­

Banyak Bertanya Itu Bagus Tetapi Biarlah Berpada-Pada Dan Masih Di Dalam Logik Akal

December 04, 2010








Assalamualaikum w.b.t

Ingin berkongsi sebuah kisah yang menarik. Kisah yang dipetik di dalam Majalah Solusi Isu NO.19. Aku taip semula kisah ini. Let's baca di bawah.


Seorang lelaki dikenali sebagai seorang yang amat suka bertanya dan mempersoalkan sesuatu. Mungkin dia merasakan itu hanya sekadar untuk bersuka-suka atau "saja-saja".


Namun tanpa disedari, sikapnya itu menimbulkan banyak masalah dalam kalangan penduduk setempat. Dan lebih berbahaya lagi apabila soalan-soalan menyentuh soal-soal keimanan.


Satu hari dia bertanya kepada kawan-kawannya,


"Kau rasa betul ke neraka itu tempat seksa yang paling dahsyat?"


"Memang dahsyat. Sangat panas. Api neraka berganda-ganda lebih panas daripada api dunia. Kenapa kau tanya begitu?"

"Syaitan dibuat daripada apa?" tanyanya lagi.

"Eh, tentulah daripada api!"


"Neraka pula?"


"Neraka pun daripada api!"

"Itulah persoalannya. Syaitan akan dimasukkan ke neraka. Dia daripada api, neraka juga daripada api. Kalau demikian apalah sakitnya, apalah seksanya,"

simpul lelaki itu sambil mencemik.





Kawan-kawan mula berfikir. Betul juga, terlintas begitu dalam hati mereka.


"Apa kata kita jumpa Tok Imam untuk mendapatkan penjelasan," cadang seorang daripada mereka.


"Aku rasa Tok Imam pun tak dapat menjawabnya," kata pemuda itu.


Mereka berjumpa Tok Imam dan mengajukan soalan itu.


Sejurus kemudian, Tok Imam mengambil ketul-ketul tanah dan membaling pemuda itu. Tok Imam terus membaling sehingga muka dan badan pemuda itu bengkak-bengkak. Tidak tahan dia pun lari.


"Jangan lari. Jangan lari."


"Inikah sikap Tok Imam? Saya bertanya soalan, sebaliknya dibaling dengan ketul tanah!"


"Itulah jawapan saya. Saya membaling kamu dengan tanah, sepatutnya tak sakit. Kamu dicipta daripada tanah dan saya baling kamu dengan tanah, apalah sakitnya..."


"Oh sakit tuan. Habis badan saya bengkak-bengkak..."


"Itulah yang akan dialami oleh syaitan di dalam api neraka nanti!"


"Ya, ya. Saya faham. Jangan baling lagi."



Pengajaran



Sekali-sekala orang yang degil perlu diajar dengan cara yang keras dan tegas. Kekadang jawapan dalam bentuk tindakan. Walaupun ada masanya sangat pahit tetapi itu lebih berkesan.


Tak salah kita banyak bertanya. Tetapi perlulah kena dengan tempat, logik akal dan sebab munasababnya. Kalau soalan yang dihamburkan lebih kepada untuk menunjukkan rasa riak dan takbur, maka hentikan.


Bertanya untuk mengetahui apa yang belum diketahui. Bukan bertanya untuk menguji yang memungkinkan memakan diri.


Wassalam.



Hami Asraff: Aku pun seorang yang banyak bertanya. InsyaAllah setakat ini tidak menghampiri zon merbahaya lagi dengan soalan yang aku lemparkan.

You Might Also Like

26 Comments

  1. bagus entry awk ni..br padan org tu =) tawu lak skt kena blig dgn tanah wat lg sok3 pandai hah last br nk paham =)

    ReplyDelete
  2. bagus entri ni bro
    terima kasih kerana sudi berkongsi

    ReplyDelete
  3. @wazy:
    Sama-sama. Setiap benda baik haruslah dikongsi :)

    ReplyDelete
  4. Keep it up...ske entry2 kamu...byk info.

