Perlu Tetapkan Matlamat Yang Jelas Dalam Berblogging
December 23, 2010
Betullah kata orang. Buat sesuatu perkara tu kena fokus. Fokus ni buat sesuatu benda tu sampai setel dan jangan peduli yang lain lagi. Menulis blog pun macam tu jugak. Macam aku tengah buat sekarang ni. Tutup semua laman-laman web dan buka ruangan New Post ni saja. Baru kelancaran menaip dengan jayanya.
Aku akuinya memang semakin tidak rancak dalam berblogging. Tengok sajalah jarak hari yang diambil untuk nak update the next entry. Dengan kata lain seminggu 1 entri sahaja yang berjaya diupdatekan. Tapi Twitterku memang sehari tak update tak sah. Heran pulak yang Twitter memang tersangat rajin update. Maybe sebab simple dan cepat. Kalaulah dicompile semua tweet aku memang boleh dijadikan entri ni.
Ada banyak sebab boleh jadikan pemangkin kita untuk terus menulis dan berblogging. Paling ketara adalah kata-kata semangat dari pembaca. Perghh kalau kata-kata positif dari pembaca memang hati ini berbunga rianglah. Di bawah antara kata-kata positif dari anda yang di kotak shoutbox aku.
Tiada tujuan untuk berbangga. Cuma terasa gembira dengan komen dan pesanan yang dilampirkan. Kagum? Haish, tak ada benda apa yang nak dikagumkan pun wahai Cik Kiera dan Cik Amal. Dan kepada 'Hamba Allah' waalaikumussalam. Ish ish ceq bukan sapa-sapa untuk diminati.
Lately, ada la 2, 3 orang bertanyakan perihal macam mana nak buat blog kat aku ni. Teringin nak ketengahkan bakat-bakat tersembunyi barangkali. Baguih baguih. Ada bakat tu jangan pendam saja. Kata aku buat blog ini mudah. Yang aku tau blogspot je la. Domain, hosting semua tu memang aku taktau.
Kalau blogspot, registerlah di http://www.blogger.com/ dan registerlah seperti biasa. Macam register e-mel. So simple. Tetapi yang aku nak ketengahkan kat sini ialah Matlamat Berblogging. Yup semua harus sematkan matlamat ini terlebih dahulu.
Apa itu matlamat berblogging?
Aku tanya korang balik. Apa tujuan korang menulis blog? Jawapan yang paling majoriti. Tentulah mahu berkongsi apa sahaja dengan pembaca. Coretan idea, pendapat spontan, bangkitkan sesuatu isu, pengalaman hidup dan macam-macam lagi. Dengan kata lain permulaan untuk anda menulis, kena sematkan matlamat anda berblogging. Biar nampak jelas.
Macam mana nak tetapkan matlamat berblogging?
Jawapan untuk soalan ini anda sendiri yang kena fikirkan. Mungkin ada yang mahu berblogging untuk dapatkan pendapatan sampingan. Bagus. Sebab ianya mampu jadikan pemangkin semangat untuk anda terus menulis. Tetapi pesan aku, janganlah jadikan pendapatan sampingan itu perkara pertama untuk berblogging. Sebab? Anda pasti tidak akan bertahan lama sekiranya itu dijadikan motif.
Apa yang paling penting apabila berblogging?
Jawapan aku satu saja. Kekuatan entri anda. Tanyalah mana-mana blogger pun. Memang jawapan ini je yang bakal diorang berikan. Apa yang anda ingin sampaikan dalam setiap entri anda. Gaya bahasa, cara penulisan dan isu yang dikupas. Biarlah berpatutan dengan perkara yang ingin dirumuskan. Tak kisah la mahu menulis apa pun. Bagaimana nak bentukkan semua ni, kenalah fikir sendiri.
Aku menulis blog sebab?
Aku menulis blog sebab aku suka menulis. Trafik bukan perkara yang aku titikberatkan sekarang ni. Buktinya aku tak la selalu update blog ini dan memang dah lama tak blogwalking. Tapi aku bukan kondem mereka yang selalu update blog. Tidak. Baguslah idea anda terlalu banyak dan janganlah biarkan idea tu hilang tanpa sebarang pesan.
Eh rasa macam tak layak pulak nak kongsi tips ni sebab blog aku ni bukanlah seperti blogger yang terkenal lain. Apa la sangat nak dibandingkan dengan blogger lain yang maju dan terus maju.
