Posts

Showing posts from 2011

Letak Status Yang Baik-Baik Di Facebook Dan Twitter Untuk Tunjuk Diri Bagus Dan Riak?

Image
Assalamualaikum w.b.t 
Aku ada terniat. Kalau boleh aku nak cuba tulis entri yang pendek-pendek. Macam dua, tiga perenggan dan post. Baru boleh update blog selalu. Ada saja idea, tulis dan post. Tak macam sekarang ni berblogging, kena hold sekurang-kurangnya dua hari untuk satu entri. Lembab kan? Dah agak dah yang tu yang korang akan cakap. Aku terima dengan redha. 
Tapi memang tak dinafikan pun. Aku suka membebel. Kalau tak tulis entri mencecah lantai tu tak sah la. Bukan Blog Hami Asraff la tu. Tak percaya pi ushar entri-entri lama aku. Memang panjang berjela dan jenuh nak membaca. Bila idea datang tu punya la khusyuk sampai tak sedar menaip. Macam dalam khayalan. Wah boleh begitu? Nampak tak? Dua perenggan dah merepek. Mahu la tak panjang. 
Jadi mari terus pada agenda entri. Aku memang sangat suka pada 'Quotes'. Pernah tulis dalam entri 'Quotes' Itu Adalah Nukilan Spontanku Sekiranya Tiada Nama Penciptanya.
Perasaan yang aku boleh kata semua ada. Empat huruf sahaja…

Berjumpa Dengan Penulis Yang Aku Kagumi

Image
Assalamualaikum w.b.t
Pesta Buku Karangkraf. Jarang ambil tahu. Bila dah dapat tahu dah habis. Selalu begitu. Paling menyakitkan hati dan sanubari ialah apabila Karangkraf berkenaan terletak di Seksyen 15, Shah Alam. Okey tadi berkesempatan menjengah ke sana. Amatlah rugi sekiranya tidak menyoping (kata dasar adalah shopping) sebakul dua buku-buku kat Pesta Buku berkenaan. Diyakini amat murah sekali.
Maka bergegaslah aku ke sana bersama seorang sahabat (tukang pegang bakul). Bajet banyak buku pulak kan nak beli. Dalam kepala hanya sebuah buku saja yang aku cari. Memang manusia ramai. Melimpah ruah juga. Agak kesukaran untuk mengadakan sesi pencarian buku yang telah diidamkan. Secara tiba-tiba terpandang seorang mamat memegang buku berkenaan. Tanpa berselingkuh dan rasa malu aku bertanya di mana terletaknya buku itu.
Dipendekkan cerita pencarian aku berhasil. Kat bawah ni lah raut wajah buku berkenaan. Buku hasil karya penulis yang aku kagumi.


Memandangkan diskaun 30% daripada harga a…

16.11.11

Image
Alhamdulillah.
Terima kasih Ya ALLAH kerana memberi aku kesempatan menghirup udara percumaMU. Terima kasih Ya ALLAH kerana masih memberi aku peluang melata di bumiMU. Terima kasih Ya ALLAH kerana masih memberi aku kekuatan untuk terus melangkah ke destinasiMU.
Aku tahu terkadang aku tersasar dari jalanMU. Aku tahu seringkali aku meninggalkan suruhanMU. Aku juga tahu yang aku acapkali alpa dalam menggalas amanah yang diberiMU. Aku sedar dan tahu, aku terkilas melupai nikmat yang diberikan olehMU.
Tetapi ENGKAU tidak pernah melupaiku walaupun sedetik. Malah ENGKAU terus membantu aku di saat aku perlukanMU. ENGKAU sentiasa menemani hari-hariku. Malah ENGKAU tidak jemu memberi rahmat padaku.
Ya ALLAH, ampunilah aku.
Terima kasih Ya ALLAH memberi nikmat sihat tubuh badan pada usia 26 tahun ini. Aku bersyukur. Terima kasih kepada rakan-rakan di dunia maya yang sudi ucap Selamat Hari Lahir di Facebook dan Twitter aku. Minta maaf sekiranya tak mampu reply satu persatu. Ketahuilah aku hargai.…

Manusia Tidak Lekang Dengan Kesunyian. Jangan Risau Kita Ada ALLAH.

