­

Yang Lama Usah Dilupakan

January 29, 2010

Assalamualaikum w.b.t

"Ala, buang je la TV berjenama Pentex tu. Kita kan dah ada TV Plasma berskala 43 inci dilengkapi dengan sistem bunyi yang canggih manggih ni." Kata sang suami kepada sang isteri.

"Eh boleh guna lagi la. Setakat nak tengok Upin dan Ipin ( betul! 3x ) tu boleh lagi la."
balas sang isteri.


Adegan perbualan sempat dirakam setakat itu sahaja. Rupa-rupanya sang isterinya minat Upin dan Ipin. Okey okey tinggalkan kisah sang suami dan isteri ni. Kenapa ya tajuk entri aku kali ni 'Yang Lama Usah Dilupakan'?


Ehsan google.


Kalau dah baca tajuk tu pun rasanya rata-rata dah faham. Dan rasanya juga boleh aplikasi contoh dalam minda masing-masing. Oh begitu luas skopnya dengan dunia hari ini. Terlalu. Boleh diaplikasi pada sesama manusia mahupan persekitaran dan sekeliling.

Contoh paling mudah ialah kalau kita ada beli sesuatu benda baru. Tak kisahlah benda apa pun. Kasut contohnya. Kalau beli kasut baru tu, kasut lama dah kurang pakai dan lama kelamaan bagi kat adik. Tu pun kadang-kadang adik dah tak mau. Ceh memilih! Teringat sekolah rendah dulu. Buat karangan 'Aku Sepasang Kasut'. Dari 'dilahirkan' di kilang, lepas tu dapat tuan baru, bertukar tuan dan akhirnya dibuang begitu saja. Sekarang ni rasanya cikgu dah tak suruh murid-murid buat karangan macam tu dah kot. Itu aplikasi kalau kita dengan benda. Almost unhappy ending.

Sekarang aplikasi pulak manusia sesama manusia. Dulu jumpa kawan-kawan dari sekolah rendah, naik menengah, masuk Universiti, bekerja dan sebagainya. Berapa kerat kawan-kawan anda yang still keep in touch? Simpan dan sentuh. Err, pelik bunyinya apabila dialih bahasa. Oh kalau masih ada, bagus! ( teringat N ). Dalam semua-semua tu yang masih berhubung dan terus berhubung tidaklah sebanyak seperti memulakan perkenalan waktu dahulu. Biasa la tu, kawan datang dan pergi. Tak semestinya tak berhubung tu lupa kan? Yang lama usah dilupakan.

Dan yang terakhir. Motif untuk entri kali ni. Sudah bersediakah? Kalau belum pun aku takkan menunggu. Aku akan teruskan jua penaipan entri ini. Hehe ~ 'Yang Lama Usah Dilupakan'. Ingin mencari hubung kaitnya. Okey macam ni. Apabila pengunjung memasuki blog anda ( merujuk kepada semua blogger ) dan saya sahih sahih terpampang the latest entry right? Dengan kata lain, anda akan membaca entri terbaru sahaja melainkan orang itu memang dah ikuti setiap entri anda. Kalau pengunjung yang baru kali pertama menjengah blog anda macam mana? Ya tak ya juga.

Maka, dengan ini aku wakil kepada blogger-blogger sedunia ingin memberitahu kalian satu berita penting. Sudi-sudikanlah anda ( pembaca ) menjengah ke entri lama-lama kami ( saya dan blogger-blogger sudunia ). 'Yang Lama Usah Dilupakan'. Bukan apanya, kadang-kadang entri-entri yang lama mungkin lebih urmmphh kata orang. Lebih menarik, lebih banyak panduan dan info. So why don't you give a try. Dah singgah jemputlah masuk. Berbudi bahasa gitu.

Kadang-kadang rentetan perjalanan hidup orang boleh menjadi panduan kepada kita. Pengalaman orang lain boleh menjadi pedoman untuk kita merencanakan agenda seterusnya. Di bawah ni dah tersedia 'Anda mungkin juga meminati:' Boleh klik di situ terus untuk menyusuri entri yang lain. Aku berkata ni bukan untuk diri sahaja. Tapi rakan-rakan blogger yang lain. ( cepat bagi upah tolong promote ni. Ahaks ~ )

In conclusion, 'Yang Lama Usah Dilupakan' dan jangan jadi 'Yang Lama Sudah Dilupakan'. Ceh tersangat mudah kesimpulan ya. Dah la tu. Takut tersimpul pulak kang. Selebihnya kita fikir sendiri la ya. Buat penilaian dan keputusan. Jumpa lagi di waktu dan masa yang sama dalam rancangan 'Mari Bertaranum'. Err, gua chow dulu.


Gambar dalam konduksi season. Cuba merelatekan dengan tajuk entri.

Wassalam ~

p/s --> Tak habis-habis nak promote. Masuklah blog bisnes saya dan famili ya.

You Might Also Like

14 Comments

  1. eeee...eeehhh...xde org komen g ek??emm...ok...fine..i'm da 1st..he3..

    stju ngn mr blogger...YG LM USAH D LPAKAN..mcm org stdy kn..dlu ms kt sek amik sains,skng dh kos kejut,yg sains 2 mula r lpa...mantel d ktakn kerak bumi..ishk3..(xde kna mgena ngn yg idup @ yg dh mninggl);p

    sllunya dlm b'kwn mmg byk yg cm 2..kdng jmp tpi jln pn leh bt donno je..2 xpe g,de plak yg jnis mngelak..(2 msti p'nh b'utang 2..)heh3..
    n 1 g,eemmm..udah le 2 ekk...daaaa....hak4 ;-p

    p/s:gmbr taun 70an ler 2..:p

    ReplyDelete
  2. nnt ak baca entry ko dr mula ek =P

    ReplyDelete
  3. Jujur kat sini, kekadang kalau ada masa aku akan terjah entri lama2. Sebab nak tgk gambar ataupun baca entri menarik. Hampir 60% blog yang aku ikuti, aku dah tgk Entri lama dia. Termasuk blog ni. Lebih2 lg blog yg ada gambar menarik (Pakai kamera DSLR). Tapi sebab masa & keadaan & kerja, menyebabkan aku takleh terjah semua blog & Entri lama.

    ReplyDelete
  4. Penawar --> perkara sebegitu dah jadi lumrah dalam masyrakat. biasala tu. eh tak, gambar 80-an. hehe ~

    ReplyDelete
  5. [z@ck] --> amboi berko-ko plak dengan aku. hehe ~ okey, baca sikalang. haha ~

    ReplyDelete
  6. ::FAIZ FARISH:: --> oh cenggitu. aku pun serupa tu jugak. tapi depend la. kalau blog yang ada gambar2 yang menarik for sure aku terjah punya :-)

    ReplyDelete
  7. N >>> aku org lama... :((
    dikau org baru...

    Hahahhahah~
    Wey..jgn lebel2 org lama k, ai still baru n fresh~ekekekke~

    ReplyDelete
  8. buat2 lupa untuk niat menjadi lebih baik boleh? erk.

    ReplyDelete
  9. insyaAllah, kalau ada masa terluang
    explore jgk entry yg lama

    ReplyDelete
  10. ~Ana Mujahid~ --> tahu. dikau sifoo haku. hehe ~

    ReplyDelete
  11. hBz --> err, kurang faham dengan soalan anda.

    ReplyDelete
  12. pudding pie --> owh bagus la kalau macam tu :-)

    ReplyDelete
  13. betul tu, kite slalu lupekan bnde lama
    tp, mgkn jgk dsbbkn fktr umur yg smakin maningkat.
    hee :D

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe