Penangan Piala Dunia
July 16, 2010
Hirupan jus Honey Dew diteguk dalam-dalam. Manis. Sedap. Nyaman. Sorotan mata meliar. Meninjau sekeliling The Castle Kampung Baru. Seterusnya singgah kepada sang sahabat.
"Wey lambat lagi ka nak start?" , tanyaku. Soalan lebih kepada ingin memecah keheningan pagi. Walhal jam di handphone baru menunjukkan 1.05 pagi.
"Lambat lagi. Laa kan tadi kita mai awai. Sabaq la beb!", sang sahabat menjawab acuh tak acuh.
"Yer la, yer la.", agak tak puas hati.
Manusia kian berpusu menerjah. Masing-masing mencari port terbaik. Kalau boleh paling hampir dengan kaca televisyen dan LCD Screen. Majoriti mereka memakai jersi coklat, kuning dan hitam. Di tangan memegang kemas vuvuzela. Kebanyakkan dari mereka mempunyai rupa paras orang Timur Tengah. Besar dan tegap. Tak kira lelaki dan perempuan.
"Eh awat aku tengok muka ramai Pak Arab ja ni?", kerutan dahi disusuli dengan pertanyaan dihamburkan lagi kepada sang sahabat.
"Laa, dah ni kedai Pak Arab. Hang try tengok tokei kat kaunter tu..", memunjungkan mulut menunjukkan ke arah kaunter.
45 darjah ke kiri terus berpaling. Ah, tak perlu sangkal lagi. Memang sah sah muka orang Timur Tengah. Pekerjanya kebanyakkan geng Bangladesh. "Adik manis.." terus teringat ayat yang begitu sinonim dengan mereka.
Jam seakan lambat bergerak. Seperti kelaziman. Menunggu adalah perkara paling membosankan. 5 minit seperti setengah jam. Tambah tambah sedang menunggu sesuatu yang begitu dinanti.
“Haish, kalau aku tau tadi aku bawa laptop pun tak pa. Hang la ni tak habaq kat aku kata ada Wi-Fi kat sini.” , terus menyalahkan sang sahabat.
“Lor kita bukan plan nak mai kedai ni pun.” sang rakan cuba mempertahankan jawapan.
“Hemm, takpalah. Memandangkan handphone hang canggih yang dilengkapi dengan perisian Wi-Fi, pinjam sat!” tersengih meminta.
Hulurun sang sahabat disambut dengan senyuman mekar di pinggir bibir. Lantas Sony Ericsson Satio di’explore’. Hanya satu sahaja yang akan dicari. ‘Gravity’. Perisian yang dilengkapi dengan laman sosial yang paling aku gemari. Twitter.
Home Twitter dipenuhi dengan cerita pasal World Cup. Cerita yang paling sensasi setakat ini. Masing-masing cuba membuat ramalan. Tak kurang juga sesi kutukan hangat diperkatakan. Perkara biasa. Aku pulak tukang tokok tambah. Penyedap rasa. Memeriahkan suasana Twitter Land.
“Ada orang duduk sebelah ni tak?” sapaan seseorang di sebelah kiriku.
“Err, tak ada. Silalah.” Kekusyukan bertwitter agak terganggu seketika.
Seorang pakcik parking di sebelah kiriku bersama rakannya. Meja agak besar. Tiada masalah.
Dari kaca televisyen, kelihatan pemain-pemain sudah menuruni daripada bas. Sorakan terus bergema. Teruja. Tiupan vuvuzela juga turut serta. Gamat dan gempita. Jarang dapat saksikan suasana sebegini di mana-mana. Jarang.
“Abang sokong mana?”, tanyaku beramah mesra dengan brader di sebelah kiriku tadi.
“Belanda! Lagipun hari tu Spain dan menang EURO. Bagilah Belanda pulak.”, kata sang brader sambil tersenyum.
Senyuman dibalas kembali.
Acara terulung bermula.
************************************
“Hahaha, puas aku! Tak sia-sia kita sokong Spain!”
Ucapan spontan terus dilontarkan sebaik sahaja tamatnya pertandingan yang dinanti-nantikan seluruh dunia. Ya seluruh dunia.
Aku jugak tak perasan bila masa aku angkat tangan tinggi-tinggi sebaik sahaja Andres Iniesta menjaringkan gol kemenangan Sepanyol pada minit ke 116. Semuanya berlaku secara spontan.
Perjalanan pulang ke rumah sewa.
Memang jammed sepanjang jalan. Sangat jammed. Sampai rumah betul-betul 6 pagi.
Sebelum tidur pagi tu, banyak benda berlegar di kotak minda. Banyak benda yang membuatku terfikir akan sebuah hakikat. Hakikat yang telah menjadi 1 fakta menakjubkan. Tiada lain.
PENANGAN PIALA DUNIA.
Antara persoalan-persoalan yang terfikir di tubir minda dan telah menjadi fakta barangkali :
1. 65% peratus daripada penduduk bumi menyaksikan perlawanan terhebat ini. (Aku anggarkan sahaja. Sekiranya tahu sila betulkan)
2. Piala Dunia telah menyatukan dunia. Kebanyakkan manusia melekat di depan kaca televisyen semasa perlawanan berlangsung. Malaysia dan seluruh dunia.
3. Ada acara lain yang mampu mengumpulkan sebilangan penonton seluruh dunia? Mungkin ada seperti Sukan Olimpik. Tapi rasanya tak dapat menandingi Piala Dunia.
4. Berapa ramai yang sanggup bertaruh (berjudi) untuk memastikan pasukan mereka melayakkan diri. Orang Melayu pun terlibat.
5. Berapa ramai yang syirik yang percaya akan ‘keajaiban’ Sotong Paul yang kononnya mampu meramal akan kemenangan negara-negara yang bertanding sepanjang kempen Piala Dunia. Mungkin ada yang sekadar suka-suka. Tapi yang pastinya kebetulan semata-mata.
6. Berapa ramai yang ponteng kerja, kelas dan kuliah pada pagi Isnin tu. (Aku tak ada kelas hari tu)
*****************************************
Aku membiarkan persoalan-persoalan itu berlaku di dalam relung masa dan kotak minda. Membiarkan ia berlaku dalam mimpi-mimpi indah. Membiarkan ia menjadi sebuah sejarah yang terpahat dalam lipatan memori.
Apapun itulah, PENANGAN PIALA DUNIA.Menunggu penangan seterusnya, 4 tahun lagi di bumi Brazil.
Wassalam.
Post Script : Entri ini sepatutnya dipost pada pagi Isnin yang lalu. Tapi asyik pospone saja. Hari ni baru dapat sempurnakan.
18 Comments
sedih tengok orang melayu bertaruh masa piala dunia..katanya, untuk suka-suka saja. ceh, ada ke judi suka2.
ReplyDeletehah...jawab soalan yg aku post dkt twitter tu cepat2
ReplyDelete4 tahun lagi nk dapat tgk situasi macam ni..
ReplyDeleteDari gopeng ke taiping. oh kisah bas lompat
ermm... mmg hebat penangan piala dunia ari tu.. aku pun sanggup ponteng keje :P
ReplyDeleteaku pun tengok final tue, memang mantap dua-dua pasukan ;D
ReplyDeletesukanya cawan dunia dah habis hee..
ReplyDeletei wanted the netherlands to win =/
ReplyDeleteHahahahahahha. part "ADIK MANIS" tu memang tak tahan! hahahahah :D
ReplyDeleteaku termasuk dlm 25% yg tak tengok...
ReplyDeletedgr citer member2, game mlm tu pon takdela best sgt...
seb baik tak ponteng keje...huhu
tunggu plak 4 tahun lg... sure lg best... hehe...
ReplyDeletevisit my latest entry:
http://aidyshahiezad.blogspot.com/2010/07/hipokrasi-amnesia-dalam-kehidupan_18.html
Seb bek aku x ponteng kje..paul si sotong 2 hanya kebetulan..dugaan dari Tuhan buat manusia yang darjat nya lebih tggi dari binatang @ mana2 mkhluk ciptaan-Nya..
ReplyDeleteNtah la encik hami,bab piala dunia menyatukan dunia mmg xdapat aku terima..bagi aku piala dunia ni hanya menyuburkan racism..kat situ jgak kapitalis ambil kesempatan..kat situ jgak kita jd leka dgn akhirat!
ReplyDeletexmo!!
ReplyDeletebaca-baca di sini. =) singgah.
ReplyDeleterasa rindu kat shakira lak...dengan waka-waka dia :D
ReplyDeletehttp://nomborsebelas.blogspot.com/
Alangkah baiknya apabila bangun menonton bola tidak dilupakan qiamullail.. Bola2 juga.. Alangkah baiknya apabila peluang mendekatkan diri dengan Tuhan tidak dilupa.
ReplyDeleteSekadar menggolek pandangan, buat ingatan saya sendiri dan kita semua.. Wallahu a'lam.
rasa macam bace novel, xyah beli novel dh la macam ni =)
ReplyDeleteJom baca kat blog saya! http://hayrin86-bmelayu.blogspot.com
ReplyDeleteSetiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)