Ciri-Ciri Entri Berkualiti Bagi Anda
April 04, 2010Assalamualaikum w.b.t
Ya, memang aku sentiasa memberi salam di setiap nukilan entri aku. Memberi salam itu sunnah Rasullullah SAW yang di mana apabila melakukannya mendapat pahala dan menyambutnya pula ialah Wajib, diyakini apabila tidak menjawab berdosa. Cepat jawab! :)
Aku ingin mulakan peraduan (bukan contest, tetapi beradu yang ditambahkan imbuhan). Seperti biasa, diriku bukan tapak sulaiman, tetapi seorang Insomnia. Dan sesungguhnya setiap hari aku hanya tidur 2 hingga 3 jam sahaja walaupun kelasku bermula 8:30 pagi :'(
Banyak benda hendak diungkap. Banyak perkara hendak dimadah. Banyak idea hendak dicurah. Tetapi seperti kebiasaan, ianya seperti disekat. Dicantas oleh hunusan pisau dapur yang tajam. Darah berlumuran di lantai. (err, sungguh over ayat terakhir itu)
Entahlah aku nak cerita pasal apa untuk entri kali ini. Aku kalau boleh setiap entri yang dihasilkan mempunyai identiti dan kualitinya. Maka, persoalannya di sini, adakah entriku berkualiti?
Okey sila jawab. Sekian.
Haha. Okeylah dah terlanjur terbabas di sini apa kata mari bercerita pasal Entri Berkualiti.
Okey cerita cepat!
Sabaq-sabaq. *tengah memerah kerahan idea*
Okeylah aku buat segmen bertanyakan pendapat je la ek.
Pada pendapat anda, bagaimanakah ciri-ciri entri berkualiti? Dan perkara apakah yang perlu dititikberatkan? (pergh memang soalan skematic diagram ni)
Anda boleh menjawab di ruangan 'BERI BUAH FIKIRAN'ku.
Okey ini jawapan spontan dariku. Ala mungkin sebelum ini pernah terfikir. Kira aci la tu.
1. Bagi aku Entri Berkualiti ialah Entri yang dapat memberi manfaat pada si penulis dan juga para pembaca. Tak kisahlah manfaat itu terhasil daripada bentuk fizikal mahupun batin. Janji ianya memberi impak dan kesan hingga terbekas di hati para pembaca. Apabila sudah berbekas di hati, maka dapat dizahirkan dengan tingkah laku dan perbuatan.
2. Entri yang membawa mengingatkan pada Hari Kebangkitan. Bunyi Hari Kebangkitan itu sangat menggerunkan. Ya memang. Dengan kata lain ialah tentang Akhirat. Oh aku rasa ini yang Paling Diutamakan. Memang itu pun kesudahan dari perjalanan insan yang bergelar manusia. (eh dah paling utama, kenapa di tempat ke-2? err, anggaplah ia di tempat 1)
3. Hemm, apa lagi ya. Ini juga agak penting. Entri yang berpesan-pesan kepada kebaikan. Oh ini tersangatlah dianjurkan oleh agama suci kita, Islam. Bagaimana nak buat tu? Err, cubalah hasilkan dengan cara anda tersendiri. Penyampaian anda sendiri. Tapi pastikan ianya bersulamkan ajakan kebaikan itu.
Rasanya 3 cukup kot. Dan ketiga-tiga di atas tu memang ada hubungkait antara satu sama lain.
Aku tahu kebanyakkan daripada kita suka menulis apa sahaja. Dengan kata lain personal. Cerita pasal makan apalah, pergi manalah, esok nak buat apalah dan sebagainya.
Eh tak bolehkah melakukan entri sedemikian?
Err, dimanakah ayat aku di atas yang mengatakan TIDAK BOLEH? (Tengah cari-cari. Fuh nasib baik tak ada). Boleh. Tulis je la apa pun. Dah nama pun blog. Coret dan sentallah sesedap rasa anda. Tapi perlulah ada etika dan hadnya.
