Sesi Monolog Dalaman

Tuesday, October 18, 2011

Kenapa Kau Begitu Kejam Manusia?



Assalamualaikum w.b.t

Aku terlalu sedih. Semuanya gara-gara melihat video seorang kanak-kanak yang dilanggar oleh van dan lori di negara China. Banyak dikongsi di Blog dan Facebook. Mulanya aku tak mahu tengok. Tetapi lihat komen-komen yang sungguh beremosi, lantas aku tengok juga.

 


 Aku terkedu. Speechless. Sedih yang amat sangat.

Kenapa kau begitu kejam manusia?

Bukan seorang, malahan 18 orang yang lalu lalang di situ sedikit pun tak tolong. Entah apa yang difikirkan di lubuk hati mereka? Anak patung? Seekor ayam yang baru kena langgar? Mungkin melihat kanak-kanak itu mati lebih baik bagi mereka.

Terlalu banyak kes yang melibatkan kanak-kanak. Kelar, jerut, bunuh, buang, tikam, bakar, rogol, liwat dan seumpamanya. Begitu sinonim di tajuk-tajuk akhbar kini. Seperti trend yang dibanggakan. Sejak zaman berzaman, hari demi hari kekejaman manusia bertali arus. Tidak pernah surut. Malah makin bercambah. Manusia makin mengejar kemajuan dunia, manusia makin mundur. Mundur untuk mengawal emosi. Mundur untuk mengawal kemarahan. Mundur untuk menjadi manusia yang ada sifat belas kasihan.

Kau mengumpat, kau memaki hamun, kau mengeluarkan kata-kata kesat dengan binatang-binatang yang haram. Tidak sedarkah kau pun layak di samakan dengan binatang-binatang itu? Binatang juga punya belas kasihannya. Jadi, kau hina dari binatang? Kau sibuk buat anak, dan kau bunuh mereka. Adakah kau layak dipanggil manusia?

Astaghfirullahalazim.

Minta maaf sekiranya aku sedikit beremosi. Hati aku begitu dirundum sedih. Aku terlalu sayangkan kanak-kanak. Mereka insan tidak berdosa. Mereka insan yang perlu ditatang, diasuh, dididik, dicorak dengan sempurna. Supaya jadi manusia berguna kelak.





Kita makin hanyut disebabkan kita tidak berpegang pada tali ALLAH. Asasnya tidak kuat, maka jalannya longgar. Tiada cara lain, kembali pada jalan ALLAH. Jika masih berkesempatan, jangan abaikan. Segerakan bertaubat. Takut-takut bila nyawa di hujung tanduk, sudah tiada erti penyesalan.

Wassalam.

Hami Asraff:

"Ya ALLAH, berilah kekuatan pada hati-hati kami untuk dekat denganMU. Ya ALLAH, selamatkan generasi kami dari terus hanyut tidak bertepi."



40 comments:

MizzF said...

takut nak balik Malaysia

Miss A said...

agak terkedu & beremosi tengok video ni.. wonder kenapa diorg begitu heartless... update terkini kata budak pmpuan tu (girl actually) dh mninggal.. dan yg 1st langgar tu kata dia takut dan xmau byr compensation lebih, so that's why dia xturun & langgar 2nd time..

smoga msyarakat negara kita x menjadi seteruk ini. amin.

HaiDa HiDa said...

salam..
sungguh menyayat hati.. manusia sudah hilang pedoman.. nak kata sama dengan binatang pun tak boleh sbb binatang tahu pertahankan sesama mereka.. ni manusia yang diberikan akal fikiran yg waras..

Sabrena said...

kesian... T_T

Sabrena said...

kesian... T_T

Fina Fento said...

Mula mula pun saya tak mahu tengok bila kawan - kawan pakat - pakat share kat fb. Tapi semalam tengok jugak lepas dapat tahu masuk berita.

Ajak ayah dengan adik tengok sekali. Menangis saya waktu tu. Tambahan pulak kenangkan adik bongsu yang lebih kurang umur dgn anak kecil yang malang tu lagi kuat menangis.

- Baru lepas tengok gambar baby yg kena kelar kat Sarawak :'(

Puteri Biru said...

semoga Allah lindungi hati-hati kami dari sifat-sifat zalim. Amin

~Miss_eiyDa ~ said...

