Posts

Showing posts from February, 2010

Penjelasan Untuk Contest Sebelum Ini

Assalamualaikum w.b.t

Kesorian kemaafan kebanyakkan. Internet kat rumah aku dah 3 hari meragam. Oh Encik Wimax! Aku nak buka blog pun hanya kurang 2 minit lagi untuk cukup 2 jam. Kelembapannya diibaratkan like p** snail walking in the night (cuba memberitahu para hadirin akan kelembapan internet yang ku alami).

Ramai yang bertanya pasal Contest di bawah (aku dah agak dah). Aku nak cerita pun bukan main susah. Ya la nak buka blog pun lambat nak mam, macam manalah untuk nak buat yang lain. Ramai yang kurang faham kot. Okey aku bagitau sekali lagi.

Macam ni, wahai ibu-ibu, bapak-bapak sekalian! Baca dengan teliti dan faham. Aku buat Contest tu bersempena Maulidur Rasul. Kaitan yang aku cuba kaitkan ialah dengan sifat ketokohan Baginda yang dikagumi. Dengan kata lain, bukanlah kena mencari 100% dengan sifat Baginda. Dan bukan perlu menceritakan perihal Baginda. Cuma SEMPENA Maulidur Rasul sebab hari Contest itu dipublish ialah pada Hari Maulidur Rasul. Fahamkah?

Okeylah, aku modify sikit taju…

In Honour Of Maulidur Rasul : Give Away Contest

Image
Assalamualaikum w.b.t

Bersua kembali pada Lembaran Maulidur Rasul. Entri ini ditaip pada hari Khamis (25/02/2010) bersamaan 11 Rabiulawal 1431H. Dah tentu la esok 12 Rabiulawal 1431H. Oh semua orang dah tahu hari apa (tak payah aku bagitau ya)

Tengok tajuk entri pun anda dah tahu apa yang bakal aku tampilkan. Ehem, ehem. Orang lain sibuk buat contest aku pun turut tidak kecuali. Ni percubaan pertama ni. Okey aku akan cuba sedaya upaya.

Bagi intro dulu. Semua orang dah tahu kenapa kita menyambut Maulidur Rasul. Sempena memperingati Nabi Teragung kita dalam melebarkan syariat Islam. Buktinya? Islam sampai pada kita sampai hari ni. Menyingkap akan ketokohan Nabi Muhammad SAW ini, akan ketabahan Baginda, akan perjuangan Baginda dan sebagainya menjadi pedoman untuk kita sehingga hari ini.

Contestnya senang saja. Saya namakan contest ni :

Narrate s short story about a something/someone you like/love most and tell the reason why. (Attach a related picture)



Faham tak? Anda perlu menceritakan a…

Perbuatan Lawak Menjengkelkan Muda Mudi Masa Kini

Assalamualaikum w.b.t

Entah kenapa lately aku suka meletakkan tajuk entri yang panjang. Mungkin cuba menyesuai padankan dengan isi entri yang bakal aku kemukakan. Seperti yang dijanjikan ( ayat conventional ), entri kali ini aku akan membawa diriku dan pembaca jua 'melihat' realiti segelintir masyarakat di negara ini. Ramai orang tahu sebenarnya. Mungkin tak ramai yang cuba ketengahkan. Mungkin ada juga yang cuba berbuat sedemikian.

Aku suka memberi contoh atau jalan cerita supaya lebih memahami intipati dan maksud yang disampaikan. Contoh yang bakal aku setori di bawah ini ialah 'adegan' yang disaksikan sendiri oleh mataku. Apakah? Jom baca di bawah.

Perbuatan Lawak Menjengkelkan 1

Cuti yang lalu. Bertempat di sebuah kedai makan yang lokasinya dirahsiakan. Depan aku ada 2 orang hamba Allah. Lelaki dan perempuan. Tengah beratur untuk memesan makanan. Entah bagaimana tetiba duit dari genggaman perempuan itu jatuh ke lantai. Maka semasa membongkok untuk mengambil duit terseb…

Dengan Ini Aku Akan Menampilkan Gambar Mereka Untuk Tatapan Umum

Image
Assalamualaikum w.b.t

Sementelah aku menghabis sisa-sisa baki percutian aku selama seminggu di kampung halaman terchenta ini, maka dengan ini aku hingin membuat entri mengenai 'mereka'. Siapakah 'mereka' inis? ( letak 's' bermaksud mereka itu lebih pada sorang. Eh kejap, bukankah mereka itu sudah merujuk lebih kepada sorang? Err, abaikan! )

Okey, tanpa berselingkuh ( entah kenapa aku memang suka pakai ayat ni ) aku akan cuba tampilkan 'mereka' satu persatu. Eh sat sat. 'Mereka' yang aku maksudkan ini anda pernah tengok. Cuma mungkin tidak mengenali dengan lebih rapat. Eh, bolehkah?

Nombot 1 ialah : ( Tengok gambar di bawah ini dulu )


Gambar ini beliau memasuki Busana Muslimah tadika beliau wilayah Felda. Dapat Naib Johan.


Beliau diberi nama Nurin Sofia oleh Ummi dan Babahnya. Panggilan kemanjaan di rumah Kak Long. Beliau kini telah menamatkan sesi konvoseksyen ( ejaan sengaja bagi salah ) di Tadika Kemas dua tahun dulu. Kini berusia 8 tahun. Bersekol…

I Love Living Life. I Am Happy

Assalamualaikum w.b.t

Hari ini agak bizi. Dok rumah macam ni la. Ada saja aktiviti tak rasmi giat dijalankan. Cukup la ya 2 entri suka-suka yang aku post sebelum ni. Entri kali ini aku akan membawa kepada kemanfaatan bersama. Manfaatkah? Oh aku akan cuba sedaya upaya untuk memberi manfaat kepada diriku dan pembaca jua.

Lately, aku dapat emel daripada beberapa reader blog aku yang tak seberapa ni. Terima kasih mengemel aku. Aku hargai. Emel bertanyakan pendapat dan bertukar buah fikiran. Lebih kepada perbincangan. Hemm, aku akan cuba mengutara selatankan di sini. InsyaALLAH.

Begini, semua orang ada masalah problem tersendiri. So do i. Kamu pun. Cuma masalah problem itu sahaja yang berlainan bentuk dan cara pengujiannya. Dan semua orang tahu setiap permasalahan ada penyelesaian. Cuma kekadang belum ketemu jalan keluarnya. Mungkin banyak faktor mempengaruhi. Dan masalah itu terus terusan membelenggu diri tanpa ada rasa simpati.

Dan masalah problem yang melanda diri akan terus membuat diri k…

Gambar Baby Yang Telah Di Make Overkan

Image
Assalamualaikum w.b.t
Okey, tinggalkan cerita hantu. Now beralih pada gambar-gambar yang akan aku tampilkan. Dapat emel ni dah lama dah dari seorang rakan. Tapi hari ni baru menggataikan diri nak publish.
Mungkin ada yang pernah tengok. Sebenarnya tengah bosan. Dan bukan entri ni sepatutnya nak publish dulu. Tak apa la, acara selingan lagi. Sapa punya kerja pun aku tak tau la. Tapi cute juga baby-baby ni setelah di make overkan.
So jom tengok gambar-gambar kat bawah ni.

















Itu sahaja. Adakah baby anda ada dalam gambar di atas? Hoho ~
Wassalam ~

Entri Meremang Bulu Roma

Image
Assalamualaikum w.b.t

Baru hari ini berkesempatan untuk update setelah 2 setengah hari aku meninggalkan blog aku ni. Seperti yang dijanjikan, entri kali ni aku akan menge'post' 'sesuatu'. Harap anda berada dalam keadaan stabil ya. Tajuk entri pun membuatkan anda tertanya-tanya. Tapi ianya bukan sebuah provokasi terhadap entri kali ni.

Baiklah ceritanya bermula, aku sampai ke kampung halaman tercinta pukul 2 pagi hari Khamis malam Jumaat. Adik aku waktu tu tak tidur lagi. Dia berkata padaku begini :

"Bangteh, nak tengok gambaq hantu dak?", tanya adik bongsuku.

Eh biaq betoi adik aku ni. "Err, boleh juga!", balasku pendek.

