Yus yang baek hati




Bersama Kak Ida



And our senior worker, Mak Wan.

Ramai lagi kawan-kawan kerja yang lain. Tapi tak dapat sertakan di sini. Tapi kat bawah ni la member2 yang masuk sekali dengan aku..


Dari kiri ikut jam : Aziem, Che Wan, Zoul, Faizal, Hilmi, Yasser, Alamin (Mr. Engineer) dan Man.


Sori la tuk kengkawan lain yang tak ada di sini. Kemungkinan gambar mereka tidak sempat aku tangkap. Jangan kecik hati noh.. Hehe..

Tapi banyak jugak la kenangan aku kat sini. Dapat member2 yang okey, new environment and also tau la sedikit sebanyak pasal kerja. Kalau ada rezeki, umur panjang kita ketemu lagi kawan2.. Mereka ni pun masing2 dah bawak haluan sendiri.. Good Luck guys!!

Thursday, August 6, 2009

Kegilaan Facebook


"jan dah la dok men facebook tu.. laqo' suma tue.. dah2 pi stadi.." kataku pada roomateku. padahal aku pon tengah berfacebook gak nie. haha.. empat huruf ni. f.a.c.e.b.o.o.k.. sebenaqnya aku baru berjinak-jinak dalam donia facebook nie. dolu aku dok layan prenster ja. mola2 tu cam tak bopa best. tapi lama kelamaan syok plak.

yg best pasai 'mukabuku' ni ialah kita dapat taw sapa yang ngah online. buleh chat lagi cam ym. lepaih tu kita buleh post kat wall kita dan suma pren2 kita dapat ushar skali. secara tak langsongnya depa dapat komen teruih kat profile kita.

lagi dalam 'pesbuk' ni ada kuiz2 yang amat mengarut lagi tak logik dan jugak hampeh! tapi fun gak even do tak buleh dipercayai. hehehe. 1 lagi ada game2 yg quite best..

hemmm.. k la nak log in sat. tapi intenet lembab la malam nie. maybe ramai tengah mengonlinekan diri nie..

Monday, August 3, 2009

Hot Spring At Legong Baling

Assalamualaikum W.B.T

Seminggu ber
holiday di rumah, kini my journey will continue. So i wanna story la apa yang aku buat cuti tempoh hari. Last Friday (31.07.2009), my family and i went to hot spring at Ulu Legong, Baling Kedah.



Sebelum tu tangkap gambar dulu. Bergambar bersama mother gua. On the way ni. Dekat-dekat nak sampai dah waktu ni.



Hah dah sampai pun. Ni la pintu nak masuk dia. Yuran kemasukan hanya RM4 untuk orang tua dan kekanak rasanya RM2 kot. Rasa2 ikan la. Tak sure. Lagi pun lupa nak
snap tiket ni. Kami sampai dekat2 maghrib dah.


Sampai2 ja lantas aku beregu dengan abangku memasang khemah. Maka, ini lah hasilnya. Jeng..jeng..jeng!


Dan ini pula khemah kakakku sefamili dia. Tak aci khemah ni besar lagi!




Ni dalam kolam renang dah ni. Kolam ni tak berapa panas sangat.
Standard charted ja. Tangkap gambar dulu beb! Dari kiri ibuku & kanan braderku.



Dalam menghayati kepanasan air panas, pekena ais krim dulu. Perghh memang kena sangat la di saat2 memerlukan ni. Murah ja aiskrim ni. 5 kupang. Tapi pakcik jual aiskrim ni untung banyak punya memandang berduyon tiba bila menjelang lewat malam.




Nampak tak titisan2 air di muka gua tu? Yang tu bukan air tau.. Yang tu peluh.. Disebabkan bahang kepanasan air tu.. Betol gua tak tipu!




Aksi kuak lentang yang dipamerkan oleh ayahku.. Nampak tau aura yang keluar tu?




Now tido
time! Lewat gak tido ni. Kul 3.00pagi camtu. Waktu ni memang ramai bangat manusia. Ni Picture bumbung khemah!




Kakakku tidak menyedari yang gambarnya telah di
snap.. Hehe..



Sebelum pulang tangkap gambar dulu.. Bukti gua pernah datang sini.. Ahaks!


Eh mereka pun..
Braderku..



Adikku pula..



And the last 1.. Adikku yang bongsu..


Dalam pukul 9.00 pagi camtu kami pun bertolak pulang..
We're singgah breakfast dulu.




Ni dia
my breakfast.. teh tarik and also..



roti telur.. Not bad.. Cedapp gak..



Roti telur RM1.20 + Teh tarik RM1 = Total RM2.20


Lepas mengenyangkan perut, kami pun pulang. Balik kena kemas2 dah.. Nak balik Shah Alam.. Huhu.. Sat ja cuti..