Kegagalan Suntik Semangat
January 19, 2010Assalamualaikum w.b.t
Masuk-masuk terpandang jejaka di atas tu. Siapakah beliau? Beliau ialah Najmil Faiz Mohamed Aris. Mungkin ramai yang kenal beliau. Mungkin juga tak ramai yang kenal. Di bawah ni ada sedikit info mengenai beliau. Anda pasti kagum.
Percayalah! Sumber di petik : Kosmo Online.
Kegagalan Suntik Semangat
Saya pernah terlibat dengan kemalangan tetapi tidaklah cedera teruk,” katanya. Selepas ‘terkandas’ dalam peperiksaan SPM, dia bekerja sebagai pembantu pam minyak berhampiran rumah. Ejekan dan sindiran sinis daripada kawan-kawan serta ada yang ‘buat-buat seperti tidak mengenalinya’ membuatkan dia berasa perit dengan kegagalan. Dia mula sedar untuk menjadi lebih baik dan bertekad untuk ‘berhijrah’ menjadi insan berjaya.
MENERIMA Anugerah Terbilang daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di PWTC, Kuala Lumpur pada tahun 2005
“Gagal sekali bukan bermakna gagal untuk selamanya. Prinsip hidup saya adalah selagi ada kemahuan di situ ada jalan. Jika orang lain boleh melakukannya, kita juga pasti boleh melakukanya,” tuturnya.
Ikuti cerita selanjutnya di sini.
Sebenarnya sikit saja lagi cerita mengenai beliau aku tak copy di sini. So macam mana? Kagum dengan pencapaian anak muda ni? Kalau bertanyakan aku, jawapanku SANGAT KAGUM!. Aku telah mengikuti perkembangan mengenai beliau sejak tahun 2005 lagi. Dari situ aku jadikan beliau sebagai 'inspirasi' aku. Cerita 'kegagalan' beliau menjadi pedoman untuk aku.
Last 2 years aku berjaya dapatkan buku tulisan beliau yang bertajuk Meniti Puncak Antara Realiti & Fantasi. Versi Inggeris Towards Greater Height. Memang menarik buku tu. Menceritakan pengalaman jatuh bangun beliau dalam dunia akademik sehingga ke mercu kejayaan. Juga disertakan beberapa tips belajar dan saranan. Good for everyone.
Di muka terakhir buku, beliau ada memberi emelnya supaya senang untuk dihubungi. Memang aku ada emel beliau mengucapkan tahniah atas kejayaan yang sangat membanggakan itu. Mengharumkan nama negara beb! Bukan semua orang boleh lakukan. 10000 orang dalam 1 barangkali. Juga aku minta tips serta pandangan.
2 tahun berlalu. Tiada emel yang singgah di kotak emelku dari beliau. Oh faham. Beliau pastinya seorang yang sangat sibuk dalam merencanakan kejayaan hidupnya. Banyak urusan yang perlu didahulukan. Sehinggalah semalam.
Aku online YM seperti biasa. Tiba-tiba somebody YM aku begini " Salam. Perjalanan masih jauh lagi " Mula-mula tu aku buat rileks je. Ingat member-member. Bila aku amati nama beliau, NAJMIL FAIZ??!! ( teruja yang amat sangat ketika ini )
Memang aku tak sangka dapat YM orang yang dah lama aku 'inspirasikan'. Alhamdulillah diberi kesempatan itu. Ada la YM tanya itu dan ini ( kan aku ni banyak bertanya ). Juga aku telah minta kebenaran beliau untuk menulis mengenai beliau ini. Dia kata, " Silakan dan thank you very much " dan mengakhiri perbualan " Hami, take care. Kamu akan berjaya satu hari nanti "
Doa dari seorang insan yang aku kagumi. Memang lepas sahaja YM dengan beliau aku terus menulis entri ni. Diharap kisah beliau menjadi pedoman dan inspirasi untuk kita semua khususnya para pelajar macam aku.
Itu sahaja kali ni. Wassalam ~
"kegagalan dalam liku-liku perjalanan hidup adalah untuk mematangkan diri seseorang"
41 Comments
Salam..
ReplyDeleteKetika kejayaan saudara najmil diumumkan, sy xterkecuali berasa kagum dgn kejayaan beliau..sy juga b'cita2 menjadi seperti beliau..tp malangnya..lari bidang la pulak sejak masuk ipt..
Tp xpe..lain org, lain caranya..kejayan beliau tetap m'jadi pendorong sy..Sy pun t'golong dlm golongn org yg tidak dipandang..penuh b'liku nk dapat apa yg sy perolehi skang ni..
Alhamdulillah, walau bukan dpt tmpt di IPTA yg dibanggakan tu, sy mampu b'jaya dlm bidang sy skang ni..
Alhamdulillah..sy dpt menyambung master business administration (muamalah)...
~ NEVEY SAY DIE BEFORE I TRY
~ Sy penah dikutuk kerana 'bodoh' oleh insan yg b'gelar ustaz..tq atas kutukan itu..
aiseh. dah kawen la plak. haha. oh bangga juga dgn beliau.
ReplyDeletemasya allah...
ReplyDeletehebat dye...
kagum saya...
smoga sy pun bley blajar dri penglaman hidup macam dye... :)
Aminn..Semua antara kita akan berjaya jika ada kemahuan yang bersungguh dan istiqamah serta iringan doa kepadaNYA :)
ReplyDelete:) nak bangkit....
ReplyDeletewaa,.
ReplyDeletesungguh kagum,.,.
semangat sikit rase,.sbb mmg rs mcm xde motivasi...,
bangga betul ade ank muda spt ini,
bila la nk jadi mcm dia
mahu emel beliau boley??
