­

Berehat Dari Dunia Maya

October 22, 2010


Assalamualaikum w.b.t

Setiap orang punya kisah tersendiri dalam hidupnya. Tak kisahlah yang suka ataupun duka. Yang pastinya tiada yang mahu berduka. Merana apatah lagi. Kehidupan yang dipandu akan menjurus kepada suka ataupun tidak. Terserlahlah kepada keupayaan kita untuk merencanakan perjalanan ini.

Kekadang kita tiada kuasa memilih walaupun pada asasnya itulah kekuatan. Apa yang diperoleh diterima bulat-bulat. Mungkin ada yang kisah. Mungkin ada yang tak endah. Mungkin ada jugak yang langsung tidak membuat pilihan.

Kisah hidup terlau rumit untuk dirungkai. Perjalanan yang penuh misteri. Tiada siapa yang dapat ramal apa yang bakal berlaku di persimpangan hadapan. Acapkali ramalan tersasar jauh. Tekaan berhelah. Perancangan dibuat dengan teliti belum tentu memberi pulangan yang berkualiti.

Ramai yang gusar. Ramai yang mencari jalan keluar. Tapi tak ramai yang mampu laksanakan. Punya keazaman dan jati diri yang tinggi. Tetapi masih belum terjamin akan berjaya lalui. Hati dan diri.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya luahan apakah yang aku ingin sampaikan. Aku sendiri pun kurang pasti dengan apa yang ingin dikongsi di sini. Mungkin hanya sebuah luahan di kala senja yang suram. Sesuram perasaan yang hadir tatkala ini. Ah, aku tak pandai bermadah segala. Bukan pensyair pujangga.

Aku perlu berehat dari dunia maya ini barangkali. Sehingga bila? Tiada jawapan yang sahih untuk ini. Kepada yang terus membaca nukilan picisan aku, terima kasih banyak-banyak. Ketahuilah aku sangat gembira.

Kepada kawan-kawan maya semua, minta maaf banyak-banyak. Aku perlu berundur seketika dari sini. Tatkala aku menulis ini, aku telah deactivated akaun facebook aku. Dan aku jugak akan private blog ni tak lama lagi. Usah bertanya kenapa. Kerana aku sendiri tak mampu berikan jawapan yang terbaik.

InsyaAllah aku akan kembali. Aku doakan kesejahteraan kalian. Semoga kita sentiasa mendapat rahmat dan perlindungan daripadaNYA. InsyaAllah.

Wassalam.

Hami Asraff: Mengumpul kekuatan untuk melangkah. Harap berjaya walaupun lelah.


You Might Also Like

33 Comments

  1. :) semoga berjaya...jangan lupe datang balik menulis okay hami...

    ReplyDelete
  2. kekadang.
    apa yang tak dirancang lebih sempurna dari yang dirancang...

    sy tggu kamu kembali.
    cewahhcewahh.
    hihi.
    :))

    ReplyDelete
  3. Pasti ada sbbnya brader hami buat keputusan sbgini..apapun, moga sentiasa sukses dlm apa sja yg dilakukan..sy akan sntiasa skong your blog..n xlupa,gud luck 4 final exam..chaiyok2.. (^_^)

    ReplyDelete
  4. selamat berehat ! come back with new spirit and new entry ! :)

    ReplyDelete
  5. biar tak tahu kenapa. dan tak mahu tanya mengapa..tapi ni ada sepatah dua kata.."be strong"..hehe..tu je..cukup la dua kata^^ -->> sambung:
    moga diberi kekuatan untuk menempuh hari mendatang^^

    ReplyDelete
  6. xpe bro..take ur time..kadang2 kita perlu masa untuk diri sendiri..jgn rehat lama2...;)

    ReplyDelete
  7. isk.. sayangnye.. tak mahu juga bertanya kenapa.. tp harap saudara akan kembali dengan semangat baru..

    ReplyDelete
  8. apa pun yg anda lakukan, smoga berjaya :)

    ReplyDelete
  9. apa yg kamu rase terbaik,
    silakanlah...
    mudah2an semuanya dipermudahkan utk kamu..

    ^.^

    ReplyDelete
  10. samalah,saya pun dah hilang semangat untuk berblog,at the same time FB<twitter n so on...ntahlah saya pun tak faham mengapa saya ada perasaan ini,maybe saya ada sebab mengapa jadi macam tu,mungkin sementara ni,sy akan slow dari dunia maya...sama2 lah kita berdoa supaya kita diberi petunjuk olehNYA...good luck to u k.apa2 pun saya sentiasa berpegang pada ayat ini SETIAP YANG TERJADI PASTI ADA HIKMAH DISEBALIKNYA..

    ReplyDelete
  11. kadang2 blogging ni pun ada pasang dan surutnya..nanti buat comeback balik naa

    ReplyDelete
  12. selamat berehat n bstudy..:D

    kadang2 kita memang perlukan masa untuk menyendiri seketika.

    ReplyDelete
  13. saya ada terbaca hasil tulisan Hilal Asyraf..rasa macam ada persamaan gaya tulisan Hilal Asyraf dan Hami Asraff.. nama pun hampir sama..

    ReplyDelete
  14. kumpulkan semangat. kenali Pencipta dgn lebih dekat. kenali diri..

    saya pun dalam phase yang lebih kurang sama.. teragak mahu berundur, tapi tidak sekuat kamu.

    saya masih perlukan sokongan moral manusia maya..

    ReplyDelete
  15. assalamualaikum hami..
    actually saye baru je dpt tahu kewujudan blog awak..and byk yg sy blaja drp entri awak...byk ilmu bergune yg sy perolehi..terime kaseh byk2..ap yg penting, ikhlas sy nk ckp kat cni..lepas sy bace segla isi dlm blog ni, sy brubah..drp x memakai tdung, sy memakai tdung...drp b'kwn dgn org yg jht sy berjumpe dgn sahbt yg dpt membantu sy tentang islam...ape yg sy nk ckp di sini, blog n penulisan awak tlah jd prgsang & ilham utk sy brubah..mungkin Allah tlah buke pintu hati sy...alhamdulillah...
    anyway, I wanna wish u gudluck in ur present & future life..hope u come back for us..
    thanx for all ur inspiration... ^^,

    ReplyDelete
  16. selamat exam...
    bro nye paper first hari ni kan?? gud luck ya!
    selamat berehat jugak..
    hope dapat kembali menulis semula.

    ReplyDelete
  17. adoi ai... kenapa hami.. nak exam yer.. Good Luck yer...

    kalau ada masalah jangan lupa cari Faizal Yusup ok.. InsyaAllah akan cuba membantu...

    ReplyDelete
  18. eee...eehhhh...p'juangan harus diteruskan walau kita xtau pe yg akn b'laku...kn3???

    pape pn,semoga b'jaya menjawab soklan exam ngn tenang...caiyok2!!!man jadda wajada....;p
    *penawar*

    ReplyDelete
  19. salam~
    bittaufiq wannajah fil imtihan.. =)

    ReplyDelete
  20. kalau ikutkan pemahaman arab saya yang x semegah ini, ucap hikari itu mendoakan kejayaan awak dalam ujian/peperikasaan..ek?

    apa saja keputusan awak hami,itu hak awak.cuma mohonlah tidak di-private-kan blog ini.boleh?

    ReplyDelete
  21. Salam Hami,

    Semoga kembali semula dengan hati yang tenang. Pahit mana pun kena telan kerana itulah kehidupan, belajar mengharunginya, insyaAllah ada ganjarannya.

    All the best.

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe