"Kali Ini Saya Menyesal Tak Ambil Insurans..."

September 22, 2015






"Menyesal dulu pendapatan, menyesal kemudian tiada guna."

Ungkapan yang sering kita dengari. Cuma ungkapan ini terkadang kita mengambilnya acuh tak acuh. Sebagai ungkapan biasa, berlalu di pinggir bibir dan hilang begitu sahaja.

Itulah kita. Manusia biasa.

Seorang hamba Allah pernah mesej saya di Facebook. Lama dah. Waktu tu beliau masih sihat walafiat. Beliau berminat untuk mencarum dalam Takaful. Jadi seperti biasa saya akan explain sehinggalah beliau faham. Tapi seperti biasa, di akhir perbualan, 

"Encik Hami, nantilah saya fikir dulu. Boleh?"

"Boleh. Tak ada masalah."

Itu jawapan saya pada sesiapa sahaja. Saya tidak pernah mendesak sesiapa pun untuk mengambil polisi Takaful dengan saya. Seperti saya pernah katakan. Takaful bukan paksaan, tetapi Takaful ini penting di saat diperlukan.

Lebih kurang 3 minggu kemudian, saya follow up dengan beliau. Bertanyakan adakah beliau masih berminat untuk mencarum dalam Takaful. Tapi malang tidak berbau. Beliau accident. Jatuh bilik air. Patah tangan. Waktu ini beliau dimasukkan ke ward. Jadi jika nak ambil Takaful, kena tunggu beliau keluar ward dahulu. Biasanya kalau patah tangan, masih boleh ambil Takaful. Tapi kemungkinan exclusion. Pengecualian terhadap penyakit berkenaan.

Masa berlalu. Saya mesej tanyakan khabar lagi.








Saya mati kata-kata. Saya turut bersimpati. Tetapi saya tidak mampu buat apa-apa. Yang saya boleh lakukan adalah berdoa supaya beliau terus tabah menjalani hidup serta terus sihat walafiat. Dikurniakan kesihatan yang baik dan lekas sembuh dari penyakit.

Masa terus berlalu. Pada suatu hari, beliau whatsapp saya.




Kali ini beliau menyesal. Beliau menyesal tatkala beliau accident buat kali kedua. Allahu. Penyesalan yang tidak mampu ubah apa-apa. Mungkin jika beliau decide waktu mula-mula dahulu yakni ketika beliau sihat walafiat dulu, pasti segalanya akan berjalan lancar. Ya kita tidak pernah tahu apa yang Allah dah rancang pada kita. Tetapi kita perlu tahu, kita juga perlu merancang kehidupan supaya semuanya berjalan dengan harmoni dan lancar.

Saya menceritakan ini bukan tujuan untuk mengaibkan sesiapa. Hanya sebuah kisah benar untuk pedoman bersama. Kita tidak pernah terlambat untuk bertindak. Yang terlambat adalah bila kita tidak berbuat apa-apa.

Jujur, jika anda sedar Takaful ini akan buat hidup anda lebih tenang dan bahagia, pasti ramai yang berebut-rebut untuk dapatkannya.

Bagi sesiapa yang masih bertanya, apa ini Takaful? Bagaimana fungsinya? Apa faedah yang saya dapat? Bagaimana saya nak mencarum di dalamnya? Bolehlah hubungi saya seperti di bawah.

Jaga diri. Jaga emosi. Jaga hati. Jaga iman.

Wassalam.


TEMUI SAYA DI SINI:

Hami Asraff Bin Ab. Halim 
Perunding Takaful
Prudential BSN Takaful
+6019-4522171 (WhatsApp/SMS/Call) 
Email: hamiasraff (at) gmail (dot) com
Instagram: hamiasraff 
WeChat: hami_asraff


You Might Also Like

0 Comments

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe