Posts

Showing posts from July, 2010

Orang Kita Suka Buat Perkara Sunat Berbanding Wajib. Benarkah?

Assalamualaikum w.b.t
Ada tanda soalan di hujung tajuk entri. Bermaksud ianya adalah sebuah persoalan umum. Persoalan demi persoalan. Sama ada bakal terjawab atau tidak masih belum pasti. Mencari akan sebuah kepastian dan kebenaran memang mengundang seribu satu halangan. Tetapi aku seorang yang mencari akan sebuah kepastian dan kebenaran.
Entri yang lebih kepada perkongsian buah fikiran. Berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman. Mari kita cuba merungkai sebuah persoalan di sini.
Bulan Syaaban. Begitu banyak fadhilat dan kelebihannya. Terutama sekali dalam mengerjakan puasa sunat. Alhamdulillah ramai yang berpusu-pusu mengerjakannya. Takkan lepas peluang. Merebut selagi mampu dan terdaya. Alhamdulillah.
Tapi perkara ini dah lama terfikir di benak fikiran. Memang sangat lama. Ini apa yang aku lihat dari kaca mata aku. Orang kita banyak melakukan perkara sunat berbanding wajib. Aku bagi dua contoh sudahlah. Dua contoh yang cukup untuk menghubungkaitkan dengan persoalan.
BERPUASA SUNAT DI BUL…

Jangan Buat 'Short Form' Dalam Penulisan Entri. Agak Annoying Di Situ

Image
Assalamualaikum w.b.t
1. Ku gi dlu. Tgu kt sn.
2. Sy ska klu kmu rmbut pnjg.
3. Gla ko xtau ke die tu artis!
4. Sy ska mkn ns aym.
Okey cukup! Cukup 4 contoh yang diberikan. Perkataan short form yang kebanyakkan gemar guna pakai. Paling suka. Entah sebab apa. Sebab munasabab yang begitu kukuh aku tak temui. Yang pastinya aku rasa NAK CEPAT. Ini pasti. Oh nak cepat, tetapi sangat annoying. Sungguh!
Bila dicheck dan disemak balik, oh mereka masih di bangku persekolahan lagi. Kebanyakkan daripada merekalah. Bahasa SMS la kononnya. Bercakap pasal SMS, ada sebuah sketsa yang agak menarik perhatianku. Dialami sendiri.
Suatu masa dulu. Lama dah benda ni berlaku. Ada sang sahabat menghantar 1 SMS begini padaku :
"tlg bl myk itm blk jpg"
Err, pedia pun aku taktau. Memang aku pun paham bahasa SMS ni. Tapi kalau terlalu 'SMS' pening jugak aku. Aku tanya balik :
"aku tak paham la SMS hang"
Nak tau apa jawapan dia?
"tolong beli minyak hitam balik kejap lagi" (-_-")
Is…

Sejarah Header Blog Aku Dan Pengeditan Gambar

Image
Assalamualaikum w.b.t
Err, 8 entri sehari tu sajalah kata. Penyedap rasa gitu. Kalau free memang la aku boleh tulis. Jika unfree bagaimana? Awal-awal semester kurang kebizian lagi. Bolehlah setakat nak mencoret sesuatu di sini.
Ada orang bertanya, maka aku menjawablah.
"Macam mana awak buat header blog awak ni?" @#$^&*! (pujian yang tak dapat disiarkan)
Okeylah bagi tidak menghampakan hampa dan yang bertanya, maka nak jawab la ni. Ada sejarahnya. Sejarah yang secara tak sengaja dicipta. Eh musti hampa ingat aku berposing begitu adalah rancangan yang telah disengajakan aku bukan? Ala mengaku sajalah. Tak marah.
Err, tidak sama sekali. Semuanya berlaku sepintas lalu. Sepontan. Serius. Lorh buat hapa aku nak muhong. Aku pun tak sedaq bilalah aku letak jari jemari di dahi yang kununnya dok pikiaq. Dan tak sangka pulak possingan aku agak 120 darjah menghala ke barat gitu.
Time tangkap gambaq aku tu, aku dengan rakan-rakan tak sebaya pergi bersiar-siar di Bukit Cerakah. Dekat saja …

Internet Sudah Dibekalkan. InsyaAllah Akan Aktif Berblogging Kembali

Image
Assalamualaikum w.b.t
Beri salam itu sunat. Menjawabnya wajib. Senang je kan nak dapat pahala. Apa kata mari amalkan :)
Tajuk entri dah terang lagi bersuluh. Apa yang sudah terang lagi bersuluh itu? Err, tak tak maksud aku, kalau hampa baca tajuk entri pun dah tau apa yang bakal aku entrikan di sini. Ayat tak leh belah.
Baru je pasang internet kat rumah sewaku ini. Encik Streamyx juga yang menjadi pilihan hatiku dan segenap inci rumah. Dok panas lagi kot modem yang diberi nama D-Link tu. Memang la panas cek oi kalau dah terpasang begitu. Okey okey.
Macam dah lama aku tak merepek-repek kat sini. Ya memang sudah lama dol! So entri kali ini bertemakan 'merepek-repek'. InsyaAllah akan cuba update dalam selang masa yang begitu singkat. Ala macam dolu-dolu. 8 entri 1 hari okey tak? Bersemangat waja nampak.
Semester ini berjalan macam biasa. Permulaan yang mendatar. Masih ada beberapa benda tak setel cun-cun lagi. Biasalah. Take time untuk semuanya. Belajar pun dah start ada assignment se…

Penangan Piala Dunia

Image
Assalamualaikum w.b.t

Hirupan jus Honey Dew diteguk dalam-dalam. Manis. Sedap. Nyaman. Sorotan mata meliar. Meninjau sekeliling The Castle Kampung Baru. Seterusnya singgah kepada sang sahabat.

"Wey lambat lagi ka nak start?" , tanyaku. Soalan lebih kepada ingin memecah keheningan pagi. Walhal jam di handphone baru menunjukkan 1.05 pagi.

"Lambat lagi. Laa kan tadi kita mai awai. Sabaq la beb!", sang sahabat menjawab acuh tak acuh.

"Yer la, yer la.", agak tak puas hati.

Manusia kian berpusu menerjah. Masing-masing mencari port terbaik. Kalau boleh paling hampir dengan kaca televisyen dan LCD Screen. Majoriti mereka memakai jersi coklat, kuning dan hitam. Di tangan memegang kemas vuvuzela. Kebanyakkan dari mereka mempunyai rupa paras orang Timur Tengah. Besar dan tegap. Tak kira lelaki dan perempuan.

"Eh awat aku tengok muka ramai Pak Arab ja ni?", kerutan dahi disusuli dengan pertanyaan dihamburkan lagi kepada sang sahabat.

"Laa, dah ni ked…

Quote Of Me

Manusia punya jasad. Punya hati dan fikiran. Tetapi jasad, hati dan fikiran tidak sejajar. Keimanan adalah sumbernya. Keikhlasan adalah terasnya. Nafsu adalah pembunuhnya.
~ Hami Asraff ~

Semangat Berblogging Kian Menurun? Mungkin!

Assalamualaikum w.b.t


Malas. Internet pulak tiada buat masa ini. Maka, kemalasan di teruskan. Bila punya idea, tidak berkesempatan pulak menulis. Idea mulalah lari lintang-pukang. Kita kalau tak buat benda itu semasa sedang dok ingat, nescaya selepas itu mesti lupa. Sebab itulah wujudnya penangguhan.


Mungkin blogger lain sehari tu sampai 2, 3 entri. Memang hebat. Aku seminggu 1 pun agak liat. Itulah, ada pasang dan surutnya.


Nak menulis pastikan ada matlamat. Pastikan ada hala tujuan. Itulah tujuan. Ramai yang berblogging punya matlamat masing-masing. Aku pun. Yer la, yer la hang pun. Tapi tak ramai blogger yang begitu konsisten dengan matlamatnya.


Ada yang berblogging atas dasar minat yang mendalam dalam penulisan. Dulu hanya menulis untuk tatapan diri sendiri sahaja. Beralih ke blog, ingin berkongsi apa yang dirasa, pengalaman dengan pembaca. Kalau punya minat dalam menulis, mungkin hala tuju dan matlamat berblogging itu tidaklah tersasar jauh sangat. Masih di landasan.


Ada juga berblogg…

Evolusi Pengaruh Internet Dalam Hidup Aku

Image
Assalamualaikum w.b.t
Sedang bertwittering. Dapat idea untuk menulis ini. Maka aku cuba tulislah. Menulis mengenai sesuatu yang telah pengaruhi hidupku. Pengaruhi hidupku sehingga sekarang. Sekarang ia masih pengaruhi hidupku. Sebahagian hidup.
Apakah? Hemm, dulu aku ada tulis mengenai Evolusi Muzik Aku. Sikalang nak berceritalah sedikit pasal pengaruh internet dalam hidup aku sehingga kini. Dari mula-mula aku kenai apakah itu internet sampai sekarang. Laman sesawang apa yang aku suka menjengok dan sebagainya.
Cerita bermula.
Aku mula-mula kenai internet masa Tingkatan 1 (1998) kot. Lambat jugaklah aku kenai. Time tu paling top sekali laman sembang MISC atau IRC. Pergh time tu kalau tak kenai MISC atau IRC saja sangatlah. Rasa macam best gila-gila dapat sembang dalam internet. Jakun jugak. Macam manalah ada orang boleh reply. Dari jauh pulak tu. Taip pulak waktu tu hanya menggunakan jari telunjuk dan bunyinya 'tak' 'tuk'. Ala, paham-paham sendiri sudah. Ingat lagi, pi Cybe…