Posts

Showing posts from May, 2013

Semuanya Akan Berakhir

Image
Assalamualaikum w.b.t
Tak tahu nak mula dari mana. 52 hari tak buka blog. Terus rasa suram dan muram. Jadi di kesempatan yang ada ni aku trylah update apa yang patut. Untuk mereka yang bertanya "Bila nak update blog?" tu terima kasih. Sesungguhnya soalan simple itu memberi kesan besar pada diri ini.

Sebenarnya entri kat bawah ni dah ditaip lama. Cuma dibiarkan tersimpan rapi di dalam draft. Jadi jangan terkejut dengan tajuk entri tu. Okey mari teruskan pembacaan.



***********


Suatu petang yang damai. Mengambil angin petang. Nyaman. Tiba-tiba telefon bimbit berdering. Tertera nama sahabat lama dari skrin telefon bimbit. Sahabat yang berada di bumi Pulau Pinang.
Sahabat:Assalamualaikum bro. Busy dak?
Aku:Waalaikumussalam. Kalau aku boleh mengangkat telefon dengan jayanya ni makna aku tak busy la. Pasaipa weh?
Sahabat:Aku tension la weh!
Aku:Ala, standard manusia biasalah beb kalau tension. Tapi hang tension pasai apa ni?
Sahabat:Macam-macam. Tension dengan kerja la, tension dengan…