­

Orang Kita Suka Buat Perkara Sunat Berbanding Wajib. Benarkah?

July 28, 2010



Assalamualaikum w.b.t

Ada tanda soalan di hujung tajuk entri. Bermaksud ianya adalah sebuah persoalan umum. Persoalan demi persoalan. Sama ada bakal terjawab atau tidak masih belum pasti. Mencari akan sebuah kepastian dan kebenaran memang mengundang seribu satu halangan. Tetapi aku seorang yang mencari akan sebuah kepastian dan kebenaran.

Entri yang lebih kepada perkongsian buah fikiran. Berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman. Mari kita cuba merungkai sebuah persoalan di sini.

Bulan Syaaban. Begitu banyak fadhilat dan kelebihannya. Terutama sekali dalam mengerjakan puasa sunat. Alhamdulillah ramai yang berpusu-pusu mengerjakannya. Takkan lepas peluang. Merebut selagi mampu dan terdaya. Alhamdulillah.

Tapi perkara ini dah lama terfikir di benak fikiran. Memang sangat lama. Ini apa yang aku lihat dari kaca mata aku. Orang kita banyak melakukan perkara sunat berbanding wajib. Aku bagi dua contoh sudahlah. Dua contoh yang cukup untuk menghubungkaitkan dengan persoalan.

BERPUASA SUNAT DI BULAN SYAABAN/REJAB TETAPI TIDAK SOLAT

Ada bukan? Cuba mengejar sesuatu yang sunat sehingga terlupa yang wajib. Betulkah caranya begitu? Memang bagus kita mengerjakan amalan-amalan sunat. Sangat-sangat dituntut syariat. Tetapi perlulah seiring dan sejajar. Utamakan yang mana perlu diutamakan. Wajib dan Sunat. Semestinya didahulukan dengan perkara Wajib. Ah, semua orang tahu. Tapi kenapa tak buat? Telah ada persoalan di situ.

BERPUASA SUNAT DI BULAN SYAABAN/REJAB TETAPI TIDAK MENUTUP AURAT

Ini pun satu hal. Umur baru 40-an. Ala, muda lagi beb! Kalau itu jawapan anda, maka anda tidak akan berjaya menjadi seorang insan yang bertakwa padaNya. Aku pun tak faham dengan segelintir manusia sebegini. Terus-terusan menayang aurat tanpa rasa bersalah walaupun sekelumit kuman singgah di hati sanubari. Bukankah menutup aurat itu WAJIB ke atas kamu? Susah sangat ke kak nak tutup aurat? Tapi kakak rajin pulak ye berpuasa. Bagus dan tidak bagus. Satu lagi persoalan yang timbul.

Bila aku bercakap begini, pasti akan ada yang mengata, 'Biarlah itu urusan mereka dengan Allah S.W.T". Aku sangat pasti ramai akan kata begitu. Aku dah terang panjang lebar dalam entri Mamat Dan Rakan-Rakannya. Sila klik dan beri pendapat anda.

Itu bukan jawapan sang pemikir dalam mencari aras kematangan dan kebenaran. Sebaliknya lebih kepada alasan lepas tangan. Dah acapkali aku uar-uarkan perihal ini. Banyak kali.

Dan ramai jugak yang beranggapan barangkali aku nak tunjuk bagus. Sila teruskan anggapan anda. Hidup di dunia ni sementara sahaja. Kalau anda terus-terusan mengejar dunia, akhirat akan terus-terusan meninggalkan anda. Sila percaya dengan 100%!

Aku menasihati diriku yang khilaf ini terlebih dahulu. Mari kita cuba memberi jawapan bagi setiap persoalan yang diutarakan. Tiada usaha tiada jawapan!

"Sesungguhnya bagi Allah ada kaum yang diberikan kepada mereka nikmat untuk menolong hamba-hamba Allah, ia akan berkekalan di tangan mereka selama mereka menggunakannya untuk membantu orang lain kalau tidak ia akan ditarik semula dari tangan mereka akan diberikan kepada orang lain." {Riwayat al-Tabrani}

Wassalam.

You Might Also Like

21 Comments

  1. kejarlah yang wajib dulu baru yang sunat
    =)

    ReplyDelete
  2. ALhamdulillah. Betul kata saudara, kejar yang wajib. Yang sunat tu kalo mampu kejar. Lagipun yg sunat tu adalah utk menampung lubang2 cela yang kita buat semasa melaksanakan yang wajib. Untuk melengkapkan pendek kata. :)

    Buah fikiran kamu juga sudah lama saya fikir juga. Namun, jika mereka2 ini membaca, mungkin mereka akan bidas dan tidak terima.

    Tidak mengapa, yang penting, anda sudah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Islam. Memberi peringatan kepada yang masih alpa.

    ReplyDelete
  3. betul tu bro,sayangnya org kita lebihkan yg sunat.wajibnya melayah entah kemana..

    ReplyDelete
  4. isu pertama mengenai solat..
    walaupun berstatus puasa tapi keutamaan diberi kepada kegiatan harian sampai tinggal solat..


    isu kedua tidak menutup aurat..
    berstatus puasa tetapi tidak bertudung, pakai baju ketat, nampak susuk badan..



    kesedaran atau keimanan yang boleh dikatakan belum cukup kukuh untuk menghadapi bulan ramadhan yang bakal menjelang..


    tepuk dada, tanya iman...







    latest entry Bulan Mengambang - Nisfu Syaaban

    ReplyDelete
  5. betol le pe awk cakap tu...banyak cam2....selalunye banyak yg xbaik org ikut...perkara yg baik berapa kerat sangat le yg nak ikut..zaman skrg perbuat xelok tu dorang kata elok dah tu ramai lak pengikut....so dah tengok rmai buat, dah jadi cam perkara biasa n xsalah lak...cth terdekat artis arr...

    jom baca en3 kat my blog

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah..
    Kata-kata kamu ini telah juga saya baca dalam che det's blog baru-baru ini. Orang kita akan berlumba-lumba berpuasa sunat 6, mengerjakan umrah, dll. Tidak dinafikan memang bagus semua itu tetapi.... adalah lebih elok didahulukan wajib dulu. Beratkan lah perkara yang wajib kerana ganjaran disitu lebih besar dan apabila tidak melakukannya dapat lah saham free (dosa besar). Sunat itu apabila tidak dilakukan tidak dapat apa-apa tetapi apabila melakukannya dapatl pahala, tetapi ramai yang lupa bahawa yang wajib itu apabila melakukannya mendapat pahala dan apabila meninggalkannya, dosa lah yang kamu dapat. Sekian.

    ReplyDelete
  7. tak tahu apa yang dorang fikir tapi bagi saya mungkin dorang rasa yang sunat lebih senang dari yang wajib kot =)

    ReplyDelete
  8. Salam...

    Kasihankan pd mrk yg belum dpt hidayah. So, sama2 lah berdoa agar mrk diberi hidayah dan bagi kita supaya nikmat iman dan hidayah ini tidak ditarik balik. Permisi.

    ReplyDelete
  9. salam..
    encik hami, sangat bertepatan sekali entri ini..
    sangat setuju jugak..
    ramai dalam kalangan kite yg terlalu taksub mengejar yg sunat dan harus, tanpa mengutamakan yg wajib..ini sudah tidak tepat..kerana ianya berkenaan tingkatan..yg mana lebih aula..

    tp bg sesiapa yg telah menyempurnakan yg wajib, ditambah pula dgn yg sunat dan harus, alhamdulillah..moga2 kita juga menjadi seperti mereka..
    =)

    ReplyDelete
  10. pelik jugak orang2 kita zaman sekarang ni bro.. tp hopefully, orang yang sedemikian (tinggalkan wajib, lebih kan sunat) akan dapat hidayah dr Allah supaya berubah.

    ReplyDelete
  11. Huhu, aku ingat nak rungkai jugak pasal benda nie. tapi tak cukup matang lagi kott nak beri pendapat. apepun setuju dengan ape yang kau tulis ;)

    ReplyDelete
  12. benda yg kau ckp ni dah jadi terlalu common smpai org dah x kisah...itu yg menakutkan

    ReplyDelete
  13. mantap!!!i love and enjoy read this post..mmg hakikatnya begitu..kita mmg tak faham keutamaan.hmm..tengoklah Ramadhan,solat sunat tarawih penuh...tapi solat fardu takde org nak dtg,tu kan bukti paling jelas..thanks bro.perkongsian yg sgt best.Saya 1st time kot jumpa blog ni,so saya nak masukkan blog ni dlm bloglist saya...nanti jemput ke blog saya pula ya~!Latest post:Perkara ni tak merisaukankah?

    ReplyDelete
  14. salam.. ye betul.. manusia mudah lupa n kdg2 saja x mhu berfikir

    ReplyDelete
  15. buat la amalan sebanyak2nya..
    tunaikan yg wajib..
    iringi dgn yg sunnat..

    ReplyDelete
  16. suka entri neh bro!
    memang slalu org kite cam tuh!
    konon nak kejar pahala byk buat benda sunat
    tapi benda wajib pon tak terkejar.

    ReplyDelete
  17. kalo yang wajib pon ssh nak buat..pe tah lg yg sunat..huhhuhu

    ReplyDelete
  18. Sama-sama kita memperbaiki kelemahan diri.

    ReplyDelete
  19. mungkin mereka menganggap melakukan ibadah sunat lebih mudah berbanding yg wajib.. susah juga tu.. wallahualam.. :)

    ReplyDelete
  20. betul tu..bnda sunat nak je wt tp bnda wajib mls2..padahal wajib berdosa klu xwt..sunat tak wt rugi..
    sbb tak rugi snggup ambik risiko berdosa..pelik bin ajaib.

    ReplyDelete
  21. contoh paling obvious adalah... masjid semua penuh time solat sunat hari raya.....

    tapi time solat jumaat?...


    mall penuhhhhh dengan lelaki melayu tersadai sana sini.

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe