Posts

Showing posts from December, 2010

Nukilan 365 Hari

Image
Alunan azan sayup-sayup kedengaran. Sayup jugak hati ini. Jiwa meruntun. Satu persatu kenangan terterbit di layar minda. Imaginasi yang tidak kekal lama. Mengecil, makin kecil dan terus hilang dalam lipatan relung masa. Menyusuri sebuah perjalanan dalam mencari sinar. Sinar tu tampak kelam. Hanya sesekali cahaya halus menyinari. Tidak lama. Kembali suram dan kelam. Mengakhiri perjalanan dengan longlai. Tidak bersemangat. Hidup ini kadang-kadang tidak seperti direncanakan. Terlalu banyak halangan dan ranjau berduri mendatang. Yang kita sendiri tidak pernah tahu. Tidak pernah terlintas di fikiran. Sebuah hakikat yang tidak akan berubah, hidup ini adalah rahmat dariNYA. Memberi kita mengecapi segala kenikmatan. Memberi kita merasai lelahnya perjuangan. Memberi kita menghargai sebuah kehidupan. Kehidupan yang kita sendiri tidak dapat pastikan.

Masa melewati hari-hari tanpa disedari. Singgahnya ibarat dedaun kering yang ditiup sang bayu dinihari. Kalau dapat diundurka…

Langkahan

Kekuasaan Allah itu pasti
Terbentang luas segala bukti
Perlu teliti dengan mata hati
Supaya sebati pada diri

Langkahan terus disemarakkan
Mencari sebuah Nur Keimanan
Tidak semudah ungkapan
Apatah lagi perjuangan

Jihad pada diri sendiri disulam
Yang tidak pernah tenggelam
Sampai masanya akan padam




Hami Asraff:

1. Nukilan rasa di kamar. 12:23
2. Meletakkan kembali lagu di blog. Lagu yang memberi kekuatan.

Haram Berpakaian Serupai Santa Claus Apatah Lagi Menyambut Hari Krismas

Image
Assalamualaikum w.b.t



Gambar Hiasan.



Aku pernah menulis mengenai ini di dalam entri Sedarlah! Ya perlu menulis lagi supaya kita terus ingat akan sesuatu. Sesuatu yang salah. Dan yang salah untuk diperbetulkan.

Straight to the point.




Umat Islam dinasihatkan supaya tidak terikut-ikut menyambut perayaan Krismas hingga sanggup memakai pakaian atau perhiasan menyerupai Santa Claus kerana ia bertentangan dengan ajaran agama. Mufti Johor, Datuk Tahrir Shamsuddin berkata, umat Islam di negara ini tidak sedar dan kurang pengetahuan mengenai ilmu agama menyebabkan mereka turut serta meraikan perayaan Krismas disambut masyarakat yang menganut Kristian.
“Kerana ingin bersama-sama meraikan perayaan itu menjelang 25 Disember, ada orang Islam yang memakai pakaian seperti Santa Claus bagi saya, hukumnya adalah haram. “Tanpa disedari, perbuatan itu secara tidak langsung boleh mempengaruhi dan memesongkan akidah seseorang umat Islam,” katanya, semalam.
Beliau sendiri ada menerima aduan daripada orang …

Perlu Tetapkan Matlamat Yang Jelas Dalam Berblogging

Image
Assalamualaikum w.b.t





Betullah kata orang. Buat sesuatu perkara tu kena fokus. Fokus ni buat sesuatu benda tu sampai setel dan jangan peduli yang lain lagi. Menulis blog pun macam tu jugak. Macam aku tengah buat sekarang ni. Tutup semua laman-laman web dan buka ruangan New Post ni saja. Baru kelancaran menaip dengan jayanya.


Aku akuinya memang semakin tidak rancak dalam berblogging. Tengok sajalah jarak hari yang diambil untuk nak update the next entry. Dengan kata lain seminggu 1 entri sahaja yang berjaya diupdatekan. Tapi Twitterku memang sehari tak update tak sah. Heran pulak yang Twitter memang tersangat rajin update. Maybe sebab simple dan cepat. Kalaulah dicompile semua tweet aku memang boleh dijadikan entri ni.


Ada banyak sebab boleh jadikan pemangkin kita untuk terus menulis dan berblogging. Paling ketara adalah kata-kata semangat dari pembaca. Perghh kalau kata-kata positif dari pembaca memang hati ini berbunga rianglah. Di bawah antara kata-kata positif dari anda yang di kotak …

Apa Yang Ditegur Di Dalam Blog Ini Bukan Nak Tunjuk Bagus. Menegur Dengan Harapan Ditegur.

Image
Assalamualaikum w.b.t


*hujan membasahi bumi tatkala ini*


Tertarik dengan soalan-soalan yang dikemukakan di tempat aku praktikal ini untuk mengambil pekerjanya bekerja (interview). Dikendalikan oleh seorang yang bergelar ustaz.


Soalan yang tidak berkaitan langsung dengan prospek tempat kerja. Soalan-soalan begini yang akan ditanya dalam sesi interview.


1. Tinggal sembahyang tak?


2. Rukun Islam ada berapa perkara dan sebutkan satu persatu.


3. Rukun Iman pulak?


Wow! Terpana. MasyaAllah majikan yang sangat bagus. Entri yang berkaitan telah ditulis di dalam entri Respek Majikan Yang Menjaga Solat Para Pekerjanya.




Okey tinggalkan bab di atas. Hanyalah mukadimah.



Mari mengagendakan dengan tajuk entri di atas. Sengaja letak tajuk yang panjang. Memang sekarang ni suka letak tajuk yang panjang. Daripada tajuk tu dah pun dapat tangkap apa isu yang bakal dikupas.


Sebenarnya banyak perkara yang buat aku nak tergelak sendiri. Manusia manusia. Ada saja yang tak puas hati dengan manusia lain. Memang sejak azal…

Entri Dedikasi Selamat Hari Lahir Untuk Ibuku

Image
Assalamualaikum w.b.t

Sedikit tinta. Mukadimah untuk insan paling ku sayangi di muka bumi ini. IBUku, Puan Salmiah Binti Husin.


Langkah dipandu selaras dengan keupayaan.
Susun atur tampak kemas. Menepati citarasa dan hak saksama.
Dari jauh jelas kelihatan walaupun samar bayangan.

Wajah itu tidak pernah lekang dengan senyuman.
Segala onak dihunus satu-persatu.
Kudrat itu sentiasa gagah di mata.
Tiada sedikit tercalit kehampaan.
Malah lakaran senyuman dilebarkan.


55 tahun. Genap usia ibuku semalam (10 Disember 2010). Seorang wanita kental. Mengharungi perbatasan untuk menjadikan aku seorang aku. Menjadikan kami seorang kami.

Melewati usia emas begini aku akur, terlalu banyak harapan dan pengorbanan digalas demi memastikan kami sekeluarga menikmati kegembiraan. Selesa dengan kehidupan. Itu yang mereka salurkan.

Tetapi anakmu ini masih belum menakbur bakti padamu ibu. Bakti? Ah, tak usah bercakap pasal bakti. Memang tidak layak untuk aku bercakap perihal bakti dengan ibuku. Sebab memang aku 'kal…

Banyak Bertanya Itu Bagus Tetapi Biarlah Berpada-Pada Dan Masih Di Dalam Logik Akal

Image
Assalamualaikum w.b.t

Ingin berkongsi sebuah kisah yang menarik. Kisah yang dipetik di dalam Majalah Solusi Isu NO.19. Aku taip semula kisah ini. Let's baca di bawah.


Seorang lelaki dikenali sebagai seorang yang amat suka bertanya dan mempersoalkan sesuatu. Mungkin dia merasakan itu hanya sekadar untuk bersuka-suka atau "saja-saja".


Namun tanpa disedari, sikapnya itu menimbulkan banyak masalah dalam kalangan penduduk setempat. Dan lebih berbahaya lagi apabila soalan-soalan menyentuh soal-soal keimanan.


Satu hari dia bertanya kepada kawan-kawannya,


"Kau rasa betul ke neraka itu tempat seksa yang paling dahsyat?"


"Memang dahsyat. Sangat panas. Api neraka berganda-ganda lebih panas daripada api dunia. Kenapa kau tanya begitu?"

"Syaitan dibuat daripada apa?" tanyanya lagi.
"Eh, tentulah daripada api!"


"Neraka pula?"


"Neraka pun daripada api!"

"Itulah persoalannya. Syaitan akan dimasukkan ke neraka. Dia daripada api, nerak…