Posts

Showing posts from July, 2009

Siapa Diri Ini?

Image
Siapa diri ini?! Who am i?! Persoalan yang sedang berlegar dalam kotak fikiran sambil menerawang jauh ke segenap penjuru. Persoalan yang memerlukan pelbagai jawapan. Persoalan yang menimbulkan seribu satu ungkapan. Juga persoalan yang menerbitkan banyak kemungkinan barangkali. Siapa diri ini?

Aku sering utarakan persoalan itu untuk diriku. Tapi aku seringkali hampa dan kecewa. Jawapan yang selalu tidak memuaskan. Jawapan yang membuatku gelisah, gundah gulana. Tapi itulah jawapannya.

Dalam meniti penghidupan sehari-hari seorang insan kerdil yang bergelar manusia biasa ini aku hanya berupaya menerima segalanya dengan hati terbuka, dengan berlapang dada dan mengharapkan kehidupanku ini sentiasa diberkati ALLAH. Kehidupan ini adalah anugerah yang tidak ternilai dalam hidupku.

Tapi siapa aku?! Hanya satu jawapan yang aku rasa paling tepat. Aku adalah khalifah di muka bumi ALLAH ini. Ya, kita semua khalifah yang dilantik ALLAH dengan satu tujuan. Untuk memakmurkan bumi ALLAH ini. Manusia adala…

Cuti seminggu sebab...

Image
Assalamualaikum W.B.T
Influenza A H1N1? Hemm, satu nama yang tidak harus diperkenalkan lagi. Dengar saja nama tu kita dah membayangkan macam-macam dalam kepala otak ni. Tapi bahasa kasarnya selsema babi. Huih, haram tuh! Memang wabak ni hebat diperkatakan sekarang ni. Di Malaysia saja dah melebihi 300 kes buat masa ni. Kalau di dunia tak payah cakap la. ( kena semak balik berapa kes ).
So, sedarkah kita sedikit sebanyak all these thing is bala dari ALLAH SWT? Ya, kita kena yakin benda ni. Memang apa yang berlaku di dunia ni semua atas kehendakNYA, semua dari perancanganNYA juga ketetapanNYA. Virus merbahaya ni memang sangat-sangat membimbangkan.
Di sebalik penularan wabak ni, kami ( mewakili semua student UiTM seMalaysia ) sedikit sebanyak terkena tempiasan ni. Dalam pukul 11.00 pagi ( 24 Julai ) aku dapat message dari rakan YMku. Camni bunyinya " Dengar kata UiTM tutup, cuti seminggu, betul ke?! ". Jawabku, " Entah la, tak tahu pun. Sebab apa?! ". " Apa lagi…

Nur Kasih

Image
Jam menunjukkan pukul 3.38 pagi..

Mata dah ngantok.. Tapi seperti biasa aku tak dapat lelapkan mata. So, aku layan la drama ' Nur Kasih ' yang ditayangkan kat tv3, jumaat 9.00 malam. Aku download cerita ni lama dah. Cuma tak berkesempatan nak tengok lagi.

Nur Amina Binti Abu Bakar. Suatu nama yang tak asing lagi dalam cerita ini. Keperibadian yang ditonjolkan dalam cerita ini memang menepati ciri-ciri muslimah sejati. Susah nak jumpa gadis macam ni ( ni apa yang dilakonkan la ), tapi saya percaya masih ramai lagi gadis Melayu di luar sana yang bergelar muslimah sejati! (",) Lakonan Tiz Zaqyah Razak ni memang sangat berkesan! Penghayatan dapat dirasai.



Aidil Haji Hassan lakonan Fizz Fairuz ni jugak terbaek. Juga mempunyai keperibadian yang tinggi sebagai seorang muslim. Kira dia ni watak besar la. Pengorbanan seorang abang, kepatuhan seorang anak, dan ke'warak'an beliau ( dalam drama ni) harus dicontohi.





Aku rasa dah ramai bloggers di luar sana dah menulis pasal cerita…

Today is Friday

Image
salam semua. huh hari ni ada peraduan teka-tekuk. so aku nak suruh engkorang suma ( sapa yang view blog aku la ) teka gambar apa di atas ni. cepat2 teka.
so korang2 ngah pikir ni aku nak story the whole day of friday ni aku wat apa. pepagi tadi gua bangun pagi cam biasa. slalu dalam pukul 6.30 pagi camtu. tapi tadi terralit sket. tapi gua tetap menunaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim macam besa.lepas solat subuh gua surf intenet sat. baca kosmo online. terbaca pasal faizal tahir. "faizal tahir kandas ke apm kerana hutang ptptn". baru aku tahu mamat kasih tercipta ini ex-student uitm. dia tak dapat pegi ke apm (anugerah planet muzik) kat indonesia sebab tak bayar ptptn. ishh artis yang kaya raya (aku rasa dia ni kaya) pon tak bayar ye. ni aku yang tak berharta ni camna nak bayar ptptn nanti. huhu. yang laen baca gitu2 ja.jam menunjukkan pukul 8.00pg. aku bergegas pegi ke klas dengan suasana yang hiruk-pikuk(ceh cam tak da kena-mengena ja). ni 1 hal nak cita pada khala…

Hadapi Dengan Senyuman

Nak kongsi sumthin' lagu Hadapi Dengan Senyuman by Dewa aku memang minat lagu ni. Lirik lagu ni sedikit sebanyak mengenai kisah hidup aku. Tapi aku dah edit dengan menggunakan movie maker dengan menyelitkan pic2 aku.. Jom layan jom...



ni dia lirik lagu ni

Dewa - Hadapi Dengan Senyuman

" hadapi dengan senyuman
semua yang terjadi biar terjadi
hadapi dengan tenang jiwa
semua kan baik-baik saja "

" bila ketetapan Tuhan
sudah ditetapkan, tetaplah sudah
tak ada yang bisa merubah
dan takkan bisa berubah "

" relakanlah saja ini
bahwa semua yang terbaik
terbaik untuk kita semua
menyerahlah untuk menang "


Change The Title

Image
Assalamualaikum w.b.t
Hari ni tak ada kelas, so apa lagi.. satu hari dok mengadap benda alah ni la.. banyak jugak belajar create semua tu.. thanks untuk hana_liyana :-)

before ni aku letak perjuangan sebagai tajuk blog aku, so aku tukar kepada a journey.. ye ar perjuangan pun termasuk dalam journey apa.. so lebih general sikit kan..

mata aky pun dah mengantuk.. esok kelas aku kul 8:30-12.20.. so i think i should go to sleep rite now.. wokeh..

AKU DAN BUNGA MANGGAR

Image
Jun 2008

Tugas berat menanti ku.. Jeng jeng jeng! Pemegang bunga manggar untuk sepupuku kawen.
Dapat tugas ni last2 minit ja.. Lantasku menerimanya dengan hati yang terbuka..
Yang kawen ni sepupu aku, Suhanies Mat Isa..


aku dan bunga manggar!




Menyambut pengantin lelaki

Diarak ke rumah pengantin...
Melihat pengantin dengan tekun!


Hah yang kiri tu la pengantin pompuan, belah kanan adik dia dan yang tengah anak buah aku.

Mereka disatukan..



Setahun kemudian..Jun 2009..

Maybe atas kecemerlangan aku sebagai si pemegang bunga manggar yang berkaliber dapat dikesan oleh pihak tertentu, sekali lagi khidmat aku diperlukan. Kali ni adik Suhanies Mat Isa, iaitu Suhanidar Mat Isa. Adik dia la.. Juga merangkap sepupuku.. Huhu..
Berposing sebelum menjalankan tugas..

Tu dia pengantin laki mai dah...

Pengantin.. Tengok sini la.. Aku jugak yang tengok!



Tangkap gambaq dlu...
Untuk makluman semua, mereka berdua ini sebaya aku.. Huhu..

Aku menengok beberapa helikopter yang berada di angkasa ketika ini..


Tugas selesai.. Berg…

C Programming

Image
C Programming? Hemm, dengar tajuk je dah rasa ketidakbestan hati ini. Semua bebudak letrik ( UiTM ) jangan harap la tak ambik paper ni. Suppose this subject we had taken on part4. But now i'm part5. So paham2 je la.. Tak paham? So, cubalah la paham..


Klas pukul 6ptg-10mlm ( uwaa.. waktu yg paling tak best ). So awal jugak aku sampai tadi dikuatiri hujan akan melanda serata negeri. Sampai awal klas ( sun lab ) gua terlihat susuk ( susuk?! ) sebenarnya sesusuk tubuh yang aku kenali. Tak laen dan tak bukan amoi...(piu..weett..) wey wey bukan amoi tu la.. Tapi amoi member kelasku.. A'a'a jangan salah sangka! Beliau ni seorang lelaki la.. Nama sebenar beliau Abdul Qayyum.. Sedap pon nama.. Tapi tak tau la camna dapat nama timbangan yang sebegitu..


So, Qayyum @ amoi and i cup tempat baek punya, dok depan sekali daa.. Semangat betol nak belajar ni! Setelah menunggu dalam 15 minit cenggitu datang la puan lecture.. Aku amat mengenali lecture ini.. Pn. Roslina Mohamad.. Kelas berlangs…

Brothers - Selamat Berjuang

Jom hayati lagu n lirik lagu nie.. Lagu nie bagi semangat kat gua especially dlm study....


Malam Siang Berlalu
Gerhana Kesayuan
Tiada Berkesudahan
Detik Masa Berlalu
Tiada Berhenti Oh Syahdunya

Sejenak Kuterkenang
Hakikat Perjuangan
Penuh Onak Dan Cabaran
Bersama Teman-Teman
Harungi Kehidupan Oh Indahnya

Berat Rasanya Di Dalam Jiwa
Untuk Melangkah Meninggalkan Semua
Kasih Dan Cinta Yang Terbina
Ia Akan Selamanya

Selamat Berjuang Sahabatku
Semoga Allah Berkatimu
Kenangan Indah Bersamamu
Takkan Ku Biar Ia Berlalu
Berjuanglah Hingga Ke Akhirnya
Dan Ingatlah Semua Ikrar Kita

Hati Ini Sayu Mengenangkan
Sengsara Di Dalam Perjuangan
Jiwa Ku Merana Dan Meronta Mengharapkan
Kedamaian Dan Jua Ketenangan

Tetapi Ku Akur Pada Hakikat
Suka Dan Duka Dalam Perjuangan
Perlu Ketabahan Dan Kekuatan

Satu Perjuangan

Image
Selamat Berjuang!
Hidup ini satu perjuangan. Semua orang rasanya pernah dengar term tu kan?! Tapi sejauh mana kita berjuang? Dan perjuangan apakah yang kita perjuangkan? Berjuang mencari kebenaran? Berjuang untuk meneruskan sisa-sisa hidup ini? Ataupun berjuang dalam mencari siapakah sebenarnya kita ini? Walaupun apa jua tafsiran anda mahupun saya, satu hakikat yang tidak boleh kita abaikan iaitu kita sebenarnya berjuang mencari keredhaanNYA. Tapi sama ada kita sedar atau tidak, segala apa yang berlaku di atas muka bumi ALLAH ini semua atas keizinanNYA. Ketentuan yang telah ditetapkan. Sudah tertulis suratanNYA. Tapi sejauh mana kita menghayati hakikat ini? Berjuang mencari keredhaan ALLAH satu perjuangan untuk setiap insan yang bergelar manusia. Kehidupan yang kita jalani selama ini, semasa ini, juga hari-hari mendatang semata-mata mencari keredhaanNYA. Cuma tindakan dan cara kita yang akan menentukan matlamat yang kita inginkan. Dan matlamat kita itu juga yang menjurus ke arah kebaikan…

HEROES

Image
One of my favourite tv shows.. Heroes.. Sekarang dah season 3 dah.. Tp pic atas ni season 1 punya.. So let me introduce the main cast in this tv shows.. Eh sebelum tu aku cerita la serba sedikit pasal cerita Heroes ni.. Dalam dunia ni ada ramai heroes.. Diorang ni ada kelebihan masing2 la.. Satgi aku cerita apa kelebihan diorang ni.. Omputeh kata ability.. So ability diorang ni la yang menyebabkan diorang terperangkap dengan indentiti mereka sendiri.. Macam2 konflik la yang berlaku.. So bawah ni watak2 utama yang akan aku tampilkan..( macam aku plak director )




Nama mamat ni dalam Heroes is Peter Petrelli ( Milo Ventimiglia ). Mamat ni paling hero la dalam Heroes ni. He has ability to absorb the power of other heroes.. Dengan kata lain, power mamat ni ialah dapat menyerap semua power bebudak heroes yang lain.. Hah kan aku dah cakap dia ni paling power..




Awek paling cun dalam cerita ni.. Claire Bennet ( Hayden Panettiere ). Minah ni lak power dia dapat heal herself.. Dapat sembuh balik la…

Mukadimah

Image
15 Julai 2009 Assalamualaikum W.B.T... First of all i have no idea what i'm going to 'blog'.. Standard ar my first coretankan.. Just wanna introduce myself.. My name Hami Asraff Bin Ab Halim.. Dari dulu sampai sekarang gua tak ada nama timbangan laen di kalangan member2.. Juz 4 wordS.. H A M I.. (",).. Dilahir dan dibesaqkan ( dah masuk dah sleng ) di Felda Bukit Tangga, Kedah Darul Aman.. Gua orang kedah sejati beb.. Anak ke-4 dari 6 adik-beradik.. Mendapat pendidikan awal ( ayat standet ) di Sek. Keb. Felda Bukit Tangga.. Sekolah menengah lak kat Sek. Men. Keb. Changlun ( Form 1-3) dan Sek. Men. Teknik Arau, Perlis ( Form 4-5 ).. Seterusnya beliau ( aicehh.. ) melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma kat UiTM Penang ( 2003 - 2006 ) So di pendekkan cerita lani gua study lagi.. UiTM S.Alam plak menjadi destinasiku dalam menuntut ilmu ALLAH ini.. Memiliki segulung Diploma in Electrical Engineering ( walaupun Diploma itu bukan digulung sebenarnya.. Hehe ) dan sekarang ini …