Posts

Showing posts from 2015

Coretan Di Kala Insomnia (Siri 4)

Seperti biasa bila merebahkan kepala di bantal, macam-macam perkara mula berlegar di minda. Semuanya menyerbu masuk.
Keadaan sunyi sepi. Hanya terdengar bunyi kipas angin ligat berpusing. Tiba-tiba teringat kisah dalam novel BISIK karya Syaihan Syafiq yang aku baru habis mentelaah tadi. Horror juga cerita dia. Tapi nice. Tak klise.
Sebenarnya aku tak boleh tidur ni sebab memikirkan hal esok hari. Eh bukan esok. Tapi hari ini. 31 Disember 2015. Ya ampun. Hari terakhir, bulan terakhir tahun ni. Cepatnya lahai masa berlalu. Serius cepat gila. Entah apa lah yang terbazir masa pada tahun ni. Moga tahun ni kita tinggalkan dengan kenangan dan pengalaman yang indah.
Actually esok aku ada misi penting. Apa misi tu? Eh mana boleh habaq. Haha. Paling penting, hampa doakan aku ya. Moga semua berjalan lancar. Okaylah nak tidoq.
Wan'an semua.
*peluk teddy bear*
1:39 minit pagi 31 Disember 2015 Kamar Sunyi Bandar Baru Bangi

Wordless Wednesday #13: Kereta Terbang?

Image
On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.


Menyaksikan Keindahan Ciptaan Allah Dari Puncak Bukit Keluang

Image
Oleh kerana masih belum move on dengan Puncak Bukit Keluang ni, makanya aku update di sini pulak. Lagipun dah lama kot aku tak buat entri bergambar. Rindu gila zaman study dulu semua aktiviti nak bercerita kat sini even lepak Mekdi sampai subuh dinihari. Haha. Rindu beb zaman menggila blogging dulu. Okay takpa itu cerita dulu.
Actually pendakian Bukit Keluang ni bukanlah sebuah pendakian terancang sangat pun. Housemate gua nak balik kampung dia kat Besut Terengganu. Alang-alang gua pun stress hujung-hujung tahun ni, so follow je la. Boleh makan nasi dagang sama sata. Entah kenapa kalau sebut Pantai Timur je, nasi dagang dan sata saja yang terlintas di minda. Yup alhamdulillah memang jumpa pun dua makanan tu. 
Kami pi hari tu berlima. Aku tak expect apa sangat tentang Bukit Keluang ni pada mulanya. Aku dah pernah sampai Pantai Bukit Keluang ni. Cuma mendaki ke puncak bukit ni ja belum. Pendakian dimulakan seperti biasa. Pancit juga. Biasalah stamina kian mengendur sejak dah meningkat …

Ini Salah Satu Cara Selesaikan Masalah Yang Berserabut

Image
Pernah tak hang rasa serabut gila dan tak tau nak buat apa, and then pegang ni tak kena, pegang tu tak kena, rasa kusut semacam. Lepas tu nak kejar dateline, nak submit itu dan ini, nak kena settlekan semua benda dalam satu masa. Dan time ni jugak la segala permasalahan dunia menimpa. Dan hang rasa kelam terus dunia. Waktu ni hang rasa nak menjerit kuat-kuat supaya semuanya kembali normal. Tapi sebenarnya semuanya hampa. Satu benda pun tak berjalan.
Pernah alami bukan?
Tahniah! Itu menandakan hampa semua jugak manusia biasa macam aku. Hahaha.
Benda-benda macam ni memang tak pernah lari pun dalam hidup kita. Perkara biasa bila bergelar manusia. Kadang benda yang best-best ni singgah sekejap sahaja, lepas tu datang bala bencana. Amboi kasaq bunyinya. Okey tukar bala bencana kepada ujian Allah. 
Sejauh mana pun kita berlari Allah akan terus uji dan uji. Allah nak tengok kita kuat dak hadapi masalah tu. Allah nak tengok macam mana kita nak handle segala stress tu. Ada orang handle masala…

Coretan Di Kala Insomnia (Siri 3)

3:18 pagi.
Seperti biasa tak dapat lelapkan mata. Golek sana golek sini, still mata terbuka seluasnya. Ini mesti kena penangan Hazelnut Coffee Hailam Kopitiam tadi. Pasti.
So biasalah bila tak dapat lelap ni macam-macam dalam benak fikiran. Satu persatu menerjah masuk. Benda yang tak mau diingatkan pun, masuk sekali. Semuanya berpusu-pusu masuk. Aduyai.
Esok pagi ada appointment di Shah Alam. Biasalah hujung-hujung tahun ni. Nak end tahun ni kena banyak jumpa prospek dan klien. 
Okeylah nak cuba tidur kembali.
Moga esok aku tak terbabas tidur.
Wan'an (pepandai hampa cari maksud dia).

