Posts

Showing posts from November, 2010

Respek Majikan Yang Menjaga Solat Para Pekerjanya

Image
Assalamualaikum w.b.t
Kepraktikalan adalah praktikal. Aku ni kalau bab-bab tambah imbuhan memang cukup cekap. Sapa yang dok baca entri aku tau la akan keimbuhan yang seringkali ditokoktambah dalam bait perkataan yang dicernakan. See ada kan imbuhan dalam ayat tadi? Spot the imbuhan!
Hari ke 12 berpraktikalan. Eh dah 12 hari? Sekejap saja masa tu berjalan. Kenapa orang selalu cakap masa itu berjalan bukan berlari? Itu yang kita tak tahu tu. Tapi yang pasti berjalan atau berlari dia tetap meninggalkan kita. Tinggal yang dah tak boleh patah balik. No turning back.
Ada sesuatu yang menarik untuk dikongsi sepanjang 12 hari aku berpraktikal di Syarikat Lotus West Sdn. Bhd. ni. Perkongsian yang aku rasa memang membawa manfaat bersama. InsyaAllah. Tetapi yang pastinya sangat sangat menarik perhatian aku. Serius.
Straight to the point terus.
Aku tersangat respek dengan majikan (big bos) sini yang menjaga solat para pekerjanya. Menjaga yang bagaimanakah? Memastikan para pekerjanya menunaikan solat. …

Terharu Apabila Terjumpa Pembaca Blog Aku Yang Mahu Mengambil Gambar. Aku Bukan Artis.

Image
Assalamualaikum w.b.t


Berlintas langsung dari tempat praktikal, Lotus West Sdn. Bhd. Masuk minggu kedua dan hari ke lapan aku berpraktikalan di sini. Setakat ni semua okey. Banyak yang belajar dan tak kurang hebatnya bersenang-senangan. Bersenang-senangan a.k.a berileksan. Begitulah.

Nak bercerita sebuah alkisah yang berkait rapat dengan tajuk entri di atas. Pernah menulis di status Facebook aku suatu masa dulu. Suatu masa dulu untuk menunjukkan yang kejadian aneh ini berlaku lama dah yang tak berapa lama. 12 hari yang lalu. Tak lama lagi kan? Masih segar-bugar dalam kotak fikiran.

Ceritanya begini.

12 hari yang lalu ialah hari Sabtu. Keluar berfoya-foya bersama rakan tak sebaya. Berfoya-foya bukan pi buat benda tak tahwan hala. (keluaq dah bahasa Kedah dia). Berjalan jalan mencari pasal. Cari pasal terhadap kewangan kendiri yang tak berapa nak stabil. Tak paham? Bagus!

Alkisahnya berlaku di One Utama (OU), Damansara.


Tempat kejadian yang lebih spesifik ialah dalam sebuah kedai souvenir, S …

Sepanjang 25 Tahun Aku Hidup Di Muka Bumi Allah Ini

Image
Assalamualaikum w.b.t
Sihat kalian semua? Kalau tak sihat, buatlah sesuatu supaya kembali sihat. Yang dah sihat, kekalkan. Bukan nak bercakap pasal kesihatan. Yang tu kena bercerita dengan para kedokteranlah. Macam sudah lama tidak merepek-repek kat sini.
*ejas tempat duduk*
Aku tidak ke mana. Ada je di sini. Menyepi bukan sepi. Menyendiri bukan menghantui. Mungkin mencari sesuatu yang hilang dalam hidup ini. Setiap orang pasti perlukan waktu itu. Aku jugak orang yang seperti itu. Sama saja.
Dulu aku akui. Memang aku seorang Blogger tegar. Blogger tegar yang bagaimanakah? Blogger yang selalu update blognya. Macam tu la kot kalau mahu diukur dengan aras ketegaran. Bukan tidak mahu menulis. Eh masakan aku tak mahu. Menulis adalah jiwa aku. Menulis adalah inspirasi aku. Dan menulis jugak adalah terapi diri. Tak percaya? Cuba percaya.
Banyak perkara mahu dikongsi. Berblogging itu sendiri adalah berkongsi. Berkongsi rasa, idea, fakta, pengalaman, kejayaan dan rencah kehidupan. Terlalu banyak un…

Entri Yang Tiada Tajuk Spesifik

Image
Assalamualaikum w.b.t
Kita sering mencuba untuk menjadi yang terbaik. Walaupun hakikatnya kita tidaklah sebaik mana. Seringkali didengari "sebaik dan sebanyak mana jasa yang ditaburi, pasti ada yang tak puas hati, iri hati." Ah, lumrah manusia yang tidak pernah padam. Perilaku lahiriah yang susah untuk diubah. Turun temurun.
Janganlah kita mencuba sekiranya tidak berdaya. Risiko itu terlalu besar. Tampak tiada apa-apa, tetapi mampu memberi kesan yang mendalam. Kecewa dan dikecewa. Oh tiada siapa mahu. Perkataan itu sudah cukup menggetar jiwa.
Harapan disandar demi keegoan. Seringkali culas dalam mentafsir kenyataan. Hakikat menyedihkan. Kesedihan tidak tertanggung. Keupayaan tidak mampu diharung. Kekhilafan menggunung. Pencarian terkurung.
Indahnya kehidupan. Hamparan telah terbentang luas. Jalan sudah diberi. Cuma harus teruskan berjalan, berlari untuk ke destinasi. Carilah destinasi itu.
Wassalam.
Hami Asraff: Minta maaf belum sempat nak update yang sesungguhnya update. InsyaA…

14 Hari Mencari Cinta Illahi

Image
Assalamualaikum w.b.t

Manusia terlalu sibuk mengejar duniawi. Manusia terlalu sibuk memberi peluang iblis merajai hati. Manusia terlalu leka mencari sesuatu yang tidak pasti matlamatnya. Juga manusia terlalu meletakkan harapan kepada insan melebihi sang penciptaNya. MasyaAllah.

Bukan hanya 14 hari untuk mencari cinta yang Agung, Cinta Illahi. Sepanjang hayat. Selagi ianya dikandung badan. Itupun acapkali terbatas. Terbabas. Kembali mengumpul kudrat. Mengharap pada jalan yang diredhai.

Nafsu beronline agak ditinggalkan. Walaupun itu adalah perkara paling banyak yang aku lakukan. Medium paling aku berkomited, Twitter jugak aku tinggalkan. Sehingga ada yang bertanya.



Terima kasih bertanya. Mungkin sudah ada penjelasan di atas. Bukan semua yang dibuat mampu meraih kegembiraan dan kepuasan. Adakalanya berhenti seketika itu yang terbaik. Mungkin.Dan berbanyak terima kasih lagi kepada yang bertanya dan memberi sokongan.


Aku tak pernah terfikir yang kalian membaca nukilan picisan aku. Ah, tidak me…