Posts

Showing posts from June, 2010

Orang Ikhlas Tertindas?

Image
Assalamualaikum w.b.t


Mungkin ramai yang pernah baca artikel ini. Memang sangat menarik. Benda yang baik kita kongsi bersama. Semoga ianya menjadi pedoman untuk kita. Jom baca di bawah.


Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.


"Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini," kata seorang kakak berterus terang.


"Mengapa?" balas saya.


"Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas. Fokus saya kepada kerja sahaja."


Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu…

Menjawab Perihal Award Dan Tag Di Blog

Image
Assalamualaikum w.b.t

Minta maaf dan terima kasih.

Okey mulakan dengan minta maaf. Sebab apa minta maaf? Sebab aku tidak mampu menjawab tag-tag yang telah diberikan untukku. Juga aku tidak mampu mengambil award-award yang diberikan kepadaku sepanjang berblogging ni.

Terima kasih pula. Terima kasih sebab sudi mengetag dan memberikan award kepada blog picisan ini. Hargai dengan pemberian kalian.Memberi sedikit pendapat mengenai blogku ini.

"Silalah menjawab tag di blog saya ya." Tak pun, "silalah mengambil award di blog saya." Memang ini yang acapkaliku dapat. Terima kasih lagi. Janganlah kalian menganggap aku tidak peduli. Jauh sama sekali. Ya benda itu mudah sekali. Tapi aku tidak menjawab sebab punya alasan tersendiri.

Alasan apakah?

Kalau mengenai tag aku rasa tidak ada masalah sangat. Ianya lebih kepada permainan yang berunsurkan 'sharing is caring'. Bagus juga. Mengeratkan silatulrahim sesama blogger di samping meningkatkan trafik blog tersebut setelah nama …

Perlu Kesungguhan Dalam Mengerjakan Solat

Image
Assalamualaikum w.b.t

Entri ini sepatutnya dipublish semalam, Jumaat (25 Jun 2010). Tapi baru hari ini berkesempatan menaip. Kalau anda baca hari ni, Sabtu (26 Jun 2010), maka anggaplah semalam anda baca. Kalau anda baca esok, Ahad (27 Jun 2010), juga anggaplah seperti hari Jumaat juga anda membaca. Begitu juga dengan hari-hari seterusnya. Okey cepat beranggapan!

Semuanya berkaitan Hari Jumaat. Jumaat penghulu segala hari. Semua orang tau kot. Nak cerita apakah? Hemm, hari Jumaat of courselah para Kaum Adam diWAJIB menunaikan Solat Jumaat. Diulang! WAJIB! Kalau WAJIB tu maknanya tak buat berdosalah. Okey nasib baik faham.

Begini. Cerita bermula. Bertempat di sebuah masjid. Semasa hendak menunaikan solat semestinya kena merapatkan saf. Ya ini sangat-sangat perlu. Apabila mengangkat takbir ratul ikram, tetiba seorang hamba Allah di kananku beranjak tempat ke hadapan sebab ada kekosongan. Maka, belah kananku kosonglah.

Tengah solat. Aku menanti makmum sebelah kananku untuk merapati saf denga…

Menjawab Soalan Tentang Blog Hampesku Ini

Image
Assalamualaikum w.b.t

Eh kata nak update selalu, mana mana? Hemm, standard charted la beb dok kampung halaman ni banyak saja aktiviti tidak rasmi yang pasti dilakukan. Paling utama semestinya bergurau senda dengan anak-anak buah aku. Besaq-besaq dah depa tu.

Okey kembali pada tajuk entri. *sigh* (mengeluh sat)

Ada la seseorang hamba Allah ni mengemukakan sebuah persoalan kat blog hampes ku ini. Oh bila ianya sebuah persoalan, maka kenalah ada jawapan setimpal. Soalan dia dalam bentuk lazim. Tapi aku pecahkan satu-persatu. Dan cuba menjawab sebaik mungkin.

Ini soalan beliau. Eh mula tu bukan soalan lagi. Tapi sebuah statement.


entry brani mati mmg la rmai folowers..
huhuhu.....sume bnde y kite bt 2 ade resiko nye..
emm nk tnye..


Okey okey, dipersilakan tanya, eh silap, dipersilakan tnye..


bile dh ramai y jejak blog anda ni..adakah ade sedikit riak o bngga di hati anda sehinggakn anda ingin mgupas isu2 y "hot"..means y mcm mnarik phtian org nk bce...


Haih loqlaq sungguh soalan yang dike…

Rahsia Untuk Kamu

Assalamualaikum w.b.t

Erkk..... (sendawa berpanjangan)

Orang Kedah panggil sendawa as belahak. Hah hampa jangan tak tau. Ni awat dok tak dok sendawa ni? Oh bukan sendawa kekenyangan. Tetapi sendawa kelegaan. Sebab sebab? Sebab gua sudah habis final exam short courseku. Bagaimana? Susah? Ah, biarlah itu jadi jawapan pada diriku sendiri! (bajet sempoi). Yang penting gua dah habis. Hoye! Balik kampung!

Dah lama kot aku tak update. Ala, baru seminggu je pun. Oh agak lama juga bagi seorang blogger tegar. Eh eh gua kategori tegarkah? Mungkin ya dahulu. Now busy dengan exam segala, disusuli dengan ketiadaan bekalan internet dibekalkan, maka ketegaran itu tak seberapalah.

Hemm, kenapa tajuk entri 'Rahsia Untuk Kamu'. Ada la mana boleh bagitau!

Oho ~ Lama dah aku tak bergurau senda jenaka di blog hampesku ini. Ini entri segera. Idea pun segeralah. 'Rahsia Untuk Kamu' tu adalah modified dari 'The Secret To You'. Aku terjumpa dekat Youtube. Dah lama dah. Tapi entah kenapa vide…

Pramugari Koma Di Tanah Suci [Kisah Pengajaran]

Image

Katakan Tak Mau Pada Yahudi Laknatullah

Image
Assalamualaikum w.b.t Tak tahu dari mana nak start. Bila nak mula menaip, idea datang kemudian ‘lari’ bersepah. Menaip satu perenggan, oh teringat kerja lain yang terbengkalai. Tinggal sekejap, lepas tu dah lupa nak sambung dekat mana. Oh! Lagi satu masalah pabila tiada bekalan internet yang disalurkan sewajarnya. Selalu mengonlinekan diri di kampus sahaja. Online pun sempat bertwitter dan baca blog-blog yang ada info terbaru. Okey pesan aku, sekiranya anda seorang blogger pastikan bekalan internet dipasang di rumah anda! Err, semua orang tahu la. Okey okey! Nak setori pasal apa pun menjadi samar-samar bayangan. Okeylah, nak setori pasal setori yang masih hangat diperkatakan sekarang ni. Bukan Piala Dunia. Tapi masih tentang kebiadapan Yahudi Laknatullah terhadap serangan dan layanan kepada anggota-anggota misi menyalurkan bantuan. (Tengok tajuk entri pun dah boleh agak kan?) Dapat sebuah mesej di kotak offline YMku. Begini mesejnya berbunyi. Jangan tertipu. Tiada bunyi dikeluarkan sebenar…