Sesi Monolog Dalaman

Tuesday, September 28, 2010

What if...?



VS





Ever wonder what would happen if we treated our Quran like we treat our cell phone?

What if we carried it around wherever we went?

What if we flipped through it several time a day?

What if we turned back to go get it if we forgot it?

What if we used it to receive messages from the text?

What if we treated it like we couldn't live without it?

What if we gave it to Kids as gifts?

What if we used it when we travelled?

What if we used it in case of emergency?

This is something to make you go....hmm...where is my Quran?

Oh, and one more thing.

Unlike our cell phone, we don't have to worry about our Quran being
Disconnected because Allah already paid the bill.

Makes you stop and think 'where are my priorities? And no dropped calls!


Something that we have to THINK about...

Ya Allah, please forgive us....

Hami Asraff : Sebuah e-mail dihantar oleh rakan. Moga dapat sesuatu yang berguna.

Saturday, September 25, 2010

Naik Moto Dengan Pasangan Tidak Halal Boleh Mengundang Musibah




Gambar hiasan


Assalamualaikum w.b.t

Asyik pospone je. Itulah aku apabila menulis entri. Idea tu ada, cuma Encik MahMood tu yang selalu tiada. Eh jangan taktau, menulis pun kena ada mood. Kena ada feel. Barulah entri yang bakal disajikan memberi kepuasan. Ye kepuasan diri yang perlu diutama. Tapi berTWITTERing sentiasa pulak ada Encik MahMood ni. Heran betoi! Dan satu lagi makin bergiat cergas dalam arena TUMBLR pulak. *promote*

Okey baiklah. Mari terus ke agenda. Agenda entri yang ingin dikongsi di sini. Sebuah perkongsian yang kebanyakan orang dah tahu tetapi sering lupa. Yang sering buat-buat alpa pun tak kurang jugak. Itulah namanya manusia.

Kejadian berlaku di hari raya ke-7 kalau tak silap aku. Ye tak silap, hari raya ke-7. Sebuah kemalangan berlaku di susur keluar tol Alor Setar Utara. Kemalangan motosikal yang melibatkan pasangan tidak halal bersama sebuah kereta.

Pasangan tidak halal? Okey aku takmau serkap jarang walaupun sah-sah nampak yang mereka bukan suami isteri. Budak belasan tahun. Tapi dek kerana tidak mahu serkap jarang, assumelah mereka suami isteri. Si wanita memang cedera parah. Difahamkan patah tengkuk dan pinggang. Si lelaki kelihatan cuak sekali dan tak mampu buat apa-apa. Nak buat apa lagi kan?

Ambulans datang dan berlalu pergi. Tinggal sang lelaki dengan raut wajah seribu penyesalan barangkali. Timbul tanda tanya dalam diri. Macam manalah bakal lelaki ni nak jawab dengan ayah perempuan yang garang (tambahan) tu. Tak kena penyepak, paling tidak sebilah penampar bakal hinggap di pipi. Patutlah muka cuak tu.

Sekarang mari kita sama-sama melihat dunia hari ini yang kononnya menjadi sebuah trend. Naik moto bersama pasangan tidak halal. Macam perkara biasa walhal sesuatu yang luar biasa. Sebab? Sebab ramai orang buat dan tak nampak pun akan kesalahan dia. MasyaAllah.

Adik-adik, abang, kak chik, kak long semua HENTIKANLAH segera yang dok suka naik moto bersama pasangan tak halal anda tu. Sumpah langsung tak elok. Serius sangat tak bagus. Yakinlah itu hanya sebuah keburukan. Percayalah tiada manfaat yang dapat melainkan kerugian.

"Ala, kalau nak eksiden, sorang-sorang pun boleh jadi beb. Semua tu kuasa Allah."

Ada orang telah memberi kenyataan ini. Aku dah agak dah akan ada orang bakal keluarkan statement ni. Tak payah dok habaq la cek oi. Semua orang tau. Ye ajal maut semua di tangan Allah jua. Kekadang tu kita dah habis berhati-hati dah. Ada orang lain menghentam kita. Ada jugak yang macam tu.

Sebab tu lah adanya istilah : "Mencegah Lebih Baik Dari Merawat"

Sebab-sebab inilah.

"Ala, saya tumpangkan makwe saya sebab beliau takdak kenderaan nak pergi kelas."

Pun aku dah agak dah statement ini bakal dilemparkan. Bagilah pelbagai alasan yang berbagai-bagai, jawapan telah terhidang pun. Cuma kamu tidak mengunyah lagi intipati matlamat tu. Fahamkan?

Tak faham? Beginilah, senaraikan 10 sebab kenapa suka sangat naik moto dengan pasangan tidak halal anda tu. Tak payah 5 sebab sudah cukup. Tapi pastikan sebab-sebab anda tu merangkumi semua aspek yang dilandaskan syariat.

Aku tidak mengutuk sesiapa. Tidak melabelkan sesiapa. Ini hanya pandangan dan pemerhatianku terhadap dunia metafora yang sedang berlaku di kalangan masyarakat kita yang tak pernah padam. Masyarakat langsung tidak memandang akan ini sebuah perkara yang perlu dititik-beratkan sebab ianya sudah terbiasa.

Tipulah kalau naik moto bersama tidak berlaku acara sentuhan. Bermula dengan pegang tangan. Bersentuhan ringan-ringan sehingga sampai satu tahap yang besar. Lepas tu keluar berita kes pembuangan anak. Masing-masing salah kan masing-masing dan akhirnya tunding jari kepada diri sendiri.

Dan ini adalah sebuah pengakuan dari seseorang. Kisah benar:

"Pernah berlaku satu kejadian satu masa dulu, pasangan tak halal ini membonceng bersama-sama dan nak dijadikan cerita kemalangan. Pasangan wanita mati di tempat kejadian dan pasangan lelaki di pukul sampai mati oleh famili pasangan dia. Nauzubillah..."

Sebuah kisah benar yang cukup beri pedoman. Bukan berkutbah atau bersyarah, ingin betulkan diri juga. Sekiranya ada salah, sila betulkan. Sama-samalah kita mencari keredhaanNya. Buat apalah kita buat sesuatu yang tidak manfaat yang memungkin ada natijah di sebaliknya. Rugi bukan. Fikir-fikirkanlah hakikat ini.

Wallahu'alam

Wassalam.