    ReplyDelete
  5. salam

    soalan dia mcm org yg tak beriman dan tak berakal je..
    huhuhu
    sesekali ptt gak di ajar cmtue

    ReplyDelete
  6. hmm,,sy stuju,,n like kata2 hikmat y da kat blog u.

    ReplyDelete
  7. batul tu hami... kdg2 ada soalan harus dijawab dgn tindakan... good entry... two thumbs up...

    ReplyDelete
  8. hah!!
    amik ko,.,.tu la bnyk sgt nk disoal nyer,.entry ni sgt best!!=)

    ReplyDelete
  9. malu bertanya sesat jalan, tapi kalau salah bertanya, kena balinglah jawabnya. :D

    ReplyDelete
  10. benarlah kata2: setiap apa yg terjadi ada hikmahnya.
    mengapa bumi itu bulat,mengapa sungai itu mengalir,mengapa burung terbang adalah contoh soalan yg di luar zat manusia utk mengetahuiny..tapi ramai yg bijak pandai suke btanya ats dasar rasa ingin tahu tahap asbestos..walhal solat yg didirikan belum tentu betul qauli fe'linya..(yg wajib taknak tany sungguh2 lak)
    oleh itu berfikirlah sebelum bertanya dan sentiasa bersangka baiklah atas apa yg Tuhan sudah tetapkan ke atas hambanya..

    erk!membebel sudaa~ (^_^)"

    ReplyDelete
  11. ya akhi, baru je bace artikel ni tadi dekat SOLUSI patu bukat belog akhi ni terus ade post psal ni, =)


    bertanya boleh tapi jgn sampai pertanyaan tu boleh merosak aqidah.
    Rasulullah sndiri tegah pertanyaan berupa zat Allah, dan mempersoalkan syurga neraka.


    cukup lah dikaji dalam al-Quran & tak usah bertanya berlebih2an~

    =)

    ReplyDelete
  12. ya akhi, baru je bace artikel ni tadi dekat SOLUSI patu bukat belog akhi ni terus ade post psal ni, =)


    bertanya boleh tapi jgn sampai pertanyaan tu boleh merosak aqidah.
    Rasulullah sndiri tegah pertanyaan berupa zat Allah, dan mempersoalkan syurga neraka.


    cukup lah dikaji dalam al-Quran & tak usah bertanya berlebih2an~

    =)

    ReplyDelete
  13. tanya bukan sebarang tanya. Ada tata tertib kalau nak tanya. Bukan main hentam saja

    Pendapat anda?
    blog Serol-Nizam

    ReplyDelete
  14. double thumbs up!!



    yeayyy!! majalah solusi mmg best! :P

    ReplyDelete
  15. betul, kalau bertanya tu, niat kerana tak tahu..bukan nak buat main

    tapi, kalau pertanyaan camtu sbnrnye buat manusia berfikir lebih jauh...

    ReplyDelete
  16. @Hasrol Nizam:

    suka ini! :) kadang2 main taram je kan, bile tanya.

    ReplyDelete
  17. Benar, nak bertanya biarlah adil. Adil itu pula meletakkan suatu pada tempatnya. pertanyaan yang adil ialah pertanyaan yang sesuai untuk ditanyakan.

    P/s: Tuan Hami Asyraff, anda di-Tag.Dengan segala hormatnya dipersilakan ke http://www.cetusan-student.com/2010/12/dari-berjalan-kepada-berlarian.html

    ReplyDelete
  18. salam...

    Alhamdulillah..antara cerita yang ra suka..

    yang penuh dengan pengtahuan..

    ReplyDelete
  19. nice entry..
    betul2 tu.
    nak tanya soalanpun ada adabnya kan.
    =)

    ReplyDelete
  20. Allah melarang kita terlalu banyak bertanya macam Bani Israel sewaktu Allah perintahkan mereka menyembelih lembu..Buruk padahnya..

    Salam Ziarah.

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe