Kadangkala Kita Tak Pasti Apa Yang Perlu Kita Cari Di Dunia Ini
October 12, 2010Assalamualaikum w.b.t
Tersentak dari tidur yang hanya berbekalkan 4 jam. Untuk meneruskan tidur untuk kedua kali adalah sesuatu yang agak payah. Bagi aku, orang lain tak tahulah.
Macam-macam di kepala otak dan minda. Bercampur menjadi satu. Bercelaru. Tambahan seorang pelajar seperti aku lagilah. Hujung-hujung pengakhiran semester hidup seakan berantakan. Istilah yang sesuai. Berantakan ini lebih kepada tidak terurus. Semua buat jadi serba tak kena. Tekanan pasti berada di puncak.
Keluhan adalah asam garam. Keluhan bukan bermakna tidak bersyukur dengan apa yang ditimpa. Tidak. Lebih kepada membuang sedikit tekanan yang menyesak di minda. Walaupun sebenarnya tidaklah membantu mana. Dengusan halus ini sekurang-kurangnya menyedari sebuah hakikat. Manusia adalah makhluk yang sibuk dengan duniawi. Pasti.
Diri ini sering bertanya pada diri sendiri. Apa yang aku cari? Apa yang aku cari sepanjang 25 tahun bernafas di dunia yang fana ini? Ah, pelbagai jawapan tersembul keluar. Pelbagai jawapan memberi signifikan tersendiri. Tetapi langsung tiada jawapan yang jitu dengan soalan yang dikemukan. Betul. Buat apa nak tipu diri.
Yang nampak hanyalah satu. AKHIRAT. Tiada lain. Itulah pengakhiran segala destinasi. Tak kiralah apa jua bentuk perjalanan dilalui. Lurus, bengkang-bengkong, berliku tajam, tetaplah AKHIRAT. Tetapi terlalu mudah memberi jawapan sebegini. Semua orang mampu beri.
Dah keluar satu, yang lain pasti menyusul jua. Sejauh mana yang kamu lakukan untuk mencapai destinasi AKHIRAT tu? Kelu dan bisu. Jawapan termudah dalam segala hal. Penyelamat. Pilihlah ini untuk selamat. Tengok jugaklah. Kadang-kadang tak semua situasi mampu diaplikasi.
Tapi memang betullah. Memang tak dapat jawab dengan baik soalan yang dikemukakan. Menjawab setelah berfikir-fikir, inilah jawapan aku "Terlalu banyak benda, perkara, amalan dan segala jenis bentuk kebaikan yang perlu ditampung lagi. Banyak sangat. Tak terbilang dengan jari walaupun campur dengan jari kaki. Sungguh. Dosa tu sentiasalah dok tambah. Kadang-kadang amalan tak pula ditambah."
Sebab tu kadangkala aku memilih "ENTAH". Nampak macam tak tahu apa-apa. Blur. Pending. Di tengah-tengah pun ada. Lalang bahasa mudahnya.
Subhanallah. Maha Suci Allah. Tidaklah Engkau menjadikan segala bentuk sesuatu dengan sia-sia. Kebesaran Illahi itu tampak jelas. Membuat kita terus berfikir dan mencari sinar disebalik kegelapan dan kegalauan. Dialah pencarian kita selama ini. Yakinlah tiada yang lain. MasyaAllah.
Semoga kita terus mencari Nur Illahi.
Wassalam.
Hami Asraff : Malam ni ada test.
31 Comments
Sebenarnya kita memenag tak pernah pasti apa yg kita cari dalam hidup ini...namun yg pasti keredhaan Ilahi untuk ke sana nanti..mencari cinta Ilahi bukan cinta manusia yg penuh kepura2an..
ReplyDeleteyang pergi tetap pergi
ReplyDeleteyang hidup pasti mati
tiada satu terkecuali
itulah kehendak ilahi
dan akhirat itu pasti...
skadar doa.-->> ya Allah..pilihla kami untuk menerima hidayahMu..amiin^^
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteEntah..
ReplyDeleteteruskan pencarian anda, gud luck....
ReplyDelete@Idalara:
ReplyDeleteMencari keredhaan Illahi itu pasti.
@Anonymous:
ReplyDeleteSetuju!
@c3kz h!kmAh:
ReplyDeleteAmin. Moga Allah perkenankan doa kita.