Hami Asraff :

2. Sebenarnya naik kereta pun sama jugak. Lagi merbahaya dan tak nampak apa yang berlaku di dalamnya.

Tuesday, September 21, 2010

Masih Ketidakseimbangan Terma | Mari Belajar Fizik



Assalamualaikum w.b.t

Hari ini dah 12 Syawal. Hari raya ke-12. Bunyi dah macam tak raya dah walaupun raya sebulan. Yeke raya sebulan? Orang kita selalu sebut macam tu. Harap-harap betullah raya sebulan. Yang tak cukup puasa pun bantai nak raya sebulan jugak. Layan layan!

Mood raya masih sebati dalam diri? Err, nak kata ya macam tak. Nak kata tak macam ya pun ada. Tapi tu la yang mana paling majoriti pun masih keliru. Tetapi yang pastinya diriku Masih Ketidakseimbangan Terma. Tajuk tak boleh blah. Gapo dio pun taktau. Belajaq Fizik dulu-dulu tau la.

Dengan kata lain masih lemah longlai nak pi kelas. Bak kata lecture aku, "Makan lemang banyak, jadi lemau." Eh eh macam betoi ja puan lecture. Mari kita belajaq Fizik sat hari ini. Sila sediakan pen dan kertas. Eh tak payah. Sila baca dan lihat saja.

Memandangkan hampa pun lemau let's menjawab soalan kacang di bawah.


Soalan Fizik Tingkatan 5. Sonang by two je ni. Copat jawab! Tiada had masa tetapi kurang dari 30 saat.

Okey masa tamat! Sila larikan mata dari skrin!

Sebab kacang dan sonang by twolah, kat bawah ini hasil jawapan aku:


(-___-")

Dah dah toksah dok gelak. Kawe tau kawe tak terer Fizik. Itulah hasilnya jika menjawab dengan terburu dan tanpa berfikir yang pada mulanya kata senang. Maka berhati-hatilah apabila anda menjawab soalan ye.

Wey apakah signifikan dan hubungkait dengan Ketidakseimbangan Terma?

Entah hampa jawab la sendiri ye.

Wassalam.

Hami Asraff :
1. Best jugak buat entri macam ni :)
2. Masih mencari tajuk yang sesuai. Apakah? Tunggu!


Friday, September 17, 2010

Facebook Page Hanya Untuk Artis? | Blog Hami Asraff Di Facebook



Assalamualaikum w.b.t

Dulu "Become fan". Sekarang "LIKE". Bila tukar ke Bahasa Melayu - "Jadilah peminat" dan "SUKA". Maka dah tiada Fanpage - LamanPeminat, tetapi LIKEpage - LamanSuka. Kalau nak translate bebetul begitulah.

Sebab tu aku lebih suka sebut Facebook Page. Umum. Kalau artis or orang yang terkenal tu tak katalah memang boleh saja disebut "Laman Peminat". Ni gua yang bukan shapa-shapa nak ada peminat kot celah mana?



Cik Loly pernah tulis pasal ni dalam blog veliau. Hahaha aku kalau baca entri-entri Cik Loly tersengih-sengih je. INI ENTRI yang pasal Fanpages Facebook di blog veliau. Tapi soalan-soalan yang ditampilkan di blognya memang bernas belaka. Cik Loly tak marah kan kawe link blog mu ni? :)

Okey giliran aku pulak cerita pasal apa yang aku nak cerita ni. Sebelum ni aku dah buat Facebook Page dengan meletakkan nama aku sendiri di laman berkenaan. Ye nama aku sendiri, 'hami asraff'. Tengkiu untuk mereka yang klik LIKE. Hargai. Tapi timbullah soalan pulak. 1 sudah aku bagi ya.

"Eh kamu artiskah ada Fanpages ni?"

Tudiaa. Nak jawab macam mana ni? Eh jawab je la camni,

"Tidak saya bukan artis."

"Lepas tu kenapa ada Fanpages?" (eh ada lagi soalan susulan tu)

"Err, itu adalah bertujuan menglinkkan semua entri-entri blog guek ke Facebook. Tiada niat dan agenda lain."

Tiada dah soalan menyusul.

Baik baik. Ni jawapan aku ye. Memang Facebook Page ni dah menjadi satu trend untuk blogger. Ada blog mesti nak buat Facebook Page. Aku percaya, ramai blogger jugak yang tak buat pun Facebook Page ni. Itu terpulanglah pada kalian masing-masing. Nak buat atau tidak hak masing-masing. Punya agenda tersendiri ke atau tidak pun taktaulah.

Cuma point aku kat sini senang. Kebanyakan daripada kita punya silent readers. Pasti. Dan kebanyakkan yang silent reader ni ada Facebook dan tiada blog. Ini pun pasti jugak. Dengan kata lain, ini adalah cara alternatif untuk silent readers untuk mengetahui apabila ada entri yang baru diupdate. Tapi boleh saja kan go thru masuk blog berkenaan. Sebab tu aku cakap alternatif.

Tapi ada je kan Facebook yang biasa tu? (soalan lain pulak)

Facebook aku yang biasa tu untuk kawan-kawan yang aku kenal sahaja. Memang aku tak pernah approve sesiapa yang aku tak kenal. Tapi apabila tak approve, mulalah cakap yang bukan-bukan. Sombong la, bajet bagus la. Habih tu macam mana cek oii? Last-last aku approve semua. Kata aku sombong lagi siap!

Satu lagi sebab aku buat lain ialah Facebook Page aku tu bila tak login dulu akan keluar gambar seperti di bawah ni:


Aku pun taktau sebab apa. Ingat mula tu nak layan je. Tapi unsatisfied. Delete yang lama dan buat yang baru. Thanks untuk saudara munsyi yang cuba menyetelkan small matter ni. Ceh small matter je beb.

Eh sebelum tu aku nak habaq siap-siap kat hampa. Tiada paksaan pun nak klik LIKE ka takmau. Kalau suka klik LIKE, kalau tak suka tak payah dok buat apa-apa. Dok diam-diam je. Ada kat sebelah sidebar kanan aku. Kat bahagian Jaringan Rangkaian.

Tujuan aku buat laman sosial semua, bukanlah mencari bilangan tetapi kenalan. Buat apa punya rerakan yang beribu-riban hanya untuk menampakkan 'kekaguman' yang tak sepatutnya. Tiada matlamat jelas.

Nak salah faham dengan kenyataan aku di atas silalah ye. Pendapat dan pandangan masing-masing. Yang penting "Ikhlaslah Menjadi Diri Sendiri Hanya BermatlamatkanNYA". InsyaAllah.

Itu saja la kot. Sekian dan wassalam.

Hami Asraff: Bukan setakat link entri sahaja kat Facebook Page aku, aku selalu letak kata-kata hikmah berbentuk motivasi dan islamic.


Kelebihan Puasa Enam Syawal



Assalamualaikum w.b.t

Selamat Hari Raya Aidilfitri semua pembaca! (boleh ucap lagi kan?)

Hari ini dah 8 Syawal 1431 H. Hari ini juga Hari Raya untuk puasa 6 Syawal. Bagi mereka yang berpuasa direct terus start 2 Syawal hari tu. Aku dah setel berapa hari dah ni? Err, sehari pun tak ambil lagi ni. Dok sakan beraya sampai lupa habih. Tak patut tak patut.

Puasa 6 Syawal ini sangat dituntut. Banyak fadhilat dan kelebihan dan ganjarannya. Oh kalau nampak ganjarannya, pasti ramai yang berebut-rebut nak buat. Let's jom lihat dan baca apakah kelebihan berpuasa 6 Syawal.


Abu Ayyub al-Ansari r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: "Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) 6 hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama 1 tahun." (Riwayat Muslim)

Imam Ahmad dan an-Nasai'e meriwayatkan dari Thauban, Nabi SAW telah bersabda: "Puasa Ramadhan (ganjarannya) sebanding dengan (puasa) 10 tahun, sedangkan puasa 6 hari di bulan Syawal, (pahalanya) sebanding dengan puasa 2 bulan, maka itulah bagaikan berpuasa setahun penuh." (Hadis Riwayat Ibu Khuzaimah dan Ibnu Hibban)

Diriwayatkan dalam suatu kisah apabila Rasulullah SAW bersama para Sahabat r.a sedang berada di dalam masjid, ketika sedang Rasulullah SAW mengajarkan ilmu agama kepada para Sahabat, tiba datang seorang perempuan yang amat cantik jelita berjumpa Rasulullah SAW. Kecantikkan perempuan tersebut menyebabkan semua sahabat berpaling ke arahnya. Kemudian, perempuan tersebut menyatakan hasrat agar Rasulullah SAW mengahwinkan dia dengan salah seorang daripada sahabat-sahabat Baginda SAW, tetapi dengan 3 syarat.

Syarat pertama ialah bakal suaminya itu tiap-tiap malam mesti mengkhatamkan bacaan al-Quran 30 juzu'. Syarat kedua pula, setiap hari suaminya itu hendaklah sentiasa mendirikan ibadat sepanjang malam, dan syarat ketiga ialah suaminya hendaklah berpuasa setiap hari sepanjang tahun. Maka dengan syarat ini, sahabat-sahabat Nabi SAW yang memiliki hasrat untuk berkahwin dengan perempuan tersebut hilang rasa keinginan itu. Nabi SAW pun menawarkan kepada para sahabat siapa yang sanggup berkahwin dengan perempuan ini. Akhirnya sahabat yang berada jauh ke belakang sanggup berkahwin dengan perempuan tersebut dengan menunaikan ketiga-tiga syarat tersebut.

Setelah sahabat tersebut berkahwin dengan perempuan yang cantik jelita itu berbulan-bulan lamanya, akhirnya perempuan itu melihat suaminya itu, semakin hari semakin kurang membaca al-Quran, kurang beribadat pada waktu malam, kurang berpuasa. Lalu dia pun pergi berjumpa Rasulullah SAW menceritakan hal suaminya yang telah mengingkari janjinya. Lalu Rasulullah SAW memanggil sahabat tersebut dan bertanyakan kenapa dia tidak menunaikan janjinya ketika mula-mula ingin mengahwini isterinya itu.

Lalu, sahabat tersebut menyatakan Ya Rasulullah: Bukankah engkau pernah menyatakan bahawa pahala membaca Surah Qul Huwallahu Ahad satu kali menyamai pahala membaca 10 juzu' daripada al-Quran? Jadi aku membacanya sebanyak 3 kali. Rasulullah SAW menjawab: Ya.

Kemudian, Ya Rasulullah: Bukankah engkau pernah menyebut bahawa dengan membaca Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar, maka pahalanya menyamai ibadat sepanjang malam? Rasulullah menjawab: Ya.

Ya Rasulullah: Bukankah engkau pernah bersabda bahawa Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) 6 hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama 1 tahun? Rasulullah menjawab: Ya. Dengan ketiga-tiga jawapan sahabat tersebut, Rasulullah SAW dan isterinya meraikannya dengan senyuman kesyukuran.


Jelas kan? Walaupun tidak berdosa apabila tidak melakukannya, tetapi hakikatnya puasa sunat enam hari pada bulan Syawal adalah ibadat yang penuh bermakna. Malah, ia adalah amalan generasi soleh yang terdahulu.

Apa lagi jom kita buat sementelah diberi kesempatan lagi ni.

Wassalam.

Hami Asraff : Selalu buat semasa pulang berjuang di kampus. Eh dah nak balik kampus pun. Uhuu ~

Monday, September 13, 2010

Kisah Abu Bakr (Ruben) Memeluk Agama Islam Bukti Kekuasaan Allah



Assalamualaikum w.b.t



Selamat hari raya ke-4 untuk semua umat Islam. Oh tiada entri hari raya dariku. Cuma ingin berkongsi sesuatu kisah benar dengan pembaca semua. Aku baca mengenai kisah benar ni lama dah. Kisah benar yang membuat aku menyedari akan hakikat sebuah kehidupan insan yang bergelar muslimin dan muslimat.


Aku copy 100% cerita di bawah. Semoga ada pengajaran bersama. InsyaAllah.


Pernah dengar nama Abu Bakr? Mesti yang pertama kali menjengah benak kita adalah sosok sahabat mulia yang sangat dikasihi Rasulullah SAW Seorang sahabat yang mula-mula sekali masuk Islam dan digelar As_Siddiq kerana setia membenarkan Rasulullah dan mempertahankan Nabi Allah dalam apa jua keadaan. Seorang teman ketika hijrah Nabi, ayah mertua dan Nabi pernah berkata, jika ada orang yang paling dikasihi nabi, tentulah dianya Abu Bakr..seorang sahabat yang disebut nabi, yang diharapkan akan memasuki syurga dari mana-mana pintu syurga yang dikehendaki. Seorang sahabat yang rela menginfakkan keseluruhan hartanya dan hanya meninggalkan Allah dan Rasul sebagai bekal untuk keluarganya. Dan semua kisah Abu Bakr yang mulia tentu banyak yang telah dihadam oleh kita.

Cuma kali ini, nak berkongsi cerita (cerita asal bleh tgk kat link ini: http://www.islam-australia.net/21st%20Century%20Revert%20Stories/Revert%20Stories.htm) tentang Rubben dan pencariannya dalam agama. Tak jemu-jemu dia mendalami pelbagai agama dan mencari serta mencari jawapan untuk semua persoalan kehidupan.


Adakah kita juga begitu? Adakah kita telah benar-benar memahami Islam, mengenali Allah, mentadabbur Al-Quran dan melaksanakan kewajipan kita sebagai Muslim? atau adakah kita hanya Muslim pada nama? Renung-renungkan!
Kisah benar ini dirakamkan di dalam tesis Kepujian seorang muslimah, Sis. Tuba Boz. Individu ini kini bernama Abu Bakr, nama sahabat yang dekat kepada Rasulullah saw. Latar belakang kisah di Melbourne, Australia. Kisah ini juga salah satu bukti daripada ayat-ayat cinta Allah untuk kita fahami.

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (Al-Hujurat: Ayat 13)

Jika seseorang pernah memberitahu Abu Bakr yang satu hari dia akan bergelar Muslim, mesti jawapan yang diberikan adalah, “tidak sama sekali!!!” sebab rata-rata Mat Saleh Australia mempunyai tanggapan bahawa orang Islam/Muslim adalah pengganas. Tapi, takdir Allah mengatasi semua kemungkinan yang ada dan itulah yang berlaku kepada Bro. Abu Bakr ini.


Bila ditanya apa sebab dia mencari erti kehidupan yang sebenar, Bro. ni kata ada beberapa sebab. Pertama, ibu dan bapanya bercerai. Dia sangat-sangat bermasalah; malah ada kes polis, dan mengalami ketagihan arak. Mungkin kita rasa keadaan tuh da cukup membebankan bagi Abu Bakr. Ditambah lagi dengan kematian seorang kawan dia. Semua ni menyebabkan Abu Bakr berfikir adakah kehidupan semata-mata untuk menjadi makanan cacing (pent: dalam kubur)?
Pastuh dia berfikir lagi, apa akan jadi kalau dia mati? Adakah orang lain akan kisah dengan kematian dia kecuali beberapa orang daripada berbilion manusia atas bumi ini? Mesti lah tak. Mesti ada sebab yang lain untuk kejadian manusia atas bumi ini…!
Bermula daripada saat itu, Abu Bakr cuba mencari makna kehidupan.
Sebagai permulaan, Abu Bakr bermula dengan agama Kristian. Dia cuba mendalami semua mazhab dalam Kristian tapi dia tak menjumpai jawapannya. Dia tahu, dia tak boleh tipu diri sendiri dengan menganut agama Kristian.
Dia mencari lagi:
Dia cuba cari dalam agama Hindu pula dengan berbual dengan kawan baik dia, seorang penganut agama Hindu. Adakah dengan hanya mempercayai, yang dia harus beriman dengan Tuhan ini dan Tuhan itu, dia dapat menerima? Dia berfikir, macam mana kalau Tuhan-tuhan ini tak sependapat? Dan hal itu dinyatakan dalam Al-Quran, surah Al-Mu’minun: Ayat 91:

Allah tidak sekali-kali mempunyai anak, dan tidak ada sama sekali sebarang tuhan bersamaNya; (kalaulah ada banyak tuhan) tentulah tiap-tiap tuhan itu akan menguasai dan menguruskan segala yang diciptakannya dengan bersendirian, dan tentulah setengahnya akan bertindak mengalahkan setengahnya yang lain. Maha Suci Allah dari apa yang dikatakan oleh mereka (yang musyrik) itu.

Dia mencari lagi:
Dalam agama Yahudi, juga dia tak menjumpai jawapan..Dan dia kemudian merasakan, mungkin agama Buddha adalah jawapannya. Tapi, Gautama tak pernah mengaku dirinya sebagai sembahan, melainkan sebagai ikutan sahaja. Jadi, agama Buddha juga bukanlah jawapannya.


Kemudian seorang kawan beragama Kristian mengesyorkan dia mendalami Islam…
Dia balas, “Tak mungkin..Orang Islam adalah pengganas dan dia takkan dekat dengan masjid pon!”
Tapi kemudian dia mendapati dirinya berada di masjid Preston. Dia masuk dan mula bertanya soalan kepada brothers yang ada. Dan dia dapati, takde sorang pun yang bercakap ikut sedap mulut melainkan mereka mengambil ayat daripada Al-Quran. Perkara ini mengejutkan sebab bila dia bertanya kepada paderi, dia tak pernah Nampak mereka merujuk kepada Bible melainkan percakapan kosong. Sama juga dengan agama-agama lain. Mungkin ada sorg dua yang rujuk Bible tapi Brothers yang ditemui, semua member jawapan daripada Al-Quran. Mestilah agama ini bukan berkenaan manusia sebaliknya berkenaan mukjizat al-Quran dan bermula saat itu, Bro ini memahami makna ayat-ayat dalam Al-Quran. Mungkin berbulan-bulan juga sebab dia banyak sangat nk tahu!
Jadi, macam mana akhirnya Bro ini (sekarang berusia 20-an) masuk Islam?
Saat penting untuk dia membuat keputusan berlaku pada satu malam.
Malam tuh dia berbual-bual dengan beberapa Brothers. Mereka beri dia senaskhah Al-Quran untuk dia baca..Dia dah ada Al-Quran tapi dengan tulisan kecil yang agak susah dibaca. Di rumah, dia duduk di katil sambil menyalakan sebatang lilin. Dengan atmosfera yang sangat tenang, dia merasakan setting yang sangat tepat untuk dia membuat keputusan.

