Posts

Showing posts from August, 2015

Jangan Pandang Orang Sebelah Mata

Image
Assalamualaikum w.b.t
Memberi salam pembuka wadah bicara. Menyambut salam wajib pada yang membaca. 
Di petang nan indah ini (kalau korang tengah baca ni waktu malam, imagine je waktu petang), ditemani secawan kopi dan seplastik cucur ubi. Oh nikmat. Cuaca di luar redup redup sahaja. Petang yang perfect untuk aku memulakan cerita.
Sebenarnya benda ni dah lama nak story. Since aku berkecimpung dalam dunia Takaful, banyak juga perkara baharu yang aku pelajari dan aku teladani. Biasalah, setiap hari kita pasti akan pelajari benda baru, walaupun sedikit.
Cerita dia macam ni.
*Adjust tempat duduk*
Menjadi seorang Agen/Perunding Takaful ini bukanlah sebuah tugas yang senang. Biasalah, ada orang menganggap pekerjaan ni low standard. Ala, korang tak payah menipu. Aku tahu apa yang korang fikirkan tu. Sebab orang luar termasuklah aku satu masa dulu anggap jadi Agen Takaful ni sesiapa sahaja pun boleh. Ternyata tanggapan aku salah sama sekali. Jadi bila melayari hidup sebagai Agen Takaful ni ha…

Menyimpan Wang Perlukan Disiplin Dan Kesungguhan

Image
Kagum.
Aku kagum dengan kesungguhan memberku. 
Ceritanya begini. 
Member aku, Shariman (bukan nama sebenar), seorang yang berjimat cermat. Seorang yang kuat menyimpan. Dalam setahun dia boleh menyimpan RM12,000 dalam akaun banknya. Walhal gajinya sebulan hanya RM1600 maksimum. Kagum bukan?
Jadi aku korek rahsianya. Waktu tu aku masih menjadi seorang Project Engineer. Aku jarang tengok Shariman lunch di tapak pembinaan. Banyak kali aku ajak, mesti dia menolak perlawaan aku dengan baik.
Ada sekali tu,
"Jom lunch!"
"Sorry Hami. Aku dah makan kat rumah."
Seingat aku, ini ajakan aku kali ketiga. Masih ditolaknya. Tidak mengapa, mungkin memang dia dah makan. Itu fikir aku.
Tapi esoknya aku ajak lagi. Tapi kali ini beliau akur. Dia bersalah mungkin. Sedangkan aku tiada masalah. Masa ini aku mulakan cerita.
"Aku tengok hang ni Shariman macam jarang makan la, badan sihat jugak!"
Aku mulakan perceritaan dengan berseloroh. Tak dinafikan, badan Shariman memang gempa…

Stop Dreaming. Start Doing.

Image
Kejayaan sukar datang untuk mereka yang malas berusaha.  Kejayaan enggan bertandang untuk mereka yang goyang kaki sahaja.  Kejayaan tidak berpeluang jika dalam dirinya mudah mengalah dan putus asa.  Kejayaan itu untuk mereka yang kuat berusaha dan bekerja. 
Kejayaan itu buat mereka berhempas pulas tidak kenal lelah.  Kejayaan itu hadiah bagi mereka yang terus melangkah gagah. 
Mari terus berusaha.  Berusaha sehingga berjaya.


Adakah Insurans Kereta Lebih Penting Dari Insurans Nyawa?

Image
Seronok apabila bersembang dengan klien yang memahami. Klien yang sedar kepentingan Takaful ini. Feedback yang diterima juga memuaskan hati. 2 hari lepas bersembang dengan seorang brader yang digelar sebagai prospek. Penyembangan berkisarkan kisah kehidupan. Tak kurang juga keluhan rasa dengan arus hidup yang menekan.

"Stress la weh. Kereta aku accident minggu lepas."

 Beliau memulakan perbualan.

"Oh! So teruk tak kereta bro?"

"Teruk juga la. Lagi teruk aku langgar kereta orang."

Beliau memulakan cerita. Dari riak wajah memang tampak risaunya. Yer la kan? Kalau jadi kat aku pun stress juga jiwa raga.

"Tapi ada insurans kan? At least insurans cover, tak la teruk sangat bawa keluar duit tu."

"Ha,ah nasib baik boleh claim insurans. Kalau tak kopak juga la duit aku ni."

Soalan berbasa basi. Biasanya kalau accident kereta, insyaAllah memang insurans akan cover. Cuma kena keluarkan duit dulu. Pay and claim.

"Insurans ni memang penting…