Jangan Buat Maksiat Dalam Bas

by - February 12, 2010

Assalamualaikum w.b.t

Bersua kembali dalam versi baru balik kampung halaman tercinta. Baru berkesempatan membuat coretan di sini. Biasa la balik kampung ni, anak-anak menakan ( anak-anak buah ) pun menyerbu Ayah Teh depa ( they're called me Ayah Teh ). Aku ada updated kat Twitter aku kalau ada yang perasan. Okey hampa pi main jauh-jauh sat. Ayah Teh nak tulis ni dulu. Nanti Ayah Teh cerita pasai hampa na. ( Gambar anak-anak buah aku ada dekat right side blog aku )

Aku nak cerita masa aku balik kampung semalam. Oh sesuatu yang menarik perhatianku. Sepanjang aku naik bas selama 2 tahun ulang alik dari Kedah ke Shah Alam tak pernah pulak 'teguran' ini berlaku. Oh mesti korang tertanya-tanya 'teguran' apakah itu. Lagipun first time aku naik bas tu.

Mula-mula naik bas aku duduk seat sebelah tingkap. Sebelah aku tak ada orang duduk lagi. Dengan tiba-tiba seorang minah ni duduk sebelah aku. Bila penumpang mula memenuhi ruangan bas dengan tiba-tiba lagi pak cik drebar bas ni ingin membuat sesuatu pengumuman. Ishh pengumuman apa la pulak pakcik drebar ni.

Ehem ehem, testing testing! " Diminta yang lelaki duduk dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan ya! ". Wah, ini baru betul! Gua tabik sama lu pakcik. Walaupun muka pak cik itu kelihatan brutal, tapi dia menjaga 'tatasusila' penumpangnya.

Maka the minah yang dok sebelah aku tadi pun bertukar la tempat la dengan lelaki yang lain duduk sebelah wanita lain. Dan penumpang-penumpang lain pun turut serta memeriahkan acara 'bertukar tempat duduk ni'. So kepada pasangan 'couple' kirim salam la ye. Anda dilarang duduk sebelah menyebelah! ( Padan muka korang! Hahaha ~ )

Oh lupa nak bagitau. Aku naik bas Seni Budaya. Err, kurang popular kan bas ni? Tak sangka pulak mereka meniktik beratkan hal ni. Memang kenalah dengan nama basnya. Setakat ni bas lain yang aku naik tak dianjurkan berbuat begini. Alangkah bagusnya kalau amalan ini diteruskan juga oleh para-para bas yang lain. ( Imbuhan para sudah menunjukkan bilangan yang banyak. Anda dilarang menggunakan para-para. Harap maklum! )

Motif the pakcik drebar bas yang bermuka brutal tadi menyarankan sebegitu? Yang aku nampak untuk Menghalang Daripada Berbuat Maksiat. Ala, kami duduk je pun. Bukannya buat apa pun. Halo, halo, sebab tu la cakap menghalang daripada berbuat maksiat. Ada paham?! Err, okey okey paham!.

So aku sangat setuju amalan ini dilanjutkan. Anda setujukah? Aku 101% setuju! Itu sahaja nak setori. Ada lagi next entri yang aku nak setori. Entri yang akan membuat anda tak dapat tidur malam. Hahaha ~ Nantikan!


Semalam bukan rupa begini bas tersebut. Tapi Seni Budaya juga.

Wassalam ~

p/s --> Pak cik drebar bas itu bukanlah seorang ustaz. Mana tahu? Aku rasa la.


You May Also Like

73 comments