Posts

Showing posts from October, 2010

Berehat Dari Dunia Maya

Assalamualaikum w.b.t
Setiap orang punya kisah tersendiri dalam hidupnya. Tak kisahlah yang suka ataupun duka. Yang pastinya tiada yang mahu berduka. Merana apatah lagi. Kehidupan yang dipandu akan menjurus kepada suka ataupun tidak. Terserlahlah kepada keupayaan kita untuk merencanakan perjalanan ini.
Kekadang kita tiada kuasa memilih walaupun pada asasnya itulah kekuatan. Apa yang diperoleh diterima bulat-bulat. Mungkin ada yang kisah. Mungkin ada yang tak endah. Mungkin ada jugak yang langsung tidak membuat pilihan.
Kisah hidup terlau rumit untuk dirungkai. Perjalanan yang penuh misteri. Tiada siapa yang dapat ramal apa yang bakal berlaku di persimpangan hadapan. Acapkali ramalan tersasar jauh. Tekaan berhelah. Perancangan dibuat dengan teliti belum tentu memberi pulangan yang berkualiti.
Ramai yang gusar. Ramai yang mencari jalan keluar. Tapi tak ramai yang mampu laksanakan. Punya keazaman dan jati diri yang tinggi. Tetapi masih belum terjamin akan berjaya lalui. Hati dan diri.
Mungki…

Nukilan Dinihari

Ketentuan Illahi itu adalah azali Diri terjerumus deras dalam arus keiblisan Harapan digalas demi keegoan Rebah, jatuh, tersadung, tersungkur di bumi
Berjalan terus-terusan Onak duri menikam, menusuk begitu perit Perit yang dimana diri sendiri mampu huraikan Tapi terus tabah
Cubaan berpaling dari hamparan kenyataan Selalu semat dalam kotak fikiran Tetapi hati tidak sejajar Masakan ianya berjalan lancar?
Natijah pasti diterima Seangkuh dan sehebat mana Terkulai layu juga Kerdil di bawah lembayung Yang Maha Esa
Subhanallah Tetapkanlah hati ini Tenangkanlah jiwa ini Pandukanlah diri ini
Agar terus mendapat keredhaanMU


Hami Asraff: 1. Nukilan picisan spontan di kala pagi seusai study. Doakan kejayaanku di Final Exam.

Majlis Perkahwinan Braderku Selamat Dijalankan & Diriku Sebagai Pengapit Pengantin

Image
Assalamualaikum w.b.t

Ini adalah entri bergambar. Malas nak tulis panjang-panjang. Tajuk dah mention pun. Majlis perkahwinan braderku selamat dijalankan.

Jom saksikan gambar yang aku letak secara rawak.





Saat ketibaan kedua mempelai.






Ini di rumah pengantin perempuan.




Dan ini rumah aku. Ehem, ehem ushar yang paling kiri tu!





Dan gambar ini punlah!






Berbisik-bisik semasa makan adalah perkara wajib okey!



Eh kaver-kaver pulak, takmau buka mulut.



My brader dok kata apa taktau la kat my kakak ipar.






Juadah.




Sila tambah-tambah. Aku suka part ni.



Kadangkala Kita Tak Pasti Apa Yang Perlu Kita Cari Di Dunia Ini

Image
Assalamualaikum w.b.t
Tersentak dari tidur yang hanya berbekalkan 4 jam. Untuk meneruskan tidur untuk kedua kali adalah sesuatu yang agak payah. Bagi aku, orang lain tak tahulah.
Macam-macam di kepala otak dan minda. Bercampur menjadi satu. Bercelaru. Tambahan seorang pelajar seperti aku lagilah. Hujung-hujung pengakhiran semester hidup seakan berantakan. Istilah yang sesuai. Berantakan ini lebih kepada tidak terurus. Semua buat jadi serba tak kena. Tekanan pasti berada di puncak.
Keluhan adalah asam garam. Keluhan bukan bermakna tidak bersyukur dengan apa yang ditimpa. Tidak. Lebih kepada membuang sedikit tekanan yang menyesak di minda. Walaupun sebenarnya tidaklah membantu mana. Dengusan halus ini sekurang-kurangnya menyedari sebuah hakikat. Manusia adalah makhluk yang sibuk dengan duniawi. Pasti.
Diri ini sering bertanya pada diri sendiri. Apa yang aku cari? Apa yang aku cari sepanjang 25 tahun bernafas di dunia yang fana ini? Ah, pelbagai jawapan tersembul keluar. Pelbagai jawapan mem…

Apabila Hami Asraff Bertemu Imam Muda Asyraf

Image
Assalamualaikum w.b.t


Sebutan nama agak sama. Tetapi hakikatnya berbeda. Mempunyai matlamat yang sama. Tetapi mungkin cara tidak sekata. Sebuah kepastian. 'Jauh Panggang Dari Api'. Hanya mampu mengagumi dari jauh.


Mengikuti perjalanan insan ini selepas beliau dinobatkan menjadi Juara Imam Muda Musim Pertama. Sebenarnya aku tak pernah tengok pun setiap minggu bila program ni berlangsung. Tapi bila selesai program dan setelah mengetahui Mohd Asyraf Bin Mohd Ridzuan Juara Imam Muda Musim Pertama, baru aku download di youtube setiap minggu acara berkenaan sehinggalah malam kemuncak.


Tapi tidak berkesempatan buat entri berkenaan. Dah lama teringin untuk berjumpa Juara Imam Muda ni. First, dekat Jaya Jusco Bukit Tinggi. Hanya mampu melihat dari jauh. Second, di Seksyen 24 Shah Alam. Ada perkara yang perlu dibereskan. Tetapi sehinggalah semalam.


Memang tak bajet pun. Program Weekly Boomerang anjuran UiTM. Ah, dah ada kesempatan, mana boleh lepaskan. Ajak memember pakat ada hal. Last berj…

Misteri Yang Berlaku Di Rumah Sewaku Terungkai Walaupun Mengalami Keraguan

Image
Assalamualaikum w.b.t
Agak jarang bercerita di blog mengenai peribadi. Kalau ada pun tidaklah terlalu peribadi. Sekadar apa yang dialami dan dicetuskan di sini. Alami lebih kepada pengalaman hati dan diri.
Ah lama sudah tak buat entri yang saspen saspen ni. Err, ada ke entri aku yang saspen? Entah anda lihatlah contoh-contoh entri yang berjaya disaspenkan kot.
1. 'Benda Ini' 2. Aku Nekad! 3. Sukarnya Membuat Pilihan 4. Minta Maaf Atas Keterlanjuranku Berkata Sebegitu Dahulu 5. Kesakitan Itu Sangat Menyakitkan Untuk Sesiapa Yang Pernah Alami
Rasanya ada 5 entri yang berunsurkan saspen ni. Setakat yang berjaya dihasilkanlah. Sesiapa yang belum baca lagi bolehlah membaca sejurus tamatnya membaca entri ini dengan mengkelik link di atas.
Baiklah. Ini sebuah kisah benar yang ingin dipaparkan. Boleh kata ianya sebuah misteri. Tapi tak dapat kenal pasti sama ada misteri nusantara ataupun bukan. Oh bukan. Tapi masih sebuah misteri yang belum terungkai. Sehingga kini.
Cerita bermula.
(watak di ba…