Posts

Showing posts from March, 2011

Ujian Dan Manusia Ibarat Satu

Image
Assalamualaikum w.b.t


Entah apa yang bergelodak di hati sekarang ni. Fikiran menerawang jauh. Sejauh alam. Kenangan pula singgah di sini. Di layar memori. Di setiap lipatan relung masa. Terjebak dan terus terbenam di sudut dalam minda. Digam kuat. Memang tidak mampu melepaskan diri.
Keluhan demi keluhan dilepas. Aku tahu keluhan tidak mampu mengubah apa-apa. Mungkin meredakan sedikit ketegangan yang dirasa. Tetapi kadangkala langsung tidak membantu mana. Lebih kepada perlakuan spontan dalam merencana agenda.
Masih cuba berdiri gagah. Mempaling wajah pada mereka. Mereka terus mentertawa. Itu hak mereka. Ketawalah sepuasnya. Mungkin sampai masanya, keadaan kembali reda. Aku akan tunggu masa itu. Dan pada masa itu giliran aku ketawa. Ah, mungkin hanya menguntum sebuah senyuman mesra. 
Aku tak berjanji. Manusia mana berpegang pada janji. Tapi ada. Sesungguhnya aku tabik kepada manusia sebegitu. Tulus, luhur dalam mengotakan janji. Tetapi aku langsung tak rasa kagum pada manusia yang begitu b…

Hentikan Trend 'I Follow You, You Follow Me Back' Sekiranya Mahu Berjaya Dalam Berblogging

Image
Assalamualaikum w.b.t

Aku rindu. Aku rindu mahu membebel di blog. Seperti dulu dulu. Sewaktu aku mula-mula terjebak dalam arena blogging. Tiap-tiap hari ada saja titipan entri di sini. Ah, masa berlalu. Keadaan mengeliru. Suasana hilang satu persatu. Masa depan yang kita sendiri tidak tahu. Itu kehidupan.
Mungkin aku bukan blogger sejati? Mungkin. Apakah definisi seorang blogger sejati? Aku sendiri tak pasti. Adakah perlu sentiasa update blognya sehari 5 atau 6 kali? Aku sendiri tidak pasti. Adakah perlu blogwalking setiap hari dari blog ke blog? Aku sendiri tidak pasti. Adakah perlu turun padang dalam memeriahkan aktiviti bersama-sama blogger yang lain? Ah, serius aku sendiri tak pasti.
Kalau jawapannya adalah 'YA' untuk soalan-soalan di atas ni, maka aku bukanlah seorang blogger sejati. Eh hello kenapa timbul pasal blogger sejati ke tak sejati ni? Blogger, bloggerlah. Main sejati sejati la pulak.
Hahaha. Tidak. Aku cuma terfikir. Sebenarnya sudah lama terfikir akan hakikat ini. …

Video Yang Sangat Menyentuh Kalbu. Tengok 80 Kali Pun Tak Jemu.

Image
Assalamualaikum w.b.t


Jumpa lagi kita di waktu dan hari yang telah-telah bukan hari yang sama. Kegiatan untuk mengupdate blog kian hambar. Hambar sehingga aku membiarkan Blog Hami Asraff ini terdampar. Begitu sahaja. Tanpa belas kasihan. Ah, manusia makin tidak kasihan kepada manusia lain. Okey itu cerita lain.
Mahu berkongsi sesuatu lagi dengan anda. Biasalah aku apabila kesukaran untuk melelapkan mata dihabiskan dengan aktiviti merayap-rayap ke laman sesawang yang kian meningkat namanya di persada arus keinternetan. Iaitu Youtube. Err, semua orang tahu. Maka aku mendapat malu.
Video ni aku dah ushar lama dah. Tapi saja dok peram dalam genggaman. Memang aku tengok 80 kali aku langsung tak rasa jemu. Serius. (tapi tak cukup 80 kali lagi rasanya). Yang pastinya memang buat aku terhiba dengan sendiri. Mari mari ushar video di bawah. Kalau ada orang yang pernah ushar tu buat-buat seperti belum pernah ushar okey.




MasyaAllah memang tersangat 'speechless'. Intonasi dan gaya penyampaiann…

Kembali Kepada Akar Umbi

Image
Assalamualaikum w.b.t


Bukan semua yang kita impikan mampu menjadi milik kita. Perlu disemat kemas di dada. Juga kewarasan minda dipengaruhi bersama. Berwaspada dengan setiap langkah. Bersiap sedia dengan segala kemungkinan. Belajar mencari jalan penyelesaian.
Inilah kehidupan yang harus kita jalani dan fahami. Manusia tidak akan senantiasa berada di atas. Di bawah juga. Sampai suatu ketika akan jatuh terjelepuk dan sukar untuk bangun lagi. Juga tanpa disangka kita bakal diangkat dengan jayanya. Siapa tahu. Kuasa Allah itu nyata. Mari terus berdoa.
Harus lihat dari akar umbi kembali. Kembali kepada jalanNya. Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Biar pun diuji berkali-kali, teruskanlah memujuk hati. Alhamdulillah kita masih punya sekeping hati untuk dijaga. Sabar dan redha. Gabungkan keduanya.
Mungkin ini yang kita perlu cari. Mari bertaubat dan muhasabah diri.  
Wassalam.

Hami Asraff:

1. Dunia blogging makin dicemari.
2. Terlalu banyak kemungkaran yang dilakukan manusia di dunia…

Kita Tak Mampu Puaskan Hati Semua Orang. (Nukilan Di Malam Sepi)

Image
Buat itu salah. Buat ini tidak kena. Bercakap ini dikatakan bongkak. Berkata begitu dicakap riak. Tulis begini dikritik. Tulis itu dihentam. Apa lagi tidak kena wahai sang manusia?

Manusia. Makhluk yang mempunyai akal budi. Makhluk yang tersangat aneh. Makhluk yang tidak pernah puas. Makhluk yang misteri. Makhluk yang unik. Makhluk yang terlalu banyak ragam. Makhluk yang baik. Makhluk yang jahat. Makhluk yang kejam. Makhluk yang sopan santun. Makhluk yang penyayang. Makhluk yang dengki.

Terlalu banyak untuk aku bentangkan satu persatu. Memang tidak pernah habis akan kriteria untuk seorang insan yang bergelar makhluk Allah S.W.T. Tidak pernah cukup dengan sehelai kertas. Tidak pernah lengkap dengan sebuah kiasan bermadah. Tidak pernah.

Meniti penghidupan bergelar manusia, aku belajar banyak benda. Terlalu banyak perkara yang dikutip. Mengenal manusia membuatkan aku lebih kenal Sang Pencipta. Membuatkan aku mengagumi kebesaranNYA. Juga membuatkan aku lebih kental dalam meneruskan perja…