Sesi Monolog Dalaman

Monday, September 26, 2016

Alergik


Sedang stress.

Bila stress, hang dah tak boleh berfikir. Hang cuma kena bertenang. Dan rasanya di sini medium terpaling ideal untuk melepaskan kestressan. Tapi aku bukan nak cerita pasal stress. Aku nak cerita pasal alergik yang jadi dekat aku. 

Start jadi hari Rabu lepas. Mula-mula tu gatal biasa je. Tapi garu punya garu, ambik hang! Terus naik biji-biji meliputi seluruh badan. Apa lagi, terus aku pergi klinik As-Salam sebab klinik ni terpaling dekat dengan rumah. Jumpa Doktor. Dia cakap alergik. Cuma dia pun tak dapat kenal pasti alergik terhadap apa. Doktor tu cucuk. Bagi ubat makan dan ubat sapu. Dan hopefully semua akan okey.




Tapi ini masuk hari ke lima. Kegatalan dan biji-biji masih belum hilang. Okay stress berganda. Pagi tadi ada appointment dengan seorang klien. Aku makan ayam. Sejurus settle makan ayam, terus naik biji-biji ni balik. Hui sangat menguji kesabaran.



Malam ni aku pergi klinik lain pulak. Juga perkara yang sama berlaku. Doktor kat Klinik Famili tu cucuk, bagi ubat makan dan ubat sapu.

Moga-moga kali ni sembuhlah.

Kita tengok esok lusa macam mana.

Doakan aku sembuh ya.