Dia membuka Al-Quran, membaca dan berfikir (mentadabbur). Semua ayat-ayat dia rasakan sangat tepat dengan setiap persoalan yang dia hadapi. Tapi, dia masih mahukan sesuatu yang lebih..seolah-olah dia sedang di tepi jurang gunung dan bersedia untuk terjun. Dia cuma perlukan sket tolakan untuk terjun je!
Dia memohon kepada Allah, “ ya Allah, berilah aku petunjuk, mungkin, kilat, utk dia buat keputusan dan masuk Islam dan menjadi hamba Allah! Mungkin petir, cahaya atau lilin tadi untuk menyala setinggi 2 kaki..apa sahaja petunjuk Ya Allah..”
Dan dia terus menunggu . . . .
Tapi takde apa-apa yang berlaku…dan dia sedikit kecewa sambil bertanya kepada Allah. “Bukankah Allah Maha Kuasa? Tunjukkanlah kepada dia sesuatu!
Tapi, memang takde apa-apa yang berlaku walaupun sedikit bunyi pon sebagai petanda yang dia mahukan…
Dengan sedikit rasa kecewa, dia meneruskan membaca Al-Quran dan subhanallah, ayat yang dibacanya ketika itu betul-betul memberikan jawapan untuk dirinya! Untuk orang-orang yang mencari petanda, tak cukupkah dengan apa yang ada? Lihatlah langit, pepohon, air, semuanya adalah petunjuk kebesaranNya dan ini adalah petunjuk untuk orang-orang yang tidak memahami!
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran. (Al-Baqarah:164)
Dia sangat terpana! Bro. nih pon tutup Al-Quran dan menyelubungkan diri. Itulah petunjuk yang dinantikan!
Keesokkan harinya, dia terus ke masjid dan memberitahu bahwa dia ingin menjadi Muslim. Walaupun bukan petunjuk fizikal seperti yang dia nak, tapi dia tak boleh bodoh sombong dengan ayat Allah yang dibacanya!
Jadi, adakah semudah itu utk Abu Bakr mengetepikan rasa takut dia kepada keganasan dan bahaya dalam beragama Islam?
Malam itu, sangat ramai umat di masjid. Dia kemudian menyedari bahawa malam itu malam pertama Ramadhan dan orang Islam berkumpul untuk melaksanakan solat terawih. Ade juga terdetik dalam hatinya, apa akn jadi klu dia salah mengucap syahadah..adakah orang yang ramai ini akan membunuh dia?


Dan dia kemudian berdiri di hadapan, mengucapkan syahadah seperti yang diajarkan. Saat itu, hilang semua rasa cemas dan berdebar, rasa seperti dia berdiri sendiri, dan mengalir kesejukan dalam dirinya. Seketika kemudian, semua brothers yang lain memeluk dia.
Dia merasakan ketakutannya terhadap Islam hilang begitu sahaja dengan kehangatan ukhuwwah yang dirasai.

Dan jika mereka bertujuan hendak menipumu, maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjaga dan memberikan perlindungan) kepadamu. Dia lah yang menguatkanmu dengan pertolonganNya dan dengan (sokongan) orang-orang yang beriman. Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Al-Anfaal: Ayat 62-63)

Dan dia terus belajar mengenai Islam. Belajar untuk bersolat dan berpuasa. Walaupun pada mulanya dia masih makan daging babi sebab tidak tahu akan pengharamannya, yang dia tahu dia mesti berpuasa dari terbit fajar sehingga waktu Maghrib. Memang susah pada mulanya.
Bila ditanya, adakah dengan menjadi Muslim, dia sudah berubah? Dia mengatakan, dia kini merasakan dia hidup dengan bertujuan. Dia masih merasakan dia individu yang sama seperti dulu sebab banyak perkara tentang dirinya masih sama; seperti bersikap positif.
Keluarganya juga gembira dengan keputusan yang dibuat walaupun sedikit bimbang dengan hubungan family mereka. Cuma, dia ada kehilangan beberapa kawan (so-called) sebab dia da tidak minum arak dan keluar sesaja.


Die merasakan dirinya telah ‘revert’ kpd Islam, bukannya ‘convert’ seperti yang difahami dalam konteks Barat. Sebab dia kini kembali kepada fitrah dengan melakukan apa yang disuruh oleh Penciptanya. Jadi, dia Muslim bile melakukan apa yang disuruh dan bukan Muslim jika tidak melakukan apa yang Allah suruh.
Menjadi Muslim/orang Islam adalah satu perbuatan, bukan hanya kata nama. Jika pokok2 berbuat seperti yang disuruh Allah, maka pokok itu Islam. Islam itu penyerahan. Sebaik lahir, kita semua adalah Muslim sebab, secara fitrahnya, bila bayi lapar, dia menangis, itulah fitrah dan itulah Islam! Kita semua mengikut fitrah tp semakin kita membesar, dan kita belajar daripada orang atau budaya lain, ketika itu mungkin kita lari daripada Islam kerana mengikuti corak yang lain daripada Islam. Sebab itu, apabila kita kembali kepada Islam, kita ’revert’ kerana kita adalah muslim sebaik lahir.
Abu Bakr kini seorang ahli psikologi dan penerbit filem. Semoga Allah merahmatinya selalu.
Buka mata dan hati kita…Lihat sekeliling dan rasakan takjub atas segala ciptaan Allah..tiada yang dapat menanding ciptaanNya!



Semoga kisah di atas menjadi pedoman kepada kita. Allah Maha Besar.


Entri asal di sini --> [LINK]


Wassalam.


Hami Asraff : Marilah menyambut hari raya dalam kesederhanaan.

Sunday, September 12, 2010

Datuk Sosilawati Dibunuh - Mayatnya Bersama Tiga Orang Lain Dibakar



Assalamualaikum w.b.t

Nampaknya spekulasi semalam benar belaka. Tajuk besar terpampang di dada akhbar Mingguan Malaysia. Antara rentetan kronologi kejadian tak diingini ini berlaku:



  • Sosilawati Lawiya dan tiga yang dilaporkan hilang bersamanya sejak 30 Ogos lalu dipercayai mati dibunuh kejam.
  • Menurut sumber polis, mereka dibunuh sebelum dibakar dan abu mayat dibuang ke laut di Pantai Morib, Selangor.
  • Misteri kehilangan itu terungkai apabila polis menahan tujuh orang termasuk dua wanita, semalam.
  • Salah seorang daripada suspek merupakan peguam bergelar Datuk.
Berita selanjutnya di akhbar Mingguan Malaysia.

Nauzubillah. Memang sangat-sangat terkejut setelah membaca berita ini. Hanya mampu menggeleng kepala. Memang aku 'speechless'.

Manusia lebih kejam daripada binatang sudah menjadi sebuah fakta. Moga pembunuh dihadap kemuka pengadilan dan diberi hukuman setimpal. Doakan roh-roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan yang beriman. Al-fatihah.

Wassalam.

Info Terkini Datuk Sosilawati Lawiya Hilang?



Assalamualaikum w.b.t


Aku dapat berita ini daripada rerakan Twitterku. Berbunyi begini :


"Datuk Sosilawati and 3 others found burnt at oil palm plantation in Morib. 6 suspects arrested. Innalillah."





Kesahihan masih diragui. Tetapi ramai yang mengesahkan bahawa mayat berkenaan adalah benar. Apa pun kita tunggu akan berita esok hari.



Semoga kita di bawah lindungan ALLAH.

Wassalam.

Thursday, September 9, 2010

Ramadhan Dirindui Bersilih Ganti Dengan Kerahmatan 1 Syawal



Assalamualaikum w.b.t

Sekejap saja rasa. Seperti semalam saja aku ajak member aku Berbuka Puasa Di Masjid Shah Alam pada 1 Ramadhan. Tetapi sekarang aku di depan kaca dekstop dengan jari jemari di papan kekunci menaip entri ini.

Di saat ini jugak kedengaran seperti peperangan saudara sedang meletus di luar sana. Sesudah solat maghrib sahaja. Orang kita cakaplah macam mana sekali pun, mercun memang akan jadi tradisi mereka. Mereka yang suka main mercun tu lah. Aku? Entah setakat ini langsung tak berminat terhadap permainan yang langsung tak nampak manfaat. Mungkin pada sang penggiat mercun begitu banyak manfaat.

Tinggal bab mercun. Mari kita lihat balik sebulan yang lalu. Sebulan yang lalu yang diberikan oleh ALLAH S.W.T untuk seluruh ummat Islam mempertingkat dan memperbaiki amalan. Adakah kita telah menggunakan ke jalan yang sepatutnya? Adakah sudah cukup tampung segala cacat cela dengan setiap amalan yang dilakukan? Adakah?

Aku akui, aku masih belum. Aku mungkin tak mempergunakan masa sebulan yang diberikan untuk tingkatkan takwa kepadaNYA. Manusia ini sering sahaja mengabaikan apa yang diperintahkan olehNYA. Manusia ini masih mencari akan hakikat keredhaan. Mungkin kalian jua.

Tetapi segalanya kini hanyalah tinggal memori. Sejarah yang terpahat dalam lipatan relung masa. Merindui bulan Ramadhan. Bulan yang paling bermakna. Tiada lagi kini. Tahun depan belum pasti. Mungkin Ramadhan yang baru sahaja meninggalkan kita ini adalah Ramadhan terakhir kita. Siapa tahu. ALLAH jua Maha Mengetahui.

Terjumpa sebuah iklan di youtube yang begitu menyentuh hati. Kat bawah ni.


Betul. Iklan yang begitu menyentuh hati. Apa jua dan siapa anda kini, ingatlah kepada insan yang begitu anda kasihi di dunia ini. Kasih mereka tiada tolok bandingnya.

Hemm, okey sekarang mari datang ke mood Hari Raya.

Ucap terima kasih didahului sebab sudi bertandang ke Blog Hami Asraff ini. Sangat hargai kepada yang sudi membaca, memberi komen, 'silent reader' dan sebagainya. Kerana anda blog ini masih bertahan. Masih diteruskan coretan.

Dengan ini aku ingin menyusun 10 jari memohon kemaafan kepada sesiapa sahaja yang akan, sedang dan telah membaca ini. Minta maaf sekiranya penulisan aku ini tidak memuaskan pihak kalian. Minta maaf sekiranya penulisan aku langsung tak beri manfaat kepada kalian. Minta maaf atas segala kekhilafan diri ini.

Semoga 1 Syawal esok hari memberi seribu makna kepada kita semua. Ingatlah mereka yang tidak beruntung daripada kita. Lihatlah diri kita yang masih punyai segala-galanya. Bersyukur juga akhirnya. Alhamdulillah.

Akhir kata, Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin :)



Wassalam.

Hami Asraff :

1. Syaitan sudah dilepaskan. Semoga kita tidak menjadi kawannya. Walaupun sebenarnya ramai yang sudah.
2. Raya jemput mai rumah :)


Cek Pertama Nuffnang - Rezeki Penghujung Ramadhan Dan Aidil Fitri

Assalamualaikum w.b.t

Hari ini 30 Ramadhan 1431 H bersamaan 9 September 2010. Dan pastinya esok 1 Syawal 1431 H. Hari sebelum semalam iaitu 7 September 2010 aku menerima buah tangan dari Encik Nuffnang yang dikasihi. Tanpa berselingkuh silalah saksikan paparan yang berjaya ditangkap oleh kamera henpon Nokia 6120 Classicku.

Alhamdulillah. Rezeki Penghujung Ramadhan Dan Aidil Fitri.

Berapa? Jawapan kebiasaan sesiapa sahaja --> Boleh la sikit-sikit. Aku mungkin modified sikit --> Boleh la tak la banyak seperti blogger lain, tapi alhamdulillah. Aku hilangkan 1 angka di hadapan. Maka, tekalah sendiri :)

Dulu langsung tidak pernah terdetik di hati dan sanubari bahawasanya berblogging ini mampu menjana pendapatan sampingan seperti yang telah berlaku sekarang ni. Alhamdulillah rezeki dari Allah Taala.

Dalam berkongsi cetusan idea, pengalaman, pendapat
dan buah fikiran dengan pembaca, kita mempunyai satu bahan tambah lain. Menjana pendapatan sampingan. Yang menjadi sebagai pendapatan tetap jugak tak kurang ramainya. Seperti inisiatif sendiri Meletakkan Ruangan Iklan Di Blog yang baru sahaja aku tambah.

Itu sahajalah pasal Cek Nuffnang. Ramai yang dah buat entri pasal Aidil Fitri. InsyaAllah malam ni sekiranya ada kelapangan dan kerajinan. Dan sekiranya tidak, nak ucap siap-siaplah. Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin untuk semua.

Wassalam.

Hami Asraff : Raya tahun ni tak buat lemang.


Wednesday, September 8, 2010

Meletakkan Ruangan Iklan Di Blog






Assalamualaikum w.b.t

Anda perasan? Bagus! Eh eh, bukanlah perasan yang anda perasan macho atau cun itu. Bukan yang tu. Tetapi perasan ini adalah berkaitan perasan anda setiap kali menjengah blog Hami Asraff yang tak best ni. Setiap kali? Okeylah saya hanya perasan! (-_-") *sadis*

Baiklah. Marilah saya memperasankan kalian. Kalau anda perasan, (haish, pakai lagi perkataan ini) dekat penjuru kanan atas blog ini telah ditambah satu ruangan iklan. Yer iklan. Iklan macam kat telibisyen tu. Akhbar dan majalah pun boleh jugak. Merepek adalah kepakaranku. Maka minta maaf dan layan sahaja.

Terus menerus kepada agenda entri. Takut-takut terbabas penutup baru ada point. Justuru, dengan ini saya akan membuat sebuah pengumuman penting. Penting jugak.

Ehem... ehem...

Untuk sesiapa yang berminat untuk meletakkan iklan anda di blog tak seberapa ini sangat amat begitu terlalu dialu-alukan. Okey objektif perletakan ruangan iklan telah pun tersembul keluar.

Hanya perlu ikut 4 cara yang mudah :

1. Buat satu banner iklan bersaiz 125x125

2. Apabila sudah buat, silalah mengkhabari kepada saya melalui :

iii. Emel dan Yahoo Messenger (hami_asraff@yahoo.com)

3. Apabila selesai, sila beri banner iklan anda dan saya akan link ke laman sesawang anda.

4. Ulang langkah 1 hingga 3.

Berapa harga dan cara pembayaran?

Saya meletakkan harga setimpal seperti kebanyakkan blogger lain iaitu RM10/Bulan. Bolehlah membayar dengan membuat pembayaran ke Akaun Maybank (157429003890) atas nama HAMI ASRAFF BIN AB HALIM.

ATAU

Cara yang mudah dan senang. Anda bolehlah TOPUP RM10 MAXIS/CELCOM ke nombor telefon saya. Tak kisah beri nombor pin atau masukkan terus. Dan nombor telefon akan diberitahu kelak.

Begitulah hendaknya. Senang saja bukan. Kalau masih ada kekeliruan dan kemusyiklan tentang 'apa benda hang merepek' ni, silalah berjumpa face to face dengan saya. Eh bukan! Silalah hubungi saya melalui 3 medium di atas. Fuh!

Okey yang baik datang dari Allah S.W.T dan yang kurang daripada kelemahan saya sendiri. (Saya tau ini adalah ayat penutup majlis. Terima kasih ingatkan)

Sekian dan wassalam.

Hami Asraff :

1. Bantu-membantu bloggerkan amalan mulia. Semoga kita terus bertahan di dalam industri blogging ini. Err, layan je!
2. Untuk mereka yang sudi tukar link dengan blog tak seberapa ini, kliklah di TUKAR LINK bawah header aku. Terima kasih.


Tuesday, September 7, 2010

Terima Bungkusan Daripada Seorang Rakan Alam Maya Yang Juga Seorang Blogger

Assalamualaikum w.b.t

*tajuk entri taknak kalah*

Pagi kelmarin (Isnin, 6 Sepetember 2010) aku dikejutkan oleh ibunda tercinta dek kerana aku dapat sebuah bungkusan yang agak besau. Yer memang besau jugak. Boleh tahan akan kekapasitiannya. Ah, sungguh straight to the point. Sudah tiada mukadimah penyedap rasa.

Lantas dengan wajah terpinga-pinga, terus mengsnap gambar. Dan kat bawah inilah hasilnya.




Dan inilah raut wajah bungkusan tersebut. Telah share gambar ni dekat Twitter dan Facebookku. Aku pun tertanya-tanya apakah yang ada di dalam kotak berkenaan dan siapakah gerangan si penghantarnya. Saspen.

Nak tau apakah isi kandungannya? Apa takmau? Takmau pun takpa. Aku tak kisah. Lalala ~

Okey okey aku revealkan di sini. (bajet best)


--------

--------

--------

--------

--------

--------

--------

--------

--------

--------

--------

--------

--------

--------

--------

--------

--------

--------

--------

--------

--------

--------

--------

--------

TARAAA....!




Err, bukan-bukan. Takkanlah si arnab ini dijadikan bahan penghantaran. Kalau ya pun takkan dalam parcel. Sangat tidak logiklah. Ini si arnabku yang diberi jolokan Cik Tam a.k.a Cik Nab. Aku yang memandai boh nama veliau. Veliau pun teringin nak masuk dalam blogku ini. Ya kelihatan sungguh khusyuk memakan makanan feberet tanpa menyedari gambarnya disnap curi.

(saja cuba mengabaikan agenda dan melenggahkan pembaca)

Aku rasa macam tak jadi pulaklah nak tunjuk. Boleh tak macam tu? Ekekekeke! (sumpah jarang aku menulis gelakan sebegini)

Okey-okeylah....

(buat macam tadi jugak)


--------

--------

--------

--------

--------

--------

--------

--------

--------

--------

--------

--------

--------

--------

--------

--------

--------

--------

--------

--------

--------

--------

--------

--------

DAN KALI INI SUDAH TIADA TARAAA....!

(Eh ada jugak. Layan layan!)





Bersempena Syawal yang tinggal 2 hari ini, memang sangat menepati tema. Terharu dan terharu lagi. Disertakan kad raya, sampul duit raya, biskut almond london, kuih tart, dan kuih yang taktau nama bersertakan kerepek.


Apa lagi mampu aku kata. Hanyalah :

TERIMA KASIH MANY-MANY


Alhamdulillah rezeki di bulan Ramadhan.

Siapakah yang kasi? Seorang rakan blogger. Yeah rakan di alam maya karin ini. Beliau ada la meminta alamatku hari tu, tapi tak dapat detect pulak yang bakal hantar ini. Haish buat susah susah je! <-- Ayat drama.


Ini blog beliau --> [LINK]

Terima kasih untuk kamu. Semoga murah rezeki kamu dan keluarga :)

Wassalam.

Hami Asraff:

1. Tidak mengshoppingkan diri sangat this raya. Kebanyakan semua pakai yang tahun lepas.
2. Untuk mereka yang sudi tukar link dengan blog tak seberapa ini, kliklah di TUKAR LINK bawah header aku. Terima kasih.