Blog aku ni pun banyak juga merepeknya. Aku paling merepek sekali kat Twitter aku. The Twitterer yang dok berlawan Tweet dengan aku tahu la sejauh mana kemerepekkan aku. Holiou! (memang Twitterlah tempat paling lama aku melepakkan diri)
Okey silalah beri pendapat anda mengenai persoalanku di atas. Aku salin balik.
Pada pendapat anda, bagaimanakah ciri-ciri entri berkualiti? Dan perkara apakah yang perlu dititikberatkan? (pergh memang soalan skematic diagram ni)
Sila-sila bentangkan pendapatan anda yang bernas itu. Mana tahu boleh memartabatkan blogger kita di mata dunia. (haih jangan gelak!)
Okey, gua pun dalam proses hendak memaksa diri gua tidur dengan jayanya. Pesan gua kalau hampa dah lewat tidur dalam pukul 4 or 5 pagi, JANGAN TIDUR LAGI! (bukan kat TV3 tu). Sebab kalau tidur confirm-confirmlah anda akan terlajak Solat Subuh. Percayalah cakap insan kerdil ini.
Itu sahaja. Wassalam ~
Hiasan jua.
Post Script : Minta maaf kepada para pemenang Contest aku. Belum berkesempatan untuk mengepost Hadiah kalian. Bukan sengaja. Tetapi terpaksa. Sekali lagi ditegaskan, InsyaAllah akanku usahakan.
27 Comments
errr..errr...errr..
ReplyDeletekelu..huhu..
rasanya saya punya entri pon tadak yang berkualiti..
membebel2 sesuka ati je..hehe..
tapi memang buat tu saja suka suka..
tak kesah pon ada orang nak baca ke tak.. =p
salam..
ReplyDeleterasanya 3 point yg hami beri tu pun dah cukup kukuh kot..
ni nak bg pendapat pulak la..rasanya tulis benda personal pun tak salah jugak..macam yang hami cakap tu..betul2..saya sokong..tulis la apa2 pun..asalkan dalam setiap tulisan yang dihasilkan tu ada diselitkan something yang boleh memberi impak kepada diri sendiri dan orang lain..(^_^)
saya sendiri selalu merepek meraban dalam blog saya ikut suka hati saya..cerita tentang diri sendiri..tapi kadang2 saya cuba selitkan sedikit la pengajaran kalau ada yang berkaitan..
apa2 pun saya suka singgah blog hami setiap kali ada entri baru..terima kaseh kerana selalu share ilmu dan idea yang bagus2 yang boleh memuhasabah diri saya yang kerdil ni..(^_^)
p/s::sokong..kalau tido pas kul 4 mmg akan terlajak subuh..kadang2 alami jgk..huhu..T_T
Waalaikumussalam w.b.t
ReplyDeleteentry yg berkualiti ialah entri yg boleh menjentik minda org lain untuk sama-sama berfikir..tak semestinya isu yg berat tapi bergantung kpd kreativiti seseorang itu mengupas sesuatu isu..kadang2 isu makan pon boleh jd isu yg menarik dan berinfo...contoh:
kita salu mkn..mmg hari2 makan.
tapi kita mungkin tak taw yg makanan yg kita salu mkan tuh diperbuat daripada apa? berkhasiat ke tidak? bila semone bercerita sal makan & dihujung ayat dititipkan info mengenai cara kunyahan yang betul @ sesuatu yg berkaitan dengan sisitem penghadaman...saya rasa,itu juga merupakan salah satu entri yg berguna selagi mana mempunyai info yg mmpu memberi mnfaat kepada org lain....
:
:
:
(yeah,saya tahu entri saya mmg tak berkualiti tapi hobi saya adalah menaip)....
sekian..majulah blogging demi kesejahteraan blogger..:)
^_^ benar dan tepat sekali. entry yang bermanfaatlah entry yang paling bagus. tapi, kadangkala sekadar nak bercerita tak salah.. berkala-kala pun tidak mengapa.. kerana.. sesetengahnya hanya menganggap blog untuk luahan hati.bahkan menjadikannya diari.. ada readers, adalah.. tidak ada, langsung tidak mengapa... tapi, jika niat mahu blognya bermanfaat, eloklah mengisikannya periahal keagamaan. nescaya bermanfaat, berpahala, dan berkat :), InsyaAllah..
ReplyDeleteoh, insomnia yang teruk sekali. dahulu kala dni pernah mengalaminya..sekarang Alhamdulillah.. dah berjaya keluar dari kepompong insomnia..
setuju dgn pndpt lu :D thanks for the opinion and info!
ReplyDeletesalam...
ReplyDeletesebelum ni tak pernah terfikir pun pasal 'entri berkualiti' sampai la saya baca entri ni. huhu.
saya setuju sangat dengan point no.1 tu dan bagi saya,entri yang bermanfaat bukan lah entri tentang 'ke-akhirat-an'(tauhid,fiqah,akhlaq etc.) semata.
tapi tentang 'ke-dunia-an'(ilmu dunia,isu semasa,hiburan etc)juga.
untuk sampai ke menara akhirat kan perlu meredah lautan dunia dulu.
so, post la entri apa saja asalkan tidak melalaikan kita untuk mengingati Pencipta kita.
-wallahua'lam-
p/s:
rasa2nya point no.2&3 dah termasuk lam no.1
'hiburan'= apa2 yang 'ringan' dan dapat release tension. tak semestinya nyanyian atau drama/movie etc.
dah lama ke insomnia?betul2 insomnia or terpaksa jadi insomnia?kalau betul2, i think u should seek for medical attention.
mcm yang dikata tu la. antara cirinya... perkara yang 'memberi' dan yang 'memberi' itu pula banyak manfaatnya kepada penulis dan pembaca..
ReplyDeleteTulisan yang berkualiti..
ReplyDeleteBagus2.. :)
komen yang jauh dari topik :
ReplyDeletekat pic last sekali tu, tulisan awak ke tuuuuuuu?
betapa ____________ (sila isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai)
kihkihkihs :P
Asalamualaikum ya maulana bloh Hami Asraf.
ReplyDeleteMohon maaf banyak2 ya, blog dua orang anak saya irfan & kakaknya datang follow. Terus terang mereka dah pandai menjelajah blog orang lain, mereka suka follower tu. Blog anak-anak kecil x ada maknanya tu..saya just bagi mereka belajar ICT dari dok main game ja. Harapan bila besar nanti mereka dpat kendalikan blog mereka ke arah entri yang ada 3 nilai yang Hami Asraf tegaskan tu. Mohon maaf banyak2 bagi pihak anak2 ya.
hmm..entri pilihanku :
ReplyDelete1.bagi info isu semasa
2.menarik..kalo ble wat sy tgelak tu lg bgs hehe
3.ilmu yg bmanfaat
4.kisah hidup yg ble bg pgjrn
5.entri yg bukan nk marah2..ckup tidak bkenan dgn entri sprti itu huhu
ok x?(^___^)
Entri inf0rmasi lah yg berkualiti :)
ReplyDeleteyeay. Anda mmg suker merapik kat twit~
awak insomia?
ReplyDeletekawan serumah sy mcm awak..
selalu dia mengeluh sukar tido..
berat badan dia pun 10 kg lebih ringan dari sy.. even die makan sgt kerap dn cepat lapar. tapi badan ttp lesu dan krus..
hahaha
ReplyDeletepasal hadiah tu bagi lambat2 pun xper
kang terguna habis plak
entry berkualiti...
bagi den nih hah,entry ekau memang berkualiti
dari sudut agama memang kualitinya adalah agak baik lah....
sebab ada isi,ada pengajaran, ada manfaat...
asal tiba2 tanya?
salam..