Pernah menulis mengenai Ciri-Ciri Entri Berkualiti Bagi Anda. Dan ianya adalah pendapat aku semata-mata. Tapi haruslah diingat etika dalam menulis. Apa-apa pun, please please consider perihal agama dahulu. Itu yang terutama. Janganlah terlalu ghairah menulis sehingga agama diketepikan. Salah sama sekali. Itu matlamat tak jelas.
Yang tu je la sesi merepek kali ni. Jangan buat blog sebab orang ada blog tetapi tiada matlamat jelas. Jadikan pengalaman hidup dan ilmu anda yang berharga itu sebagai suatu perkongsian berguna kepada semua pembaca. InsyaAllah.
Wassalam.
Hami Asraff: Menulislah dari hati. Dari situ pembaca akan menilai anda. Biarlah penilaian sebagai mana pun. Dan jangan terlalu ghairah mengejar trafik sehingga terlupa isi penting entri.
41 Comments
Assalamualaikum! salam ukhwah. Entri yang bagus..menusuk kalbu membacanya.
ReplyDeleteSebenarnya,tujuan saya berblogging pun untuk suka-suka. Hendak ceritakan kisah keluaga..pi makan sana sini. Terasa segan pula. Jadi, merapu sahaja kerja namun agama tidak sesekali diketepikan. Kadang-kadang berblogging untuk menghilang tekanan asyik duk buat kerja rumah. (tapi hari2 update. hehe)
Entah la. Masih keliru dalam arena ini. Sekian terima kasih.
macam lama tak masuk sini.
ReplyDeletengeee. jom join gath!
Big gath TS
Salam
ReplyDeleteBerblog dengan tujuan akan menyebabkan kita akan terus berusaha untuk capai matlamat kita..
@namaku annonymous:
ReplyDeleteWaalaikummussalam & salam ukhwah kembali. Tak ada apa yang nak disegankan. Terpulang kepada citarasa masing-masing kan? :)
Saya pun masih baru dalam arena ni. Sama-sama kita mengorak langkah ye.
@Ery Farieha:
ReplyDeleteHehehe. InsyaAllah, tak janji.
yup..saya pun blogging bukan nak kejar traffic or nuff..
ReplyDeletedulu buat blog sebab rasa nak hilangkan sedih :)
@Nadzmy:
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Yup itu perlu disematkan pada permulaan berblogging.
@IllianaHidayah:
ReplyDeleteBaguslah kalau macam tu :)
yes..setuju..harus ingt matlamat bblogging ni..=)
ReplyDeletematlamat JT blogging, supaya penyampaian JT dibaca oleh ramai orang..sambil2 nasihat tu bleh bagi kesedaran kat org laen, dan jugak diri sendiri..=)
ReplyDeleteJejaka Terhangat: Apa Yang Perlu Dibuat Jika Hubungan Terputus...
komen2 negatif tak ada ker abang hami yang kacak?
ReplyDeletehehehehehe
P/S : Bertenang! Tarik Nafas! Sikit Jer Nih! Sakit Sikit Jer Bila Kena Cucuk Nih!
@nama.aku.lynn:
ReplyDeleteJom sama-sama ingat :)
@Jejaka Terhangat:
ReplyDeleteBagus. Yang paling penting. Apa yang ditulis haruslah menegur diri sendiri terlebih dahulu.
@hans:
ReplyDeleteHang la letak komen-komen negatif. Nanti aku post. Hehehe.
salam abg hami
ReplyDeleteramai orang mahu buat blog untuk suka-suka
contoh nye: luahan rasa hati
walau ape pun,terpulang pada nawaitu seseorang itu
satu hari ini,teringin jge saya untuk face to face dengan abg hami
=)
Assalamualaikum..syukran atas perkongsian ilmu yang baik..
ReplyDeletejmput ke blog utk kongsi ilmu..
http://addienblog.blogspot.com
salam ukhuwwahfillah
sekadar mengisi masa lapang dan berkongsi maklumat
ReplyDelete@Anonymous:
ReplyDeleteUntuk suka-suka pun tiada salahnya pun. Eh nak jumpa face to face buat apanya? Tak perlu pun takpa :)
@Ad-Dien:
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Berkongsi dengan tujuan mengingatkan diri sendiri terlebih dahulu :)
@MR. MIND:
ReplyDeleteYup itulah yang diperlukan sebenarnya :)
matlamat itu ada. yup, ada. tapi makin lama makin terlupa matlamat sebenar. entri yg aku buat pun dah tak sekuat entri2 lama dulu..apapun, aku harap dapat berikan yg terbaik :D
ReplyDeletePendapat anda?
