Thursday, August 13, 2015

Menyimpan Wang Perlukan Disiplin Dan Kesungguhan





Kagum.

Aku kagum dengan kesungguhan memberku. 

Ceritanya begini. 

Member aku, Shariman (bukan nama sebenar), seorang yang berjimat cermat. Seorang yang kuat menyimpan. Dalam setahun dia boleh menyimpan RM12,000 dalam akaun banknya. Walhal gajinya sebulan hanya RM1600 maksimum. Kagum bukan?

Jadi aku korek rahsianya. Waktu tu aku masih menjadi seorang Project Engineer. Aku jarang tengok Shariman lunch di tapak pembinaan. Banyak kali aku ajak, mesti dia menolak perlawaan aku dengan baik.

Ada sekali tu,

"Jom lunch!"

"Sorry Hami. Aku dah makan kat rumah."

Seingat aku, ini ajakan aku kali ketiga. Masih ditolaknya. Tidak mengapa, mungkin memang dia dah makan. Itu fikir aku.

Tapi esoknya aku ajak lagi. Tapi kali ini beliau akur. Dia bersalah mungkin. Sedangkan aku tiada masalah. Masa ini aku mulakan cerita.

"Aku tengok hang ni Shariman macam jarang makan la, badan sihat jugak!"

Aku mulakan perceritaan dengan berseloroh. Tak dinafikan, badan Shariman memang gempal sikit.

"Haha. Kau perli aku ke ni? Takdelah bro. Memang aku selalu makan kat rumah. Dekat site aku minum je. Lagipun boleh berjimat."

Memang aku selalu nampak Shariman sentiasa bawa berbotol-botol air mineral dalam raga motosikalnya.

"Wah baguslah kalau berjimat cermat. Tapi janganlah berjimat sampai tak makan langsung sudah bro! Ke kau simpan duit nak kahwin?"

So aku bagi soalan game over terus. Biasanya macam tu la kan? Sebab utama lelaki kalau simpan duit for sure untuk berkahwin.

"Mestilah bro. Yang tu nombor satu. Haha. Tak adalah, calon pun tak ada. Aku simpan duit lebih kepada kecemasan. Mana tau apa-apa terjadi pada masa depan, boleh guna duit tu. Lagipun memang kita kena menyimpan kan?"

Waktu ni aku dah start kagum dengan Shariman. Sikit demi sedikit aku cuba selongkar perihal penyimpanan duit beliau secara konsisten. Pada mulanya beliau agak segan. Tapi bila aku suruh berkongsi, beliau makin galak bercerita.

"Aku tak ada komitmen apa sangat Hami. So nak tak nak aku kena simpan. Aku akan pastikan setiap bulan aku akan simpan RM1000. Aku sorang cukuplah guna RM600 je. Lagipun aku bujang. Naik moto buruk je. Duduk rumah abang aku. Tapi setiap bulan aku hulur juga kat abang aku tak pernah miss. Cuma dekat diri aku, aku elak untuk beli benda-benda yang tak penting. Kalau masih boleh guna, boleh pakai, aku tak akan tukar ganti. Kalau bab makan pun macam tu. Cukup makan ala kadar. Yang penting kenyang."

Panjang beliau bercerita. Naik malu aku dengan beliau. Aku waktu tu Project Engineer. Gaji besar kononnya. Beliau Site Supervisor, gaji lebih kecil berbanding aku. Tapi menyimpan melebihi aku. Gua kagum sama lu bro! Sungguh!


******************************************


Cerita ini dah lama. Cuma baru berkesempatan untuk bercerita di sini. Aku belajar sesuatu dari sahabat aku itu.

Benarlah kata orang, 

Bila dah bekerja, bukan berapa banyak yang kau dapat. Tapi berapa banyak yang kau boleh menyimpan.

So point yang aku cuba nak sampaikan di sini adalah, bila kesungguhan dan disiplin disatukan, insyaAllah kita mampu berjaya. Bukan sahaja dalam aspek menyimpan wang, tapi boleh diaplikasi untuk semua perkara.

Tepuk dada, tanya hati, tanya akal, tanya kesungguhan, adakah kita mampu lakukan?



3 comments:

NuSaNa NoSa 91 said...

kena cekalkan hati untuk istiqamah menyimpan.. thanks for sharing.. ^_^

Hami Asraff said...

NuSaNa NoSa 91: Itu sebetulnya.

hamizah che mat said...

sepatutnya macam tu laa
JOM FOLLOW SAYA