ReplyDeletekalau nisah kan entri berkualiti selian yang saudaras ebut tuh adalah yang seperti demikian..(x leyh blah skema~):
1)ringkas tapi padat
2) ada moral
3) Fakta bukan auta jika ia melibatkan entri berinformasi
5)ada unsur humorous yang boleh diterima
6)Menjaga sensitiviti org lain
7)tidak terlalu egocentrism :p
tapi nisah pun terpaksa akui..penulisan nisah xde lah berkualiti mane..
Produk Muslim Buang Toksin-Tak salah mencuba
ReplyDeletehttp://hayatherbalfootpatch.blogspot.com
waalaikumussalamawarahmatullahiwabarakatuh~
ReplyDelete~sebaiknya menjawab lebih dari apa yg dilafazkan :)
syukran abg atas perkongsian.. tak dinafikan ketiganya cukup kukuh.
tapi terkadang sedih apabila ada sahaja post yang seperti saling mengingati, pastinya mendapat respon yang kurang. dgn kata lain, walaupun individu itu sering meng'drop (ayat sengal di sini) comment pada post2 yang lain, tapi apabila ada sahaja post yang berbunyi islamic(walaupun tidak boleh didengar telinga), pasti tidak timbul namanya di comment box itu..
syukran lagi :)
entri2 sy xpernah k0t ad ciri2 yang awk nyatakan...s0 saya st0p suda.......
ReplyDeletefor me. simple.
ReplyDeleteentri yg berkualiti ialah entri yg bile dah abes bace boleh wat kite evaluate diri kite sendiri.
tuh jaa kot.
nyway, my entri pon bukan bagus.
kalau ade mase singgah laa and tinggalkan komen ehh ;)
salam..entri yang berkualiti itu datangnya dari hati yang ikhlas untuk memberi..supaya kita sama2 jadi blogger yang byk memberi dari menerima.
ReplyDelete"sampaikan walau satu ayat"
"memberilah sebanyak2nya..jgn menerima sebyk2nya"
aku suka dengan jawapan ko yang pertama. yang kedua dan ketiga tu pun rasanya dah masuk dalam jwapan pertama ko. boleh datangkan manfaat kepada pembaca dan penulis.
ReplyDeletedah sah entri aku tak berkualiti sebab banyak mengarut.keh3
erima kasih kerana sudi berkunjung ke blog akak yang tak sepertinyaa...cewwahhh...sebenarnya akak selalu baca blog awak ni...memang menarik,cuma belum declare jadi follower sebab suka jadi silent reader je...tak belum sempat link di blog akak..tapi ikhlas dari akak,blog awak memang mengujakan...
ReplyDeletesalam bro.
ReplyDeletenurul rasa entri nurul pun x berkualiti, hahaha, opsss, terkutuk belog sendiri.
tp nurul suka singgah belog bro, ayat best, bersahaja, and kelakar.. dan ya, berkualiti.. :D
eh mcm x jawab je soalan bro itu..
aik..aik..aik..mana entri barunya..
ReplyDeletesalam ziarah...
ReplyDeletebagi saya, entri yang berkualiti adalah entry yang bagi manfaat, knowledge, n info pada readers. tapi, tak terlalu skema. ada funny sikit. tak suka entry yang perli-perli sangat. nanti tercetus perang pulak. haha. erm..tapi entry saya just simple dan apa yang terlintas di fikiran. sometimes cerita pasal aktiviti harian dan pengalaman yang dapat dikongsikan. itu je..hehe..tapi hobi la blogging ni. ada je nak bercerita...ekeke...
sy bkn nk bg buah fikiran cume nk sampaikan award, ambillah di belog sye k..
ReplyDeleteorite thanks bro
ReplyDeleteSetiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)