Posts

Showing posts from June, 2011

Wordless Wednesday #2

Image
On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.

Jangan Menitiskan Air Mata Kerana Video Ini

Image
Assalamualaikum w.b.t
Bermain dan berceloteh dengan anak-anak buah. Itulah aktiviti wajib sepanjang berada di kampung halaman. Mereka sumber keceriaan kadangkala. Tawa dan gurau senda selalu memecah suasana. Siapa yang ada anak buah pasti tahu.
Aku tahu memang agak lama tak kemaskini blog ini. Bukan sengaja. Bukan tiada apa mahu berkongsi. Bukan tidak mahu menaip. Bukan. Tetapi terlalu banyak perkara lain mahu dan perlu diselenggara terlebih dahulu. Utamakan yang mana perlu diutamakan.
Berkali-kali aku katakan. Aku rindu. Aku rindu seperti mula-mula berblogging dahulu. Ada sahaja titipan, madahan dan buah fikiran yang dititipkan di sini. Mahu seperti itu. Semangat berblogging waktu itu sangat hebat. Pantas saja jari jemari menari di papan kekunci. Tapi hari ini? Tika ini? Masa dan keadaan mampu mengubah sesiapa sahaja. Kena yakin di dalam hati.
Tidak mengapalah. Aku berazam akan lebih gigih lagi kemaskini blog ini. Tidak berjanji. Tapi berazam dan diikuti dengan lafaz 'InsyaAllah'…

Wordless Wednesday #1

Image
On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.

Cerpen Untuk Ayahanda Tercinta (Ditulis Oleh Kakakku) [Part 4]

Assalamualaikum w.b.t
Cerpen ini sambungan daripada Part 3. Sila klik untuk membacanya. Dan di sini Part 1 dan Part 2.
Kini tiba saat ayah akan dimandikan, mandi yang terakhir buat ayah di atas dunia yang fana ini. Adik-adik lelakiku; adik ap, bangcik, bangteh, atan dan adik mula mengambil tempat. Akan mereka laksanakan tugasan ini bersama beberapa orang tua yang pakar memandikan jenazah. Mengikut perancangan awal anak-anak lelaki ayah ingin meriba jenazah ayah di atas ribaan sebagai menunjukkan tanda penghargaan dan kasih tidak terhingga buat ayah ketika proses memandikan berlangsung. Namun oleh kerana bilik air rumah yang agak sempit tidak mengizinkan, maka ayah dibaringkan di atas kerusi couch kegemarannya. Menurut kata adik-adikku ayah tersenyum melihat mereka memandikannya. Mungkin mengucapkan syukur dan berbangga kerana melihat anak lelakinya sendiri yang menunaikan tanggungjawab ini, sedangkan walaupun tika hayatnya tidak pernah merasi pengalaman ini. Bagi adik-adikku pula, merek…

Kegembiraan Itu Masih Ada. Biarlah Gambar Bercerita. [Part 1]

Image
Assalamualaikum w.b.t
Mengurangkan kata-kata di dalam entri ini.


Menunggu bas.




Pecah laju a.k.a breakfast.




Di pusara ayahanda tercinta.




Menabur bunga di atas pusara.




Raut wajah yang selalu mempamerkan ketenangan. Ibu tercinta.





Satu-satunya kakakku di dunia. Puan Hamilia Binti Ab. Halim.




Nurin Sofia a.k.a Kak Long a.k.a Gadis Dusun.



Nurnisa Umairah a.k.a Kak Ngah. Senyuman menawan.



Ahmad Naim Yadiy yang sentiasa membuat mimik muka.



Mungkin cover album. Mungkin.


Bersama adik gua yang rock.



Sawah.


Di Empangan Tasik Beris.



Senyuman separa menawan. Bajet.



Mereka memang suka beraksi.


Dua orang abangku yang gagah perkasa.



Gabungan dua keluarga.

Ada sorang lagi adikku tiada dalam gambar. Alhamdulillah masih diberi kegembiraan pada kami. Syukur :)
Wassalam.
Hami Asraff: 1. Aku suka pakai cap. 2. Gambar terlebih dari ruang lingkup. Err, gua malas nak outer. Boleh je kan? :)
3. Pernah bercerita mengenai anak-anak buahku di sini. SILA KLIK.