Rindu Ayah

Image
Hujan sangat lebat.
Dua tiga hari ni memang akan hujan lebat bila menjelang petang.
Sambil memandu, memori melayang jauh. Ada perasaan rindu yang ditahan-tahan. Ya Allah, aku terlalu rindu padamu ayah.
Hari ini genap 66 tahun kalau ayah masih ada di dunia ini. Hari ini tarikh lahir ayah. 16 Disember 1949. Ya "kalau". Kalau itu terlalu indah. Semua boleh dilakukan, semua perkara boleh diubah, tapi sayangnya 'kalau' itu hanya manis di pinggiran bibir, hanya indah di bayangan minda.
Balik rumah, lantas aku buka youtube dan cari lagu Ayah by Peterpan. Mungkin lagu ini boleh menjadi sedikit pengubat rindu di hati.


Ayah - Peterpan
Dimana akan kucari  Aku menangis seorang diri  Hatiku selalu ingin bertemu  Untukmu aku bernyanyi 
 Untuk Ayah tercinta  Aku ingin bernyanyi  Walau air mata dipipiku  Ayah dengarkanlah  Aku ingin berjumpa  Walau hanya dalam mimpi 
 Lihatlah hari berganti  Namun tiada seindah dulu  Datanglah aku ingin bertemu  Denganmu aku bernyanyi

"Aku in…

Kos Perubatan Naik Mulai 2016

Image
"Dekat Malaysia ni semua benda naik, tak ada yang turun."
Dulu tak percaya dengan pepatah ni. Tapi lama-lama makin percaya. 
Nak marah? Marahlah.
Nak bengang? Pun boleh bengang. Bengang pada siapa?
Hakikatnya kita tetap isi petrol seperti biasa. Kita tetap bayar tol melalui jalan biasa untuk pergi kerja. 
Bila kata tol naik harga, maka ada yang kata,
"Eleh, naik la public transport. Kita ada option kan?"
But now public transport pun naik harga, apa ceritaaa?
Kita dihadapkan dengan perkara-perkara yang tidak menggembirakan. Kos sara hidup naik mendadak. Gaji kita takat yang sama. Siang malam berhempas pulas kerja, demi mencari sesuap nasi, demi mencari rezeki yang halal.
"Awak bekerja kuat sekarang sebab apa ya?"
Pernah saya ajukan soalan ini pada seorang prospek.
Tergaru-garu, berkerut dahinya.
"Eh bekerja kuat mesti la nak cari duit."
"Lagi?"
Beliau kian blur.
"Sebab saya nak bantu keluarga. Nak baiki taraf hidup yang lebih baik…

Coretan Di Kala Insomnia (Siri 2)

Aku namakan segmen baru ini sebagai Coretan Insomnia. Kenapa? Sebab dah pagi tapi aku masih belum lelapkan mata. Jadi perkongsian yang bakal disajikan adalah berupa spontan, monolog dalaman, dan segala macam yang terlintas di fikiran.

1:52 pagi.

Pagi Isnin dimulakan dengan aktiviti lemau. Tak produktif. Maybe sebab baru balik dari kampung. Keterasaan homesick tu bersisa. Petang Isnin baru ada appointment dengan seorang prospek di KL Sentral.

Hari ni ada meeting bersama Ejen-Ejen Part Time Takaful. So aku dan rerakan dah set time di mana setiap hari Isnin, pukul 8:30 - 10:00 malam ada sesi meeting bersama. Meeting under Agensi Muqmeen Group ni berupa perkongsian aktiviti sepanjang minggu lepas. Bagaimana berjumpa dengan prospek, siapa prospek tu, bagaimana closed case dan sebagainya. Meeting ni sebenarnya untuk beri energy sesama kami.

Lepas tu bila settle semua balik mesti lepak minum. Bila minum pasti akan order makan. Bila order makan, akan makan, bila makan jadi gemuk.

Hmmm...

Beg…

Bekerjalah Kerana Allah. Bukan Bekerja Kerana Manusia.

Image
Ramai yang bertanya, 
"Eh awak memang kerja setiap hari ke?"
"Ya. Kerjaya saya sebagai Perunding Takaful memang bekerja setiap hari. Everyday is working day."
"Tak best lah macam tu. Tak ada masa rehat."
"Eh apa yang tak best pulak? Yes everyday is working day. Tapi everyday pun can holiday maa. Awak kena faham, bila dah masuk line business awak bekerja flexible time. Tak ada waktu tertentu. You can manage your own time. Awak tak terikat dengan sesiapa. Paling penting awak enjoy dan happy." 😊
"Ooo macam tu. Menarik. Kalau dari segi income pulak?"
"Alhamdulillah syukur dari segi income memang saya nampak perubahannya. Saya boleh set berapa increment kenaikan gaji saya setiap bulan, setiap minggu, bahkan setiap hari. Depend on me. Kalau saya rajin, saya lagi dapat banyak la. Berbanding saya makan gaji dulu. Kenaikan gaji setahun sekali. Dah kerja sendiri of course la kena rajin kan?
"Kalau saya nak jadi Perunding Takaful juga…

Belajarlah Dari Guru Yang Betul

Image
Sekarang ni kalau masuk laman sosial dah kian boring. Facebook, Twitter, Instagram. Ni sajalah laman sosial yang 'menguasai' dunia sekarang ni. Masuk, baca info, baca gosip, scroll down gambar dan tutup. Keterujaan untuk update status / bertweet dah tak seperti dulu. Ya dah tak sama. Dulu aku memang peminat Twitter tegar. Boleh dikatakan setiap masa aku nak tweet. Sampai sanggup langgan kat phone biasa RM1.00/seminggu. Tweet via SMS. Hanya boleh tweet dan akan dapat bila orang mention kita. Tapi tak boleh tengok timeline. Gigih kan? Waktu tu aku belum ada smartphone. Dunia online bagi aku adalah di laptop semata-mata.
Ya waktu itu. Waktu dulu. Waktu yang telah dimamah waktu.
Masih di kampung. Mood bercuti masih bersarang dalam diri. Layan TV menjadi hobi. Tengok je walaupun tak ada rancangan best. Lalu aku capai iPad. Ada sesuatu yang berlegar di minda. Perlu tulis dengan segera sebelum semuanya terpadam begitu sahaja. Jadi aku memilih untuk menulis di sini. Blog Abstrak Jiwa…

"Kali Ini Saya Menyesal Tak Ambil Insurans..."

Image
"Menyesal dulu pendapatan, menyesal kemudian tiada guna."
Ungkapan yang sering kita dengari. Cuma ungkapan ini terkadang kita mengambilnya acuh tak acuh. Sebagai ungkapan biasa, berlalu di pinggir bibir dan hilang begitu sahaja.
Itulah kita. Manusia biasa.
Seorang hamba Allah pernah mesej saya di Facebook. Lama dah. Waktu tu beliau masih sihat walafiat. Beliau berminat untuk mencarum dalam Takaful. Jadi seperti biasa saya akan explain sehinggalah beliau faham. Tapi seperti biasa, di akhir perbualan, 
"Encik Hami, nantilah saya fikir dulu. Boleh?"
"Boleh. Tak ada masalah."
Itu jawapan saya pada sesiapa sahaja. Saya tidak pernah mendesak sesiapa pun untuk mengambil polisi Takaful dengan saya. Seperti saya pernah katakan. Takaful bukan paksaan, tetapi Takaful ini penting di saat diperlukan.
Lebih kurang 3 minggu kemudian, saya follow up dengan beliau. Bertanyakan adakah beliau masih berminat untuk mencarum dalam Takaful. Tapi malang tidak berbau. Beliau acc…

Jangan Pandang Orang Sebelah Mata

Image
Assalamualaikum w.b.t
Memberi salam pembuka wadah bicara. Menyambut salam wajib pada yang membaca. 
Di petang nan indah ini (kalau korang tengah baca ni waktu malam, imagine je waktu petang), ditemani secawan kopi dan seplastik cucur ubi. Oh nikmat. Cuaca di luar redup redup sahaja. Petang yang perfect untuk aku memulakan cerita.
Sebenarnya benda ni dah lama nak story. Since aku berkecimpung dalam dunia Takaful, banyak juga perkara baharu yang aku pelajari dan aku teladani. Biasalah, setiap hari kita pasti akan pelajari benda baru, walaupun sedikit.
Cerita dia macam ni.
*Adjust tempat duduk*
Menjadi seorang Agen/Perunding Takaful ini bukanlah sebuah tugas yang senang. Biasalah, ada orang menganggap pekerjaan ni low standard. Ala, korang tak payah menipu. Aku tahu apa yang korang fikirkan tu. Sebab orang luar termasuklah aku satu masa dulu anggap jadi Agen Takaful ni sesiapa sahaja pun boleh. Ternyata tanggapan aku salah sama sekali. Jadi bila melayari hidup sebagai Agen Takaful ni ha…

