­

Respek Majikan Yang Menjaga Solat Para Pekerjanya

November 30, 2010



Assalamualaikum w.b.t

Kepraktikalan adalah praktikal. Aku ni kalau bab-bab tambah imbuhan memang cukup cekap. Sapa yang dok baca entri aku tau la akan keimbuhan yang seringkali ditokoktambah dalam bait perkataan yang dicernakan. See ada kan imbuhan dalam ayat tadi? Spot the imbuhan!

Hari ke 12 berpraktikalan. Eh dah 12 hari? Sekejap saja masa tu berjalan. Kenapa orang selalu cakap masa itu berjalan bukan berlari? Itu yang kita tak tahu tu. Tapi yang pasti berjalan atau berlari dia tetap meninggalkan kita. Tinggal yang dah tak boleh patah balik. No turning back.

Ada sesuatu yang menarik untuk dikongsi sepanjang 12 hari aku berpraktikal di Syarikat Lotus West Sdn. Bhd. ni. Perkongsian yang aku rasa memang membawa manfaat bersama. InsyaAllah. Tetapi yang pastinya sangat sangat menarik perhatian aku. Serius.

Straight to the point terus.

Aku tersangat respek dengan majikan (big bos) sini yang menjaga solat para pekerjanya. Menjaga yang bagaimanakah? Memastikan para pekerjanya menunaikan solat. MasyaAllah bos yang begitu mementingkan amal ibadat. Bukankah itu yang diperlukan oleh semua majikan?



Tahu banyak lagi syarikat yang bosnya sangat pentingkan hal ini. Alhamdulillah la kan? Tapi ramai jugak majikan yang langsung tak ambil peduli. Ya kan? Kalau tunjang itu kuat, cabang-cabang dan ranting jugak turut utuh. Yang di atas perlu tahu peranannya supaya yang di bawah tidak pincang.

Tak faham? Ah, fahamkanlah!

Satu lagi setiap hari Jumaat, selepas Solat Jumaat this bos akan menjemput seorang ustaz untuk bertadarus Al-Quran beramai-ramai. Memperdengarkan bacaan Al-Quran daripada ustaz dan disambut dengan yang lain. Habis membaca Al-Quran, ustaz jugak akan menafsir bacaan yang dibacakan tadi. MasyaAllah sangat cantik begitu.

Ada syarikat lain masih seperti ini? Kalau ada alhamdulillah. Kalau tiada, maka mari adakan. Banyak sangat manfaat yang kita bakal dapat yang kita langsung tak pernah terfikir. Sebab? Sebabnya kita tidak pernah mencuba. Manusia kan tidak suka perubahan. Itulah sebabnya.

Itu sahaja yang nak dikongsi setakat ini. Moga ada manfaat bersama. Tak usah terpekik terlolong mengutuk mengumpat orang sana sini sebaliknya bacalah Al-Quran. (harap ada kena-mengena)



Wassalam.

Hami Asraff: Kalau pergi site baru best kerja ni. Sekarang ni dok ofis je. Kerileksan.

You Might Also Like

57 Comments

  1. MashaAllah. Bagusnya.
    Memang jarang (or tak pernah langsung) dengar majikan yang macam ni. Alhamdulillah ada lagi rupanya. :)

    ReplyDelete
  2. @zahidah:
    Tu la alhamdulillah terjumpa yang majikan sebegini :)

    ReplyDelete
  3. bagusnya, seronok dengar majikan yang baik macam tu. :)

    ReplyDelete
  4. hami, sy x respect pakcik bas yg x berhenti utk penumpang solat..:(

    ReplyDelete
  5. Alhamdullilah ... bertuah Hami dapat majikan macam tu. Bukan semua majikan ambil pendekatan macam tu, lebih-lebih lagi yang bukan islam. Lagi diperlekehkan kita yang bersolat. Sabar jer lah.

    ReplyDelete
  6. @Nik Imana:
    Tu la tak semua orang prihatin tentang amal ibadat ni.

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah
    susah nak cari majikan macam ni skrg
    memang kagum sungguh
    sekarang ni nak carik surau dalam company pun susah..huhu

    ReplyDelete
  8. Salam Hami,

    Tempat training Dayah dulu, hari2 before work ada short tazkirah dan bacaan doa before work.

    and ever jumaat tazkirah yang lebih panjang masanya, ini wajib semua orang balik office, lepas tu baru ke client. Once a year akan ada qiam.

    Berbeza dgn bekerja dgn majikan bukan Islam. Tempat solat pun kena minta dan paling sardis. Ruangnya sempit tapi memadai untuk beribadat.

    ReplyDelete
  9. @My Life My World:
    Alhamdulillah. Betol. Kalau bukan Islam tu memang sah2 akan perlekehkan kita. Solat Jumaat pun tak kasi pergi. Pernah dulu kerja kilang cina. Macam tu la.

    ReplyDelete
  10. @En iLham:
    Yup memang susah nak cari majikan yang sebegini. Tapi masih ada :)

    ReplyDelete
  11. memang bagus....kini tak ramai bos yang menjaga solat pekerjanya...

    bos seperti inilah yang layak dipanggil pemimpin...

    menjaga kebajikan anak buah yang dipimpinnya...(^_^)

    ReplyDelete
  12. @Dayah:
    Waalaikumussalam.

    Wah lagi bagus. Best kan? Kalaulah semua majikan begini kan bagus.

    ReplyDelete
  13. @Pendekar Berkuda:
    Pemimpin yang memandu ke arah Islam itulah pemimpin sebenar :)

    ReplyDelete
  14. hard to find boss like that these days...
    lucky you...
    hopefully I would find a workplace with this type of boss in near future...
    huhu...

    ReplyDelete
  15. Big bos saya pon begitu..kalau outstation on the way back mesti dia akan singgah masjid utk memastikan kami semua solat..

    kat opis siap tulis kat pintu surau
    "FOR MUSLIM ONLY"..

    tapi untuk tazkirah tu belum lagi..majoriti staf sini pun chinese..

    ReplyDelete
  16. sbb tu qiqi namo keje under cina or india..especially cina la kn..deme mmg xrespek kite..tmpt ibadah kite pon kecik je ruang, sblh ngn kedai game..ade ke ptt....lagi satu..kalo kite g solat tu die hengat kite nak memonteng....mmg dasar xreti hrmat agama org

    ReplyDelete
  17. @Eda:
    Bagus bos kamu. Okeylah tu daripada tiada langsung :)

    ReplyDelete
  18. @CiK QiQi:
    Kalau boleh memang takmau kerja dengan orang bukan Islam. Tapi tengok la sekarang ni, apa boleh buat kan? Bersabar dan terus bersabar je la.

    ReplyDelete
  19. kt tmpt keje lame aku, secretary pd director (chinese la..non muslim)...siap tnye aku dh solat belum...kalo aku ckp belum, dia suh aku pi solat dulu..tgglkn keje dulu.. pdhal br kol 4.30pm, igt hbs keje kol 5..br nk pi solat.

    malu pulak..kagum pun de bgsa len respek...

    ReplyDelete
  20. @Ann:
    Ada jugak Chinese yang prihatin macam tu. Memang kadang2 malu dengan depa.

    ReplyDelete
  21. Eh samalah...dulu kat tempat praktikel saya pun siap suruh sembahyang jemaah ramai2 lagi dalam bilik bos...respek sungguh bos macam ni.rezeki dapat pun macam berkat.

    ReplyDelete
  22. 1 dalam berjuta-juta lemon nak cari bos macam ni.

    moga dia sentiasa di bawah lembayung rahmatNYA. (:

    ReplyDelete
  23. kagum.

    kalau di kampus saya (dulu), staff digalakkan break utk dhuha. zaman pemerintahan prof kamil, hehe.

    ReplyDelete
  24. aku pernah keje dgn bos chinese dan melayu..

    dua2 bagi masa untuk kami solat.

    satu je kurang, tak pernah nampak bos melayu aku pi solat. huhu

    ReplyDelete
  25. masyaAllah
    sungguh, bertuah ada majikan macamtu
    rasanya sekarang susah nak jumpa

    ReplyDelete
  26. @nursarah puteri biru:
    Tu la pasal kadang2 bangsa & agama lain lebih faham kan? Orang kita sendiri? Hemmm, wallahu'alam.

    ReplyDelete
  27. alhamdulillah..seronoknya kalau dapat tmpt keje cmtu... majikan skrg mmg dh tak peduli soal tu, pekerja lagilah tak kisah. asyik bekerja sampai lupa pada Penciptanya.. hmmm...nak tegur salah, tak tegur pun salah...

    ReplyDelete
  28. Alhamdulillah~
    seronoknya dapat majikan macam ni... :)

    ReplyDelete
  29. Alhamdulillah..dan lagi 1 yg penting dalam sesebuah syarikat ialah bila disediakan tempat utk beribadah@surau.

    ReplyDelete
  30. boss tempat aku praktikal dulu, pernah jumpa sekali je.. itu pun time ada lawatan.. klu tak asyik tengok muka sv je la :D

    Pendapat anda?
    Isu logo halal JAKIM-tak habis-habis

    ReplyDelete
  31. bagusnye..
    moga yang bakal jadi bos nanti ingtkan pekerja2nya juga . :)

    ReplyDelete
  32. Salam, bagi saya masih ada lagi majikan seperti ini. Bagi sesiapa yang berada di area kuala terengganu dan ingin mencari kedai makan orang ISLAM, datanglah ke NR CAFE. Restoran ini menyediakan kemudahan SURAU yang cukup lengkap,TANDAS, dan pada waktu maghrib, diWAJIBkan solat berjemaah. Restoran ini juga menyediakan berbagai jenis makanan, barat.. timur semua ada. Hebat bukan ?. Semoga di akhir zaman ni, akan lahir ramai lagi majikan macam ni. :)

    ReplyDelete
  33. MasyaAllah. Bagusnya.. walaupun saya dulu pernah bekerja dengan syarikat majoritinya umat islam tapi takpernah saya merasai gaya hidup islam yg sebenar .. nak solat pun kelam kabut sbb boss cari, bila azan di PC berkumandang dia marah sebab bising.. time solat jumaat ajak stafnya berjudi .. sedih saya tengok .. akhirnya saya berhenti kerja .. tak tahan dengan sikapnya yg semakin melampau .. untungnya kamu dpt boss mcm tu .. tempat kerja senantiasa diberi rahmat dariNYA..

    ReplyDelete
  34. seronoknya dapat majikan yg pentingkan solat. sy pun respek kat lecturer yg tak kesah student dia nak masuk lwat or kluar awal sebab nak solat..huhu

    ReplyDelete
  35. @aliesha kirana:
    Kadang-kadang kita tersepit dalam menyampaikan kebaikan.

    ReplyDelete
  36. @AtieAbid:
    Bersyukur sekiranya syarikat tu disediakan surau :)

    ReplyDelete
  37. @Aftiey:
    Wsalam. Hebat? Sangat kagum untuk itu :)

    ReplyDelete
  38. @L@n@ a.k.a Mak Budak:
    Macam macam dapat saksikan gelagat manusia masa kini.

    ReplyDelete
  39. ermm..harap2 semua majikan pun cam ni...aman dunia akhirat

    ReplyDelete
  40. Alhamdulillah.. Bagus ya. Semoga rezeki yang didapati diberkati Allah. Dulu masa diploma, praktikal dekat JUPEM Perak, setiap lepas jumaat akan ada ustaz yang mengajar kitab. Terkejut lah juga, ada juga budaya begitu di tempat kerja. Ingatkan mengajar kitab hanya di masjid, surau, pondok dan kelas agama. Rupanya ada lagi yang maha bagus seperti tempat saudara praktikal sekarang. MashaAllah. Moga dipraktikkan oleh syarikat syarikat swasta dan jabatan kerajaan yang lain. InsyAllah

    ReplyDelete
  41. terima kasih amigo! besar posting!

    ReplyDelete
  42. Wow! Terima kasih! Saya selalu ingin menulis dalam sesuatu situs saya seperti itu. Dapatkah saya mengambil bagian dari posting Anda ke blog saya?.

    ReplyDelete
  43. Teringat pergi dekat HTAA Kuantan, pagi tersebut dimulakan dengan bacaan doa...siap speaker lagi..rasanya hari2 macam tu kot..

    ReplyDelete
  44. tambahan:: kadang2 lecturer law saya bg tazkirah smsa mengajar, sblom mngajar atau sesudah..terutamanya masa bulan puasa dulu...dia akan menggalakan yang tidak bertudung agar bertudung..Alhamdulillah sebulan tu diorang bertudung..

    ReplyDelete
  45. Aku terletak blog Anda menggunakan google dan saya harus mengatakan, ini adalah salah satu artikel terbaik ditulis dengan baik aku telah dilihat dalam waktu yang lama.

    ReplyDelete
  46. Sebagai Newbie, saya selalu mencari online untuk artikel yang bisa membantu saya. Terima kasih Wow! Terima kasih! Saya selalu ingin menulis dalam sesuatu situs saya seperti itu. Dapatkah saya mengambil bagian dari posting Anda ke blog saya?

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe