Antara Peristiwa Penting Sepanjang Tahun 2011 Yang Lalu

by - January 19, 2012



Assalamualaikum w.b.t

Rentetan sepanjang tahun 2011 ditinggalkan. Walaupun seperti sudah terlambat untuk berkongsi, tetapi mahu mengisi di sini juga. Untuk tatapan dan peringatan buat diri sendiri dan pembaca barangkali. Banyak yang mahu dicoretkan sebenarnya. Tetapi aku lakarkan beberapa peristiwa penting yang akan terus dikenang di layar memori.



1 Januari 2011

Ibuku ditimpa sakit. Terjatuh depan bilik air. Spinal compressed. Tulang belakang ibu remuk. Dimasukkan ke wad selama 4 hari dan perlu rawatan susulan selama 6 minggu. Ada diceritakan dalam entri Ujian Itu Penyembuh. Moga Ibuku Segera Sembuh. Klik pada link untuk menyusuri ke entri berkenaan.


Senyum untuk menyembunyikan kesedihan. Senyum dalam gundah.




17 April 2011

Ujian terbesar dalam hidup. Ayah tercinta di jemput Ilahi. Luluh segala semangat nan samar ketika itu. Sebuah permata hilang. Tiada galang ganti. Banyak diceritakan rentetan pemergian arwah ayah di entri blog ini. Boleh klik di ruangan Belasungkawa Ayahanda di sidebar kanan blog ini. Al-fatihah untuk ayah, Ab. Halim Bin Md. Diah.


Gambar kenangan bersama arwah ayah. Hari Raya 2010



5 Mei 2011

Ramai yang tak tahu tentang ini. Aku hanya post di Facebook aku sahaja. Mungkin ada yang tahu. Aku terjatuh. Terseliuh. Dan buat pertama kalinya ditolak naik wilcha a.k.a wheel chair ke wad oleh seorang sahabat. Nasib baik tak patah. Ambil masa 2 minggu juga nak sembuh.


Bunyi 'prak' ketika jatuh. Boleh tahan sakit.




1 September 2011

Adikku, Hami Astafi mengalami kemalangan. Pada hari raya ke-3 tahun lepas. Patah tulang bahu. Ada diceritakan di dalam entri blog ini. Klik pada entri Tragedi Dan Rahmat Syawal jika mahu membaca ceritanya.


Wajah sebenar diblur. Beliau kelihatan rock time ni.



Antara rentetan peristiwa duka sepanjang 2011. Yang dipenuhi kedukaan. Dan aku percaya, di sebalik semua kesukaran, masih ada sinar bahagia menanti di hadapan. Sentiasa yakin akan hal ini.



1 Mei 2011

Abang aku, Hami Fazli diijabkabulkan. 2 minggu setelah pemergian ayah. Sarat dengan rasa suka dan duka waktu ini. Ada tangis di dalam kegembiraan.


Pengapit untuk kali ke-2




3 September 2011

Lahir seorang insan yang diberi nama Muhammad Harith Amsyar. Anak abang aku, Hami Shaffry. Sekarang dah nak masuk 5 bulan. Rindu beliau. Dah lama tak tengok. Juga ada diceritakan di dalam entri Tragedi Dan Rahmat Syawal ini.


Beliau.


Kita sentiasa mengimpikan semua yang baik-baik belaka. Kita mahukan kegembiraan semata-mata. Kita mahukan keadaan yang harmoni dan ceria sentiasa. Tetapi tidak semua yang kita impikan bakal menjadi milik kita. Setiap yang berlaku itu bersebab. Dan takdir ALLAH itu adalah yang terbaik. Mengharap Tahun 2012 ini dihamparkan dengan rentetan yang membahagiakan. Wallahu'alam.


Wassalam.

Hami Asraff:

"ALLAH hilangkan sesuatu, ALLAH gantikan sesuatu yang lebih baik."


You May Also Like

35 comments