Menyimpan Wang Perlukan Disiplin Dan Kesungguhan

Image
Kagum.
Aku kagum dengan kesungguhan memberku. 
Ceritanya begini. 
Member aku, Shariman (bukan nama sebenar), seorang yang berjimat cermat. Seorang yang kuat menyimpan. Dalam setahun dia boleh menyimpan RM12,000 dalam akaun banknya. Walhal gajinya sebulan hanya RM1600 maksimum. Kagum bukan?
Jadi aku korek rahsianya. Waktu tu aku masih menjadi seorang Project Engineer. Aku jarang tengok Shariman lunch di tapak pembinaan. Banyak kali aku ajak, mesti dia menolak perlawaan aku dengan baik.
Ada sekali tu,
"Jom lunch!"
"Sorry Hami. Aku dah makan kat rumah."
Seingat aku, ini ajakan aku kali ketiga. Masih ditolaknya. Tidak mengapa, mungkin memang dia dah makan. Itu fikir aku.
Tapi esoknya aku ajak lagi. Tapi kali ini beliau akur. Dia bersalah mungkin. Sedangkan aku tiada masalah. Masa ini aku mulakan cerita.
"Aku tengok hang ni Shariman macam jarang makan la, badan sihat jugak!"
Aku mulakan perceritaan dengan berseloroh. Tak dinafikan, badan Shariman memang gempa…

Stop Dreaming. Start Doing.

Image
Kejayaan sukar datang untuk mereka yang malas berusaha.  Kejayaan enggan bertandang untuk mereka yang goyang kaki sahaja.  Kejayaan tidak berpeluang jika dalam dirinya mudah mengalah dan putus asa.  Kejayaan itu untuk mereka yang kuat berusaha dan bekerja. 
Kejayaan itu buat mereka berhempas pulas tidak kenal lelah.  Kejayaan itu hadiah bagi mereka yang terus melangkah gagah. 
Mari terus berusaha.  Berusaha sehingga berjaya.


Adakah Insurans Kereta Lebih Penting Dari Insurans Nyawa?

Image
Seronok apabila bersembang dengan klien yang memahami. Klien yang sedar kepentingan Takaful ini. Feedback yang diterima juga memuaskan hati. 2 hari lepas bersembang dengan seorang brader yang digelar sebagai prospek. Penyembangan berkisarkan kisah kehidupan. Tak kurang juga keluhan rasa dengan arus hidup yang menekan.

"Stress la weh. Kereta aku accident minggu lepas."

 Beliau memulakan perbualan.

"Oh! So teruk tak kereta bro?"

"Teruk juga la. Lagi teruk aku langgar kereta orang."

Beliau memulakan cerita. Dari riak wajah memang tampak risaunya. Yer la kan? Kalau jadi kat aku pun stress juga jiwa raga.

"Tapi ada insurans kan? At least insurans cover, tak la teruk sangat bawa keluar duit tu."

"Ha,ah nasib baik boleh claim insurans. Kalau tak kopak juga la duit aku ni."

Soalan berbasa basi. Biasanya kalau accident kereta, insyaAllah memang insurans akan cover. Cuma kena keluarkan duit dulu. Pay and claim.

"Insurans ni memang penting…

Rindu Saat Lalu

Image
Plaza Metro Kajang, Plaza Antarabangsa bak kata member gua. Mahu tidaknya kalau pergi sana nak jumpa muka orang Melayu bukan main susah. Semua wajah-wajah "Antarabangsa" yang kelihatan. Muka Mat Bangladesh, muka Mat Mynmar, muka Mat Indonesia dan sewaktu dengannya. Saja singgah tadi sebab dah lama tak singgah. 
Aku rasa last time datang sini time kerja Project Engineer dulu. Jaga site dekat area Prima Saujana. Mengular pergi tengok wayang dengan member gua. Haha teruk kan perangai? So jangan ikut naa kerja tak murni ni adik-adik. 
Okey sebenarnya nak cerita pasal lain. Tujuan singgah dan bersiar-siar dalam Plaza Antarabangsa ni sebab nak tunggu member aku. Dia nak jumpa pukul 5.00 petang. Sekarang pukul 3.00 petang. Aku ada 2 jam nak membuang masa. Semuanya bermula bila member WhatsApp minggu lepas. 
"Salam bro. Lama gila tak jumpa ko. Jom lepak. Ada benda nak sembang." 
Aku ambil masa seminggu baru nak reply. Haha. Sebab hari ni baru rasa free. Kalau mesej macam …

Student Tak Boleh Ambil Takaful Ke?

Assalamualaikum w.b.t
Banyak dapat mesej di WhatsApp dan PM di Facebooktentang Takaful. Alhamdulillah, terima kasih sudi bertanya. Antara soalan-soalan glemer yang sering dilemparkan adalah:
"Saya masih seorang student, bolehkah jika saya mahu mencarum dalam PruBSN Takaful?"
Oh biasalah, jawapannya mestilah boleh.
TAPI... Saya tidak galakkan.
Eh eh, orang nak ambil Takaful dengan dia, tak galakkan pula. Apa ingat kami (para student) ni tak terdedah pada risiko bahaya? Tell me why? Why?
Amboi teremosi di situ. Sabaq naa adik-adik. Bagi abang ruang nak explain. Dengaq dulu. Satgi baru tanya. Okey macam ni. Saya ada sebab munasabab yang kukuh kenapa saya tak galakkan seorang student untuk mencarum dalam Takaful.
1) Income
Kalau dah nama student, confirm-confirm masih belum ada income tetap. Kalau yang kerja part time kat Seven Eleven tu tak dikira. Ni income yang betul-betul income, yakni dapat duit bulan-bulan. Jadi kalau dah tak ada income guane nak mencarum dalam Takaful ye da…

Ubah Cara Kita Berfikir. Kita Mampu Mengubah Dunia.

Image
2.46 pagi.
Kelawar Man sedang menguasai diri. Nilai-nilai insomnia mula menyerap pada diri. Seperti dahulu kala. Bertepatan dengan tema Blog Abstrak Jiwa.
Coretan hidup di kala insomnia.
Merayap ke susur sesawang. Youtube menjadi pilihan. Agenda utama jika membuang masa dalam dunia tanpa sempadan. Hasil rayapan, terjumpa video-video yang menyentuh jiwa.
Video kat bawah ni dah pernah ushar. Mungkin di antara kita pun pernah menontonnya.



Video yang simple. Tapi mesej yang kebaboom. Antara sedar atau tidak, banyak perkara-perkara penting yang kita dah lalui dalam hidup ini. Ada happy, tak happy pun bukan main banyak lagi. Kekadang, kita terlalu ambil mudah dengan segala yang berlaku. Kita memperkecilkan hal-hal yang remeh. Endah tak endah.
Dalam video yang dipaparkan, seorang lelaki buta meminta sedekah dengan menulis,

"I'M BLIND. PLEASE HELP."

Ya itu yang kita perasan. Bila kita melalui pakcik ini, kita sedar dan kita tahu pakcik ini sememangnya buta. Dan sememangnya memer…

The Teacher's Diary: Filem Yang Best

Image
Assalamualaikum w.b.t
Dah lama tak buat review filem yang berjaya ditonton. Pernah ke aku buat review filem? Ada kot sekali untuk filem ini. Itu pun dah lama. Zaman tok nadoq. Memang banyak aku tonton filem yang best-best. Setiap kali lepas menonton, mesti akan cakap, "Nanti nak review filem ni dekat bloglah!". Itu standard. Selalu sangat. Dan ianya selalu meniti di pinggir bibir sahaja.
Biasalah kalau tak taip cepat-cepat. Tunggu sampai basi memang dah tak bersemangat. Okey baiklah, aku baru selesai menonton sebuah filem ni. Filem Thailand. Direkemen oleh member rumah. Aku kalau orang kata best, memang pantang. Kena tengok terus. Sekurang-kurangnya dua kali.
Tak dapat dinafikan, filem-filem dari Thailand memang gempak-gempak. Tapi Filem yang bakal aku review ni memang ternyata best.
Teacher's Diary. For sure ramai di antara kalian dah pernah menontonnya. Tapi takpa, aku nak buat juga review. First aku tengok memang aku memandang rendah terhadap filem ini. Underestimate …