Sunday, September 5, 2010

Black And White Contest



Assalamualaikum w.b.t

Teringin nak masuk Contest. Memang aku seorang yang jarang masuk Contest. Setakat ini hanya ada satu sahaja iaitu CANDID PHOTO CONTEST. Tiada rezeki. Tak mengapa, janji mencuba. Ya tak?

Ini Contest kedua yang terasa ingin nak join. Tarikh tutup esok. Asyik dok pospone je. Contest yang simple, BLACK AND WHITE CONTEST. Hanya perlu meletakkan banner dan gambar hitam putih yang diinginkan.





Dan inilah gambar yang aku pertaruhkan.


Gambar ini ditangkap dekat air terjun apa entah, tak ingat. Ada la touch up sikit. Maka itulah hasil yang tak seberapa.

Dan aku nak tag :

1. ZARA
2. MUNSYI
3. TOM KURENO


Tak tau nak melalut apa. Nak tulis apa lagi kan? Itu sahaja.

Sekian dan wassalam.

Hami Asraff :

1. Eh tinggal 3 hari lagi rupanya nak raya. Cepat betul rasa.
2. Untuk mereka yang sudi tukar link dengan blog tak seberapa ini, kliklah di TUKAR LINK bawah header aku. Terima kasih.

Saturday, September 4, 2010

Majlis Berbuka Puasa Yang Diserikan Oleh Kehadiran Imam Muda Shafiq



Assalamualaikum w.b.t

Oh bab untuk mengupdate blog memang sesuatu keliaatan (imbuhan untuk liat) bagi aku sekarang ini. Idea tu datang je mencurah-curah, seperti di dalam entri Bagaimana Anda Dapat Idea Menulis? Tapi biasalah, kekangan masa menjadi faktor utama penghalang. Ya alasan ini yang acapkali digunakan oleh kebanyakkan orang termasuk aku.

Masih berkisar mengenai berbuka puasa. Ada 6 hari lagi untuk umat Islam seluruh dunia untuk menyambut 1 Syawal dan bakal meninggalkan Ramadhan. Itulah masa. Masa Kalau Tak Guna Betul-Betul Habislah. Ada menulis pasal masa. Kliklah di link biru tu kalau nak baca.

Orait kali ni nak cerita pasal majlis berbuka puasa dekat fakulti aku. Anjuran budak-budak kelas Electrical Engineering in Major of Communication. Tanpa bercerita banyak, let's ushar gambar-gambar di bawah.

Mempersembahkan...



This is Sumaiyah. Ada orang kata muka dia macam Catriona Bahrin Ross. Ceh aku tengok tak sama pun. *dengkisorus* Sesi mengemas kelas untuk dijadikan tempat bersolat.


Antara juadah yang disediakan. Alhamdulillah rezeki dari Allah Taala. Puan lecture kami sedekah amal jariah. Moga bertambah rezeki puan dan keluarga.




Kuih-kuihan.




Buah-buahan.





Pengambilan makanan. Ambik sorang sikit noh.




Aku tak pasti sama ada acara penuangan air yang dilakukan oleh Encik Hadi ini hanyalah action kamen semata-mata atau tidak dek kerana hendak mengambil gambar.




Saat yang ditunggu. Dibaca doa berbuka puasa oleh seorang Imam Muda. Siapa? Akan diceritakan di bawah.




Makan time. Suasana di Tingkat 11 fakulti aku, eh tak tak fakulti kami. Tak sebut kami satgi susah pulak kan.




Nor Adilah Alias. Manusia terpenting dalam apa jua pengajuran majlis. Komited dan bersepadu betoi. Eh gua puji ni ada makna ni. Hahaha.




Aiceh konon-konon terkezut la tu ada orang tangkap gambar kamu Hadi. Takpa takpa, aku mengerti.




Para gadis-gadis mengambil peluang juga.




Mereka pun. Eh eh, ada Yuna la dalam gambar ini. Lalala ~





Macam kelihatan pelik sedikit untuk gambar ini. Okey taknak cakap, taknak cakap.



Inilah
Imam Muda Shafiq seperti yang digembar-gemburkan. Rileks rileks! Memang la anda cari kat Imam Muda Astro tiada insan ini. Sebab ini hanyalah Imam anjuran fakulti kami. Khususnya bebudak kelas. Ambil gambar dengan beliau sangat perlu.



Senyuman si Syamil Stylo (merujuk nama di Facebook beliau) agak tidak stylo mana pun. Imam Muda Shafiq kita menggelar beliau manusia berkapasiti lebih. Sebab? Itu yang kita tak tahu.




Sesi borakan adalah acara standet.





Berbuka ala kadar sahaja. Solat Maghrib dulu dan baru makan yang betul-betul makan. Err... Okey this gambar aku taktau celah mana dan siapakah yang ambil.





Dan ini pun.





Habis solat tarawikh semua, sate time!




Kelihatan ada permasalahan oleh Encik Nujaid (berbaju melayu hijau) yang terpaksa dirujuk oleh Imam Muda Shafiq kita. Imam jawab Imam! *baju melayu aku bertukar warna*




Dah selesai semua, kena la kemas meja kerusi balik. Aku terperangkap di antara mereka.




Gambar begini wajib disajikan. Dan nasiblah sesiapa yang bakal kena ambil gambar sebab masing-masing begitu tidak menggemari menjadi tukang ambil gambar. Anda pun takmau kan? :)


Tu saja gambar yang dapat dimasukkan. Untuk rerakan lain yang takdak, maap la noh. Aku nak cerita sedikit la tazkirah yang disampaikan oleh Imam Muda Syafiq. Walaupun hanya 6 minit 16 saat, sangat bermakna.

Satu pengisian yang sangat mendalam dalam diri. Mungkin untuk kawan-kawan sama barangkali. Kat bawah aku sertakan video tazkirah daripada beliau. Dengar dan hayatilah. Moga ada pengajaran bersama.

BERILAH PERINGATAN KERANA PERINGATAN ITU ADALAH AMAT BERGUNA KEPADA ORANG-ORANG YANG BERIMAN.



Wallahu'alam. Wassalam.

Hami Asraff :

1. Sudah berada di kampung halaman terchenta :)
2. Untuk mereka yang sudi tukar link dengan blog tak seberapa ini, kliklah di TUKAR LINK bawah header aku. Terima kasih.