­

Semangat Berblogging Kian Menurun? Mungkin!

July 08, 2010



Assalamualaikum w.b.t


Malas. Internet pulak tiada buat masa ini. Maka, kemalasan di teruskan. Bila punya idea, tidak berkesempatan pulak menulis. Idea mulalah lari lintang-pukang. Kita kalau tak buat benda itu semasa sedang dok ingat, nescaya selepas itu mesti lupa. Sebab itulah wujudnya penangguhan.


Mungkin blogger lain sehari tu sampai 2, 3 entri. Memang hebat. Aku seminggu 1 pun agak liat. Itulah, ada pasang dan surutnya.


Nak menulis pastikan ada matlamat. Pastikan ada hala tujuan. Itulah tujuan. Ramai yang berblogging punya matlamat masing-masing. Aku pun. Yer la, yer la hang pun. Tapi tak ramai blogger yang begitu konsisten dengan matlamatnya.


Ada yang berblogging atas dasar minat yang mendalam dalam penulisan. Dulu hanya menulis untuk tatapan diri sendiri sahaja. Beralih ke blog, ingin berkongsi apa yang dirasa, pengalaman dengan pembaca. Kalau punya minat dalam menulis, mungkin hala tuju dan matlamat berblogging itu tidaklah tersasar jauh sangat. Masih di landasan.


Ada juga berblogging atas dasar ingin menjana pendapat sampingan. Kekadang pendapatan sampingan ini boleh jadi lumayan. Bergantung. Ramai yang ditanya, terus je bagitau, "Memang aku berblogging sebab duit." Wah, tak boleh kata apa dah la kalau itu jawapannya. Tapi kebanyakkan mereka yang berpaksikan matlamat ini tak lama bertahan. Percayalah.


Berblogging untuk mencari followers? Hemm, ini yang salahnya. Ya aku sedar dan faham. Followers adalah nadi sesebuah blog. Kalau takdak followers rasa macam syok sendiri pulak. Tau pun. Tapi tak payah terlalu kejarkan followers sampai lupa isi penting entri. Itu salah.


Aku berblogging?


8 kali dah kot aku bagitau dalam blog ni. Aku menulis sebab memang aku minat menulis. Tiada lain. Yang paling penting terpanggil untuk menulis untuk kebaikan bersama. Berkongsi segalanya. Kekadang coretan dan pengalaman kita boleh dijadikan pedoman. Itu yang diutama.


Berblogging ini juga perlukan semangat. Semangat juga kekadang lentur. Biasalah, nama pun manusia. Rasanya ini gejala biasa bagi seorang blogger. Aku masih baru dalam dunia blog ni. Belum cukup setahun.


Ayat pun dah bersepah. Idea dah tak bercambah. Kalau ada umur panjang, blog ini akan terus bertahan. Tapi sekiranya tiada coretan, mungkin tiadalah.


Kali pertama rasa macam tak tau nak tulis apa dah. Yang tu saja kot. Semangat Berblogging Kian Menurun? Mungkin!


Wassalam.



You Might Also Like

33 Comments

  1. owh...tulislah kisah pasal kedai Hakim semalam...hohohoh

    ReplyDelete
  2. blogwalking jek kalo tak update blog.
    huhuhuh

    ReplyDelete
  3. hahaha bro jgn kurang mud derrrrrrrrr skill menulis kne la kongsi =))

    ReplyDelete
  4. biasalah tu tunggu sahaja roda berputar :)

    ReplyDelete
  5. biasa la hami pasang surut nie....iman pun leh pasang surut inikan pula blogging.. apa pun teruskan usaha kau dalam berblogging...

    ReplyDelete
  6. salam
    kak ida memang minat menulis dlm blog sekadar nk berkongsi dgn kwn2,tak kiralah ada org nk bc atau tak..tapi tk punya bnyk kesempatan nk kerap menulis...terlalu sibuk dgn mcm2 komitment..