@tOm:
ReplyDeleteTapi tak boleh senantiasa menjawab ENTAH.
@MR. MIND:
ReplyDeleteBukan anda, tetapi kita :)
Gudluck 4 exam nanti....
ReplyDeletetiap apa yg kita lakukan tu berharap di redhai Allah..berserah dan terus berusaha...smoga akhirat nti ada ganjaran apa jg kebaikan ats dunia yg kita lakukan
ReplyDeleteteringat kata-kata ustazah saya,
ReplyDeletebila kita tak pasti , kita kena ingat untuk apa kita dicipta di dunia ini? dan apa kedudukan kita didunia ini. dan rujuk kembali pegangan kita iaitu Al-Quran dan As-Sunnah,
kita diciptakan untuk beribadat kepadaNYA , dan kitalah hamba kepada yang satu.
:)
"Sejauh mana yang kamu lakukan untuk mencapai destinasi AKHIRAT tu? Kelu dan bisu."
ReplyDeletewow, sentap dalam neh bro. tapi betul, satu perkara yang kita harus belajar dan sedari, Allah tidak menjadikan sesuatu yang sia-sia. biasanya kitalah yang mensia-siakannya begitu sahaja.
Nice bro. Gudluck, Allah akan bantu hambaNya yang meminta bantuanNya :)
ReplyDeleteApa beza Iqbal Syarie dengan Ayah Pin ?
saja nak mengomen jugak... menginsafkan... (T_T)
ReplyDelete"Allah tidak menjadikan suatu perkara dengan sia-sia dan Dia tidak suka kepada perkara yang sia-sia"
key point is, timbang2 la perkara yg kta buat kt dunia, yg penting ada tujuan yang baik n berfaedah dan bukan yang sia2...
yes manusia sering mengejar duniawi, tp kita sering lupa bersediakah kita menghadapi hari2 terakhir.
ReplyDeletealhamdulillah..everthing happens with reasons..just keep on this journey...hanimpun same..akhir2 sem, tido macam x menentu..sebab aper??
ReplyDeletereason is mase awal sem bnyak main :)
mintak izin untuk promote hamiasraff.blogspot.com..
ReplyDeletekot2 dpt komisyen kalo tolong promote..ngeheh^^ kidding..
nice blog..tu pasal teringin mau share^^.. tengs ya..
all the best in whatever you do. :)
ReplyDeletesalam hami asraff,
ReplyDeleteBaguslah merenung diri dlm kesepian malam. Munajat mencari makna diri dalm perhambaan.
Kita sering alpa kecuali ditimpa bencana..Semuga ia mnjadi batu lonjak untuk lebih mengenali akhrat dan hakikat kehidupan.
amin
yea, that's life. If we already know what we want, then there's no more adventures and it gonna be a plain bored life. ^^
ReplyDeletesalam...
ReplyDeletekematian itu satu kepastian...
namun bila, dimana dan bagaimana yang menjadi tanda tanya...
dan ingat usia bukan sebagai sandaran, muda tua semuanya pasti akan pergi jua... kerana hanya Dia yang Berhak dan yang Maha Mengetahui...
apa yg kita cari ?? sama2 kita fikirkan..
ReplyDeleteEntri terbaru ->Bagaimana meningkatkan trafik blog ?
kadang-kadang aku pn macam ko jugak :D
ReplyDeletehttp://nomborsebelas.blogspot.com/
salam
ReplyDeleteaku suka baca ni
pagi2 macam ni boleh buat kita berfikir ke mana kita akhirnya
Memang kadangkala kita agak keliru dengan diri sndiri, tentang apa tujuan kita hidup dan pencarian dalam hidup, jadi perlulah sntiasa ingatkan Dia, lakukan tggungjawab yang diamanahkan dalam kehidupan kita...
ReplyDeleteSalam ziarah dari PojiePooh Abdullah
aku tgh nk cri bini...
ReplyDeleteHidup ini suatu pencarian, suatu perjalanan. MAcam belajar juga kut. Mencari kebenaran dan menimba ilmu, hujung semester diuji dengan exam.
ReplyDeletePerlu bersabar kerana banyak twists and turns, pending, dramatic, etc
aku mencari diri sendiri:)
ReplyDeleteSetiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)