Image
Assalamualaikum w.b.t

Kadang-kadang aku rasa makin tidak endahkan blog ini. Mahu sentiasa coretkan sesuatu di sini. Tetapi apa kan daya, kekangan masa itu selalu datang menghampiri. Kena duduk berteleku menghadap skrin laptop, jari jemari bersedia menari di papan kekunci dan seterusnya fokus pada penaipan. Baru segalanya berjalan dengan lancar.
Keterujaan menulis datang tak disangka-sangka. Hilang pun tak disangka-sangka juga. Jika kekangan masa bukan penyebabnya, kerajinan perlu diselaraskan sama. Aku rasa kerajinan menaip/menulis adalah faktor utama untuk menjadi seorang blogger. Ah, kalau dah nama kerajinan bukan untuk menulis sahaja. Semua kegiatan kehidupan seharian kita boleh diaplikasikan juga. Jadi mari menjadi manusia yang rajin.
Salam Aidiladha semua. Rasanya masih belum terlambat untuk aku ucapkan. Hidup ini mengajar kita akan erti pengorbanan. Kadangkala kita perlu korbankan sesuatu demi memperoleh sesuatu. Kita tidak mahu. Tapi kita perlu. Demi melihat diri sendiri bahag…

Wordless Wednesday #4: This is Why Engineers are So Special

Image
On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.



Kenapa Kau Begitu Kejam Manusia?

Image
Assalamualaikum w.b.t
Aku terlalu sedih. Semuanya gara-gara melihat video seorang kanak-kanak yang dilanggar oleh van dan lori di negara China. Banyak dikongsi di Blog dan Facebook. Mulanya aku tak mahu tengok. Tetapi lihat komen-komen yang sungguh beremosi, lantas aku tengok juga.


 Aku terkedu. Speechless. Sedih yang amat sangat.
Kenapa kau begitu kejam manusia?
Bukan seorang, malahan 18 orang yang lalu lalang di situ sedikit pun tak tolong. Entah apa yang difikirkan di lubuk hati mereka? Anak patung? Seekor ayam yang baru kena langgar? Mungkin melihat kanak-kanak itu mati lebih baik bagi mereka.
Terlalu banyak kes yang melibatkan kanak-kanak. Kelar, jerut, bunuh, buang, tikam, bakar, rogol, liwat dan seumpamanya. Begitu sinonim di tajuk-tajuk akhbar kini. Seperti trend yang dibanggakan. Sejak zaman berzaman, hari demi hari kekejaman manusia bertali arus. Tidak pernah surut. Malah makin bercambah. Manusia makin mengejar kemajuan dunia, manusia makin mundur. Mundur untuk mengawal emo…

Terlalu Rindu Ayah. Hargai Ayah Anda Selagi Mereka Masih Ada.

Image
Assalamualaikum w.b.t
Idea spontan itu yang terbaik sebenarnya. Bertambah baik sekiranya capai apa sahaja objek berdekatan dan segera catit. Catit ke catat? Aku rasa catat. Dan sekarang ni laptop yang paling berdekatan dengan diri. Lantas tanpa perlu cakap banyak (memang tak perlu cakap pun) aku taip terus. Menaip juga perlu kerajinan. Ternyata kerajinan itu menjelma di saat ini. Syukur.
Terus terang aku sangat merindui arwah ayah. Bila aku bangun pagi, terdetik di hati dan sejurusnya di proses di minda, tersembul sebuah persoalan yang aku sendiri sudah tahu jawapannya. 
"Betul ke ayah aku dah tak ada di dunia ni?"
Astaghfirullahazim.
Bukan aku tak terima hakikat. Tidak. Aku terima semuanya. Aku redha. Aku bulatkan hati terima hamparan takdir ini. Cuma terkadang, terkilas di lubuk hati dan sanubari. Rasa ini hadir tanpa dipinta. Meronta-ronta. Rindu yang bukan kepalang. Hanya ALLAH jua mengetahui betapa gulamnya perasaan hati aku di kala ini.
Senyuman yang mesra itu selalu …

Aku Seorang Insomnia

Image
Assalamualaikum w.b.t



Entah. Entah kenapa. Entah kenapa semuanya jadi tidak kena. Fikiran bercelaru. Tidak menentu. Keadaan menjadi sebu. Resah. Gelisah dan turut mendesah. Cukup tidak suka bila semua rasa ini hadir. Rasa yang tidak mampu digambarkan dengan kata-kata. Hanya mampu bertelingkah dengan nada.
4:15 pagi.
Seperti kebiasaan. Aku memang sukar untuk lelapkan mata. Walaupun dicuba berkali-kali masih tidak berjaya. Dari baring ke kiri, beralih posisi ke kanan, baca doa tidur, berselawat dan segala. Semuanya sudah dicuba. Tetapi masih tidak mendatangkan sebarang hasil. Lantas aku capai laptop yang tak jauh dari kepala. Harap jari jemari yang menari-nari di papan kekunci menjadi solusi.
Aku pun tak ingat sejak bila aku tak dapat tidur malam. Telah menjadi rutin yang aku sendiri tidak ingini. Kalau melebihi pukul 4:00 pagi aku masih belum tidur, memang aku takkan tidur sampai masuknya waktu subuh. Jika tidur juga, nescaya aku akan terlepas solat subuh dengan jayanya. Mata, silalah b…

Empat Golongan Lelaki Yang Akan Ditarik Masuk Ke Neraka Oleh Wanita

Image
Assalamualaikum w.b.t

Ini entri copy paste. Terjumpa di notes rakan di Facebook. Jadi perkara yang baik perlu dikongsi. Supaya semua orang dapat input berguna. Supaya semua orang mempunyai tanggungjawab untuk menjadi manusia yang sentiasa mempertingkatkan amalan padaNYA. Sekiranya yang sudah tahu, jadikanlah ini sebagai peringatan. Yang belum tahu jadikanlah ini sebagai pedoman. InsyaALLAH.




Empat Golongan Lelaki Yang Akan Ditarik Masuk Ke Neraka Oleh Wanita

1. AYAH

Seorang lelaki yang telah memberikan segala keperluan agama seperti didikan solat, menutup aurat dan sebagainya kepada anak perempuannya. Berusaha keras agar anak perempuannya hidup selesa dan berjaya dalam apa jua yang mereka lakukan. Tapi sayang anak-anak perempuannya pula tidak menutup aurat serta melakukan maksiat diluar pengetahuannya. Walaupun lelaki ini telah menunaikan segala tanggungjawabnya terhadap agama, lelaki berjasa ini tetap bakal bersama anak perempuannya ke NERAKA!
2. SUAMI 

Seorang lelaki yang bersusah paya…

Belajar Dari Kehidupan Orang Lain. Aku Belajar Sesuatu Daripada Insan Itu.

Image
Assalamualaikum w.b.t
Mula tersengih sorang-sorang. Diikuti dengan gelak tawa kecil. Semuanya gara-gara aku membaca kembali entri-entri blog aku terdahulu. Masa mula-mula involve dalam dunia blogging ni. Ayat kelakar. Geli pun ada. Hahaha. Aku gelak lagi. Biasalah, ini yang dinamakan proses pembelajaran. Setiap orang jalani. Lama-lama alami peningkatanlah. Tak kisah apa jua bentuk kehidupan. Semua boleh diguna pakai.
Aku menulis pelbagai. Ikut sesedap rasa. Kadang-kadang ayat dalam entri nampak berfalsafah kononnya. Kadang-kadang cuba mengolah ayat sesantai mungkin. Dan kadangkala cuba buat kelakar. Tapi tak pasti sama ada kelakar atau tidak. Bergantung pada jenis entri yang ditulis. Bergantung pada keadaan yang dialami ketika itu. Dan anda pembaca yang mentafsirkan bagaimana. Jadi terserah pada anda semua. Senyum.

Di luar hujan lebat. Sangat lebat. Pelbagai perkara berlegar di minda sekarang ni. Ikutkan hati mahu saja berkongsi semuanya. Tapi biasalah, berblogging kini tidak dijadik…

Belajar Menerima Hamparan Kenyataan Dengan Baik

Image
Assalamualaikum w.b.t
Bebola mata kian mengecil. Menunggu masa untuk merebahkan kepala. Merehatkan minda. Jam biologi tidur makin tidak normal. Tidak sekata. Terdorong kuat dengan faktor insomnia. Kadang-kadang berusaha keras untuk tidur. Kena paksa. Tapi masih tidak berjaya. Makanya, aku cuba mencoret sesuatu di sini.
Tetap meneruskan perjalanan hidup seperti biasa. Tebas dah redah apa jua onak mendatang. Sukar. Adakalanya senang. Tetapi kesukaran melebihi kesenangan. Mana boleh dapat sesuatu kesenangan tanpa melalui kesukaran bukan? Jadi, kesukaran demi kesukaran dihadapi demi merebut sebuah kesenangan di hadapan. Lelah juga. Tapi masih bertahan. Harap dapat terus bertahan.
Hakikat.
Cuba semak definisi sebuah hakikat.
"Sesuatu yang nyata dan tidak dapat dinafikan lagi. Kebenaran. Kenyataan."
Pelbagai rentetan peristiwa yang nyata berlaku dalam menjalani kehidupan ini. Kadang-kadang mungkin kita tidak pernah sedari. Apatah lagi mahu memahami seluruh intipati. Memang benar. …

Tragedi Dan Rahmat Syawal

Image
Assalamualaikum w.b.t

Ramadhan berlalu pergi dengan membawa seribu satu cerita. Cerita suka, duka, kenangan manis, pengalaman menarik dan pelbagai lagi rentetan rona kehidupan. Dalam mengejar kehidupan yang penuh berliku di hadapan. Hunus jua satu persatu untuk meneroka jalan. Adakalanya jalan itu mudah saja tersedia. Adakalanya terlalu sukar. Masih samar bayangan. Mahu tak mahu harus tekad berjuang. Terus melangkah gagah.
Hari ni sudah pun 8 Syawal 4132 Hijrah. Masa terus berlalu. Berlalu meninggalkan kita yang masih terpinga-pinga dan ternganga. Ada orang kata masa itu emas. Tak kurang jugak masa itu berlian. Tapi bagi aku masa itu ibarat nyawa. Hilang nyawa tiada ganti. Hilang masa juga tiada ganti. Lagi-lagi mahu dibeli. Kalau boleh, silalah beli. Mahu jugak aku membeli. Mahu ganti masa-masa yang terbuang begitu sahaja.
Kedatangan Syawal kali ini agak berbeza. Telah di ceritakan di dalam entri Cerita 1 Syawal 1432 Hijrah. Dan itu permulaan untuk bulan Syawal. Ada lagi peristiwa y…

Cerita 1 Syawal 1432 Hijrah

Image
Assalamualaikum w.b.t

Pagi yang hening.
Pagi 1 Syawal yang baru.
Pagi yang membawa sebuah harapan.

Memang 1 Syawal yang paling berbeza. Seusai solat Aidilfitri berlaku sebuah peristiwa yang tidak pernah berlaku seumur hidup aku. Juga seumur hidup keluarga aku. Dan semuanya berlaku pagi tadi. Detik-detik yang akan senantiasa dikenang dalam layar memori.
Menziarahi pusara ayahanda tercinta.
Pusara datuk dan nenek jauh. Memang tidak pernah ziarah. Malah tidak pernah melihat datuk dan nenek pun. Keempat-empat tak pernah lihat dari kecil. Makanya, ini yang pertama menziarah pusara orang terdekat pada 1 Syawal. Seperti yang dijangka emosi dan perasaan memang tidak lagi mampu diseka. Bercucuran juga airmata segenap isi keluarga. Al-fatihah buat arwah ayah, Ab. Halim Bin Md. Diah. Moga ayah terus tenang di sana.
Perjalanan hari raya aku seperti biasa saja. Kawan-kawan terdekat saja yang bertandang ke rumah. 
Alhamdulillah.
Di kesempatan ini aku ambil kesempatan juga untuk mengucapkan Selamat…

Utamakan Pandangan ALLAH Daripada Penilaian Manusia

Image
Assalamualaikum w.b.t
Tajuk entri di atas telah pun aku tweet. Telah aku katakan Twitter terlalu pantas dalam melaksanakan perkara. Hanya perlu sedikit kerahan idea dan lepaskan segalanya di garismasa. Tu pun masih ramai yang tidak tahu menggunakan Twitter. Tidak mengapa. Ini cerita lain.
Mukadimah yang bersisa basi mungkin. Mungkin ramai yang sudah sediakan entri-entri Hari Raya masing-masing. Aku? Tiada persediaan apa pun. Mungkin jugak ramai yang dah berpusu-pusu keluar membeli belah. Ini diyakini ramai. Aku? Persiapan ala kadar sahaja. Benar kata orang, makin menginjak dewasa kemeriahan menyambut Hari Raya Aidilfitri kian hambar. Aku salah seorang yang tergolong dalam kalangan yang menginjak dewasa itu. Apa pun persiapan kita, sederhana atau mewah, perlulah lahirkan rasa penuh bersyukur kiranya punya kesempatan merasai Hari Raya. Ingat, ramai yang tidak pernah merasai Hari Raya pun. Hurmmm, ini jugak cerita lain.




Cerita dalam cerita. Dicampur-aduk supaya disedapkan bahasa. Harap-…

Never Give Up!

Image

Ujian Hidup Aku, Kamu Dan Mereka Tidak Pernah Sama

Image
Assalamualaikum w.b.t
Bila kamu diuji Ilahi, adakah kamu mampu berlari? Bila kamu ditimpa masalah, adakah kamu hanya mampu berserah? Bila kamu terjatuh, adakah kamu tidak mahu bangun lagi?
Persoalan-persoalan yang acapkali menjalar di minda apabila dirundum dugaan. Dugaan yang hebat sekali dirasakan diri. Hancur luluh hati. Emosi terbejat sekali. Langkahan kaki terhenti. Hanya mampu mendongak langit dan terus meratapi. Tetapi sampai bila?
ALLAH berikan ujian, dan ALLAH hantarkan bantuan. Pernah alaminya berkali-kali. Ternyata ALLAH sentiasa terus bersama kita. Waktu sukar mahupun senang. Waktu suka mahupun duka. Waktu miskin mahu pun kaya. Tetapi jarang sekali kita berlaku adil pada ALLAH. MasyaALLAH terasa kerdilnya diri. Terasa jahilnya hati.


Ada situasi yang pernah aku alami:
Hari tu baru sahaja habis kuliah pada waktu pagi. Dalam kelas tadi pun langsung tidak fokus. Terlalu banyak perkara yang menyesak minda. Habis saja kuliah, aku mengambil keputusan untuk singgah minum sebentar…