Sepanjang 25 Tahun Aku Hidup Di Muka Bumi Allah Ini

by - November 21, 2010





Assalamualaikum w.b.t

Sihat kalian semua? Kalau tak sihat, buatlah sesuatu supaya kembali sihat. Yang dah sihat, kekalkan. Bukan nak bercakap pasal kesihatan. Yang tu kena bercerita dengan para kedokteranlah. Macam sudah lama tidak merepek-repek kat sini.

*ejas tempat duduk*

Aku tidak ke mana. Ada je di sini. Menyepi bukan sepi. Menyendiri bukan menghantui. Mungkin mencari sesuatu yang hilang dalam hidup ini. Setiap orang pasti perlukan waktu itu. Aku jugak orang yang seperti itu. Sama saja.

Dulu aku akui. Memang aku seorang Blogger tegar. Blogger tegar yang bagaimanakah? Blogger yang selalu update blognya. Macam tu la kot kalau mahu diukur dengan aras ketegaran. Bukan tidak mahu menulis. Eh masakan aku tak mahu. Menulis adalah jiwa aku. Menulis adalah inspirasi aku. Dan menulis jugak adalah terapi diri. Tak percaya? Cuba percaya.

Banyak perkara mahu dikongsi. Berblogging itu sendiri adalah berkongsi. Berkongsi rasa, idea, fakta, pengalaman, kejayaan dan rencah kehidupan. Terlalu banyak untuk dikongsi. Tetapi bukan semua masa cukup diisi.


16 November 1985

Genap usiaku 25 tahun. MasyaAllah sudah 25 tahun aku bernafas di muka bumi Allah ini. Masa itu terlalu pantas dan terus memintas. Keadaan, rupa, perlakuan, dan segalanya juga mengalami perubahan mendadak. Yang langsung kita tak sedari.

Terfikir jugak akan diri ini. Sepanjang hidup suku abad, apakah jasa dan bakti telah ditaburi?


*diam*


Terfikir jugak akan diri ini. Sepanjang hidup suku abad, adakah cukup amalan yang telah di sempurnakan sebaiknya?


*senyap*


Terfikir jugak akan diri ini. Sepanjang hidup suku abad, berapa banyak dosa yang senantiasa mengejari?


*sepi*


MasyaAllah. Kelu lidah berbicara. Kenyataan tak mampu ditafsirkan dengan jelas. Tetapi itulah hakikat. Hakikat yang semua manusia perlu sedar. Manusia ini terlebih dahulu. Kekadang kita sedar. Tetapi alpa dan lupa. Tak kurang yang senantiasa buat-buat lupa dan alpa. Manusia manusia.

Tiada apa yang membahagiakan jika orang hargai anda. Sekeliling hargai anda. Terima kasih kerana menghargai diri ini. Belajarlah untuk menghargai manusia lain sekiranya kita mahu dihargai. Tidak lokek sedikit pun. Langsung tidak rugi.

Terima kasih kepada insan-insan hebat yang hadir dalam diri ini. Terima kasih atas pemberian hadiah-hadiah tidak ternilai dari kalian.






Apa lagi yang mampu aku katakan. Terima kasih banyak-banyak. Terima kasih yang sudi belanja makan. Terima kasih banyak-banyak yang wish, yang mendoakan kesejahteraan diri ini. Dan terima kasih untuk semualah. Senang cerita :)

Kita perlu bersiap sedia dengan segala macam rintangan. Pelbagai manusia lagi kita bakal temui. Pelbagai gaya dan ragam yang belum kita ketahui. Tiada lain, teruskanlah melangkah tanpa lelah.

Coretan ini akan diteruskan. Terima kasih kepada yang menyokong.

Wassalam.

Hami Asraff:

1. Para pembagi hadiah tidak mahu mereka direvealkan :)
2. Kalian manusia yang aku hargai terutamanya kamu :)

You May Also Like

29 comments