Jangan Buat 'Short Form' Dalam Penulisan Entri. Agak Annoying Di Situ
July 25, 2010
Assalamualaikum w.b.t
1. Ku gi dlu. Tgu kt sn.
2. Sy ska klu kmu rmbut pnjg.
3. Gla ko xtau ke die tu artis!
4. Sy ska mkn ns aym.
Okey cukup! Cukup 4 contoh yang diberikan. Perkataan short form yang kebanyakkan gemar guna pakai. Paling suka. Entah sebab apa. Sebab munasabab yang begitu kukuh aku tak temui. Yang pastinya aku rasa NAK CEPAT. Ini pasti. Oh nak cepat, tetapi sangat annoying. Sungguh!
Bila dicheck dan disemak balik, oh mereka masih di bangku persekolahan lagi. Kebanyakkan daripada merekalah. Bahasa SMS la kononnya. Bercakap pasal SMS, ada sebuah sketsa yang agak menarik perhatianku. Dialami sendiri.
Suatu masa dulu. Lama dah benda ni berlaku. Ada sang sahabat menghantar 1 SMS begini padaku :
"tlg bl myk itm blk jpg"
Err, pedia pun aku taktau. Memang aku pun paham bahasa SMS ni. Tapi kalau terlalu 'SMS' pening jugak aku. Aku tanya balik :
"aku tak paham la SMS hang"
Nak tau apa jawapan dia?
"tolong beli minyak hitam balik kejap lagi"
(-_-")
Ishh. Tujuan SMS ialah untuk sampaikan maklumat. Komunikasi dua hala. Kalau si penerima SMS tak paham isi kandungan SMS berkenaan, maka SMS tu tak sampai maksudnyalah. Lepas tu kena hantar sekali lagi. Bukankah sebuah kerugian di situ?
Ada sekali aku sengaja buat lawak. Aku hantaq SMS begini :
J.M.N.P.T.W.M.T? (hambek!)
Err, konpem-konpem taktau kan? Kalau tau hebat sangatlah. Okey ni sebenaqnya :
Jom Malam Ni Pergi Tengok Wayang Mau Tak?
Walaweh! Kehampesan terpampang dengan luasnya!
Okey itu SMS. Boleh diacceptkan lagilah. Nama pun Short Message Service (tak sure Service ke System), mestilah nak shortkan. Short pun agak-agaklah. Jangan sampai orang tak paham langsung. Aku kadang-kadang kalau yang begitu short sampai aku tak paham, memang aku ignore je SMS tersebut.
Mari apply dalam penulisan entri. Begitu juga. Konsepnya masih sama. Tak perlulah anda menulis dalam short form. Percayalah dan aku besarkan font di sini. Ianya begitu ANNOYING. Kalau anda menulis untuk syok sendiri, maka teruskanlah angenda murni anda tu. Kalau tak, sila hentikan dengan kadar yang segera. Atau perbaiki.
Salah satu sebab anda tidak digalakkan untuk menulis shortform ialah, Enjin Carian. Andai kata ada maklumat di blog anda yang berinformasi. Mana tahu ada orang taip akan keluar apa yang di cari di blog anda.
Contohnya : Mak Bedah Jual Laksa Di Kampung Baru.
Takkanlah orang nak taip begini : Mk Bdh Jual Lksa D Kg Bru.
Konpem-konpem manusia sarwajagat tidak akan menulis begitu. Paham bukan kenapa anda tidak sangat begitu digalakkan untuk menulis dalam short form. Itu sebab terutama. Yang aku nampaklah.
Lagi? Kebarangkalian untuk readers bertandang blog anda untuk kedua atau ketiga kali agak tipis. Ini serius. Sangat serius. Lepas tu mengeluhlah, "Knplah takde org nk bc blog aku :(". Tengok mengeluh pun sempat bershort form. Habis tu macam mana.
Tapi kalau anda seorang artis ataupun orang dikenali ataupun memang orang suka anda, memang tak boleh buat apalah. Shortform pun orang suka baca.
Yang tu sajalah nak aku coretkan. Bukan tunjuk bagus. Tapi kita sama-sama belajar memperbaiki diri.
Jmp lg d ln entri. (Okey annoying!)
Wassalam.
Post Script : Aku memang seorang yang tak suka buat short form. Di Facebook atau Twitterku pun. SMS pun agak jarang. For the certain words saja.
