Sesi Monolog Dalaman

Monday, April 26, 2010

Study Study Juga. Solat Jangan Dilupa. Eh Solat Lagi Penting La.







Assalamualaikum w.b.t


Bertemu lagi kita dalam perbincangan waktu dan hari yang sama. Ah, seminggu sekali update memang seminggu la berjumpa kembali. Biasalah gua kan student. Memang dua hingga tiga minggu ni gua dan member-member gua tidak termasuk Gua Kelam dan Gua Niah sedang bertempur di medan peperiksaan.

Alhamdulillah, aku sudah habis satu paper tadi.

"Amacam, senang ke susah paper tadi?"

Soalan paling majoriti yang dilontarkan. Eh, gua pun macam tu jugak kot. Biasalah kami kan student. Itulah soalan-soalan student seperti kami setelah selesai exam.

Jawapan pula. Oh jawapan memang selalunya begitu menyerlah. Standard charted.

"Susah la wey." (muka monyok)

"Ala, rugi dol aku tak study bab tu! Hampeh!" (muka separa tenshen)

"Entah la. Rasa macam boleh buat je. Tapi careless mistake banyak juga la." (muka ceria tak ceria)

"Senang je. Tak sia-sia aku study sampai lebam." (muka lebam kena tumbuk)

"No komen." (muka artis! err...)

Antara jawapan aku dan mereka. Ya la kami kan student. Kekadang tu boleh jawab dengan cemerlang, tetapi atas dasar humble yang tertanam dalam hatinya, maka jawapan pun kelihatan humblelah.

"Boleh la. Tunggu dan lihat je la nanti." (muka konfiden gila)

Itulah The Beauty Of The Exam! :)

Eh eh dan eh lagi. Tajuk entri kelihatan sangat mengujakan. Dimanakah part yang akan memotifkan terus dengan tajuk entri ini. Ala, rileks lah. Itu baru intro. Setorilah sikit apa yang berkaitan.

Okey mari bertemu dengan motif tajuk entri. Rasanya baca tajuk entri pun dah boleh dapat kot mesej yang ingin disampaikan. Okeylah kalau macam tu. Aku tak payah explain la ye. Oho ~

Aku explain juga. Hemm, rasanya ramai sedar. Rasanya ramai tahu. Rasanya ramai juga pernah alami. Dan juga rasanya ramai pernah menyaksi. Oh begitu banyak rasa anda. Tapi sebenarnya rasa kita ada enam sahaja. Silalah buka buku Sains Darjah 5. Ke 6. Okey buka dua-dua.

(Dia ni kalau tak merepek sangat tidak sah)

Ada sesetengah orang begitu bertungkus-lumus, berhempas pulas, berakit-rakit ke hulu dan berenang-renang di tepian demi untuk STUDY. (Memang begitu mesra dan sinonim mengguna pakai STUDY berbanding BELAJAR)

Eh bagus la macam tu. Dah nama pun student, mestilah kena berhempas pulas tergeliat semua. Dengan harapan mendapat keputusan yang best. Result yang boleh dibanggakan. Orang Kedah kata,

"Kecik pala-pala haih, pulun stadi."

Cuba menunjukkan begitu tekun dan gigih study. Sangat respek kepada mereka yang bekerja keras demi itu. Mencari dan mendalami ilmu pinjaman Illahi ini dengan cara melakukan yang terbaik dalam peperiksaan.

Tapi sayangnya Mak Limah. Okey okey sayang Mak Bedah jugak. Eh mak aku nak letak mana? Dan of courselah sayang Mak aku sedalam-dalamnya. Okey sekali lagi. Tapi sayangnya Mak aku, tak ramai orang begitu menekankan perihal ini. Perihal apakah?

STUDY BAGAI NAK RAK ALMARI SEMUA, TETAPI SOLAT ENTAH KE MANA.

Gambar Hiasan

Hemm, anda begitukah? Tidak? Alhamdulillah. Aku tau reader semua baguih-baguih belaka. Yang ni yang kita nak. Tidak hanya mengejar dunia. Tetapi akhirat yang diutama.

Ya, pernah saksikan di kaca mata. Anda pun mungkin juga. Sang pencinta buku begitu gigih menuntut ilmu. Ya sangat gigih sehingga mengabaikan masanya untuk solat yang hanya 5 minit sahaja. Alangkah sayangnya, kegigihan yang tidak digunakan di tempat yang sepatutnya.

Kelakar pun ada. Sang pencinta buku sedang tekun mengejar dunia. Menuntut ilmu dengan harapan membawa kejayaan kelak. Tapi tak sedarkah bahawasanya ilmu yang sang pencinta buku sedang menuntut itu pinjaman Illahi? Ya semua Ilmu datang dari Yang Maha Khaliq.

Ala kamu kalau ada pinjam barang pun, setelah pulangkan pada tuannya pasti ucapkan terima kasih. Inikan pula kepada Sang Pengcipta kita. Lagi bertambah-tambah dan sangat-sangat perlu memanjatkan kesyukuran padaNYA dengan melakukan apa yang disuruh. Mudah sajakan? Tapi mungkin susah bagi sesetengah orang.

Aku fokuskan di sini perihal solat sudahlah. Keberkatan belajar itu bukankah datang darinya jua? Ya pasti! Maka, tunaikanlah kewajipan itu. Solat sangat penting sehingga disebut sebagai tiang agama. Menuntut ilmu juga penting sehingga diuar-uar, menuntutlah ilmu hingga ke negeri China. Maka, perlulah seiring antara keduanya.

"Eh Si Polan tu tak solat pun tapi result dia gempak juga. Macam mana tu?"

Oho ~ Ini yang susah ni. Kesalahfahaman. Terus-terusan salah faham. Tapi tak tahulah kalau betul-betul salah faham. Allah SWT memberi kenikmatan bukan sahaja pada mereka yang beriman. Tetapi sebaliknya juga. Itu dipanggil 'ISTIDRAJ'. (klik pada tajuk untuk mengetahui maksudnya)

Bukanlah dengan berkata sebegini hendak mengkhabari satu dunia yang aku ini sangat bagus. Oh sila buang jauh-jauh telahan anda itu. Suka dan berkali-kali aku tegaskan dalam setiap entri aku, apa yang aku utarakan ialah lebih kepada perkongsian dan ingat-mengingati sesama insan. Dan terlebih-lebih dahulu nasihat diriku yang kerdil dan khilaf ini dahulu. Mengerti?

Penghabisannya, janganlah abaikan solat. Solatlah sebagai penyelamat kita di akhirat kelak. Study study jugak beb! Tapi solat pun kena jagalah. Baru la betul. Haa tau pun kan?

Aku nak berkongsi sedikitlah Doa aku amalkan untuk STUDY. Kat bawah ni :

Ya ALLAH
Keluarkanlah aku dari kegelapan ragu-ragu
Kurniakanlah aku dengan sinaran kefahaman
Bukakanlah bagiku pintu ilmu dan hiasilah
aku dengan akhlak yang baik dan kasih sayang
Ya ALLAH
Sinarilah hatiku dengan cahayaMU
Seperti ENGKAU menerangi bumi dan langit dengan rahmatMU
Ya ALLAH Yang Maha Pengasih Dan Penyayang


Itu sahaja. Selamat berjuang untuk semua yang sedang menduduki peperiksaan. Eh yang tak exam pun selamat berjuang juga. Kecik hati tak sebut. Berjuang pergi ke kedai membeli choki-choki di tengah hujan lebat sambil kilat sabung-menyabung adalah sebuah perjuangan juga. (-_-")!
Wassalam ~

Suka kartun ni :)
Post Script : Gua balik kampung halaman terchenta hari ni (Isnin) memandangkan gap banyak hari untuk next paper :)

Share/Bookmark

31 comments:

محمد فردوس سعد said...

ini masalah satu mesia..eh..masalah ummat jugak..sdangkan kita2 ni lah yg bakal memimpin pada masa depan..sedang org yg bakal memimpin ni pun terleka utk pelaksanaan tanggungjawab lagi penting, bagaimana pula dgn insan2 yg bakal dipimpin nnt?bagaimana pula dgn negara?berkat xde walau maju mcm mana sekalipun..kita kena ingat bahawa بلدة طيبة ورب غفور ....

p/s : syukron hami..tazkiroh ni mengingatkan diri ni jugak, yg kdg2 terleka dgn mainan dunia..

pak long said...

salam..
pak long doakan moga berjaya....

aNiss said...

gud luck asraff..
:)

sya ar said...

goodluck.

Nazrul Azwan said...

suka entry nie..
selamat berjaya.. :)

f_aRa_aINa989 said...

ada yg jenis sekadar solatje, tp amalan lain x tambah...
assume solat dh cukup.....
hurm..ntahla..anyway, nice entry..

p/s: good luck 4 da last paper..=)
orang pun tgh gap jap ni sementara tggu paper last: electromagnet..hehe

StrewberiManis =) said...

Good Luck & Semoga mendapat GPA yg cemerlang =)

sI tEDI said...

Good luck dik..

terima kasih atas peringatan bersama

aYu said...

wish u lucky..
Allah yg utama..
jadi..
even bz..
dahulukan Allah..

cintahati said...

erk..kalau kami..
makin nak exam..makin mencari peluang utk dekatkan diri pada Pencipta..

tp tu lah manusia...
bila susah je baru ingat Allah...

nice entri....panjang jugak kut..wuu..

madihah said...

nk ikut blik kg..ngehehe...
paper java td susahla..adeh..x thula boleh score ke xd..hrap2 bolehla i/allah...student mcm tu lah..indahnya jadi student...ye btul kta bro..solat tu yg pntg..walau dlm keadaan mana pun..solat tetap pntg...mengingati diri ini juga..kdng2 terleka....

HaiDa HiDa said...

salam..
hida doakan moga dipermudahkan segala urusan..

arap2 moga kita smue tak tergolong dalam orang2 yg lpe mendirikan solat yg merupakan tiang agama..

yAtiE said...

wah! n3 yg best
ptotla bgitu trpanggil utk bc hehe

sinonim STUDY drp BELAJAR dan sinonim jugak STUDENTS drp PELAJAR hehe

ok, gud luck 4 d next paper ya

zackque said...

good luck hami and friends... all the best to you...

Pacifist said...

salam sahabat.
posting yg menarik,kenkadang ramai yg lupa dlm mengejar impian,tertinggal satu suruhan.solat tiang agama,tiada tiang pincanglah ia

M a W a D D a H said...

ermmm...suka jadi sudent...

~Bloggerina~ said...

zaman student,xpenah aku rajin2 stadi.semua last minit

wanhairi said...

=))

ain fathihah said...

sangat suka musim exam.
takda kelas, takda tugasan.

gooseberries said...

yup2 yg penting solat dutamakan..
gud luck yr final =)

hans said...

seronoklah hang balik aloq staq

Nurul Harun said...

good luck, bro! :)

Miss Izah Mohamed said...

bkn penting kot..
tp mmg kewajipan.. so, ape jua keadaa pon kene tunaikan.. kecuali bg mereka2 yg terkecuali..

lgpon, dlm solat kite berdoa utk kejayaan kan.. Kejayaan tu dtg dr sape? Allah kn.. so, bersyukurlah.. Dia berhak tentukan apa2 pon.. kita hanya khalifahNya..

so, jgn lupe tunaikan kewajipan kite sebagai umat islam.. :)

salam ziarah

atty's said...

SALAM ZIARAH..BAGUS BLOG NIE..

& GUD LUCK..FOR YOUR LAST PAPER..

SheY PuLL said...

solattu kan tiang agama..:)

salam...saya singah2..di blog awk..+komen+klick+follow..

NuMeeQah said...

hoh??bkn kot...tp wajib..~ hehehe :)

Hami Asraff هامي أشرف ™ said...

Miss Izah Mohamed Miss & NuMeeQah
---------------------------------

Menjawab hasil komen kalian. Waduh waduh. Bukanlah 'kot' itu bermaksud tidak WAJIB. Pernahkah kalian berbicara dengan rakan yang akhirnya ada 'kot'? Bukankah itu hanya sejenis bualan harian.

Tak tahulah sama ada kalian faham ke tak ni. Kalau tak pernah guna memang tak fahamlah.

So 'kot' di sini lebih kepada 'PERLU'. Eh susahnya nak explen!

Begitulah!

NuMeeQah said...

fhm2...~ hehehehe dun wury

Miss Izah Mohamed said...

hahaa cam jd isu lak kn.. xdelah...
i just nk gtau.. 'kot' tu =tak pasti.. so dlm beribadat xde istilah tak pasti.. if solat pon klu xpasti better mulakan dr awal.. tak gitu.. hehe
bkn niat nk ceramah je.. saje nk kongsi pndgn bersama kwn2.. :)

Khadijah Nas said...

Betul, saya setuju sangat dengan entri Hami nih. Diri ini pon kadang2 terleka dan selalu melengah2 kan tapi insyaAllah bila kita tanam dalam diri untuk sentiasa ingat untuk mengerjakan solat, Allah akan sentiasa menggerakkan hati apabila masuk ja waktu, perasaan utk mngerjakan solat itu membuak2.. kuikuikui...

Anonymous said...

student batch kita dolu ada kata..klu nak exam kn jek Tuhan,pasai result exam 2 klu pulun study pun Allh xmau bg lulus xlulus gak...aku sll bc blog hg..hahaha...tp xfollow pun..