Thursday, December 29, 2016

Bebelanku Yang Tiada Siapa Peduli


Sampai suatu ketika aku mula bosan dengan semua social media. Masuk Facebook, asyik tengok orang sana kutuk orang sini. Orang sini balas kutukan orang di sana. Dua-dua sama. Dua kali lima. Itu tak cerita lagi bab gosip para artisan. Dari Siakap3Rasa, PenBiru, OhMatahari, semua berlumba-lumba memburu gosip. Memburu berita-berita viral. Ah, tak kisahlah betul atau tidak, yang penting share weh share. Nanti orang banyak masuk page aku. Then aku glamour. Like aku yang paling tinggi. Yihaaa!

Beralih pulak pada Instagram. Oh sama jugak naiknya. Upload gambar selfie 45 keping tanpa sekelumit perasaan bersalah. Upload gambar seksi dengan kapsyen "Bilalah I nak kurus ni? Menciklah!" walhal dah kurus bak Didie Alias dah pun. Entah kekurusan seperti mana lagi yang diimpikan. Tak kurang juga para kaum Adam dengan gambar possing di gym. "Main gym 5 minit, selfie 50 minit". Kepsyen kelihatan macho, tetapi masih punya unsur kegedikan di situ. Itu belum sembang pasal hashtag yang entah apa-apa. #semuabendakalaunakletakhashtagpunpayahjugak

Tweet tweet. Hat ni aku boleh terima lagi. Sebab dari dulu lagi aku memang suka Twitter. Tapi keseronokan itu dah pun lenyap sama sekali. Dah tak rasa fun. Mungkin budak-budak sekarang ke arah nak kejar populariti. Tweet siapa paling banyak retweet. Siapa paling banyak followers. Siapa boleh jadi tweetfamous. Populariti atasi segalanya. Paling penting orang nampak aku wow. Gila tak wow. Aku ramai followers kot. And then, wajib tweet isu-isu viral ni. Tweet dan sebarkan selaju mungkin. Jadi yang terawal, supaya aku nampak lebih berilmu dari yang lain. Hoyeah!

Hmmmm....

Entah. Itu yang aku rasa. Atau adakah aku sorang je yang rasa macam tu? Orang lain rasa okey je? Atau aku yang mandai-mandai, orang lain have fun je. Atau adakah sebab faktor usia jugak mempengaruhi semua rasa-rasa aku? Boleh jadi. Sebab bila kau menginjak dewasa, semua benda kau dah rasa tak best. Kau nak fokus dekat apa yang ada depan mata je. Bab lain kau nak tolak tepi. Begitu juga dengan social media. Dulu kalau berkongsi dekat social media rasa best gila kot. Tak ada orang nak judge apa-apa. Dulu kau nak upload gambar, rasa seronok je sebab kau memang nak berkongsi dan berkarya. Tapi sekarang semua tu macam dah tak beri apa-apa makna. Entah mana silapnya.

Sebab tu aku kembali menulis di sini. Sebab di sini aku lebih rasa tenang dan bebas. Aku suka membebel dan berkarya sesedap rasa. Aku bebas melontar rasa, melontar buah fikiran tanpa ada orang judge apa-apa. Dan di sini juga bermula semua episod-episod hidup ini. Allah, aku rindu semua saat-saat lalu. Jujur aku terlalu rindu. Dulu dan kini itu dah terlalu jauh bezanya. Tak boleh salahkan sesiapa. Mungkin fitrah dunia begitu. Akan hilang bila sesuatu benda yang baru muncul. Akan tenggelam bila yang lebih laju mula menguasai.

Aku akur sahaja. Cuma jika boleh diundurkan putaran dunia, aku mahu zaman di mana internet kurang berleluasa. Biar dikejar-kejar internet. Biar ada excitement bila melayari internet. Biar layari internet itu di komputer yang besar gedabak itu sahaja. Ah, aku bukan menghalang kemajuan. Cuma aku rindu keinginan-keinginan manusia yang lalu. 

Tapi bila aku berkata begini, entah siapa yang peduli.

Silap hari bulan post ini pun tiada yang dibaca.

Tidak mengapa.

Selagi terdaya, aku akan terus berkarya.

Selagi mampu, aku akan teruskan bebelanku.

Biar tiada yang baca.

Paling utama, aku gembira.


14 comments:

Liya said...

Salah eja tu putaram jadi putaran..hehe

Suhana Amiril said...

Salam.

Mungkin juga rasa keseronokan seperti dulu itu adalah kerana 'zaman' social media yang ada sudah berubah. Dari segi penggunanya juga menyumbang. Zaman internet beberapa tahun yang sudah, tidak sama seperti zaman internet yang sekarang ini.

Tapi apapun, semoga terus berkarya dan rajin update blog macam zaman dulu-dulu, enche Hami. Majulah blogger!

misra Asthana said...

sangat setuju. akhir zaman, fitnah berleluasa, manusia mengejar populariti semata, tabayyun sudah tercampak entah ke mana. dada yang luas terasa benar sempit dengan realiti ini. Media sosial bukan lagi tempat untuk menghubung silaturahim, Moga Allah teguhkaj jiwa- jiwa kita yang mudah lalai dan leka . Ameen

Shahirah Amnah said...

Saya baca dan saya rasa benda yang sama. Mungkin faktor usia dan kematangan.

Utamakan mana yang lebih penting.
Selalu fikir kesan & faedah bila buat.

PeRdU cINta said...

Sebahagian media sosial dah jadi gelanggang viral..untuk keyboard worrier..adakalanya bukan untuk menyampai dengan keputihan tapi pertelagahan dengan kehitaman..yang benar-benar tulus sangat boleh dibilang tapi itulah yang segera hilang dan tenggelam.

NADIA vs BERON said...

got the same feeling as your.
dah 2 tahun deactivate FB sebab alasan yang diberi di atas
IG dah unfollow orang yang boleh menambahkan dosa kering
Twitter still mantain
and yes blog is the bestt! tak kisah orang baca ke tak, kepuasan sendiri

ameenmuslim said...

Assalamualaikum bro hami.

Lama tak menapak di ruangan blog ni. Aku dulu pun blogger aktif. Selalu baca blog ko, blog yg sezaman 2008-2011. Itu musim aku baru keluar sekolah menengah. Internet di PJ laju, tak sama mcm negeri bawah bayu.

Kira nya, balik dari kelas, memang teruja mau buka laptop, update apa yg kita suka. Zaman tanpa smartphone. Plan internet pun mahal time tu. So, tong² dgn housemates utk byr internet bulanan.

Zaman tu, setiap tulisan dihargai oleh pembaca dan penulis blog. Deco² blog bagi nampak menarik. Kalau blog feminin, mesti kreatif kaw². Haha...

Sekarang, kwn² blogger ramai yg dah start fokus kerjaya. Jaga anak. Update pun, kat dlm fb ja.

Aku sendiri pun... Blog dah bersawang, bersemak samun, kot² ada jin tinggal di laman blog tu. Dah tak ambil endah pasal blog.

Tapi, kalau dikenang semula, zaman berblog dulu byk yg menyeronokkan. Rindu. Serius rindu.

Thanks for this post, bro hami. Ko membawa aku ke zaman pengajian ku. Oh... Bebelan rindu.

-ameenmuslim-

Mrs. A said...

Kecewa sangat nampaknya penulis apabila Mrs.A baca penulisan ini.

Seiring dengan peningkatan usia manusia berubah, bila mana ayam goreng sudah tidak sesedap rasa sewaktu zaman kanak-kanak kita lagi.

Rozita Mahmud said...

Hmm.. perasaan yg hampir sama. Dan akhirnya di sini tempat paling sesuai buat kita. Bebas buat luahan dan rasa selamat dengan tapisan ulasan...hihii...

Anonymous said...

saya masih di sini sejak awal penubuhannya..
terima kasih kerana masih terus memberi inspirasi walaupun jarang-jarang di-update.. haha



-shuhada-

Anonymous said...

Menusuk ke kalbu

Anonymous said...

nice post. klu boleh mmg tak nak pakai sesetengah social media ni tp tpaksa jugak sebab ada keperluan. btw, please teruskan menulis kat sini. insyaallah blog ni akan ttp ada followernya sendiri

Hanna said...

Nice entri..santai sgt.. ��

Nanti boleh ajar kita blogging x..baru nak berjinak2..

Anonymous said...

Hai Hami Asraff.
I follow twitter you dari zaman 2011 lagi. Blog you pun I baca... I harap you teruskan penulisan, luahan rasa and cerita you di blog ni. thanks!