Posts

Showing posts from May, 2010

Pembohongan Yang Tidak Munasabah Membawa Kepada Kebenaran

Image
Assalamualaikum w.b.t
Bersua lagi pada hari dan waktu yang tidak sama sekali. Persuaan yang julung-julung kali diadakan. Berblogging makin hari makin keslowaan. Begitulah apabila bekalan internet tidak dibekalkan. Haih, sapa la nak bekal kat hang. Hang kena pasang la. Okey okey!
Hanya di kampusku yang indah ini tempatku mengonlinekan diri. Mencuri-curi kelapangan di setiap selang masa. Mencuba supaya blog ini seperti mempunyai empunya pengendali. Harap kalian mengerti.
Bilaku online tadi, terasa nak mengonlinekan diri di Yahoo Messenger atau nama manjanya YM. Oh sudah lamaku tak online di situ. Sungguh. Online saja, ada seseorang YMku begini :
(I'll use call her as Z)
Z : Kamu dah tahu sesuatu?
(I'll use call my name as H)
H : Tahu apa ya?
Z : Yang si ***** penipu?
H : Err, apakah? (kurang jelas buat masa ini) Hemm, sekejap ya. Ada kerja sedikit. I'll hit you later.
Z : Okay!
(10 minit kemudian)
H : Okey sambung pasal tadi.
Z : Nampaknya kamu masih belum tahu apa-apa lagi la ni ye. Mac…

Persahabatan Yang Dirungkaikan Dari Perspektif Aku

Image
Assalamualaikum w.b.t

Idea idea datang cepat! Beginilah apabila sesekali cubaan mengemaskini blogku. Idea tu ada, cuma masa tidak mencukupi. Dulu masa kecik-kecik aku pernah juga dengar orang cakap, "Masa tidak mencukupi, bla bla bla". Tetapi sekali dengar seperti "Masa tidak bancuh kopi, bla bla bla". Err, entahku tidak tahu sebab apa. Mungkin mengalami kesoundan ketroublean dan mungkin juga aku belum dapat tangkap lagi apakah maksudnya. Okey abaikan!
Ada reader blog aku mengemukan persoalan. Eh bukan soalan tapi perbincangan. Eh aku pun kurang pasti sama ada persoalan ataupun perbincangan. Tapi yang pastinya ianya berbaur begini :
"Kamu jarang tulis mengenai friendship ek"
So adakah itu persoalan atau perbincangan? Aku rasa soalan. Tapi kenapa tiada tanda soal? Sila jawab sendiri.

Eh aku rasa ada je kot aku cerita pasal persahabatan dalam entri ini.Tapi aku tak specified untuk friendship tu. Aku selitkan ia di antara entri-entriku. Ah, memangku suka begitu.

A…

Hasad Dengki Mampu Membunuh Setiap Jiwa

Image
(Gambar Hiasan)
Assalamualaikum w.b.t
Sudah berada di kampus. Ya aku cuti hanya seminggu sahaja. Sedang meneruskan perjuangan. Perjuangan dalam menggalas impian. Impian yang masih jauh kelihatan. Harapan terus disandarkan.
Ah, dengan kata lain aku sedang buat intersesi sekarang ni. Atau lebih dikenali sebagai short course. Kenapa short? Sebab sesi pembelajaran hanya berlaku sebulan sahaja. Silibus masih sama. Cuma masa dikurangkan. 1 bulan. Juga perlu membayar untuk subjek yang kita ambil.
Ramai tahu kot apa itu intersesi. Maka, aku tak payah cerita panjang la ya.
Bukan ini yang hendak dicerita. Hanya mukadimah, penyedap rasa. Tapi yang ini.
Benda ini paling ramai dimiliki oleh setiap orang. Ya, paling. Paling itu menunjukkan sesuatu yang agak 'besar' dan 'banyak'. Sebab itulah penggunaan paling digunakan sebab ia menunjukkan 'besar' dan 'banyak'. Okey stop!
Straight to the point. Perasaan Hasad Dengki. Oh bulan! Tak kisahlah perasaan itu tumbuh dari apa cara …

Tak Macho Pun Pakai Benda Alah Ni. Tetapi HANCUR. Percayalah!

Image
Assalamualaikum w.b.t
(tenguk air dulu)
Done!
Telah diuar-uarkan di Twitterku bahawa entri kali ini menyentuh perihal lelaki. Wah wah wah. Apakah? Rileks rileks. Tapi kalau dah baca tajuk entri pun sedikit sebanyak dah dapat beri gambaran kepada anda apa yang bakal ku persembahkan ini.
Cerita bermula. Bertempat di sebuah rumah perkahwinan.
"Bangle kat tangan RM500 lebih-lebih, cincin emas RM400 lebih-lebih, rantai emas tu RM100 lebih-lebih jugaklah. Total kira sendiri."
Kata sang sahabat padaku.
Aku hanya mampu meng'OOO'kan sahaja di samping senyuman sinis singgah di pinggir bibir. Juga diikuti dengan gelengan kepala 180 darjah.
Sang sahabat seolah-olah kagum dengan barang perhiasan yang dimilikinya. Sang sahabatku itu ialah seorang insan yang mempunyai jantina serupa denganku. Ya kaum Adam. Lelaki maskulin walaupun dia tak pernah masuk dalam Majalah Maskulin edisi terbaru.
*sigh*
Persoalan yang berlegar di otak si pemakai barang kemas! (lelaki la, bukan perempuan)
"Huih g…

Entah

Image
Entah Aku tak mengerti kenapa ia hadir lagi Sangat tak suka akan rasa ini Berkeceramuk Lintang-pukang Rimas dan lemas
Entah Kenapa begini? Harus dan seharusnya diuji Tapi kenapa begini? Memangku tiada kudrat namun kugagahi
Entah Pada empunya diri Manusia ini kekadang berubah Bukan kekadang Mungkin selalu Sekelip mata dan secangkir rasa
Entah Aku tak pandai nak bermadah Bukan cubaan berhelah Serta berfalsafah Tapi ku lelah
Entah

Post Script 1 : Mungkin perlu mendengar lagu Entah? Entah!
Post Scrip 2 : Ini bukan tajuk lagu. Tapi nukilanku sendiri.


Terkejut Juga Dengan Blogger Ini Tulis Pasal Diriku

Image
Assalamualaikum w.b.t
Okey fine! Aku memang tak boleh tidur. Update di Twitterku yang mengatakan aku sudah hendak tidur itu hanyalah tipuan semata telinga hidung dan mulut sahaja. Ya akulah Mr. Insomnia a.k.a Kelawar Man. Eh bangga pulak menjadi Mr. Insomnia. Err, tak tak! Hakikat yang cuba dibentangkan.
Dah tak boleh tidur ni, apa lagi. Sesi penjelajahan blog dijalankanlah. Sehingga terjumpa sebuah blog sang gadis. Sang gadis yang membuatku tersipu-sipu malu seperti kucin' (without g) garfield. Garfield ialah kucin' okey. Kucin' oren yang besar. Itulah garfield. Eh eh eh, bukan nak cerita pasal kucin' oren garfield yang besar tu. Tapi nak cerita pasal ni.
Teruskan pembacaan.
Entri sang gadis yang membuatkanku terasa seperti di awang-awangan. Juga terasa menggula di dalam hati (pinjam ayat seseorang ni). Kelakar yang bersulamkan ke'blushing'an. Okey memang ku blushing. Blushing tu muka merah kan? Eh pipilah merah. Okey pipiku merah! (setelah dicubit). Ala, macam la…