ReplyDeleteOwh... Bagus2...
ReplyDeleteNanti kalau boleh Hami Asraff la pulak buat satu buku, dan YM aku~
Insya Allah...
Sangat2 kagum dengan kegigihannya...beruntung siapa yang menjadi isterinya itu apatah lagi ibu yang mengandungkannya. Sejuk perut Ibu.
ReplyDeletewow!!!mmg best jd cm die..byk xperience...muka pn encem...heh3...pape pn,tabik spring r klu de g llki cm ni...;p
ReplyDeletesalam tuan rumah,
ReplyDeletesemenjak nama beliau baru mula meniti di bibir masyarakat,saya sudah mula sedar kewujudan beliau.menjadikan beliau salah satu sumber inspirasi bukan 1 kesilapan! moga beliau terus berjaya duniawi dan ukhrawi..
i read about him too much b4... one of my idols in education field...
ReplyDeletehmm~~
ReplyDelete~fantastic person~
ReplyDeletemoga kita semua dpt ikut jejak insan cemerlang nih.
Jum-jum hami, kita nih cemerlang, dan misti bangkit utk jadik cemerlang ,insyaAllah lebih baik dr org2 yg cemerlang...
Chayokk!!!
Brilliant Marjan --> salam. hemm, kejayaan beliau memang manjadi inspirasi kepada semua orang. yup, kutukan itu kadangkala mampu buat kita bangun semula insyaALLAH :-)
ReplyDeleteotak ketat --> haha ~ lawak la kamu.
ReplyDeleteIznie --> insyaALLAH kita semua boleh berjaya :-)
ReplyDeleteDiyanAzwa --> usaha + doa + tawakal. insyaALLAH boleh berjaya. jangan putus asa dengan rahmat ALLAH. Dia pasti membantu :-)
ReplyDelete'AQILAH --> jom bangkit! ( kalau orang kedah ni selalu kata bangkit dari tidoq = bangun tidur ) :-)
ReplyDeletecikTi --> moga pengalaman hidup beliau menjadi pedoman kita bersama ya :-)
ReplyDeleteMrs Salju Kasih --> boleh. najmil_faiz@yahoo.com
ReplyDeleteRedz da Tsar --> thanks for the saranan. doa2kan la ye :-)
ReplyDeletezures --> betul! mak ayah mana tak bangga. tambah2 mengharumkan nama di mata dunia. bukan semua orang mampu lakukan :-)
ReplyDeletePenawar --> hehe ~ macam2 la kamu ni penawar.
ReplyDeleteNuRhAnIsAhSaFiAnShAhNuM --> ya! sudah lama beliau menjadi 'inspirasi' untuk saya dalam pelajaran :-) insyaALLAH
ReplyDeletezackque --> ME TOO :-)
ReplyDeleteAkU --> hmm = banggakan? hehe ~
ReplyDelete~Ana Mujahid~ --> oh thanks N. jom pergi 'berperang' :-)
ReplyDeleten0thing imp0ssible...every0ne can fly..hehe
ReplyDeleteSOKONG!! bangun dari jatuh LEBIH BAIK dari tak jatuh jatuh langsung! (kata kata dari seorang yang pernah tersungkur)
ReplyDeletetiada yg mustahil dalam hidup ni....
ReplyDeleteinilah hakikat yang perih
ReplyDeleteyang gagal di maki caci
yang menang dianugerahi puji
hujani lah puji
setelah puas mendengar caci
erk~~
ReplyDeletehmmmm...
mmg betul2 impressed dgn kejayaan beliau!
ReplyDeletesemoga kita pn blh berjaya sprti beliau :)
belum terlambat lagi untuk kita bangkit..yeah!!
ReplyDeletemanusia makhluk terhebat dan teristimewa yang dicipta Allah..kita semua berasal dengan kosong,tak tahu ape2 pun..tapi bila kita dah mula mengenali kehidupan,tiada apa yang akan mustahil untuk dilakukan..terpulang kepada individu itu sendiri untuk memilih jalan benar ataupun salah..
ReplyDeleteSdr. Najmil membuktikan bahawa gagal pada awalnya tidak membawa kepada kegagalan selama2nya..
Allah pun ada berfirman mafhumnya : Allah tidak akan mengubah nasib sesebuah kaum itu sehinggalah mereka sendiri berusaha untuk mengubahnya..
Ana sendiri teruja ngan dia ni..dan anugerah Allah juga sebenarnya..Subhanallah..
:)
assalammualaikum hami
ReplyDeletesaya yang membaca juga turut teruja
dok pikir camana nak menceritakan kepada anak2 murid saya yang duduk di kelas hujung dengan gaya penceritaan yang semenarik ini
maknanya beliau mmg terer english lah kut ea since skola lg.
ReplyDeletebila lah i nak terer english neh?
+___+
~slm~
ReplyDeletesgt2 kagum...smpai xtaw nk ckp apa..heee..
*twink..twink*..:)
Kira lewat juga dia tersedar. Maknanya kalau anak atau adik dapat biasa2 sahaja UPSR, PMR ke, jangan lemah semangat dan terus berikan mereka harapan, sokongan dan keyakinan. Bagus ayah dia juga seorang yang sabar.
ReplyDeletePengalaman kerja di UK memang seronok, gaji tinggi. Itu yang silap2 boleh terleka. Kira hebatlah saudara Najmil.
Satu lagi, namanya telah melambangkan kejayaannya. Najmil Faiz(bintang yang berjaya). Jadi bagi nama anak biarlah bermakna. Doa tu.
i had his biografi
ReplyDeleteSetiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)