Saya Menang Domain Giveaway dari Yanmieonline.com,Ihosterz.com dan Cikmin.com
mesej yang begitu jelas..=)
ReplyDelete@Hasrol Nizam:
ReplyDeleteBiasalah, kita kan manusia biasa. Tak terlepas punyalah. Matlamat itu ada je turun naik. Memang tak konsisten. Sebab tu la muhasabah diri itu perlu :)
@EdaLatiff:
ReplyDeleteTerima kasih :)
hahahaha
ReplyDeletelepas tu aku kena serang
xpasal2 jer
hahahahahaha
P/S : Kenapa Kau Pakai Baju Warna Merah Nih? Kau Tak Takut Dengan Si Connie Ker?
sangat setuju lah... aku dulu pon sekadar suka2.. entry pon ntah apa2... sebab tu blog tak glemer mana.. tp skang dah menginjak dewasa, perlu ada isi dalam setiap entry, bukan budak2 lagi...
ReplyDeletethanx 4 sharing this..
ReplyDeletesuka post nih :)
@hans:
ReplyDeletePasti pasti!
@intankuterpilih:
ReplyDeleteSamalah macam diri ini jua. Dulu menulis hanya untuk suka-suka. Tapi lama-kelamaan terpanggil untuk mencoretkan sesuatu yang bermanfaat.
@misz nana:
ReplyDeleteSama-sama. Biasa-biasa je :)
baru nak berjinak jinak dalam dunia blogging ni :)
ReplyDeletenampak betul awak ni ikhlas nak menulis, susah nak cari blogger macam ni. Kalau bloggers sekarang, jangan harap nak taip panjang2 berbunga-bunga semua. good job!
ReplyDeleteyup..setuju dengan kamu.. =)
ReplyDeleteAssalamualaikum wbt...pertama kali mnjenguk ke sini...saya pun tak rajin blogwalking sangat...:-)
ReplyDeletebtullah spt kata saudara..apa matlamat sebenarnya yang kita nak capai dalam berblog; untuk nama, duit, atau kepuasan peribadi...pada saya biarlah follower tak ramai, yang penting kita puas menulis..dan kebanyakan entri sya bukan dari tulisan sndiri, sekadar perkongsian ilmu untuk bacaan sndiri...bila ada yang baca dan follow tu memang terkejut sangat dan bersyukur...
kadang2 terleka jugak berblog...tapi kena sentiasa mengingatkan diri agar tak hanyut...wallahualam..
salam kenal..
ReplyDeleteberblog suke2.. isi rase bosan, dan untuk diri sendiri je.. kwn terdekat pon tak taw..
skang da ade reader, da xboleh merepek lagi.. huhu...
terima kasih. tip berguna dan bermanfaat.
ReplyDelete0oo...
ReplyDeletenie la Hami asraff yer.. :)
nice entri!like! :D
em suke ayat nie "Aku menulis blog sebab aku suka menulis. Trafik bukan perkara yang aku titikberatkan sekarang ni."
erm..
ReplyDeletenice..
btol la tu...
b'blogging nh bia de matlamat kn..
sye tulis blog nh pn ngn tujuan suke2 n sbb sye x pandai nk b'crite so sye tau mnulis aje...hehe..
pe2 pn agama jgn d ketepikn..
=D
saya ke sini pun sebab nak tau sapa hami ashraf melalui doctor hafiz..tahniah..saya suka prinsip awak..menulis sebab minat..bkn sebab traffic
ReplyDeleteAssalamualaikum, pertama kali singgah dan membaca entri disini, Alhamdulillah...
ReplyDeletejemput ke blog jika ada kelapangan dan masa untuk menelaah sebentar, dan memberi komentar atas entri WADi...
insyaAllah.. menghormati anda sebagai seorang penulis blog yang beretika :)
http://addienblog.blogspot.com/2012/02/penulisan-di-laman-maya-saham-pahala_03.html
Allahu yubarikufik
Salam perkenalan, buat blog bagi mengeluarkan segala yang terbuku d hati dan nak bagi taw famili perkembangan diri... ^^
ReplyDeleteSetiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)