    ReplyDelete
  7. salam. encik Hami mohon jgn jemu menulis. nanti ramai yg merindu2 tulisan kamu. hehe

    ReplyDelete
  8. semuanya berpandukan niat masing2kan
    kalau betul niatnya maka, cantiklah hala tuju blog tu
    maka cantiklah juga orang yang menyinggah
    macam blog kamu la bro
    penulisan kamu cantik, maka ramailah yang menanti entri baru wpun jarang2

    ReplyDelete
  9. idea dtg, tapi tak sempat nak tulis. Malam semalam lepas tengok bola, idea datang mencurah2, tapi tak dpt nak taip sebab aku lepak tidur rumah kawan. Sekarang? Dah tak igt dah semua yg nak tulis tu..

    Tulis sebab duit? Berapa sangat lah yg nak dapat kan.. :D

    Cara pasang floating social network button di sisi blog

    ReplyDelete
  10. betul2...asah belakang parang..lama jadi tajam gak.. keep it up bro... :-)

    ReplyDelete
  11. walaupun kata takde idea..entri ni tetap mantap kot..cayalah..heheh

    niat & matlamat utama berblog tu sangat lah penting!

    ReplyDelete
  12. Kadang2 aku punya semangat pun semakin menurun nak berblogging. Tapi memandangkan minat menulis. Kau tetap teruskan perjuangan jugak.. ;)

    ReplyDelete
  13. salam...(hamba yg baru)..jangan fikir banyak sangat nnt banyak penyakit akan datang..so..bawa ketawa dan ringankan fikiran...apa yang anda tulis pada header tu adalah sesuatu yang terbaik..dan putus asa bagi muslim adalah berdosa dan ditegah..betul tak..apapun wish u good luck and future..respek!Salam!

    ReplyDelete
  14. tak jumpe cari shoutmix / cbox lak hehe

    ReplyDelete
  15. blogging sbb nak share minat tentang kucing dgn peminat2 kucing, sonok sgt dpt bertukar2 cerita

    meoww~

    ReplyDelete
  16. sekejap jer t
    pasnih okay la balik

    ReplyDelete
  17. 1 bulan 1 entri pun ok juga kan..
    ^_^"

    ReplyDelete
  18. w/pon jrg update tapi lau entri sentiasa dinanti-nantikan kira bgsla..update biar berisi, xla frust lau ada yg menunggu...

    ReplyDelete
  19. setiap benda ada pasang surutnya.. mungkin besok kamu da start rajin menulis blog...

    ReplyDelete
  20. apa kata cerita bab sihir,saka atau dirasuk

    http://canilibeakmal.blogspot.com/2010/07/how-to-not-to-be-afraid-with-ghostanda.html

    ReplyDelete
  21. ampa..rindu nak sembang macam dulu kat ym.
    ih laaa..

    ReplyDelete
  22. Blogging untuk meluahkan perasaan.

    Blogging untuk kongsi pengalaman.

    Blogging untuk kepuasan.

    Blogging untuk bekalan pengalaman di hari tua.

    Saya pelupa.

    Biar blog yang mengingatkan.

    :)

    ReplyDelete
  23. sometimes i lazy in blogging =/

    ReplyDelete
  24. Tulislah jika anda terasa ingin menulis. Kongsilah jika anda terasa ingin berkongsi. Hak anda untuk berkongsi atau tidak. :)

    :)

    Jadikan bidang blogging sumber pahala. Itu yang terbaik. :)

    ReplyDelete
  25. same laa
    tp lepas g gath trus naik balek
    ehhe
    events camni la yang akan menaikkan balek mood blogging

    ReplyDelete
  26. aku x update blogp on sbb bz je ,huhu ,

    ReplyDelete
  27. salam..
    ooo
    senag jer nk cri idea..fikir2 pe masalh korang then blow it cam tu jer,,hahah..

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe