­

Kita Sering Terlupa Pada Yang Satu

October 30, 2013








Assalamualaikum w.b.t

Fuh fuh!

Bersawang.

Pandang skrin laptop dengan perasaan pending. Tenung lama. Jari lambat-lambat menari di papan kekunci. Cernaan idea datang samar-samar. Deria rasa kian direnjat.

Apa khabar pembaca blog (jika yang masih membaca) budiman sekalian? Harap sentiasa awesome dengan amalan. Harap sentiasa upgrade iman. Harap sentiasa kacak dengan solat. Harap sentiasa cantik dengan akhlak. Ya harap-harap.

Ada benda nak berkongsi dengan anda.

Teruskan.

Membaca.

Sejak akhir-akhir ini, sebelum tidur pasti banyak perkara berlegar di minda. Satu persatu menerjah saraf otak. Memaksa keras untuk berfikir dan berfikir. Satu persatu permasalahan dunia dibentang.
Satu persatu rencana kehidupan dunia dihidang. Banyak. Terlalu banyak.

Serabut. Kusut. Tidak gembira. Hati tidak tenang. Semuanya bergaul sesedap rasa.

Kenapa?

Mesti ada yang tak kena. Mesti!

Merebahkan kepala di bantal. Earphone disumbat ke telinga. Tangan memegang telefon bimbit. Ligat mencari lagu kegemaran hati. Sehingga terjumpa sebuah lagu yang sudah lama tidak didengari. Butang play ditekan. Lagu dimainkan.


Afgan - PadaMu Ku Bersujud

Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat 
Selain hanya namaMu ya Allah 
Esok ataukah nanti 
Ampuni semua salahku 
Lindungi aku dari segala fitnah 
Kau tempatku meminta 
Kau beriku bahagia 
Jadikan aku selamanya 
HambaMu yang selalu bertakwa 
Ampuniku ya Allah 
Yang sering melupakanMu 
Saat Kau limpahkan karuniaMu 
Dalam sunyi aku bersujud 
Esok ataukah nanti 
Ampuni semua salahku 
Lindungi aku dari segala fitnah 
Kau tempatku meminta 
Kau beriku bahagia 
Jadikan aku selamanya 
HambaMu yang selalu bertakwa 
Ampuniku ya Allah Yang sering melupakanMu 
Saat Kau limpahkan karuniaMu 
Dalam sunyi aku bersujud 
Kau tempatku meminta 
Kau beriku bahagia 
Jadikan aku selamanya 
HambaMu yang selalu bertakwa 
Ampuniku ya Allah 
Yang sering melupakanMu 
Saat Kau limpahkan karuniaMu 
Dalam sunyi aku bersujud
Padamu




Peh! Bagaikan tertusuk di jantung. Padu. Sedar tidak sedar kerunsingan kita semua tentang hal-hal dunia. Ya 100%. Tidak mampu disangkal. Tidak mampu menipu diri. MasyaAllah, terkadang hambaMu ini leka. Terkadang hambaMu ni lupa. Terkadang hambaMu ini alpa.

Tanya pada diri,
Bilakah kali terakhir kita bangun sepertiga malam untuk solat tahajud mohon keampunan padaNya?

Tanya pada diri,
Bilakah kali terakhir kita menunaikan solat taubat?

Tanya pada diri,
Bilakah kali terakhir kita membuka dan membaca kitab suci Al-Quran?

Tanya pada diri,
Bilakah kali terakhir kita menangis kerana Allah?

Subhanallah. Itulah penawarnya. Penawar dari segala keresahan hati. Penawar dari segala gundah gulana jiwa. Penawar dari segala kedukaan.

Kita lemah. Kita lupa. Kita alpa. Kita leka. Moga Allah masih terima taubat kita.





Hami Asraff:

"Jangan alpa pada keseronokan dunia. Keseronokan dunia itu menghanyutkan manusia."


You Might Also Like

17 Comments

  1. Allahuakhbar...

    sentap jiwa baca mlm2 buta. in sha Allah akan ku gagahi utk berdiri di sepertiga mlm sekiranya mata anugerah Ilahi ini masih tahan menanti...

    ReplyDelete
  2. indahnya...

    muhasabah punya kesan...

    ReplyDelete
  3. hai hai hai!! memang lama blog ni tak dicuci sawangnyerrr... heheh, anyway thanks atas pesanan yg dititipkan. moga jadi peringatan dan amalan buat kita semua... by the way, thanks cuci sawang blog ni...
    =P

    ReplyDelete
  4. lagu apa tu bro? macam lirik ja saya tengok.

    ReplyDelete
  5. lbh mengutamakan tuntutan dunia hingga lupa pada DIA...

    ReplyDelete
  6. @Cinta Misteri: Memang kena gagahi untuk melakukan amalan.

    ReplyDelete
  7. @Rapunzel Cikilolo: Peringatan bersama.

    ReplyDelete
  8. @...miSS fAi...: Haha thanks juga sudi singgah :)

    ReplyDelete
  9. @Qhairi Hasan: Hehe. Lupa nak tulis nama lagu.

    ReplyDelete
  10. @Nurul Hidayah Zainul: Ya itulah manusia :)

    ReplyDelete
  11. hye hye... dayat dh follow... follow dayat balik ehhh.... nice blog...keep it up :)

    ReplyDelete
  12. Kita sedih bila seseorang y kita syg dh lupakan kita tp kita x sedar yg Allah dh cipta kita dan kita pula lpekanNya. Namun, Dia tetap syg kita, kn? SubhanaAllah. :') sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang.

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe