Posts

Showing posts from 2017

Hidup Tidak Seperti Apa Yang Kita Jangka

Berada di JPJ Cawangan Bangi. Memang dah tahu kalau datang JPJ hang kena banyak bawa bersabar. Aku datang ambil nombor giliran. 4192. Dan sekarang nombor giliran 4115. Maknanya ada 82 orang lagi kena tunggu untuk sampai pada aku. Nampak tak kenapa kena banyakkan bersabar?

Jadi bagi tak melengahkan masa, aku ambil keputusan untuk ke Pejabat Pos Bangi. Memang cadangnya lepas ke JPJ nak ke Pejabat Pos. Nak dipendekkan cerita ini, aku dah sampai Pejabat Pos dan ambillah barang aku. Kekecewaan melanda. Ini padahnya kalau beli pakaian via online. Memang tak 100% sama dan seperti kita expect. 😭
Masa dilengahkan lagi. Dari Pejabat Pos aku balik rumah sebentar. Terlupa nak print bukti saman yang aku dah buat. Aku rasa dah habis melengah masa dah. Dari rumah sewa terus pecut ke JPJ Bangi. Dalam 5 minit je pun. Tercungap-cungap sampai. Takut nombor giliran dah terlepas. Korang agak-agak nombor sekarang berapa? Tak payah agak, aku bagitau. 4137. So ada 60 orang lagi weh. Gilalah! Kiranya aku ber…

"Bro, Betul Ke Takaful Ini Sebuah Komitmen? Kalau Tak Mampu Macam mana?"

Image
"Hami, aku tengok bukan orang tak nak Takaful. Tapi kadang-kadang dia tak mampu."

Tiba-tiba terpancul ayat dari seorang sahabat. Air kopi di depan mata dihirup lambat-lambat. Sedang bersesi moreh atau bahasa hipsternya adalah lepak.

"Amboi memang sangat tiba-tiba hang ni. Sebab tu la Takaful ni untuk orang yang mampu. Kalau orang tu tak mampu, aku akan suruh dia utamakan hal-hal yang lain dulu."

"Macam mana kalau orang tu nak sangat Takaful tapi dia tak mampu? Awereness dia tinggi, tapi dia betul-betul tak mampu."

Banyak pulak soalan member aku ni. Selalu tak mau sembang pun pasal Takaful. Malam ni dia naik syeh pulak. Takpa kita layan.

"Kalau awereness dia tinggi, tapi dia tak mampu, aku akan ajak dia jadi Ejen Takaful. Hahahaha."

".........."

"Okay tak kelakar. Okay macam ni la bro. Boleh dak hang senaraikan pada aku keperluan asas hang dan komitmen hang setiap bulan? Yang kalau hang tak bayaq komitmen hang ni hang akan rasa hi…

Aku Dan Nescafe

Sakit kepala.

Kepala pening bervertigo.

Peluh bercerau-cerau.

Benda ini jadi balik. Biasanya akan datang time petang-petang. Aku selalu akan sambar panadol actifast. Telan dan 2 minit kemudian akan lega. Tapi kadang ambil masa agak lama untuk reda. Aku tau bukan elok pun kalau ambil panadol ni. Tapi itu je la solution yang aku selalu buat. Eh tak tak. Solution terpantas aku selalu ambil adalah NESCAFE.

Okeylah aku terpaksa buat pengakuan. Aku dan Nescafe memang kawan baik pun. Sehari aku tak nikmati nescafe badan dah lesu semacam. Sekurang-kurangnya kena ambil 2 cawan nescafe sehari. Pagi dan petang. Itu sekurang-kurangnya, kalau selebih-lebihnya bercawan-cawan, bergelas-gelas, bertin-tinlah nescafe setiap hari.

Teruk kan? Aku ni dah tahap addicted tahu.

Korang mengalami macam aku tak? And ada solusi tak terhadap permasalahan ini? Kalau ada cer try bagi suggestion tengok.




Rasa Yang Tidak Ingin Dilepaskan

Melewati saat sepi ini hati kian kosong. Galau. Kontang. Bagaimana ingin ke masa hadapan andai kaki tidak pernah berganjak dari tempatnya. Tubuh di sini, jiwanya entah di mana. 
Keadaan itu buat hati makin pilu. Beribu cara telah dikoyak, diredah, dihampar, namun semuanya hampa. Langsung tidak memberi kesan pada hati ini. Malah ianya kian parah sekali.

Ini bukan sesi untuk salahkan kau, salahkan aku. Bukan. Ini masanya untuk kita muhasabah. Muhasabah tentang apa yang telah kita jalani. Biar semua tahu, rasa itu bukan dibuat-buat. Tetapi ianya hadir tanpa kita sendiri sedar.

Acapkali kita mula bergerak ke hadapan, bayangan itu akan sentiasa mengekori perlahan. Adakalanya kita mula berlari laju, bayangan itu pun tampak maju. Kita bukan buat salah. Tetapi hati ini berbalah. Antara mahu lepas, antara mahu buang, antara mahu simpan dalam genggaman. Pilihlah kau mahu yang mana.

Bukan kita tidak mahu seberang sana. Tetapi seberang sini tampak lebih menawan. Seberang sini seperti mengikat ka…

Jangan Pernah Berhenti Di Saat Kau Diuji

Image
Bila terasa sunyi, telefon bimbit menjadi teman sejati. Buka sosial network. Scroll up, scroll down, tersenyum sendiri. Punya ramai kawan kononnya, hakikat sebenarnya tidak. Kawan di laman sosial, ternyata berada di situ. Nampak seperti dekat, tetapi jauh. 
Aku scroll Instagram. Terjumpa satu akaun. Dah lama aku follow.
@wanmars
Dia lukis komik. Kadang-kadang mesej yang disampaikan agak deep. Ada juga yang memberi inspirasi. Post beliau mengenai "Ujian" memang buat aku terinspirasi. Jom ushar kat bawah.











Bagaimana? Tersentuh bukan? Begitulah kita. Tak pernah terlepas diuji. Bila diuji, mulalah kita rasa serba tak kena. Semua perkara rasa tak menjadi. Kecewa, sakit hati, sedih, down, dan mahu berhenti dari buat apa-apa.
Aku letak pada situasi aku sekarang. Ramai yang bertanya,
"Kenapa Hami dah tak menulis blog?"
"Bila nak keluarkan buku lagi?"
"Kenapa dah berhenti menulis?"
Sebenarnya, aku tak pernah berhenti menulis. Menulis ini terapi bagi hati…

Nak Tanya Pendapat Korang Ni

Ini kali ke patploh pat kali aku masuk sini. Taip padam, taip padam. Macam apa entah. Hoi mana hilang semangat menulis aku ni??? 😞
Kemonnn!
Aku tak nak jadikan alasan "busy" tu sebagai sebab utama aku tak update blog. Ya tau tau. Alasan tu tersangatlah klise. Tapi hanya alasan itulah paling sepadan dengan apa yang aku sedang alami. Busy ni kadangkala best juga. Bukan apa, hang boleh siapkan banyak kerja dalam satu jam, dalam masa satu hari. Walhal kerja yang sepatutnya disiapkan dalam masa 5 minit ditangguh sehingga menjadi begitu lama. Nampak tak dekat sini? Tapi kadangkala, busy ni memang boleh jadi gila. Serabut semua ada. Haishhh, kalau dah nama masalah, memang tak pernah settle pun kan?
Okay tinggal sekejap permasalahan itu. Sekarang ni nak tanya sikit pendapat korang, pembaca blog ini (masih ada lagi ka orang baca blog ni? 😂). Soalannya adalah:
1) Macam mana nak bagi konsisten menulis balik?  2) Korang rasa aku perlu menulis tentang apa?  3) Perlu tak tukar template…

Siapa Akan Dapat Rumah Itu Setelah Aku Tiada?

Image
Tengah sibuk bershooting list dapat sebuah panggilan telefon. 
"Salam Hami. Bila nak jumpa? Nak dengaq pasai Hibah Takaful ni." Amin (bukan nama sebenar) gelojoh orangnya. 😜 
Tapi kegelojohannya sentiasa boleh diterima dek akal. 
"Waalaikumusalam. Sabaq sat. Hang kan nak jumpa minggu depan." 
"Tu la aku pun busy gila lani. Takpa macam ni, hang cer explain kat sini dulu apa yang patut. At least aku dapat some ideas about Hibah Takaful tu." 
Sahabat gua memang busy. Tapi dalam keadaan busy, sikapnya perlu dipuji. Tak sabaq oi dia nak get awareness. 
"Okay kalau hang kata gitu okaylah. Macam ni. Aku bagi satu konsep mudah untuk hang. Hang kan ada rumah kan? Rumah hang duduk sekarang atas nama hang kan?" 
"Ya atas nama aku." 
"Soalan aku, kalau hang ditakdirkan meninggal dunia kelak, hang rasa siapa akan dapat rumah hang?" 
"Mestilah dapat kepada isteri aku. Sebab aku dah wasiat kepada dia." 
"Eh siapa cakap? Ist…

Hari Esok Belum Pasti

"Esoklah buat!"
"InsyaAllah esok pagilah gosok baju. Sempat punya."
"Esok masih ada. Hari ini enjoy dulu."
Sedar tak sedar kita sering ditipu dengan ayat sebegini. Dan lebih menyedihkan yang menipu dan tertipu itu adalah diri sendiri. Sadis bukan? 
Kenap selalu jadi macam ni? Sebab mudahnya ialah kita memang sering ambil mudah. Asalkan boleh. Kita sering merasakan yang esok itu masih punya masa. Walhal sebenarnya esok masih belum beri apa-apa jaminan. Yang ada cumalah angan-angan. Angan-angan yang belum kesampaian.
Kadang-kadang kita sudah terbiasa begitu. Kita sudah terbiasa mengasuh diri sendiri supaya rilekslah dulu. Walhal ianya memang membinasakan.
Makanya kalau rasa terdetik di hati nak buat sesuatu, teruslah lakukan. Jangan bertangguh. Tak apa kalau sedikit, asalkan kau dah bermula. Yang sedikit itu lebih baik dari tak buat langsung.
Hari ini telah ditemui. Hari esok belum pasti. Usah bertangguh lagi. Kerana ajal itu kian hampiri.


Sukan Rakyat Muqmeen Group

Image
Lama tak join acara sukaneka. Bila agensi aku buat Sukan Rakyat Muqmeen Group hari Ahad lepas memang rasa teruja. Best. Bertambah best bila kami semua pergi Penang naik bas beramai-ramai. Peh rasanya kali terakhir naik bas beramai-ramai dengan member ni time sekolah. Okey tak, time belajar dekat UiTM Shah Alam dulu.
So kami bertolak dari Jaya 33, PJ dalam pukul 10.00 malam. Dan sampai PLKN White Resort Balik Pulau dalam 4.00 pagi macam tu. Dok PLKN weh. Merasa juga masuk PLKN. Sebab tahun aku dulu PLKN belum wujud lagi. (Ceh nampak sangat aku dah tua).

Tidur dalam dorm. Ni la rupa paras dormnya. Nostalgia tak?












Ni sebahagian gambar-gambar sepanjang acara berSukan Rakyat. Kalau letak banyak-banyak satgi muntah pulak tengok. Hahaha. Lagipun bila letak gambar sebenarnya dah save dah dari menulis panjang-panjang. Ekekeke.
Apa pun alhamdulillah keseluruhannya best. Menjalinkan ukhwah sesama kami. Moga ada lagi di masa akan datang.

Kick Off Conference 2017

Kick Off Conference 2017. Setiap tahun Ejen Prudential seluruh Malaysia akan berkampung di Genting Highland. Tetapi tahun ini kami akan berkampung di Subterranean Penang International Conference & Exhibition Centre (SPICE), Penang.

Malam ni kami geng Muqmeen Group Jaya 33 bertolak ke Penang menaiki bas. 
Orang Penang, jumpa esok naa.

Titipan Rindu

Image
Ku titipkan rindu. Pada yang layak merindu. Ku hadiahkan rasa. Pada yang mahu merasa.
Ku terima pada sesiapa yang mahu menyambut rinduku. Ku menadah pada sesiapa yang mahu menyemai rasaku.
Layakkah aku menuntut rindu ini? Layakkah aku menyebar rasa ini?
Ku titipkan rindu ini padaMu. Ku hadiahkan rasa ini padaMu. Itu tempat selayak dirindu. Itu tempat terbaik untuk mengadu.
Allah.

Wordless Wednesday #17: Society Nowadays

Image
On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.

Apa Faedah Jadi Ejen Takaful Bro?

Image
Ada sahabat datang jumpa aku. Katanya stress dengan kerja. Engineer. Memang tak dinafikan. Aku pun pernah bergelar seorang Engineer suatu ketika dulu. 
 "Apa yang aku boleh tolong hang?" 
 "Aku ingat nak try jadi Ejen Takaful la. Boleh?" 
 "Eh kenapa tak boleh pulak. Tersangatlah boleh. Tapi hang kena banyakkan bersabar dan ikut cakap. Hehe boleh ka?" 😬 
 "InsyaAllah. Boleh aku tau antara faedah jadi Ejen Takaful ni? Selalu pi oversealah. Haha." "Nah! 
Kat bawah ni antara faedah yang hang boleh dapat." 
 FAEDAH YANG DITAWARKAN: 
 ✅ Pendapatan berterusan (komisen selama 6 tahun). ✅ Bonus (diberi selama 3 tahun berturut-turut daripada hasil kerja selama setahun).  ✅ Melancong ke luar negara.  ✅ Kejayaan terjamin dengan potensi membina agensi sendiri.  ✅ Masa kerja yang flexibel.  ✅ Peluang membina income pasif sepanjang hayat.  ✅ Perniagaan boleh diwarisi.  ✅ Kelas latihan efektif disediakan secara percuma.  ✅ Melaksanakan cabang ilmu…

Hati-Hati Dengan Permainan Hati

Image
"Hati manusia boleh berubah."
Seringkali ungkapan ini diungkapkan merata-rata. Disebar seluruh pelosok dunia. Sehingga sampai kepada semua manusia.
Hati, bahagian paling rumit untuk dirungkaikan. Dalamnya ada seribu satu rasa. Dan rasa-rasa itu kadangkala boleh bertukar sekelip mata. Mahu tidaknya, kadangkala sedang bergelak ketawa bertukar menjadi hiba. Seperti kebahagiaan itu direntap dengan tiba-tiba tanpa ada sebab yang munasabah. Kadangkala ada juga menangis kecewa, tetapi dengan tidak semena-mena hadir perasaan yang berbunga-bunga, hadiah dari Dia.
Rungkaian hati ini tidak pernah ada penamatnya. Keresahan pada hati ini kadang membuak-buak. Kita mahu itu, diberi ini. Kita mahu ini, diberi itu. Entah bagaimana lagi mahu memberi kebahagiaan pada hati. Entah kegembiraan yang bagaimana lagi ingin dikecapi. 
Andai hati ini mampu meluahkan kata-kata, pasti panjang lebar luahannya. Tetapi luahan itu seakan tersekat. Ada sesuatu yang menampan supaya tidak tersembur keluar. Dit…

Tiada Azam Tahun Baru

"Hang sambut tahun baru kat mana malam ni?"

Soalan standard saban tahun.
Dan jawapan aku juga masih standard.
"Sebenarnya yang dikata sambut tahun baru tu macam mana?"
Dan penyembangan terhenti di situ. Ya sebenarnya aku sampai hari ni masih tak faham bagaimana dan apa yang dikatakan sambut tahun baru. Sebab setiap tahun aku rasa aku sambut dekat rumah. Depan TV. Atau sambut bersama dengkuran malam.
Okay tahun ni berbeza sedikit. Aku sambut dalam panggung wayang. Baru sahaja selesai menonton filem "Passengers" lakonan Chris Pratt dan Jeniffer Lawrence. Apa yang aku boleh kata adalah filem ini super duper awesome. Yes korang mesti pi tengok.
Okay mari berbalik kepada tahun baru.
"Apa azam tahun ni?"
"Tahun ni malas nak set azam. Tahun ni nak buat je apa yang depan mata. Malas nak berazam bagai tapi akhir azam hanya tinggal azam. So buat. Biar result talk."
Bebelan pertama di tahun baru.
Okay tak nak cakap azam apa-apa.
Tema tahun ini ad…