65 Comments
mmg annoying
ReplyDeletehuhuuhu
ery kalo wat short form pun agak2 la sng bace
hhoho
aku tgk ramai blogger perempuan yang belasan tahun yg suka guna shortform dlm penulisan di blog..huhu mmg ssh nk faham
ReplyDeletePatutkah kita belasah orang jahat untuk dijadikan pengajaran?
Samaaaaaa.
ReplyDeletetak suka Shortform hingga dianggap skema. WTF -___-
wahhaaa.masa mula blogging dulu pun aku selalu guna short form. tapi perbaiki dari hari ke sehari. macam sekarang lah jadinya ;)
ReplyDeletetak faham kenapa ramai yang masih taip entry shortform sebab rasanya nak taip entry takde nak limit words . kalau sms lain kira lah .
ReplyDeleteerk?hehe..betul2..annoying kot..saya tulis sms pun sebutir2..takut orang lain tak faham..certain words je yang akan pakai shortform..tulis entri blog lagi la sebutir2..tu yang jadi panjang berjela..hehe..
ReplyDeletehohho setuju!!!
ReplyDeleteBUT
for me, twitter perlu jugak kot short form. Bukan boleh tulis banyak sangat kat sekali nak tweet kot..
hohho
Just like u said, not that SHORT..
sokong la...sebab biasa budak2 je yg pakai ayat shortform ni...ia sgt annoying...kalu shortform yg biasa buat tak apa lah jugak kan....
ReplyDelete*saye cinta Bahasa Melayu!
agreed. tapi ada jugak certain budak sekolah yang boleh tulis entri dengan baik tanpa shortform. :)
ReplyDeletetak suka short form jugak.otak terus jadi jam nak process apa yg ditulis.sayangilah bahasa kita.
ReplyDeleteBAHASA JIWA BANGSA
wah wah =)
err...contoh2 ayattu semua dh melangkaui short form...gilerlah kalau org boleh paham J.M.N.T.W.M.T..hehe..papepun kalau nak guna short form biar berpada2..
ReplyDeletesetuju, tulisan yg short form dlm entri di blog, menyakitkan mata dan hati..
ReplyDeletesedih cikgu BM kalau tengok. sob3
setujuu...penat nak baca..dulu weeda pun guna short form masa mula-mula blogging..lepas tu tengok ramai yang cakap jangan guna short form terus tak guna dah...
ReplyDeletesekarang dah tulis perkataan penuh walaupun kadang-kadang terbabas juga guna short form.
entri-entri lama weeda still ada yang short form yang belum diedit balik..haih~
sekarang taip sms memang skema . dan kat fb jugak . tp bab entri tak perasan . maybe kadang2 terlepas .
ReplyDeleteHEE :DD
N.B.S.T.B.M.T (nasib baik saya tak buat macam tu) hehe..
ReplyDeletepenah terima sms sesat..
ReplyDelete'sye nk knl wk leh...,wk dok ne....'
akak jawab..
'dari gaya sms awak saya tahu awk ni budak2 sebaya anak2 saya...mak cik ni dah ada cucu pun'
kira2nya akak ni teror juga sebab boleh faham apa yang ditaip oleh penghantar sms itu..
betul2 merosakkan bahasa sms yg terlalu ringkas ni..begitu juga bila buat entry guna short form yg terlalu short...pening nak baca.
setuju..kkadg tak paham nak baca..assik ler meneka2 ape ke benda alah nie ye
ReplyDeleteyeah..stuju...
ReplyDeletecontoh ayat confuse:
blk t tlg blg pgn dlm lemari..
a)balik nanti tolong bilang pinggan dlm lemari
b)blik nanti tlg baling pinggan dlm lemari
totally agree.. kadang2 sampai pening kepala nak fikr apa lah yg cuba disampaikan ..
ReplyDeleteMY LATEST ENTRY: Inception (movie review): Awesome!
yup. jangan guna short form didalam apa jua penulisan.
ReplyDelete" Bila Rindu Bertaut kembali " = www.pengerindu.com
nak jimat masa tapi sebenarnya lebih mengambil masa =.=
ReplyDeleteentri blog aku annoying x?hu3
ReplyDeleteaku pon annoying..taip msg pon singkat sgt sampai aku pon x paham
hmmm...agak annoying kalau baca entry yg macam tu...kadang-kadang terikut-ikut gak dengan penulisan macam tu tp disebabkan saya tau nanti ada orang yang susah nak paham..so,try untuk elakkan tulis dalam bentuk short form...
ReplyDeletesaya juga mengamalkan sikap annoying itu ! hikhikk..apa pun, terima kasih atas ingatan ini..akan saya baiki kesilapan ini..hehee
ReplyDeletesi[jari] telunjuk: mak aih..xkan lah nak baling pinggan yg dlm almari..cian pinggan tak berdosa tu
ReplyDeletehanya guna shotform utk pkataan ttntu je.
ReplyDeletecth *yg* hehehe :)
peringatan yang cukup baik sebab akak selalu guna shorform..^_^..
ReplyDeletekadang-kadang guna lah juga tapi hanyayang tertentu ja.
ReplyDeletetak da lah sampai semua.
stress oo bila baca yang shotform tapi tak faham benda
penah baca entry sedara pasal shortform nih dulu..since from that aku try la belajar elak guna shortform..so far alhamdulillah..semakin ok :)
ReplyDeletesetuju dengan entry ni. ada orang suka sangat type short form yang aku tak faham. ada entry penghargaan untuk anda pasal photoscape aritu. hehehe
ReplyDeletehoho..tapi ada gak terlebih rajin tulih jadi panjang..hahaha..=pp..haih..annoying shortform yang bunyi nye mengada-ngada~
ReplyDeleteaku kalau boleh nak taip masej panjang macam taip entri. nasib ada limit, so untuk sesetengah word aku shortform kan. hehe.
ReplyDeleteshort form dlm blog...mmg annoying pun
ReplyDeletejgn hrp nak aku baca...pening kepala..
terus aku klk pngkah
tuh arr pasal!
ReplyDeleteannoying gak arr!
kdg kdg memang tak faham msg org len anta, last last delete trus!
kdg kdg ade tuh yg msg konon nak pendek tapi jadik lagi panjang!
takut jadik takowt!
haha
Dorang wat shortform sebab tangan lenguh kot wat pumping byk sgt.. :p
ReplyDeletesy ta sk shotfom. (memang annoying amat sangat yang amat!)
ReplyDeleteaku buat dalam sms jer, dalam blog aku guna bahasa penuh..tapi shortform yang aku guna tak la terlalu shortform..masih boleh difahami semua pihak..
ReplyDeletekadang-kadang ada member guna shortform yang terlalu aku rasa aku tak paham..terpaksa tanya orang..penggunaan bahasa seperti itu ada effect semasa menulis blog..
kalau ditegur, melenting..dikatakan "aku punya blog, aku punya suka la"..nak buat macamana..hak masing-masing tak nak terima pandangan pembaca..
nice topic..
latest entry Ketahui Mukjizat BISMILLAH
memang tak dinafikan, biasanya org muda yg tulis shortform, kekadang tak faham langsung dan malas nak baca..
ReplyDeletebiasa klu aku tak faham ...aku ckp ok...haha
ReplyDeletesetuju sesangat.. hari tu ada taip kat wall Facebook.. konon2nya untuk adik2 tapi sebenarnya nak bagitahu kat semua orang janganlah suka sangat guna short form ni.
ReplyDeletesaya kalau dapat SMS macam ni akan tanya balik... sebab ada tu sepatah haram pun tak faham.mana tidaknya 'pun' boleh di pendekkan menjadi 'un'. entah apa2
LOL laughing out loud... :p
ReplyDeletesalam..yup,tepat sekali.sgt annoying short form bagai nih.kalu ckit2 tak pe gak abes semua bnda nak short form.Tapi budak2 sekolah mmg suke shortform.tgk je status FB kat page budak2.mak aihh.nak faham pon susah.
ReplyDeletehahaha... uppss.. assalamualikum..
ReplyDeletehahaha..sambung ketawa..kenapa saya ketawa?
sebab kena batang idung sendiri. Saya memang suka guna ni..honest!
oleh kerana itu..suka post awak ni..jujur! kritikan yg membina..ada sebab munasabah di situ kenapa short form annoying..
oleh sebab itu juga..i like ur opinion and I will follow u..
lepas ni saya pastikan tidak akan guna short form banyak sangat & susah di fahami.. sifu!..
jengok-jengok ke blog saya..komen le..hehehe..thanx..
yang jenis vakap, kitew, sowwy, owg, (orang) ,giteww, aq (aku) lagi nyampah! hahaaa.. kebanyakkan nye mmg budak br nak naik.. tah ape style tah diorg ni..
ReplyDeleteyup.. kdg2 susah gak nak paham kalo terlalu short.. pastu jadi malas nak baca entry tu.. huhu
ReplyDeletetp kadang2 ada gak terguna short form sikit2.. hehehe
hehehe.. kalau dalam PC ni shortform susah sikit nak baca kan..
ReplyDeletesaya guna shortform dalam subjek rintas je.. hehhehehehe
Bagus info ni. Budakkecik mengaku memang ada short form dalam tulisan budakkecik. Thanks for the advice and I'll improve myself on that...
ReplyDeletesalam..
ReplyDeleteperkara yang paling menyampah nak baca adalah bahasa budak2 sekolah menengah zaman sekarang seperti berikut :
pelajar 1 :mlaz asaNya naa uad OrmwOkk ! .
tmbh2 agy maths !
pelajar 2 :Bt0iy2 ..
Mlaz gylerw aqkk ..
pelajar 2:Ngat tgan t0wk dyea paa , nax agy teja sk0ol bnyk2 .. Haahax ..
pelajar 1:HUKHUK ! . rylexx2,,,dea munk cham tue ! . shukaa bgy kjewr mnyakk2..
hOby kOdd ! .
Ya Allah..sudahkan tulis apa pun tak paham. mengutuk cikgu math pulak..menyampah kan..aduhai budak2...
abgreds pun tak tau nak cakap. nak cepat, jadi cacat. rajin sikit la. tak rugi pun. dulu masa student paling pantang pakai shortform ni. sekarang jadi trend pula..ish ish...
ReplyDeletehai tgh bwt aper tew. cam tu la lebih kurg kn?
ReplyDeletep/s: menyusahkan org rmai nk bace =)
salam saudari.hehehe...terkena atas batang hidung saya sendiri. huhuhu...itu dulu kala.slps awk menegur saya tempoh hari, saya daa tak tulis terlampau short daa... Terima kasih di atas teguran tempoh hari...
ReplyDeletesampai sekarang saya merajinkan diri menulis perkataan yang panjang2. bile nak tulis terlalu short teringat pesanan itu.. kadang2 terfikir juga. skemakah diriku ini? huhu...tapi ade baiknye kan.TQ.
sokong ..ummul syabinar..!!!
ReplyDeletemmg menyampahhhh tahap sampah(kan da over) tgk orang tulis cmtu..
em..
ReplyDeletehajat2 mahu dikurangkan.
tapi,sbb pengaruh sms sgt besar, kadang2 sangat serta agak cuai..
tapi akan sntiasa berjaga2 lah..
nanti org kate annoying pulak..
yeah..
memang sangat sangat annoying,
ReplyDeletesampai kadang kadang tuh xpaham pun apa yang diorang nak sampai kan.
bila dah masuk zone xpaham,
datang lah perasaan Malas nak baca lagi.
Kan kan kan?
aku xsuka gak lau terlalu banyak sortform...ssh ma nak faham.
ReplyDeleteguna short form satu hal ssh nk faham lagi satu ramai gak yg suka tukaq tulisan contohnya cmni..
kenapa-napew
diorang-dowg
korang-korunk
amik masa utk baca dan faham..huhu
betul2..sokong sangat :D
ReplyDeletehaah.. betul apa yangg awak cakap..
ReplyDeletekdg2 mmg menyakitkan hati bro!
ReplyDeleteTerkini : Blog Pilihan Malaysia 2010 | Burger Daging Ular
short tu boleh tp jgnlah sampai org xfhm plak.. sms tu dh biase meti org tau.. opss sy pun dh guna shortform jugak ni..
ReplyDeleteshort form yg difahami boleh la dimaafkan.. ni yg lansung x leh nak fhm... Contohnnya, akak jadi akx... aku jadi aq... haiya...
ReplyDeletefirst post kte bce kt cni... n it...
ReplyDeleteKetidaksukaan akan short form menyebabkan kekawan mengecop saya skema. Haish!(=_=")
ReplyDeleteblog merupakan salah satu medium/platform untuk kita memperbaiki penulisan kita. rasanya tak rugi jika kita menulis dengan perkataan penuh. semua pembaca memahami apa yang cuba disampaikan oleh si penulis :)
ReplyDeletesakit kepala baca shortform yg ntah pape . huuu ~ =="
ReplyDeletesetuju la . shortform mmg annoying
Assalamualaikum..
ReplyDeleteTeringat saya satu hari kawan saya tanya:
"kenapa kau balas sms tak guna short form? "
"saya balas sebab saya kerani, taip surat tak pernah guna " short form ".
Tapi tak kisahlah apa pekerjaan kita. Bahasa menunjukkan bangsa. Jadi jangan biarkan "biasa" menjadi "kebiasaan "
Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)