Sukarnya Membuat Pilihan

by - January 06, 2010





Assalamualaikum w.b.t

Aku dalam dilema sekarang ni. Oh tidak! Dah dengar lagu Dilemma - Nelly ft Kelly Rowland pun masih dalam kedilemaan. Mengapa ini harus berlaku? Eh jangan tanya mengapa berlaku. Sekarang yang penting mencari jalan penyelesaiannya supaya kedilemaan ini tidak terus bersarang di hati. ( Bunyi menakutkan. Hati bersarang? Oh whatever! )


Apa yang aku perlu buat ni? Adakah aku harus memilih si A? Apa pula kata si B? ( macam lagu Ukays la pulak. 'Di Sana Menanti, Di Sini Menunggu' ) Adei ~ Hidup gua terus diselubungi perasaan konpius.

Sememangnya si A adalah pilihan hatiku sejak dulu lagi. Tapi disebabkan permasalahan yang berlaku, aku terpaksa memilih si B. Tapi aku rasa macam tidak ketahuan matta band setelah memilih si B. Aku tak boleh biarkan ini semua berlaku! Ya aku mesti memperjuangkan keadilan aku! Aku tak boleh bersikap diskriminasi di sini.


Okey, gua cuba mencari solution. Semalam bertemu seorang member gua. Member gua sangat arif akan 'hal-hal' sebegini. No wonder la he can handle A, B dan C. Holiau ~ Member gua tak bagi direct la. Yang penting dia kata, decision is in your hand. Memang la, gua yang akan tentukan masa depan gua. Okey terima kasih untuk member gua itu. Saranan yang bernas.


Dan hari ni gua bertemu seseorang lagi. Jawapan yang dikemukan oleh seseorang ni pun lebih kurang sama saja dengan member gua. Oh adakah seseorang dan member gua berpakat? Oh tiada jawapan untuk itu. Tapi yang pastinya member gua dan seseorang memang tidak mengenali satu sama lain. Oh sudah ada jawapan.


Maka gua pun telah memerah otak dan keringat untuk menyetelkan masalah gua. Gua dapat kenal pasti langkah-langkah untuk mengatasi masalah dilema ini dan ingin berkongsi di sini. Di bawah ni gua senaraikan langkah-langkahnya :

  • Gua menganalisa masalah gua secara keseluruhan. Cari puncanya dulu dan barulah mencari jalan menyelesaikannya.
  • Gua cuba kenal pasti apakah cara-cara yang boleh dipilih untuk menyelesaikan masalah ini. Gua juga senaraikan semua cadangan yang boleh membantu. Logik atau tidak tolak tepi dulu.
  • Gua cuba analisa dengan teperinci setiap pilihan gua. Dan kaji setiap baik dan buruk setiap pilihan gua.
  • Yang terakhir dan yang paling penting gua akan cuba buat solat isthikarah dan mohon petunjuk dari Yang Maha Esa. Inilah yang paling penting. Kadang-kadang orang terlepas pandang mengenai ini.

Itulah jawapan yang gua dapat. Eh, eh dah eh! Musti engkorang semua ingat si A dan B ialah kekasih or awek kan? Ala tak yah malu-malu. Mengaku sajalah. Hehe ~ Yang sebenarnya, si A dan si B ialah majoring apa yang bakal gua ambil untuk semester ini. Hampeskan gua! Haha ~ Saja meng'create' sebegini supaya ianya akan menjadi saspen. Apa, tak saspen pun? Oh tidak mengapa. Hati gua takkan bersarang :-)
  • A = Electrical Engineering Majoring Of Communication
  • B = Electrical Engineering Majoring Of Instrumentation

Hopefully dengan pilihan yang gua buat ni dapat menjamin masa depan gua. Kadang-kadang apa yang baik untuk kita sebenarnya tak baik untuk kita dan sebaliknya. Tugas kita berusaha dan terus berusaha. Berdoalah semoga ALLAH permudahkan segala pemintaan dan dikeluarkan dari segala permasalahan. InsyaALLAH. Wallahu' alam.

Wassalam ~


muka yang kelihatan gembira sambil bercekak pinggan walaupun kedilemaan masih bersarang di hati ( ceh pakai lagi ayat ni )



p/s --> minta maaf kalau gua menggunakan kata diri sebagai gua. Kadang-kadang gua guna saya, aku, hamba dan so on. Mengikut situasi. Harap maklum.

You May Also Like

52 comments