Maka sesi penayangan gambar hantu itu dilakukan di dalam handsetnya. Sebelum aku setori, hampa tengok lah sendiri gambar-gambar di bawah noh.




Gambar di atas dirakam oleh member adik aku. Dan lelaki dalam gambar ni ialah member kepada adik aku satu lagi. Cuba fokus kepada bulatan merah yang aku bulatkan. Oh kurang nampak ya. Kejap, aku cub…

Jangan Buat Maksiat Dalam Bas

Image
Assalamualaikum w.b.t

Bersua kembali dalam versi baru balik kampung halaman tercinta. Baru berkesempatan membuat coretan di sini. Biasa la balik kampung ni, anak-anak menakan ( anak-anak buah ) pun menyerbu Ayah Teh depa ( they're called me Ayah Teh ). Aku ada updated kat Twitter aku kalau ada yang perasan. Okey hampa pi main jauh-jauh sat. Ayah Teh nak tulis ni dulu. Nanti Ayah Teh cerita pasai hampa na. ( Gambar anak-anak buah aku ada dekat right side blog aku )

Aku nak cerita masa aku balik kampung semalam. Oh sesuatu yang menarik perhatianku. Sepanjang aku naik bas selama 2 tahun ulang alik dari Kedah ke Shah Alam tak pernah pulak 'teguran' ini berlaku. Oh mesti korang tertanya-tanya 'teguran' apakah itu. Lagipun first time aku naik bas tu.

Mula-mula naik bas aku duduk seat sebelah tingkap. Sebelah aku tak ada orang duduk lagi. Dengan tiba-tiba seorang minah ni duduk sebelah aku. Bila penumpang mula memenuhi ruangan bas dengan tiba-tiba lagi pak cik drebar bas ni …

Tips Yang Aku Amalkan

Image
Assalamualaikum w.b.t

Menjelajah blog orang banyak juga tips yang dapat. Paling femes ialah bagaimana caranya hendak menaikkan trafik. Serius dulu aku langsung tak ambil tahu nak bagi naik trafik semua ni. Yang aku tau Polis Trafik, Trafik Jem dan Trafik Lite. Err, okey okey tak lawak.

InsyaALLAH akan aku ikut tips-tips berkenaan. Tapi ni tips dari aku la. Okey memang aku tak cedok dari mana-mana. Kalau ada persamaan dengan tips yang anda sarankan kemungkinan besar ianya adalah kebetulan semata-mata.

Bagi aku dan yang aku selalu buat apabila berblogging ni ialah'Menulis Dari Hati'. Wah wah bunyi mengagumkan! And just be yourself. InsyaALLAH orang akan dapat nilai hasil 'karya' anda. Oh bukanlah kata blog aku ni best dan digemari ramai. NO! Aku pun masih baru lagi dalam dunia perbloggian ini.


Gambar hiasan

Eh sebenarnya bukan nak tulis pasal ni. Di atas itu hanya acara selingan sahaja. Sebenarnya aku nak cerita pasal member aku ni. Cerita ini baru saja berlaku. Pukul 11 pagi…

Buku Oh Buku!

Image
Assalamualaikum w.b.t

Kelmarin kelmarin ( menunjukkan sudah beberapa hari yang lalu ) aku menggogglekan diri. Memang kegiatan ini yang sering dilakukan pun sejak menginvolvekan diri dalam arena berbloggian ini. Perblogwalkingan pun agak kejarangan dek kerana kemalasanan yang disengajakan. Jikalau ada bloggeran menziarahi blogku ini, maka penziarahan dilakukan kembali. ( sungguh banyak penambahan himbuhan di sini )

Okey abaikan mukadimah di atas. Sebenarnya begini, aku ada la terjumpa laman sesawang yang aku rasa sangat bermanfaat pada diriku yang sangat cintakan buku. So tanpa berselingkuh, ( aku guna ayat ini untuk kali ketiga dalam entri ) aku akan memperkenalkan 'mereka'. Tengok la gambar kat bawah ni.



Laman sesawang ini dinamakan GoodReads. Kira ni book club la. Aku pun baru sahaja join beberapa hari. Maka pada pengamatan aku, GoodReads ini sangat bagus untuk mereka yang cintakan buku. Sedang mencari buku-buku yang bagus mengikut kesukaan masing-masing.

Macam laman sosial juga…

Mari Bantu Adik Ammar

Image
Assalamualaikum w.b.t

( Entri kali ni 100% dicopy. Rasa terpanggil untuk berbuat sebegini setelah banyak kempen giat di jalankan oleh blogger-blogger lain )

Salam, Entry kali ini dibuat khas untuk Adik Ammar yang kini sedang sakit.Maklumat lanjut mengenai Ammar ada disini --> [ link ]




Kami mendapati bahawa Adik Ammar mengalami masalah jantung yang memerlukan rawatan lanjut pada tarikh 22 / 2 / 2010. Tetapi, kos untuk rawatan tersebut terlalu tinggi untuk dicari oleh keluarganya. Kos rawatannya ialah RM12,000.

Mungkin anda tidak mampu menyumbang RM12000. Tetapi jika 600 orang menyumbang RM20, maka RM12000 bukanlah mustahil untuk kita kumpulkan. Lagi banyak anda sumbangkan, lagi cepat kita dapat kumpulkan RM12000 untuk Adik Ammar.

Kami yakin ada ramai diluar sana boleh membantu Adik Ammar.Sumbangan anda boleh dibuat ke akaun Ibunya berikut:

Azmaniza Mohamad Kamal
514093114912 (Maybank)



Keikhlasan sumbangan anda pasti akan mendapat balasan yang baik. RM20 bukanlah duit yang besar untuk kita s…

Explaination : Maksudnya 'Penjelasan'

Image
Assalamualaikum w.b.t

Tadi aku buka kamus. Cari makna 'Entry'. Oh dapat. Maksudnya 'Kemasukan'. Lepas tu aku cuba cari dalam Bahasa Melayu pula maksud 'Entri'. Oh tak dapat. Entiti ada. Err, kenapa tiba-tiba menimbulkan persoalan ni? Entah, cuma terfikir kenapa dinamakan entri. Okey-okey aku tak nak fikir.

Sebenarnya bukan nak cerita pasal entri ka, no entry ka, entiti ka. Tapi aku cuba nak menyingkap takbir persoalan yang telah aku dapat sepanjang aku berblogging ini. Eh sat sat, nak tanya, apakah itu takbir persoalan? ( Senyap. Tiada jawapan. Tandanya? ). Okey proceed.

Aku dirainny a.k.a dihujani dengan bertubi-tubi soalan. Tapi sebenarnya 2 soalan sahaja. Aku namakan ia sebagai Soalan Cepu Silver. Sebab? Saja. Okey proceed.

Soalan Cepu Silver pertama yang aku dapat :

"Blog anda ni blog dakwah ke?"

Jawapan gua : Baca betul-betul ya. Err, mula-mula tu terkesima dulu. Macam ni, aku dah pun setori dekat selori untuk 'kemasukan' yang lepas-lepas. Oh t…

Evolusi Muzik Aku

Image
Assalamualaikum w.b.t

Wah tajuk entri bajet gempak. Okey entri kali ni gua akan menceritakan pendedahan terhadap pengaruh muzik dalam hidup gua ( bukan gua.com.my ). Aicehh bajet artis la. Oh cannot. Gua nak cerita sikit la muzik-muzik yang gua minat dari dulu hingga sekarang.

Frankly, gua layan semua. Gua tak tengok artis yang terlibat dalam menjayakan lagu tersebut. More fokus on the song. Rasanya ramai yang macam ni kot. Tapi ada juga yang minat fanatik terhadap seseorang artis tu. But not me.

Tapi banyak-banyak pun 3 jenis je pun. Lagu Melayu, Indonesia dan Inggeris. Lagu Melayu tu menyeluruh la. Nasyeed pun turut tidak ketinggalan. Kalau Indonesia tak payah cakap la. Memang terinfluence banyak dengan band-band mereka. Pernah tulis di entri sebelum ni.


So gua nak cerita influence muzik Inggeris yang gua layan. Okey sebelum tu, kat bawah ni ada gambar seorang mamat. Kenal mamat ni?






Mungkin ada yang kenal. Mungkin tak kenal. Nama mamat ni Aaron Aziz. Eh tak tak, Aaron Lewis. Vokalis kump…

Insaf Di Situ

Image
Assalamualaikum w.b.t

Minggu lepas, hari rabu. Aku mendapat panggilan telefon daripada seorang rakan. Kedengaran suara rakanku itu agak cemas. Okey, memberku accident. Dia ( saksi yang juga rakanku ) minta nombor telefon keluarganya untuk dihubungi. Aku tak ada. Aku pun terkejut kerana baru kurang 2 jam aku bercakap dengannya. Benda nak jadi.

Hari jumaat lepas baru berkesempatan pergi melawat. Hospital Klang dengan Shah Alam Seksyen 7 tak la jauh sangat. Tapi aku dan rakan-rakan memang tak tahu lokasi yang tepat hospital tu. Maka acara redah dilakukan. Alhamdulillah jumpa juga setelah 1 jam perjalanan. ( err, masa tu agak lama kalau nak dibandingkan dengan jarak lokasi ).



Member aku dok wad 5A tingkat 8. Teruk juga. Tulang pahanya patah 3. Jari 'telunjuk' kakinya no function. Bakal dipotong. ( katanya ). Kesian juga. Tapi ya la perumpamaan yang sering didengari, 'Malang Tak Berbau'. Daripada cerita saksi, dia tak bersalah. Kejadian berlaku betul-betul depan Unit Kesihatan…

Di Sebalik Sebuah Cerita

Image
Assalamualaikum w.b.t

Minggu lepas 2 kali aku sempat tengok wayang. Bukan 1 hari balun 2 teruih. 2 sabtu. Itu pun atas desakan dan hasutan housemate aku. Ceh, tak nak mengaku yang aku ni yang ajak sebenarnya. Eh biarlah siapa ajak siapa pun kan? Okey okey tidak timbul isu di sini.

Aku dan rakan-rakan menengok cerita 'Tooth Fairy' dan 'Adnan Sempit'. Eh mesti korang ingat dah lapuk kan? Orang dah cerita habis dah la. Hang tu ketinggalan. Okey fine! Aku bukan nak cerita preview mengenai filem-filem ni. For sure ramai yang dah cerita. Tapi aku nak cerita nilai murni dan pengajaran yang dapat di ambil dari filem-filem yang aku dan rakan-rakan tengok ni.

Okey aku start dengan 'Tooth Fairy'. Oh cerita ini memang sangat khurafat dan tahyul. Juga boleh diklasifikasikan sebagai mitos. Yeke? Hentam sajalah labu. Tengok dan anggaplah hiburan semata-mata. Tinggal bab pari-pari gigi yang ingin mengutip gigi kanak-kanak tu.



Nilai murni dan pengajaran yang aku dapat dalam cerita …

Nak Marah Ke Tak?

Image
Assalamualaikum w.b.t

Entri kali ini bersifat marah.

MARAH 1

Straight to the point la ye. Bro, lu kalau tak pandai nak pinjam barang orang jangan pinjam. Dah la pinjam, lepas tu bagi hilang. Siapa tak marah beb! Okey itu buku nota. Buku nota yang serba serbi ada dalam tu. Gua boleh accept kalau buku tu hilang. Macam mana dengan ilmu, benda alah dalam tu? Boleh ganti balik? ( Diam. Sunyi sepi seketika )

MARAH 2

Oh wimax wimax! Kenapakah engkau begini? Setelah ditaburi dengan janji-janji manis, ini yang kau berikan? Okey aku fahami sini line tersangat busy body. Dan itukah alasan kau untuk segalanya? Hari itu bukankah itu jua alasan yang kau berikan? ( Diam. Sunyi sepi seketika )

KETERANGAN MARAH 1

Benda ini sering terjadi. Kepada sesiapa pun rasanya. Waktu nak pinjam tergeliat-geliat ( err, abaikan ) minta. But, nak pulangkan macam-macam alasan. And the worst is hilang. Tak mengapalah benda nak jadi. Tetapi we are talking about sikap. Sikap mudah alpa dan lupa. Memikul amanah dan tanggungjawa…