Posts

Showing posts from October, 2013

Kita Sering Terlupa Pada Yang Satu

Image
Assalamualaikum w.b.t
Fuh fuh!
Bersawang.
Pandang skrin laptop dengan perasaan pending. Tenung lama. Jari lambat-lambat menari di papan kekunci. Cernaan idea datang samar-samar. Deria rasa kian direnjat.
Apa khabar pembaca blog (jika yang masih membaca) budiman sekalian? Harap sentiasa awesome dengan amalan. Harap sentiasa upgrade iman. Harap sentiasa kacak dengan solat. Harap sentiasa cantik dengan akhlak. Ya harap-harap.
Ada benda nak berkongsi dengan anda.
Teruskan.
Membaca.
Sejak akhir-akhir ini, sebelum tidur pasti banyak perkara berlegar di minda. Satu persatu menerjah saraf otak. Memaksa keras untuk berfikir dan berfikir. Satu persatu permasalahan dunia dibentang. Satu persatu rencana kehidupan dunia dihidang. Banyak. Terlalu banyak.
Serabut. Kusut. Tidak gembira. Hati tidak tenang. Semuanya bergaul sesedap rasa.
Kenapa?
Mesti ada yang tak kena. Mesti!
Merebahkan kepala di bantal. Earphone disumbat ke telinga. Tangan memegang telefon bimbit. Ligat mencari lagu kegemaran hati. …