Posts

Showing posts from January, 2012

Pernah Kita Terfikir Yang Kita Akan Mati Esok Hari?

Image
Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar kalian semua? Makin rajin mengemaskini blog. Kalau betul-betul free memang no hal. Yang sering menjadi hal adalah apabila untuk mencari free berkenaan. Ingat free nak cari free? Okey merepek. Mukadimah merepek kadang-kadang adalah bakat terpendam aku. Apa kamu juga? Baik, mari berkongsi kemerepekkan bersama. Merepek, semua orang berbakat. 
Okey cukup. Mari kembali pada landasan yang benar.
Hari tu. Dah lama. Tahun lepas. Aku sedang study dengan seorang sahabat di fakulti aku. Samad (bukan nama sebenar) namanya. Agak tekun study. Study untuk Final Exam rasanya. Dalam keasyikan dan kekusyukan study, tiba-tiba Samad memecah kesunyian dengan menanya sebuah soalan.

"Kita ni study, agak-agak ada masa depan yang cerah tak?"

Amboi soalan Samad. Aku berfikir sebentar. Sejurus aku menjawab.


"InsyaAllah ada. Ni yang kita study ni untuk masa depan yang cerah la."

Pergh jawapan aku. Harap jawapan yang selamat. Jawapan yang memuaskan hati Samad. Menu…

Wordless Wednesday #5: Hidup, Mengenal Erti Bersyukur

Image
On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.

Lagu Parody Yang Bagus

Image
Assalamualaikum w.b.t
Sebuah entri ringkas. Sebuah entri tergesa-gesa. Cuma mahu berkongsi sebuah lagu parody yang bagus. Apakah itu parody?
A parody ( /ˈpærədi/; also called send-up, spoof, pastiche or lampoon), in current usage, is an imitative work created to mock, comment on, or trivialise an original work, its subject, author, style, or some other target, by means of humorous, satiric or ironic imitation. 
Sumber: Wikipedia

Mungkin ada yang telah mendengarnya. Tapi benda baik tak salah dikongsi lagi dan lagi dan lagi. Kan? Okey liriknya amat sangatlah bagus.


Tuhan tolong lembutkan hati hamba  Untuk mencintaiMu seadanya (selamanya)  Kerna ku tak sanggup  Kerna ku tak mampu  Menghadapi siksa nerakaMU 
 Tuhan aku tahu byk dosaku  Hanya ingatkanMu kala dukaku  Namun hanya Kamu yang mampu membuka  Pintu hatiku untuk cintaMu 
 Allah..ampunkanlah hambaMu (dosaku)  Yang slalu dustakan janjiku  Agar kelak ku takkan disiksa  Kerna dosa-dosa masa lalu 
 Allah..jatuh air mataku  Dan trus mengalir mengiring…

Antara Peristiwa Penting Sepanjang Tahun 2011 Yang Lalu

Image
Assalamualaikum w.b.t

Rentetan sepanjang tahun 2011 ditinggalkan. Walaupun seperti sudah terlambat untuk berkongsi, tetapi mahu mengisi di sini juga. Untuk tatapan dan peringatan buat diri sendiri dan pembaca barangkali. Banyak yang mahu dicoretkan sebenarnya. Tetapi aku lakarkan beberapa peristiwa penting yang akan terus dikenang di layar memori.


1 Januari 2011

Ibuku ditimpa sakit. Terjatuh depan bilik air. Spinal compressed. Tulang belakang ibu remuk. Dimasukkan ke wad selama 4 hari dan perlu rawatan susulan selama 6 minggu. Ada diceritakan dalam entri Ujian Itu Penyembuh. Moga Ibuku Segera Sembuh. Klik pada link untuk menyusuri ke entri berkenaan.





17 April 2011

Ujian terbesar dalam hidup. Ayah tercinta di jemput Ilahi. Luluh segala semangat nan samar ketika itu. Sebuah permata hilang. Tiada galang ganti. Banyak diceritakan rentetan pemergian arwah ayah di entri blog ini. Boleh klik di ruangan Belasungkawa Ayahanda di sidebar kanan blog ini. Al-fatihah untuk ayah, Ab. Halim Bin Md. D…

Meninggalkan Dunia Maya?

Image
Senja kian berlabuh. Makin samar bayangan. Dada langit kemerah-merahan. Cahaya matahari senja menerobos pada sesusuk tubuh yang sejak dari tadi di situ. Berdiri terpaku di atas sebuah bukit. Mendongak langit. Membuang jauh pandangan. Fikiran menerawang jauh. Cuba mencari ketenangan. Melepaskan sebuah keluhan yang berat. Entah berapa lama menanggung.
Mendengus halus.
Bebola mata berkaca. Melihat alam saujana terbentang memukau. Menjadi bukti kekuasaan Ilahi. Memang tidak mampu disangkal lagi. Angin menampar pipi. Perlahan-lahan merasa dingin. Sejurus meresap ke dalam jiwa. Jiwa membentuk ketenangan.
Alhamdulillah. Benar. Dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.



*******



Assalamualaikum semua :)


Aku masih di sini. Meneruskan apa yang telah aku mulakan. Tetap meneruskan perjuangan yang bersisa. Ada yang bertanya ke mana aku menghilang. Tidak hilang. Meninggalkan seketika dunia maya. Dunia maya pada perspektif aku adalah dunia interaksi dengan manusia yang menjadikan medium in…