Terkejut, kesal dan sedih jugak tgk berita pasal ni semalam..tergamak kan dorang biarkan budak kecik yang terlentang tengah jalan,kena langgar, digilis 2 kali...Ya Allah..pastu dibiarkan cam tu jek.huhuhu...dah macam anak kucing dibuatnya.mana la perginya sifat berperikemanusiaan dalam diri dorang tu...-.-

cik gayah said...

sedih kan tengok cite2 mcm nie...mane pegi ati perut diowg pon aku xtaw...serious beb aku la manusia paling terkesan bile bende2 mcm ni jadi...aku penah wat statment kat FB sape2 nk buang baby buang la depan umah aku...punye aku xtaw mcm mane nk bantu anak2 malang nie...mintak kite sume di jauhkan dr perangai binatang nie...AMIN

kembatolo™ said...

aku hanya mampu istighfar bila tengok video ni. sesungguhnya Allah telah mematikan hati mereka. aku berlindung dari yg demikian. na'uzubillah

namaakulynn said...

tengok jugak videooo ni semalam! seriusssss speechless! geram dgn orang yang lalulalang dan tengok je,pastu pegi macam tu jeeee.grrrr...

ain fathihah said...

mmg terkejut sgt2 masa tgk video ni. mcm tak percaya pun ada.

erysweetie said...

masih takde kekuatan nak tgk video kanak-kanak di china ni... nnt sedih bertimpa2 rasa..

aYa said...

tak tau apa yg ada dlm hati orang yg lalu lalang tersebut...memang menyedihkan..itu di China..di Mesia sama jugak..

fatin hanani said...

Maybe ini tanda2 akhir zaman..
Sekarang dah banyak perkara berlaku...
banyak yang kita sendiri x sangkakan..
cntohnya mcam yang ni..huh..
tak dak sikit rasa kecian ka, org2 yang nampak perkara tu..haey

Suara Hati said...

astaghfirullah......burukny hati manusia akhir zaman ne..

anaMuslimah said...

sbnarnya tak nak tgok juga...tahu yang ia adalah satu kejadian yang tragis...tapi paly jga video tu lpas baca perenggan intro abg Hami....IM SPEECHLESS, SHOCKED N TEARED.....if i am the mother....im gonna be crazy....knapa la mreka tak berhati perut!!!!!seorang ibu juga yang menyelamatkan bayi itu....

lia said...

Assalamualaikum.

Terus pause lepas tengok adik tu kena gelek for the 1st time. Speechless! Tak sanggup nak tengok apa yang berlaku seterusnya. Terbayang kalau diri sendiri yang kena. Lepas dah reda sikit perasaan, baru sambung balik tengok.

Yang tak tahan tu, boleh pulak driver tu terundur and gelek lagi sekali. huh!

Semoga kita dijauhkan dari bertindak sebegitu rupa. Hari ini mungkin kita sedih dengan video ini. Tetapi esok lusa, siapa tahu kita pula yang jadi pelakon dalam video yang seumpama ini. Nauzubillahi min zalik.

aLya maNip said...

still x sanggup k tgok..juz baca komen2 n cerita2 je.. :(

nilai perikemanusiaan da makin hilang :(

♛RaRa♛ said...

sudah tengok n sangat sedih tgk video nie..:(

budakhitam said...

di china hukuman untuk org lggar hidup lebih berat dr lanngar mati.

khairul said...

X SAMPAI HATI SY NK TGK

Tazkiratun Nafsi said...

lau tngok, cm kat dalam pasar yg tertutup..puncany dari mana?...mane mak n ayah die mase ni..tak kan sibuk berniaga @ ber'shoping' sampai anak sendiri x prasan hilang?..budak ni boleh merayau2 pulak..lau nak kate, orng yg lalu lalang salah mmglah..kalau emak die jage die betol2..x kan jadi mcm ni..fikirr!!!!

cik kiwi's said...

seperti melepaskan anjing tersepit. dia pulak di gigit. negara china. undang undang diorang dasyat. sebab tulah rakyat diorang jadi mcm tu

Cik Nurul said...

takot nak tengok! semakin kejam manusia sekarang kan? haishhh~

reenapple said...

manusia daa makin hilang sifat perikemanusian...

harap Malaysia tak akan jadi macam nie... =)

ieyza afieyna said...

memang kejam.. tapi tu kat china bukan kt malaysia.. sebab tadi terbaca kt fb,, knapa xda sorg yg nak tolong..

baca ni..(copy dari FB)


HOT fm buat topik pasal ni...so citer nih memang hot lah
Sekarang admin nak cerita fakta sebenar dan boleh juga dikatakan peringatan pada korang yang nak pergi ke China. Kalau korang nak tau sekiranya jumpa or ternampak orang lain dalam kesusahan seperti seorang makcik terjatuh basikal, atau budak kecik dipukul or dibuli ataupun ko nampak seorang tua yang tibe2 diserang sakit jantung,

Sila jangan tolong..ASAL?

PERINGATAN. JANGAN TOLONG! Nak tau kenapa? Sebabnya bila korang tolong, orang itu dah menjadi tanggungjawab korang. Contohnya, kau nak tolong makcik yang jatuh basikal tu, katakan makcik tu patah kaki, maka korang yang kena tanggung sume kos perubatan die sbb korang yang tolong dia...

Ataupun korang akan disaman oleh anak makcik tu sbb korang lah penyebab mak die jatuh. Inilah faktanya di China. Nilai moral dah takde. Mereka akan pentingkan diri sendiri sebab kalau mereka tolong pun mungkin mereka yang akan tanggung akibatnya. Ini Serius, Cerita ini diceritakan dalam akhbar cina minggu lepas.
Dalam akhbar tersebut penulis memberitahu ada seorang askar menolong seorang tua yang terjatuh secara tiba-tiba.. Kerana prihatin takde org lain nak tolong maka askar ni pon naklah bantu tapi anak org tua ni nampak die pegang mak die so die tuduh askar ni yang tolak mak dia. So askar ni kena saman dan terpaksa menanggung kos perubatan org tua tersebut..
Akibatnya die kena buang kerja. Jadi kes budak yang kena langgar ni pun sama. Baik biarkan jek budak tu sbb kalau tolong and jadi pape yang lebih teruk kat budak tu, diorang yang kena tanggung.

Nak tahu tak apa yang pemandu van tu cakap pasal die langgar budak perempuan tu?

Mula-mulakan pemandu tersebut dah terlanggar budak tu and die berhenti kejap sebab perasan die langgar budak.

Masa tu budak tu berada di tgh2 antara tayar depan dan belakang. Die terfikir kalau budak tu mati,

die cuma perlu bayar denda lebih kurang RMB10,000- RMB20,000 je tapi kalau budak tu hidup diakena tanggung akibatnya seumur hidup so die teruskan langgar budak tu dengan harapan budak tuakan mati. Itulah undang2 di China yang mana kalau langgar mati lebih senang nak kira drpd langgarhidup. So sekarang pemandu van tu sangat berharap yang budak kecik ni akan mati..

Terukkan? Ini bukan tipu tau tapi seperti yang tertulis dalam paper cina hari ni...

Admin berbalas pesan nih "Jadinya kalau sampai di China" ingatlah !

JANGAN TOLONG kecuali family korang sendiri...

Semoga perkara ini takkan terjadi di Malaysia tercinta ini...

Kesimpulannya, di mana saja, manusia semakin hilang pertimbangan diri.

Dunia semakin kejam dan tak berperikemanusiaan~

So terjawab lah persoalan tao yang dulu dimana seorang lelaki mengambil kesempatan tetak perempuan pengsan selepas bergaduh dan xde sape yang ambil tindakan.

ainhany said...

memang menyayat dan sengaja juga ALLAH pertahankan umur anak kecil ini untuk kita jadikan iktibar..

Bila undang2 lebih ditakuti, nilai dan moral kasih sayang terus diabaikan..Jangan kita mngagadaikan sifat ini tanpa perikamanusiaan..

selesaikah masalah?

kyoo reza said...

salam..
singgah ke blog sy baca new entry berkaitan kenapa budak ini tidak ditolong..
tq

cik fyza said...

isu ni dah jadi perhatian di mata dunia. Semalam ada baca di satu blog. Menurut penulis, di China mereka terlalu bersikap mementingkan diri kerana sekiranya mereka menolong, mereka yang bakal dibebankan dengan masalah itu dan ini mengenai mangsa. Untuk jalan mudah, mereka ambil keputusan untuk lepas tangan.

Nur Misnan said...

She's gone.. sad to hear that...
May Allah balas manusia durjana itu..

AININ SURAYA said...

yang terok nya , ramai yang tengok tapi duat bodo je . apakah ? tak terasa ke kalau famly diorang yang kena ? budak ni pun dah meninggal =(

IMANSHAH said...

sedey bangat

[z@ck] said...

smpi skang tadak kekuatan nak tgok video ni.tak sampai hati nak tgok.huhuhu

EmpayarUtama said...

Banyak lagi kes sewaktu dengannya cuma tak masuk CCTV. Syukurlah kita di Malaysia ni

EZAN IDMA said...

kejam manusia.
takde keperimanusiaan

Jαnnαhツ said...

hm, kejam sangat. hari tu menjerit tyme tengok budak ni kena langgar lm berita tv.

shida'R said...

huhu..nk buat mcm mana ..bia jelah budak tu pergi dgn tenang..

anamizu said...

bersyukur hidup + membesar di bumi malaysia..








slm kenal,
cik ana

kerol said...

sedih memang sedih... tapi kalaulah kita sendiri yg berada di tempat kejadian tu, agak² kita tolong tak?