14 Hari Mencari Cinta Illahi

by - November 04, 2010





Assalamualaikum w.b.t


Manusia terlalu sibuk mengejar duniawi. Manusia terlalu sibuk memberi peluang iblis merajai hati. Manusia terlalu leka mencari sesuatu yang tidak pasti matlamatnya. Juga manusia terlalu meletakkan harapan kepada insan melebihi sang penciptaNya. MasyaAllah.

Bukan hanya 14 hari untuk mencari cinta yang Agung, Cinta Illahi. Sepanjang hayat. Selagi ianya dikandung badan. Itupun acapkali terbatas. Terbabas. Kembali mengumpul kudrat. Mengharap pada jalan yang diredhai.


Nafsu beronline agak ditinggalkan. Walaupun itu adalah perkara paling banyak yang aku lakukan. Medium paling aku berkomited, Twitter jugak aku tinggalkan. Sehingga ada yang bertanya.



Terima kasih bertanya. Mungkin sudah ada penjelasan di atas. Bukan semua yang dibuat mampu meraih kegembiraan dan kepuasan. Adakalanya berhenti seketika itu yang terbaik. Mungkin.
Dan berbanyak terima kasih lagi kepada yang bertanya dan memberi sokongan.


Aku tak pernah terfikir yang kalian membaca nukilan picisan aku. Ah, tidak mengharap langsung untuk ada yang merindui. Sekira ada yang merindui, sekali lagi, terima kasih banyak-banyak.



Juga kepada silent reader. Percayalah anda sangat dihargai.


Tiada apa untuk diadmirekan. Bermadah? Hemm, mungkin ianya sebuah cetusan spontan. Luahan spontan yang langsung tidak dirancang. Dan kepada yang lain jugak.

Terima kasih. Paling mengharukan. Komen dari seorang anonymous. Bacalah di bawah.




MasyaAllah. Saya bukan penyebab kamu berubah. Itu semua hidayah dari Allah S.W.T. Sekiranya penulisan saya membawa kebaikan kepada anda, ketahuilah itu jua dari Allah S.W.T. Gembira membaca komen anda. Sekiranya tidak keberatan, silalah e-mel saya atau private message di Facebook. Ingin mengetahui jugak siapa anda. Terima kasih banyak-banyak.


Semua yang datang itu adalah ujian. Buruk, baik, kaya, miskin, hampa, kecewa, gembira, riak dan semua. Itu adalah ujian untuk kamu. Untuk saya. Untuk kita. Kita melangkah. Kita tersadung, Kita bangun. Kita berjaya. Itu yang perlu dilakukan. Putaran itu akan berlanjutan.

Pencarian ini akan diteruskan. Semoga Nur Illahi itu akan ditemui walaupun sedikit. Keredhaan Illahi itu yang kita harus kecapi. Mungkin perlu memperbaiki cara kendali. Mari kita hampiri.
Jumpa lagi di lain entri.

Wassalam.




Hami Asraff: Boneka adalah boneka. Manusia bukan boneka.


You May Also Like

36 comments