Posts

Showing posts from December, 2016

Bebelanku Yang Tiada Siapa Peduli

Sampai suatu ketika aku mula bosan dengan semua social media. Masuk Facebook, asyik tengok orang sana kutuk orang sini. Orang sini balas kutukan orang di sana. Dua-dua sama. Dua kali lima. Itu tak cerita lagi bab gosip para artisan. Dari Siakap3Rasa, PenBiru, OhMatahari, semua berlumba-lumba memburu gosip. Memburu berita-berita viral. Ah, tak kisahlah betul atau tidak, yang penting share weh share. Nanti orang banyak masuk page aku. Then aku glamour. Like aku yang paling tinggi. Yihaaa!
Beralih pulak pada Instagram. Oh sama jugak naiknya. Upload gambar selfie 45 keping tanpa sekelumit perasaan bersalah. Upload gambar seksi dengan kapsyen "Bilalah I nak kurus ni? Menciklah!" walhal dah kurus bak Didie Alias dah pun. Entah kekurusan seperti mana lagi yang diimpikan. Tak kurang juga para kaum Adam dengan gambar possing di gym. "Main gym 5 minit, selfie 50 minit". Kepsyen kelihatan macho, tetapi masih punya unsur kegedikan di situ. Itu belum sembang pasal hashtag yang…

Coretan Di Kala Insomnia (Siri 8)

Dari dulu lagi aku cuba nak latih diri spend time 5 minit sebelum tidur untuk menulis. Seperti biasa, semangat berkobar-kobar tu tetap ada. Cuma ianya mampu bertahan 2, 3 hari sahaja. Dan biasanya akan tersasar kepada aktiviti lagha lain.
Nak check Facebook kejaplah. Ushar Instagram dulu. Baru teringat Twitter tak buka lagi hari ni.
Yes, always!
Okay tinggalkan sekejap dengan hal itu. Nak teruskan bebelan di sini. Korang perasan tak yang sekarang kita dah berada di bulan terakhir untuk 2016? Dan 3 hari lagi bakal melabuh tirai untuk tahun ini. Korang perasan tak yang tahun ni cepat gila masa berlalu? Hoi sangat cepat kot. Ya ampun, banyak benda dah lalui, dan masih banyak benda belum settle lagi.
Itulah permainan masa. Lagi kita kejar, lagi jauh ia tinggalkan kita. Cukuplah selama ini kita leka. Dah boleh bangun semula.
2:22 pagi 27122016 Bangi