Sesi Monolog Dalaman

Monday, September 28, 2015

Belajarlah Dari Guru Yang Betul





Sekarang ni kalau masuk laman sosial dah kian boring. Facebook, Twitter, Instagram. Ni sajalah laman sosial yang 'menguasai' dunia sekarang ni. Masuk, baca info, baca gosip, scroll down gambar dan tutup. Keterujaan untuk update status / bertweet dah tak seperti dulu. Ya dah tak sama. Dulu aku memang peminat Twitter tegar. Boleh dikatakan setiap masa aku nak tweet. Sampai sanggup langgan kat phone biasa RM1.00/seminggu. Tweet via SMS. Hanya boleh tweet dan akan dapat bila orang mention kita. Tapi tak boleh tengok timeline. Gigih kan? Waktu tu aku belum ada smartphone. Dunia online bagi aku adalah di laptop semata-mata.

Ya waktu itu. Waktu dulu. Waktu yang telah dimamah waktu.

Masih di kampung. Mood bercuti masih bersarang dalam diri. Layan TV menjadi hobi. Tengok je walaupun tak ada rancangan best. Lalu aku capai iPad. Ada sesuatu yang berlegar di minda. Perlu tulis dengan segera sebelum semuanya terpadam begitu sahaja. Jadi aku memilih untuk menulis di sini. Blog Abstrak Jiwa yang kian ditinggalkan, tapi akan tetap teruskan titipan.

Ada sesuatu ingin dikongsi.

Waktu solat sunat Aidiladha tempoh hari. Dah berada dalam saf. Di kananku ada dua orang budak. Dalam lingkungan Darjah 3 atau 4, fikir aku. Aku dah pun takbiratul ihram, dua orang budak di kanan aku masih sok sek sok sek. Si budak A bertanyakan pada kawannya,

"Weh niat macam mana ek?"

Lalu si budak B menjawab,

"Nawaitu shauma ghadin 'an adaa-i fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillaahi ta'aala."

Peh lancar. Dan si budak A pun menuruti. Aku dah pun solat. Tapi mesti masih dengar butir-butir perbualan. Kalau ikutkan hati memang dah rasa nak tergelak. Tapi nasib baik aku masih kuat iman. Hiks!



********************


Sebuah senario biasa. Sengaja membawa kisah ini untuk dijadikan cerita. Kita banyak saluran untuk belajar. Tapi kita lebih suka ambil mudah untuk belajar. Tidak salah kita mempelajari mana-mana sumber. Tetapi jika mahu belajar, carilah guru. Belajar biar berguru. Belajar di media sosial boleh. Belajar di TV pun boleh. Tetapi janganlah ambilnya sebagai suatu pegangan yang sahih. Jadikan itu cuma sumber rujukan. Perlu jumpa guru dan sahihkan.

Tu tengok kan Ustaz Azhar Idrus dah berjenaka.




Aku tinggalkan kalian dengan sebuah video yang wajib ditonton. Ada mesej tersirat yang ingin disampaikan dalam video di bawah. Selamat berfikir dan menghadam.


   

 Hami Asraff:

"Kebenaran itu perlu dicari dan digali. Kerana sebuah kebenaran itu yang akan membawa kita menuju Ilahi."


No comments: